Home › Forums › Movies, Musics, Anime And TV Series. › Csi: Season Finale
Ok.. sebelum aku cita apa2, terus terang aku cakap.. aku bukan peminat CSI. Yup.. sad but true.. Beberapa kali jugak aku try layan siri ni setelah di pengaruhi oleh sahabat2 aku tapi still takleh nak “masuk” 100%. I just dont like the idea yang every episod habis satu kes and next episod pulak datang kes baru pastu settle and so on.. so on. Senang cita, CSI tak macam Smallville, Lost atau X Files yang ada cliffhanger di penghujung cerita. Aku lebih suka stail camtu.
Ok lah.. let's get to the point.. Aku sangat tertarik nak layan CSI finale ni cuma satu sebab: Quentin Tarantino!. This 2 hrs episode memang interesting sebab story and director nya ialah en Tarantino and what did u get? Full of suspense and surprises!! Memang enjoy betul tgk episod final ni tadi. Memang terasa kelainan nya sebab sebelum ni asik kes bunuh aje tapi kali ni, one of CSI officer di culik dan penculik meminta wang tebusan di jabatan CSI. Nick Stoke di culik di crime scene dan semua team CSI berhempas pulas cuba nak selamat kan Nick yang di tanam hidup2 dalam keranda.
Aku suka betul kejutan yg di beri utk penonton di pertengahan cerita masa kat tempat penculik tu letupkan diri dia bila salah sorang dari team CSI (sori tak tau nama) secara tak sengaja terjumpa tempat Nick di tanam dan cuba gali tanah tu dan waktu yang sama jugak penonton di tunjukkan sekali Nick seolah-olah respon dengan dorang and BOOM.. scene tu sebenarnya berada di dua tempat yang berbeza. (Sapa yg tgk mlm tadi mungkin lagik paham la pasal apa yang aku cita ni) dan aku teringat pada filem Silence of The Lambs yang menggunakan kejutan yang sama masa final scene filem tu. Aku tak terkejut kalau Tarantino amik idea ni dari Silence of the Lambs itu sendiri.
Aku perasan trademark Tarantino dalam episod ni. Dia suka mainkan lagu pada situasi yang berbeza dengan lagu yg di sampaikan. Masa Grissom mainkan tape yg di kirim kan dari penculik tu yang sebenarnya cuma lah sebuah lagu (dan aku yakin lagu tu pilihan Tarantino sendiri) at the same time, team CSI tergamam bila melihat Nick yang di culik tu dari kamera dalam coffin tu. What i'm trying to say here is, lagu dan situasi tu sangat berbeza tapi aku sebagai penonton dapat rasakan feel scene tu.
Part yang buat aku tetiba terpikir betapa genius nya team CSI ni (atau genius penulis cerita ni la kot) pasal episod tadi ialah setelah susah payah dorang cuba nak track si Nick ni last2 dia berjaya di temui dengan hanya kerana seekor semut!!! Damn!
Ok lah.. aku pun sebenarnya tak reti nak tulis panjang2. Thread ni pun aku buat utk komen pasal episod CSI finale ni aje.. Selalu thread siri tv utk cita pasal keseluruhan siri tu cuma aku rasa episod ni sangat menarik sampai kan aku teruja nak bukak thread utk episod ni aje.. Aku cakap ni as non CSI fan la..
Ok lah . nak sambung keja nih..
yesh! yeshh!! mmg best! cume termiss 1st 40 minutes of the show… so, tak tau camne nick leh terperangkap dlm dlm keranda tuh…. kena tgk re-run balik.
fehh… psiko tul masa nick terbayang2kan diri die tgh autopsi. brrr…. scary!
scene autopsi tu yg menariknya di tunjukkan dalam black n white supaya tak nampak sangat gory nya..
aku dok ingat mesti ada sangkut paut dengan kes yang diorang pernah investigate before this, yang ada dalam episod2 lepas la..sebab there's one time diorang handle kes yang sorang killer yang terer pasal cara CSI buat kerja.
bila aku nampak je nick di dah kena gigit ngan semut..aku ketawa, dah boleh tau lepas ni sure boleh trace punye..sebab dari dulu si grissom memang terer aa bab2 serangga ni..
tapi last2 awat si kelly tu sengeh semacaaam jek..
Kelly tu sengeh sbb dendam dia berjaya dilaksanakan
actually kes culik ni kelly punya plan dgn bapak dia
biasa la org tua dah kena psiko dgn anak sendiri
i tak dpt tengok…. *sob sob*……… adekah episod finale ni akan diulangi??? siapa tau bile ye??….. i nak tgk la…….
normally dorang replay sunday malam
cuba check kat http://www.axn-asia.com for further schedule
dua kali dia replay hari ahad..
satu kali masa 12 tengah hari..
satu kali masa 9pm..
tp ni season finale.. tak tau le applicable ke idak dgn timing tu..
pada pendapat aku kelly senyum camtu sbb skang
dia dah cam sape CSI yg bapak dia try bunuh tu,
dan dgn ini bila minah tu keluar jel dlm beberapa tahun lagi,
maka dia pulak akan aniaya Nick. teori aku laaahhh…
tp kan nuppy, kenapa plak nick bleh respon kat diorg menggali padahal tempat gali lain2? nick ter-psycho ke masa tu?
tarakucha
bukan masa tu yang dia tengok keranda dia tu retak ke? so dia ingat ada org la..
eh ye ke? retak tu lama lepas diorang dah gali kan..ermm.. :>
maybe the pressure of the earth on the plexiglas tu yg buatkan nick ingat ada org tgh gali looking for him.
for all we know, diorg jumpa keranda 1st tu dan nick ber-respon could happen at different times- tapi cara dia edit buat nampak cam serentak just to heighten the tension.
“..you make me tension!”
apsal tarantino suka tanam2 org ah? Kill Bill vol.2 pun ada tanam2 org gak.
tapi finale ni memang giler ah..! :pergh:
halamak dah jauh gile ke nie…
aku suka CSI sbb sarah seedle…
last aku followed bila depa terpecah dua team.. bila pegawai atasan yg poyo tue- Ecklie dok pecahkan depa… naikkan Catherine… yg seksi tue.. dan pertikaikan keprofessionalan Grissom..
adueiiiii nie sure da jauh giler…
ahhhhh to the torrent laaa…nampaknyaa…
season baru ni bakal menyaksikan
Cathering bercinta dgn Warrick
dan team dorang digabungkan balik
tu jer la apa yg aku tahu
Dlm finale ni dia tunjukkan jugak caring jugak si Ecklie tu pada team2 CSI ni.
kan last sekali masa season finale tu Grissom cakap “I want my guys back…”
haaaa .. diam je si ecklie tu..
Aku perasan trademark Tarantino dalam episod ni. Dia suka mainkan lagu pada situasi yang berbeza dengan lagu yg di sampaikan. Masa Grissom mainkan tape yg di kirim kan dari penculik tu yang sebenarnya cuma lah sebuah lagu (dan aku yakin lagu tu pilihan Tarantino sendiri) at the same time, team CSI tergamam bila melihat Nick yang di culik tu dari kamera dalam coffin tu. What i'm trying to say here is, lagu dan situasi tu sangat berbeza tapi aku sebagai penonton dapat rasakan feel scene tu.
hehehe…
caya..caya… Nuppy.. ko pon sbenarnya sorang bakal SiEsAi gak..
sbb ko prasan trademark QT tu..
aku pon prasan dlm pepe yg dia dairek musti ada tandaniaga cam gitu..
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia