Home › Forums › Sketch @ Conteng › Décharge D'art
Sori la lama tak post kat sini. Macam2 hal kene buat, macam2 hal kene pikir.
Anyway, ni sumer karya penenang hati, karya mengisi masa lapang. Masih berusaha untuk menjadi lebih bagus daripada nih, so saya mintaklah komen daripada sifu-sifu di sini.
practice shading ngan pencil. 2b jer.
dah lama tak sentuh watercolor. rasa kekok bukan main lagi
Masa nih, tengah tension giler. ntah la. mulanye main bedal jer tapi turned out ok. heheh. 😆
wow best ahh. tengok kau shading mmg jadi cam muka tu 3d sikit. tak laa flat. boleh gak aku buat rujukan. 11/10
pemahaman shading ngan xpressi muka ok dah, beralihla ke badan pulak,
watercolor tu atas kertas nipis ek? shadow+hue+saturation understanding pada watercolor
tu kena improvekan lagi, beranikan diri buat wash pada area yang lebih besar.
gudluck
cayalah keiichi buat la full bodi figure laks
wash tu apadia aa krom?
Aisol…Wash tu salah satu teknik dalam penggunaan water color… bnyk teknik guna watercolor nih, cuma kebanyakan org dan yang biasa diajar adalah penggunaan teknik wash… cth cam David Mack dlm komiknya….KABUKI…
(aku jwb bg pihak bro Krom)
Keiichi…bgus ko nye sketch ni…. pelbagai kan lg…
kalu ko nak gunakan watercolor pasti teknik aper yang nak guna…banyak teknik dalam watercolur…kalu ko gunakan kertas nipis guna lah teknik dry on dry….cari buku ttg watercolur ….best tau gunanya
terima kasih atas komen2 anda….
supernothing> rujukan? ok. takde sapa yang halang.
Sifu Krom> yesh. thank you~ tapi 80grm Double A paper tak nipis sangat kan?
IceSoul> tengkiu tengkiu~ 😆
Prem >pelbagaikan? wokeh. you'll get it 😆
under zero> sebenarnye, watercolor ni aku belajar sendiri. so, knowledge ni senang sikitlah kalo ade orang ajar.
standard aku pakai dry on dry. unless kalau pakai drawing block/watercolor paper then technique lain boleh diambil kira lah.
anyway, ni artwork terbaru. buat ni sementara tunggu blackburn vs chelsea.
Roronoa zoro dari One Piece. ColorPencils on Lineart.
dry on dry. standard 80grm Double A paper. Chinese brush only.
nice watercolor artwork… especially yg last skali… maybe kat batu bata tu leh betulkan skit shadow dia kot… mcm area bawah batu tu gelapkan sikit pastu casting shadow main character supposed ada kat tembok tu jugak…. ermm, tembok ngan pokok mcm bercantum.. light and shadow ni penting utk menghasilkan composition…. apa pun, nice work! aku suka lighting kat muka dia :sengih: :sengih:
Bgus ni…nmpk kekemasan nye…. lg..mesti ada ni…
poster Valentine's Day competition kat Megatokyo. dan juga utk orang yang jauh.
overall ok n nice… typeface dialog tuh kasi la font yang sesuai dan yg jelas dilihat… itu jer… good job..
wow
aku suka. keep it up
best aa, work! nampaknya wa kena berusaha lebih baik lagi…
keep them coming!
Best best…..
suker sangat kat komik tu…mungkin saiz font tu mungkin kene diperbesarkan skit kot….anyway,Nice job!! 😆
typeface tu kurang blend dgn mood comic la… maybe boleh kasi typeface yg ada feel comic tapi soft…. baru kene dgn mood love tu…. good work soldier!
Emmm…bagus keichi… satu ekspresi komik yang bersahaja… sebenarnya yang membuat sesebuah komik tu menarik dan catchy adalah kerana idea spontan nye…. aku suka… keep it up…
nya~ as usual, Keiichi-sama!! nice nice *drools drools*
Haaah! aku suka komik page tu… takkan semuka jer kot? Mana lagi?
Rosh > itu poster la. Sorry ek. takde niat nak buat komik pasal tu.
:pergh: nice……!!!
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia