Home › Forums › Research And Developement › Comics (all kind, type, genre) appreciation!
Minta maaf, dan izin kekawan, sebab saya nak minta tolong kekawan sharing pasal 'lived-experience' semasa membaca komik, apapun jenis style @ genre komik yg di baca itu.
[Reading comics experience: Lived- into-the-world of comics]
what, how, and why did 'comics' impress us and perhaps inspire our life?
Actually, I'm deadly need the kindness of you all just by sharing your live-experience in reading comics (any kind of comics: single panel, strips, or books).
a) While reading a comics, did you ever feel like being involved (attacthed) into the life of the comics?
b) Did you feel affected by the comics? Did you feel like lived inside the comics environment while reading?
c) How much time have you spend for reading comics? How many title did you read for a day, or maybe a week?
d) Can you tell about your reading experience? Did you really get into the world of the comics? How does it feel like?
e) Tell me about the comics's community, are you part of them?
f) Do you think that all of us as a comics reader share the same experience of the world of comics?
g) Did you feel attached to one and other inside the community?
h) Does the world of comics feels like real universe?
i) Did you think that the life's inside comics are better than our daily world?
j) Please, give an ultimate reason for us to believe that comics (making/reading) can make our world become a better place to share living and life.
Ultimate thank you, if you don't mind to share your personal reading comics experiences.
PS: If you have any secrecy on comics that you feel embarrass to share here, don't hesitate to PM me directly.
Simple version:
“Apakah Anda membaca komik?
Apakah Anda melukis komik?
Apakah Anda sedar bahawa ada sebuah dunia di seberang sana di dalam komik yang Anda baca atau Anda lukis(lakar)?
eh… kenapa topic ni kosong aa? or sebab semua org pm? hee hee
'kosong' sebab semua bicara melalui 'hati'. hehehe…
aku pernah reply 3-4hari lps..da tulis brjela2..tp bila sent kuar login page..aku lupe nk untick yg 60minit login tuh..siol..
p/s: insyaAllah ade masa nnt aku tulis balik..
haha, takpe belum rezeki… insya Allah. trimakasih.
Hi, let me start this….
Apakah Anda membaca komik?
-Yup, of coz…sejak darjah 1…
Apakah Anda melukis komik?
-Yeah….Melukis adalah keghairahan (passion) kami….haha…
Apakah Anda sedar bahawa ada sebuah dunia di seberang sana di dalam komik yang Anda baca atau Anda lukis(lakar)?
-Erm, tak sure ngan soklan ni…tp ofcoz nak buat komik, kena ada sebuah dunia imaginasi dulu…dunia komik..dan dunia tu adalah kombinasi pengalaman, pengetahuan dan kreativiti….
harap menjawab soalan yg diberikan…tq….
ni lk jawapn aku..
1. in general aku rasa sume org baca komik klu la ko klasifikasikn komik tu ialah gambar brdialog..personally aku da jarang baca komik compare masa kecik..skng ni aku bca myb 2-3 komik je sbln atau kurang(xkira komik suratkhabar)..
2. aku pernah melokes komik cuma xpernah publish je..pernah hantar entry utk pertandingn bakat bru thn 2003,terbuka dan budak sekolah..tp 2-2 xmasuk final..hahaha..pernah berminat nk jd pelokes komik tp sbb xde pendedahan dan xde peluang so niat tu aku pendamkn je..
3. komik yg bbtul buat aku “involved” so far dragon ball dan kartini je dan bbrpa kompilasi komik ujang..aku suka “aku dan sesuatu aie” tp kompilasinya ade satu jilid je,so kurang feel psl citer trgantung..masa zaman komik dragon ball tgh hot, benda tu jd topik perbualan kitorng kt sekolh rendah..sape leh bca dulu mmg bangga abis la leh citer spoiler..arwah ayah aku yg belikn komik tu tp sesape nk baca kena siapkn dlu kije sekolah dan kije umah..kitorng adik beradik berebut sape nk bca dlu..kt kedai runcit kmpng aku pn ade jual komik tu..siap ade iklan komik paling laris di mesia..so mnjawab soklan ni,yess..aku sedar mmg wujud pn dunia dragon ball..masa tu aku boleh rasakn dunia tu..kitorang mmbr2 skolah brimaginasi, berspekulasi dan berkontroversi tentang dunia tu stp kali sembang..
Mak aih! Soalan cam nak test mental health & state of mind pembaca komik je ni? Hahah! Walaupun aku ade beribu naskhah komik, tapi it's just 2% of what I do in my daily life di samping aktiviti kerja & sosial yg lain. Heheh! So my bro, I don't go that 'deep'..
Personally, aku rasa risau kalau esok2 aku ade anak yg bersungguh2 jawab “ya” utk beberapa soalan kat atas tu..
dunia imaji pun bermakna dunia yg wujud gak. Pembaca komik 'hanyut' dalam dunia komik yang dia baca, itu sebab boleh nak berebut baca dan siap collect 'beribu naskah' tu. fu fu fu…
wujud dalam pikiran itu pun 'wujud' gak.
tak jawab sebab ambil masa yang agak panjang nak tulis…
aku tak banyak baca komik sekarang, masa terhad, dan banyak juga aktiviti lain yang terpaksa dihentikan.. sekarang aku banyak baca novel2 fantasi… mungkin juga pemanjangan dari membaca komik…
Komik ada banyak makna
pertamanya ianya adalah satu diversi dari kehidupan…. bagi seorang yang asalnya kurang aktif dengan aktiviti luaran seperti sukan, kehidupan hanya belajar dan kurangnya peluang menjelajah dunia luar menyebabkan dunia komik lebh menarik…. semasa zaman aku kecil, tidak banyak sumber hiburan.. takder internet. takder talipon, takder TV kaler, dan menonton ultraman pula adalah berebut di luar tingkap rumah orang mencuri menonton TV mereka… di zaman aku, sukan hanyalah untuk mereka yang elit dan berbakat, dan aktiviti2 kelab juga adalah untuk pelajar2 terpilih… jadi membaca komik adalah juga satu tingkap kepada dunia lain… sambil bertenggek di tepi jalan menunggu bas sekolah, atau ketika hujan lebat… bukannya tiada kawan2 kampung bermain, tapi zaman dulu takder tuisyen dan selepas waktu sekolah anak2 bebas berkeliaran keliling kampung dan kebun…. akhirnya akan jemu juga mengukur kampung akan kadangkala dipulaukan kerana bergaduh…. Jadi dunia komik adalah jendela kepada dunia asing yang menarik tetapi kadangkala sukar difahami kerana perbezaan usia penulis komik dengan pembaca yang masih belum mengenali dunia…
keduanya komik adalah gula2 yang sukar di lupakan… terutamanya jika ianya karangan dari negara luar seperti Komik2 Marvel dan 2000ad, ceritanya menariik dan lukisannya mencetus imaginasi, ianya menyeronokkan dari pandanganku semasa remaja…. karekternya juga ada identifikasi cuma bezanya watak hero dalam komik punya kekuatan fizikal yang tidak ujud di dunia realiti… Seronok mengikuti kisah2 watak2 hero, tetapi perbezaan antara realiti dan dunia komik tetap ada…. Aku tidak pernah fikir berasa hidup atau immersed dalam dunia komik, bagi aku ianya hanyalah jendela yang menjentik daya imaginasi…
Sebaliknya membaca komik telah mengubah persepsi bila cuba memahami realiti, menyedari banyak perkara berlaku punya perbagai perspektif dan juga relativity… Namun begitu tabiat melihat komik sebagai satu jendela juga mempengaruhi diri untuk melihat dunia sebenar melalui satu jendela juga sehingga ada kalanya terasa bagai orang luar yang melihat kedalam rumah… sentiasa orang luar yang memerhatikan satu eksperimen… hanya tamparan pengalaman kehidupan yang menyedarkan diri bahawa dalam realiti kita tidak pernah jadi orang luar, bak teori Einstein, sang pemerhati juga mempengaruhi realiti yang di kajinya….
Ketiganya komik adalah stimulus kepada idea dan pemikiran yang berbeza… kadang2 cerita bodoh dalam komik boleh di translasi kepada idea hebat yang tak diduga…. komik menggalakkan pemikiran out of the box… cuma kadang2 ada pembaca punya delusi bahawa hanya dia seorang yang punya idea tersebut…. unik… sebaliknya bila bertemu pembaca komik lain dan membaca analisa2 komik kemudian hari baru menyedari bahawa kesan ini bukannya unik….. baru menyedari komik adalah propoganda… samada dilakukan sengaja atau bawah sedar oleh pengkaryanya…. dalam satu esktrim ianya satu jenis self expression, luahan pemikiran individu yang menghasilkannya, walaupun dalam bentuk hiburan.. smentrara satu ekstrimn lagi pembikin komik cuba mencapai pemikirang pembacanya, dan satu cabang ekstrim lagi bagaikan dakwah tanpa sensitiviti…
Aku sukar rasa immersed atau hidup dalam dunia komik itu, mungkin kerana terlalu jauh beza antara dunia yang di lukiskan dengan realiti, sebaliknya komik adalah ibarat escapism sementara, bagai satu permainan/mimpi yang kita tahu akan tamat …. Mungkin watak2 dalam komik itu bagai hidup, tetapi melihat pertunjukkan patung/wayang kulit, tali2 yang menarik pergerakan mereka masih dihubungkan sebagai extensi pemainnya… menjadi inspirasi kepadaku ingin menjadi pemain/dalang kepada pertunjukkan itu sendiri…
Mencipta dunia sendiri. Komik adalah template mudah, satu contoh bagaimana hendak mencipta dunia sendiri dalam fikiran…. rasanya itu yang berlaku kepada kebanyakan pembaca, satu contoh self expression… yang lebih aktif dan berbakat akan melukis atau menulis, sementara yang lainnya mungkin hanya mengurung dunia itu dalam kepala masing2…. kadang2 tersembunyi, kadang2 mengelabui pemikiran ketika melihat dunia…. kebanyakan pembaca hanya meminja settig dan watak dari komik yang dibaca untuk mencipta cerita baru….. sesetngah pulak lebih suka mencipta dunia dan watak tersendiri….. beberapa orang pula menggantikan watak2 dengan orang2 yang mereka kenal didunia nyata, mencipta satu delusi. Ada juga yang mengubah setting dan watak2 kepada unsur2 asas, dan mencipta dunia ilmu, dimana setiap nombor atau formulasi adalah watak2 yang bergerak dalam dunia hukum fizik dan matematik…
dan mungkin akhirnya sampai satu peringkat usia aku memandang komik sebagai satu yang membuang masa, terutama bila usia semakin pendek, masa menjadi semakin berharga, maka terpaksa memilih apakah aktiviti yang akan mengambil sisa-sisa hidup… keluarga, kerjaya, masyrakat, hasrat peribadi, destini.
cuma sejkali sekali komik muncul sebagai satu diversi yang mungkin mengungkit kembali kepada zaman remaja dahulunya… atau satu kawan lama yang tidak pernah lari…
Sebenarnya, aku rasa makin lama, aku makin “pencen” bace komik. Mungkin sebab cabang minat tu dah berubah atau bercambah ke mende lain kut bila umur meningkat. Kalau bace komik pun, yg selective punyer atau yg memang hype betul (which is very rare). Is it normal?
Teringat zaman dulu, semua movie aku belasah tengok wayang. Yang B grade movie pon aku nengok wayang. Sekarang ni, aku just layan kat wayang filem yang betul2 hype jer..
We can stop reading comics, we can leave it anywhere and anytime, but the experience of reading comics, a feeling, an embodiment into-the-comics world will never left out. Sama macam naik basikal, kalu dah pernah belajar kayuh, seumur hidup 'pengalaman' itu ada dalam diri kita. Bila-bila masa kita dah lama tak berbasikal, kita takkan lupa cara berbasikal.
Human or Dasein is ambiguity thing.
Ubdetaker said:
Aku sukar rasa immersed atau hidup dalam dunia komik itu, mungkin kerana terlalu jauh beza antara dunia yang di lukiskan dengan realiti, sebaliknya komik adalah ibarat escapism sementara, bagai satu permainan/mimpi yang kita tahu akan tamat…
sukar rasa immersed but then ibarat escapism… when we escape into-the-world of comics, we already immerse into-the-world.
moreover:
Mungkin watak2 dalam komik itu bagai hidup, tetapi melihat pertunjukkan patung/wayang kulit, tali2 yang menarik pergerakan mereka masih dihubungkan sebagai extensi pemainnya… menjadi inspirasi kepadaku ingin menjadi pemain/dalang kepada pertunjukkan itu sendiri.
“…menjadi pemain/dalang kepada pertunjukkan itu sendiri…” then your already embodied into-the-world of comics.
Embodiment bukan semacam delusive yg menyebabkan delusion atau sampai hallucination mcm schizophernia. Ini dah jadi case benda lain, ini patologi psikologi.
thanks for sharing your lived-experience with comics. truly appreciated… Selamat hari raya aidil adha… maaf, lambat.
Sebenarnya, aku rasa makin lama, aku makin “pencen” bace komik. Mungkin sebab cabang minat tu dah berubah atau bercambah ke mende lain kut bila umur meningkat. Kalau bace komik pun, yg selective punyer atau yg memang hype betul (which is very rare). Is it normal?
betul la.. aku dulu pun camni. apa jenis komik aku rembat dan enjoyy sgt. zaman tu komik kecik2 yg harga 50sen. tu pun kena tikam dulu baru dpt.
dalam umur yg menua ni, boleh kata aku tak baca komik pun. aku beli g3 dan apo? tu pun sebab support je. sejujurnya aku jarang baca pun..
aku gilakan komik rare item, yg dpt memuaskan nafsu komik aku. i.e komik2 retro daripada yoshihiro tatsumi, rad sechrist, MAD magazine..
setiap minggu aku spend 3-4 jam belek komik di MPH.. tapi susah nak jumpa komik yg berbaloi dibeli
melukis komik?
satu hari nanti. tak lama lagi aku akan serius melukis, dan melukis dengan serius..
Karna, aku rasa kita melihat dari perspektif dan definasi berbeza….
bila bercakap tentang immersion dalam dunia komik, mungkin aku bandingkan dengan pengalaman bermain PC game, melihat filem atau membaca novel fantasi yang baik sebagai kayu pengukur….
dunia dalam cerita komik punya limitasi dalam mengajak sesetengah pembaca kedalamnya…. basically kerana perbezaan limitasi interaksi audience… dalam games interaksinya 2 hala, sementara ketika membaca novel aspek visual dalam cerita itu perlu dijanakan oleh minda pembaca itu sendiri… dalam filem pula kelebihan continuity, visualfield dan audio….. sementara persembahan lukisan dalam komik adalah penarik tetapi juga dalam masa yang sama mungkin menjadi batasan jika tidak diseimbangkan dengan peprjalanan cerita……..
sebaliknya aku boleh baca novel 2 hari dua malam tanpa berhenti sehingga habis cerita… dan berasa berada dalam dunia cerita tersebut… tiada rasa bagai melihat melalui “tingkap”… itu yang aku maksudkan dengan immersion.
JAngan samakan dengan escapism… sebagai contoh aku boleh enjoy tengok siri filem Monty Python, appreciate kandungannya, dalam masa yang sama sedar kehadiran aku sebagai audience… ianya masih bukan immersion walaupun satu bentuk escapism… Sebaliknya menonton Blade runner membawa satu pengalamn berbeza…
Sebagai satu media, komik ada batasan tersendiri juga, kerana itu bila ada percubaan untuk adapt cerita2 fantasi ke komik, hasilnya tak sebagus yang diharapkan kalau dibandingkan dengan media asal…. namun bila ditelitikan kembali, aku tak nafikan beberapa komik mungkin punya keupayaan immersive yang tinggi seperti siri Lone wolf and Cub, Conan the barbarian, Sin City, watchmen… tak banyak…
Ermm..aku rasa aku dpt tangkap view brader Ubder ni.
Pada aku, most komik yg aku baca dan minat suatu ketika dulu macam melihat melalui “tingkap” seperti Raja Rimba, Pedang Setiawan etc.
Anyway, ada satu komik yg buat aku betul-betul rasa “immersive”. Mungkin satu ni je la utk aku:
DRAGON BALL.
suka saya diskusi ngan Mr.Ubdetaker (kekadang teringat ngan en.Undertaker lak – just kiddin').
Yang saya nampak, kita bukan mencari 'kebenaran absolute', bukan objectivity daripada sebuah kajian. Tetapi inter-subjectivity. fenomena 'reading experience' itu Wujud, tetapi masing2 orang punyer katakanlah “… perspektif yang berbeza…”
itulah yg menarik daripada lived-experience membaca komik (yg serupa tapi tak satu rupa ngan baca novel @ tengok wayang).
There's no picture in novel (unless we read graphic novel which is also a comics, or novel with illustrated pictures), and there's full simultaneous pictures in movies. Comics reading really depends on how a reader percept and make connection between panels. Bak kata en.McCloud, kehidupan dalam komik ada diantara panel, dekat 'sequence in-between the panels itulah 'yg kosong takde gambar langsung, pembaca membangun imajinasi.
Every each reader built their own ideal-imagination which unconsciously have a shared-feeling about it.
Sebab itu en.Will Eisner mengatakan bahawa membaca komik ialah sesuatu penjelajahan minda intelektual antara regime sastera dan regime visual arts.
Saya tak bermaksud mengatakan experiencing with comics adalah lagi bagus daripada experiencing the novel @ movies. Yg menarik adalah the experience itself. Saya tak bermaksud meninggikan komik ataupun merendahkan komik.
Sebagai satu media, komik ada batasan tersendiri juga, kerana itu bila ada percubaan untuk adapt cerita2 fantasi ke komik, hasilnya tak sebagus yang diharapkan kalau dibandingkan dengan media asal…. namun bila ditelitikan kembali, aku tak nafikan beberapa komik mungkin punya keupayaan immersive yang tinggi seperti siri Lone wolf and Cub, Conan the barbarian, Sin City, watchmen… tak banyak…
Saya tak memandang ianya sebagai sesebuah kelemahan daripada media komik, maupun kegagalan medium lainnya (spt movie ke novel ke komik, or vice versa). Hal itu terjadi sebab masing2 medium itu ada proses embodiment yg berbeza. Pembaca novel harry potter (contoh) dah membuat sebuah dunia fantasi yang ideal bagi diorang, meskipon saya dan ubder misalnya punya bayangan akan dunia harry potter yg tidak seratus peratus sama, but we shared a similar experienceing the world of harry potter. Masa tengok wayang, dunia yg kita dah bayangkan semasa membaca novel harry potter tidak boleh sama seperti dalam wayang. Jadi, kalau terjadi pertukaran medium, akan terjadi pula 'compromising between the medium itself' dalam minda kita. Itu yg sebabkan seseorang boleh tak puas hati, tapi ada gak orang lain yang ok jer.
Saya cuba untuk mengalirkan perbincangan di atas:
-k) How was your reading (comics) habits? Please describe your feelings while reading an interesting comics.
Apakah kebiasaan @ tabiat semasa membaca komik?
-L) What do you think: Is it we (the reader) who make a choice to choose which kind of comics to be read,….or….., actually, those comics are choosing their own readers. ?
Kita yang memilih komik untuk di baca, ataukah
Sebenarnya komik lah yang memilih pembacanya?
-m) Why and What makes you put a concern on comics?
Apa yang membuat Anda prihatin pada komik?
-n) What does your feeling while surrounded by people with the same concern (in comics)? Do you have a sense of belonging to them (the communities)?
Macam mana perasaan jika berada dalam persekitaran sesama peminat2 komik?
-o) Does any (comics) ever give you a sense of reminiscene (feeling such as recalling memories from the past)? Or, otherwise make you become aware about your future life?
Pernahkah ada komik yang memberikan erti bagi kehidupan Anda?
-p) How does your visual (reading) experience of the comics change your sense of who you are @ what you do @ where do you go ?
Apakah pengalaman (visual) dalam membaca komik boleh mengubah cara pandang Anda terhadap diri sendiri?
-q) What kinds of comics that you feel most valuable to be seen (published) in the market?
Komik macam apa yang berharga untuk diterbitkan?
Terimakasih…!
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia