Home › Forums › Uptown @ Pergh! › Darurat Disebabkan Jerebu?
AssalamualaikOm!
Sokkabo ini hari ada mention Darurat MUNGKIN diumukan jikalau keadaan jerebu bertambah teruk
so, aku terfikir gak kalau la betul darurat diisytiharkan, apa aku nak buat ekk?
tak kan nak dok dlm rumah je kot?
lagi bosan siang malam dok umah kan?
So, apa plan korang kalau darurat diisytiharkan misalnya…
dpt cuti 3,4 hari ke apa ke….apa plan korang?
Yg baru kawin mcm Takara best la time-time gini, 'berkampung' dlm umah
tapi utk yg bujang dan ada anak, apa plan korang?
atau mungkin lepak umah layan DVD, game atau komik?
atau lukis komik?
Hopefully darurat diisytiharkan secepat mungkin 😆
sebab aku tgk kat Cyberjaya ni makin teruk gamaknya
dptla gi tgk wayang ke, gi KINO ke, MPH je, lepak Alamanda Putrajay ke
:sengih:
banyak bende leh buat..
cam beribadat.. ceh.. selalu mesti orang cakap camtuh.. :p2
hehe.. aku rasa.. aku mungkin layan game sampai lebam..
pastuh buat la bende yang patut. chatting ke ape ke..
selain tuh tido la kot..
cuma aku terpikir.. betapa susahnya nak makan plak.. 😮
Lepak je la. PC pun ade, balik kg. Tapi td aku baca yg dia nak bg cuti kat sekolah je. Kalau keje lain dia suruh balik awal. Keje aku ni dok dlm aircond je leh la tahan lagi..tapi yg jenis keje2 kat luar tu..mmg patut diorg bg cuti.
cuma aku terpikir.. betapa susahnya nak makan plak.. 😮
kedai makan, pasaraya, klinik, hospital tidak dibenarkan tutup
ada setengah sekolah dah tutup dan semlm
seronok plak jadi cikgu
awal-awal lagi dah 'darurat'
aiseyy….. kuat sehh jerebu… baru tgk luar tingkap pon, mata dah start sakit, kepala naik pening……. tinggal pc dan tv jer laa jadik peneman sejati.. huhuhuhu….
Time-time tengah hari dahsyat oo, aku rimas laa nak nak aku ade asma..
Kat PJ memang dahsyat jugak laa..
tu blom hujan lagi, kalau dah hujann…
mak aih berenti je la kete tu
arini jadi ninja aku gi keje.. pakai mask huhu…
kalau keadaan camni baik dok dalam umah.. udara dalam umah lagi bersih aku rasa
darurat ok gakla..makin teruk kat luar tu. macam 2 3 km je tempat tebako tu
darurat kalu.. bantai tido cover akunye ngantuk bape ari ni tak cukup tido ni…
yeke leh tido .. hah!
bila nak ujan daa..
jerebu semakin teruk2… hu hu……. ingat cam nie aa… kalau darurat di-isytiharkan… jom masing2 buat solat hajat… minta hujan kasi clear itu udara……. pastu baru layan game & dvd sampai lebam…… 😆 ok chow
aku tatau lar, setiap kali jerebu ataupun langit tak terang hati aku misti bertukar jadi girang, seronok pun ader, macam ader sesuatu. hmmm donno lar why.
Kalu kena darurat…tak leh kuar rumah langsung ke?
> Mmm..Aku lepak kat rumah je laa sambil buat origami utk. anak aku.
> Nasib toilet aku dalam rumah…tak la susah kalu tetiba nak buang air.
….Sapa yg toilet jauh dari rumah, kena simpan la hajat tu 3-4 hari. Silap2..Boleh jadi batu.
guruh dah kedengaran di di langit sana sekarang ni…
akan hujankah?
HUJANNNNN……….!!!
yeaahhh…. alhamdulillah :sengih:
Hahhahahaa memang hujan la
Hmmm time aku nak balik KL time tu laa hujan,
mujur balai seni bulan ni tak hujan, ganti ngan jerebu
hujan air batu.. ambik ko
berketul2 jatuh dari langit… sekejab sajela hujan batu ni…
kalau naik moto kena badan, muka mau sakit ni…
kat s.alam hujan renjis renjis dipilis jer..
jelebu masih kuat..
Sekarang barulah aku tau..
betapa nikmatnya 'kalau' dapat melihat langit
huish….dasyat nya jerebu kat malaysia….!!! :unsure:
baru plan nak balik unjung bulan ni sambut merdeka….
nampaknya kena stay UK lama sket aaaa
kat s.alam hujan renjis renjis dipilis jer..
![]()
jelebumasih kuat..
Sekarang barulah aku tau..
betapa nikmatnya 'kalau' dapat melihat langit![]()
Baru ko tau macam mane rasanya dunia Matrix tu Mistik…hahahah 😆
Sekarang barulah aku tau..
betapa nikmatnya 'kalau' dapat melihat langit![]()
ok la tu kalau tak nampak langit
buatnya bila cerah esok, matahari terbit sebelah barat!
tak ke haru?
nak bertaubat pun dah tak boleh
IPU semakin meningkat
semua sekolah di KL tutup hari ni dan esok
di Cyberjaya still IPU 300++
nak tunggu IPU 500 baru isytihar darurat
Yay Cutiii~!! Yaribaaaa!! Patutnya ada trials Bio hari nii
Woohooo!!! :sengih: :sengih: :sengih:
'Malaysia merasai winter', cuaca mendung,ada 'mist' pagi2,ada hujan batu lagi
Kerajaan Indonesia takde nak ambil apa2 tindakan ke.Tunjuklah rasa risau sikit ke negara jiran tengah lemas dalam asap negara sendiri…. :p2
yeh….tak jerebu dah kat subang :: 10.30 skang nih ::
sekian laporan cuaca….
Bangsar pun dah kurang..
Putrajaya dan Cyberjaya still teruk
kat s.alam hujan renjis renjis dipilis jer..
![]()
jelebumasih kuat..
Sekarang barulah aku tau..
betapa nikmatnya 'kalau' dapat melihat langit![]()
Baru ko tau macam mane rasanya dunia Matrix tu Mistik…hahahah 😆
tuh la pasal..
rasa cam dalam matrix plak..
am i the Neo 😮
hehehe
laporan cuaca dan jelebu hari ini…
S.Alam
pagi jerebu mmg dah ada.. mungkin semalam punya belum habis..
bezanya, jerebu pagi agak wangi .. hehe i mean takde bau cam bende terbakar atau hangit. mungkin dah diserap pokok2 yang tengah duk survive membuat fotosentisis pada tahap cahaya mentari yang hampir takder..
kesian sungguh pokok2 itu.. sedang berjuang untuk hidup.. walaupun stok karbon dioksida banyak, tapi bila sampai tahap tepu dan tanpa pancaran matahari.. takde gunenyerr…
menjelang tengahari, dah dekat kol 12 dah nih.. nampak cam kol 10 pagi lagi.. Menara MBSA pun nampak kelam2 suram jer..
Aku rasa, makin petang makin teruk macam semalam..
hujan mungkin sukar turun.. sebab matahari gagal memncar ke bumi untuk menaikkan wap air melalui proses lazim err kondensasi kot.. haha
jadi awan tidakkan dapat terkumpul.. kecuali awan dari kawan sebelah yang ditolak angin ke s.alam.
Mana hilang kononnya pembenihan awan dulu2 tuh?
pakai la duit potong subsidi minyak tuh kerajaan weh utk kesejahteraaaaan rakyat marhain nih..
tunggu sampai IPU cecah 500?
anak sedara aku 2 orang kat umah tuh pun dah nampak cam x sihat..
Arr.. sekian laporan jelebu hari ni.
Top 5 tempat yg paling teruk setakat 5 pm semlm
1. Pelabuhan Klang 424
2. Kuala Selangor 418
3. Shah Alam 349
4. Putrajaya & Cyberjaya 337
5. Petaling Jaya 304
sila check kat JAS Website
Nak check tahap IPU seluruh negara Indeks IPU Negara
Taksiran IPU
0-50 Baik/Good
51-100 Sederhana/Moderate
101-200 Tidak Sihat/Unhealthy
201-300 Sangat Tidak Sihat/Very Unhealthy
>301 Berbahaya/Hazardous
jerebu naik balik… tadi nampak dah clear.. senyum lebar la sikit.
kuar makan tghari nanti takdela kelabu mata
ni ekon pun dah bau jerebu kuat dah ni takkan nak makai mask time keje ni
lemas la.. jadi darth vader… huhhh….
2 ari ni aku tetiba je tak sihat terus…gi kerja balik kerja pakai mask cam kamen rider…hampes..
hahah samala kita…
kat jalan kuching petang semalam ade 2 orang jual mask sempena hari jerebu ni..
aku ingat free.. huh, amal kebajikan betul, sape laa yg sponsor la plak..
rupenye jual daa.. aku tak belila sebab aku dapat free wife aku ambik kat klinik :sengih:
pagi ni diorang dok jalan blah ke KL plak, tetiba plak bukak bisnes camni
mystic… dah hilang dah bangunan MBSA tu… sekejap je dia ada tadi…
aku rasa sekarang dah semakin sengsara aku tengok cuaca kat sini…
aku rasa macam nak iystihar darurat kat diri aku je ni…
boleh balik awal… muahahahaaa … 😆
sekolah kat shah alam ni banyak dah tutup… cuti khamis & jumaat…
aku rinduuuuu langit biruuuu awan awan yg tak berbauuuu..(err..awan ada bau ke..tatau plak aku tak pernah hidung aku dalam range boleh-bau awan..)
pegi keje, dari jln lps mines tu, yg dkt signboard movie herbie fully loaded, tak nampak pun signboard digi depan minlon tu. lampu2 jalan pun terpasang.. haihh.. aku tgk atass.. teringat2 je tengok war of the worlds. tamau aa tetibe kuar kapal angkasa tripods..
Gilalah. Pukul 10 pagi tadi macam takde jerebu sangat, tapi dekat pukul 12 bila keluar rumah rasa macam main game Silent Hill, taknampak apa2 kat depan. Siap ada bau terbakar plak tu.
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia