Home › Forums › Uptown @ Pergh! › Dah Melampau….
Remaja gagal hadiri PLKN kena penjara
Oleh Tuan Nazuri Tuan Ismail
KANGAR: Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi, 18, menjadi remaja pertama di negara ini yang dihukum oleh mahkamah kerana gagal menghadiri Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada Julai tahun lalu.
Beliau, yang tinggal di Kampung Titi Serong, Jalan Kuala Perlis, dijatuhi hukuman denda RM600 atau 14 hari penjara oleh Mahkamah Majistret, di sini semalam.
Ahmad Hafizal di Mahkamah
Majistret Kangar, semalam
selepas dijatuhi hukuman
penjara 14 hari kerana
gagal menghadiri PLKN
pada Julai tahun lalu.Bagaimanapun, disebabkan kesempitan hidup, Ahmad Hafizal yang mengambil upah membuat bendang untuk menanggung ibu dan dua adiknya, memilih untuk menjalani hukuman penjara.
Ahmad Harizal, yang tidak diwakili peguam dan tanpa ditemani keluarga, dituduh mengikut Seksyen 18(1) Akta Khidmat Negara 2003 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum denda sehingga RM3,000 atau penjara selama enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Dia didakwa dengan sengaja mengingkari notis bertarikh 9 Julai 2004 yang memintanya melaporkan diri di Kem Dusun Resort, Kuala Nerang, Kedah, pada 25 Julai 2004.
Berseluar jean, berbaju T biru dan berselipar, Ahmad Harizal yang mulanya tenang ketika hukuman dijatuhkan, kelihatan agak sebak ketika dibawa polis untuk dihantar ke penjara.
Walaupun sudah dijatuhkan hukuman, Ahmad Harizal, masih perlu mengikuti PLKN seperti diperuntukkan mengikut Seksyen 18 (2) akta yang sama.
Majistret Wan Norzanuar Wan Ahmad berkata, beliau membuat keputusan itu selepas mengambil kira latar belakang tertuduh yang terpaksa bekerja untuk menanggung dua adik dan ibunya.
“Walaupun datang daripada keluarga miskin, kamu tidak seharusnya membelakangkan arahan kerajaan yang mewajibkan setiap remaja lepasan sekolah menjalani PLKN.
“Kerajaan membelanjakan wang yang besar untuk menyediakan PLKN bertujuan membentuk sahsiah dan menanam semangat patriotik di kalangan generasi muda.
“Saya berharap hukuman ini menjadi pengajaran kepada remaja lain supaya tidak memandang ringan arahan kerajaan apabila diminta menghadiri PLKN,” katanya.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Norfiza Mohamed Noordin.
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis, menerusi Pegawai Akhlak, Wan Shuhairee Wan Salim, turut mengemukakan laporan kepada mahkamah yang mengesahkan Ahmad Harizal daripada keluarga miskin.
Dalam rayuannya, Ahmad Harizal meminta mahkamah meringankan hukuman kerana keluarganya miskin dan perlu bekerja untuk menanggung dua adiknya yang masih bersekolah.
Anak kedua daripada empat beradik itu juga mengakui tidak menyedari bahawa kegagalan menghadiri latihan PLKN sebagai satu kesalahan.
Beliau tinggal bersama ibunya yang bekerja sebagai seorang pembantu tadika dan tiga adik beradiknya yang lain setelah ibunya berpisah dengan bapanya.
Sementara, Norfiza dalam hujahnya berkata, walaupun miskin, Ahmad Harizal tidak terlepas daripada menjalani PLKN seperti yang diwajibkan kepada remaja lain.
Katanya, mahkamah perlu menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada remaja lain supaya tidak sewenang-wenangnya mengingkari arahan kerajaan.
adil ker tak adil pada pandangan korang….. budak ni kalau dia pi PLKN sapa nak sara keluarga dia… lain la kalau budak nih anak org berada…..
Apa motif sebenar PLKN nih….?
Apa kata korang plak…?????
*Aku bukan nak burukkan sapa2 sekadar mencari kebenaran…. kalau aku salah tlg betulkan..
ape ke bengong betol…..
kalau ye pun nak bagi pengajaran, cari la orang yang patut sket…. aku rase banyak jek anak2 “lord” yang tak pegi pun PLKN nih…. tak kisah la sesape… tapi bukan budak yang macam nih.
aku tatau la… tapi kalau aku jadi budak nih (klu mmg betul dia seperti yang diterangkan) mmg aku fed up gile… X-(
Bila jadik macam ni buat aku terpikir….. arah tuju PLKN ni utk apa??? :unsure: Tapi kalau yg kena tindakan ni mat2 rempit ke…aku x kisah! Suka lagi ada kot… cuma bila jadik kt seorang anak yg cuba bantu keluarga, aku rasa arah tuju PLKN ni kena difikirkan semula.
