Ah-ha ….wokey….ruby terfikir konsep majalah kompilasi nih kita ikut macam konsep penyedian proposal cerita untuk tv siri animasi…maksudnya satu musim ada 13 episod cerita. Dalam setiap episod MUSTI adakan satu watak jemputan yang akan muncul samaada sebagai watak musuh or watak sahabat kepada Watak Hero Utama (watak lagenda, mitos or cerita rakyat) 
Contohnya : Watak Badang (cerita rakyat) akan bertarung dengan 13 watak musuh yg terdiri daripada kaum jin atau manusia yang sama kuat macam Badang tuh (kaum babarian kot)
Jadi cara nih kalau nak buat proposal game pun boleh dan menarik juga..!contoh macam game street fighter or naruto dan lain lain.
Satu tajuk Watak akan di kendalikan dan ditulis oleh pelukis yg lain-lain. Bergitu juga Penulis sinopsis bagi setiap satu episodnya. 
Apa yg kita perlu ada ialah :
Seorang penulis sinopsis untuk satu musim .
13 orang penulis sinopsis setiap satu episod DAN
13 orang pelukis komik untuk setiap satu watak yang muncul setiap satu episod tersebut.
Contoh :
Buku Jilid : No 01:
Watak Mitos: BADANG
Badang VS EP 1 : Jin Air
EP 2 : Jin Angin
EP 3 : Jin Tanah
EP 4 : (akan di fikirkan )
EP 5 : Hang Tuah
EP 6 :
EP 7 :
EP 8 :
EP 9 :
EP 10 :
EP 11 :
EP 12 :
EP 13 ; Jin Api
Kalau untuk Buku Jilid No 02 pula…contoh Watak Hang Tuah pun kita buat dia akan lawan 13 orang watak musuh atau sahabatnya yg sama kuat dengan kebolehan kekuatannya. Target untuk di buat game pun boleh proposal idea majalah kompilasi nih. Mungkin salah satu watak yg Hang Tuah akan jumpa dalam Episod 5 ialah Badang pun boleh juga.
Memang berlaku perbezaan dan keperbagaian struk lukisan….tetapi itu takde masalah kerana ini karya kumpulan dan target kita untuk menonjolkan dan memperkenalkan Watak Mitos, Lagenda dan cerita rakyat itu sendiri. Di samping itu juga memperlihatkan design-design watak yang menarik dan unik lain daripada yg lain dari pada watak super hero marvel or image. 
p/s Amacam ? apa pendapat kengkawan idea nih?