Mungkin dulu dia tak dapat hadir PLKN pun disebabkan dia perlu bantu keluarga…pikir la, kalau 3 bulan kat PLKN tu sapa lak nak bantu keluarga dia…iskh!!! Org2 yg buat jenayah banyak lagi la kt luar tu…diorang tu lagi layak utk ke penjara!
Aku rasa pasni isu ni jadi panas la…boleh la parti pembangkang buat isu ni jadi modal…
sekali lagi, tindakan yg tidak matang oleh kerajaan (idiot)
spt kata berne, ramai lagi anak-anak VVIP yg tak pegi (anak menteri pun ada)
tak kena jail pun…
dlm pergh ni pun ada 2 org yg aku kenal, tak gi PLKN 😆
tak kena dakwa pun, relax je….
😆
aku rasa govt. patut pertimbangkan balik apa yg depa buat nie…. front page news paper… tangkap budak tak pi PLKN sebab tolong famili cari duit…. whattaf**k (kan dah termencarut pepagi nie). Fine kalau ko bg peruntukan belanja kat famili tu kalau insist nak budak tu pi…. c'mon lah wey… tak patut la…. there's a time aku support apa yg depa buat but this time….. sorry! PLKN nie kalau kat S'pore dah berzaman dah start…. depa pandai… negara kecik, so bebudak kat sana di hantar ke National Service…. kasi military training…. for what? ada la agenda tersendiri…. Malaysia punya PLKN aku tatau la hala tuju dia ke mana…. lepas kluar kem, ingat bebudak tu boleh berubah ker? i don't think so….. better think twice before you make some decision…….
nasib baik bukan time pilihanraya… kalau tak, confirm pembangkang menang undi….. cam nie punya perangai… sigh!
aku rasa dorang nak buat gimmick aje nak kasi takut2 kan sesapa yg tak pegi PLKN tu.. budak tu miskin so dorang deal la ngan budak yg tak tau menda tu.. kalau betul la andaian aku ni memang gimmick dorang tak jadi aa sebab pilih budak yang camtu.. kalau anak orang kaya baru la thrill skit..
aku anggap PLKN nih lebih kurang macam' Tikus membaiki labu' (sebab labu tak leh buat apa2…. nganga jer… boleh la ambik kesempatan) cuba' Tikus baiki durian', cuba tgk rakan muda – skrg apa jadi? entah ler…. pikir laa…
sedih tengok berita kat tv semalam…
ni tengah baca berita harian/ metro on line
tamparan hebat bila tak sampai 1 jam lepas berita ni tersiar, rata2 org nak bantu… kalau abg berduit, nak gak aku bantu budak…
rakyat malaysia rakyat prihatin… padahal bajet besar utk PLKN ni boleh disalurkan pada benda yang lebih dipentingkan rakyat… oooo kalau tak ikut PLKN nih kira nya takde sahsiah dan semangat patriotik la… pelik? biasa la kertas kerja yang dibuat utk PLKN nih mesti ader bajet bertulis utk kerperluan2 PLKN disamping tuh keperluan utk poket pun terselit tapi dalam pengaburan laaa…. (aku sekadar berceloteh jer… jgn percaya sgt tapi itu la… dalam mana2 organisasi pun mesti ader la benda cam gini… wallahu'alam..)
Bajet utk PLKN ni kan bagus buat cover subsidi minyak tu…. x pasal2 rakyat gak kena tanggung barang naik harga nih…
aku yg pakai kancil ni pun terasa rega minyak naik..
aku antara orang yang tak puas ati malam tadi..
pesal plak kena gari? macam penjenayah je..
cukupla kena pegang kat bahu… dah le..
sampai main gari2 ni ape hal..
famili orang susah.. takkan la mahkamah tak ambik faktor macam ni..
kawan aku ckp, anak VIP, VVIP (anak menteri) ramai yg lepas
langsung tak kena dakwa pun…damn!
budak tu TERpaksa merengkuk dlm jail selama 14 hari
sbb tak mampu nak byr denda….
mmg silaka la!
keribang,
sebenarnya Malaysia byk sumber kewangan boleh dicari ganti utk cover subsidi minyak
tapi duit tu mana boleh kacau sbb ada org dok tunggu nak sapu
cuba korang fikir duit booking number kat JPJ tu mana pegi?
kalau yg booking number 1 boleh cecah 5, 6 puluh ribu
blom lagi yg booking number 2 dan seterusnya
aku pernah tgk masa nak pilih number kete aku dulu…WJN 2 org booking RM35,000!
tu blom lagi WJM, WJP, WJQ
berapa byk duit JPJ boleh kaut dan kalau dihimpun tu,
aku rasa boleh cover subsidi minyak…
tapi sbb duit tu nak tampung maintenance JPJ n staff dan juga menteri, mana nak cukup!
tu la dia
malaysiaku oh malaysiaku
Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi dah bebas
menurut sumber berita TV3, Ahmad telah dibebaskan dengan jaminan RM540 oleh
seorang warga Malaysia yang prihatin. syukur.. masih ada orang macam ni.
malaysia taknak tanggung utang banyak sangat sebab buat pembangunan terlalu banyak kot..
tu pasal semua nak naik..
sebab perjuangan belum berakhir…
ape pun kes malam tadi tu aku memang tak bersetuju…
oh.. dah bebas dah.. alhamdulillah..
tapi, moral dia tetap jatuh tu…
tu yang aku rasa terkilan sangat
kesian budak yg nak sara keluarga… itu kira khidmat negara gak..
kesian ibu2 muda yang anak masih merah2 baru di lahirkan… jaga bayi pun kira khidmat negara, daripada orang asing bela anak kita…
kesian orang yang dah kerja tapi tak dapat pelepasan boss (memang semua gaji kecik). dan takder keje lepas latihan.. aku nak ambik cuti smeinggu pun susah giler.. bekerja sepenuh masa pun (asal bukan jenayah) dah kita menyumbang kepada ekonomi negara…
kesian anak-anak orang kaya, VIP, VVIP, KOPI…
aku bukan anti PLKN.. tapi bila calon ramai, takkan takder pengecualian kot?, takkan takder alternative seperti wajib masuk JPA3 ker (yang aku rasa mencabar gak), kadet polis/tentera/bomba, tak payah bayar duit RM 500J setahun bagi kat kontraktor.. seperti contoh nak tau gak, bebudak bekas RMC pon kene pegi gak ker?
NAtional integrity starts at home, in the community and from primary education…. melentur buluh biar dari rebung…
aku ingat lagi zaman dulu kala, ada bebudak sekolah kene kursus dengan BTN nak bagi semangat patriotik laa… memang semangat la kalo kat kem…. 1-2 bulan lepas tu pun semangat gak… lepas 3 tahun, boleh belah semangat…
Silap2 5 tahun lagi kena bayar yuran untuk program….. lagikan tol pun selalu naik…. :sengih:
salam…
18?
keputusan ditangan anda…
kesian tul kat budak tu .nasib baik dah bebas.Alhamdulillah..~
tapikan,kalu tak silaplah yang sayer bace dalam surat khabar…budak tu lepas keluar jail,dier kene g gak PLKN tu…apebende ntah!!!dah la kene denda pastu kene g PLKN plak.kesina tul family dier.boleh la tindas orang yang lemah…****!!peguam yang buat keptusan tu dah hilang akal kot!!!
orang yang tak g PLKN,klu dah bayar denda pun… kene blacklistkan ????
dulu aku amat setuju ngan PLKN nih… tapi bila tgk perkembangan dia (kat lam tv, paper, n masa derang gune UKM)…. emmm makin aku rasa tak payah buat pun tak pe
terase gak nak tau ape benda aktiviti sebnarnye yang derang buat masa PLKN ni (yang umum2 tu mmg tau ler). kalau bina2 semangat ke, ceramah cakap berkobar2 ke…. eeiiii…. pendek je jangka hayat semangat tu. yang panjang karang list kenalan2 baru, awek2 baru, pakwe2 baru, list no kat bil telefon…..
baik buat style communiti servis ke (pantau ikut sekolah, kire jam untuk monthly), bagi khidmat sukarela bersihkan kawasan, pi umah orang tua2, umah anak2 yatim ke…
yang penting tanamkan sifat prihatin, semangat cintakan negara … muafakat masyarakat berbilang kaum semua2 tuh boleh datang dengan sendiri, bukan boleh main paksa.
dari zaman sekolah lagi aku dah meluat dgn kem2 motivasi dan sewaktu dgnnya nih…(aku pi sebab nak sijil jerr..)
semua nya aku tgk bawa balik nama awek2 n balak2, banyakkan kenalan2 utk suka2 dan mcm2 lagi benda yg tak pekdah nya…
skrg bukan zaman Hang Tuah yang hanya menurut kata, mata masyarakat dah makin jelas dari kerabunannya, tunggu masa jer… menurut yang benar, menidak yang salah…. belum ramai yang berani termasuk aku…. :sengih:
skrg bukan zaman Hang Tuah yang hanya menurut kata, mata masyarakat dah makin jelas dari kerabunannya, tunggu masa jer… menurut yang benar, menidak yang salah…. belum ramai yang berani termasuk aku…. :sengih:
this statement reminds me of Ahli Fikir latest hits….. “angguk angguk, geleng geleng… bla..bla..bla..bla” (sindiran dlm hiburan)
aku lagi arr dah lama aku tak puas ati nih ! ader ke patut sket2 wang sket2 wang cuba imaging anak sendiri la ha camtue lagi satu tgk PLKN ni sebenarnya bertambah sosial ader la…
tapi kan… tadi baru sekejab terjumpe link ni..
http://www.khidmatnegara.gov.my/umum/index.html
yang paling harunye ialah…
sila baca..
PROKLAMASI
OLEH SERI PADUKA BAGINDA YANG
DI-PERTUAN AGONG,
DENGAN KURNIA ALLAH, KETUA UTAMA NEGARA
BAGI NEGERI-NEGERI DAN WILAYAH-WILAYAH
MALAYSIA
TUANKU SYED SIRAJUDDIN PUTRA JAMALULLAIL
Yang di-Pertuan Agong
BAHAWASANYA seksyen 3 Akta Latihan Khidmat Negara 2003 [Akta 628], memperuntukkan bahawa BETA boleh dari semasa ke semasa, melalui proklamasi, mengarahkan bahawa, melainkan jika Akta itu memperuntukkan selainnya, tiap-tiap orang yang-
A – pada tarikh proklamasi ini, telah mencapai umur yang ditentukan dalam proklamasi ini, yang tidak kurang daripada enam belas tahun, tetapi belum mencapai umur yang ditentukan dalam proklamasi ini, yang tidak lebih daripada tiga puluh lima tahun; dan
B – merupakan warganegara atau pemastautin tetap di Malaysia,
hendaklah bertanggungan untuk menjalani Latihan Khidmat Negara di bawah Akta itu.
MAKA OLEH YANG DEMIKIAN, BETA, TUANKU SYED SIRAJUDDIN PUTRA JAMALULLAIL, dengan Kurnia Allah, Yang di-Pertuan Agong bagi Negeri-Negeri dan Wilayah-Wilayah Malaysia, pada menjalankan kuasa yang diberikan kepada BETA sebagaimana yang tersebut di atas, membuat proklamasi yang berikut:
“Semua warganegara Malaysia yang, pada tarikh proklamasi ini, telah mencapai umur enam belas tahun dan sebelas bulan tetapi belum mencapai umur lapan belas tahun diarahkan hendaklah bertanggungan untuk menjalani latihan khidmat negara di bawah Akta Latihan Khidmat Negara 2003.”.
DIPERBUAT di Istana Negara Beta di Kuala Lumpur, Ibu Kota Persekutuan, pada satu hari bulan Disember, dua ribu tiga.
[KP/JLKN/(UPKN)®17/847/39; PN(PU2)635]
Dengan Titah Perintah Baginda
DATO' SRI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJl ABDUL RAZAK
Menteri Pertahanan
A**K H***M J***H….. :love:
main kuku besi nampak…
Apsal laa diorang target budak tu :unsure:
Amik laa anak VIP ke..
Haihhhh member aku yang kaki disco tak kene laa pulakkk :unsure:
edit: pulakkkkkkkkkkk 😮
18 – 35 tahun? huh.. panjang nya list tu.. :blink:
macam teruk je arahan tangkap budak yg sara ibunya tu.. kesian bila memikir sebabnya.
betul tu. sekarang nampaknya macam sempit je takrifan “berkhidmat untuk negara” tu.
menterikan peminpin negara, apasal tak train anak dia dgn program dirancang sendiri. Patut menteri ikut mcm waris2 sultan johor. semua masuk training askar.
aku lagi arr dah lama aku tak puas ati nih ! ader ke patut sket2 wang sket2 wang cuba imaging anak sendiri la ha camtue lagi satu tgk PLKN ni sebenarnya bertambah sosial ader la…
![]()
yang bertambah sosial tu memang sayer sokong.sebab sorang member baru jer balik PLKN…dier kater,tiap malam diorang akan tubuh satu pasukan utk g keluar meronda2 diketuai guru pelatih utk g tangkap peserta2 yang tengah berkhalwat!!!……..
so kalau aku sorang aje yg actually memandang baik PLKN ni, would that make me an asskisser?
true enough, memang cara diorang tu salah bila menangkap budak tu tanpa usul periksa, dan kemudian disumbat ke dalam penjara. aku for all am supporting AGAINST penangkapan budak malang nih. but to blame the whole PLKN punya sistem? i dont think so. aku salahkan orang yg menguatkuasakan penangkapan ni, bukan program tu sendiri.
mind u, i've seen the good end product of PLKN punya budak. ada sesapa kat sini “hasil” dari PLKN?
no?
aiseh…
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia