Home › Forums › Mags Review, News And Events › COKLAT yg tak boleh di makan!
Apa?Coklat yg tidak boleh di makan?Setahu akulah coklat yg tidak boleh dimakan adalah pembungkus coklat! Bukan!Sebenarnya ada satu lagi iaitu komik Coklat!
Judul : COKLAT – Kisah di antara kau & aku…
Pelukis : Ageha & Arie
Penulis : Roy
Harga : RM 300
Penerbit : Suria Media Sdn. Bhd.
So jgnlah pi makan pulak comic nie…tapi nikmati kisah-kisah cinta yg di hidangkan di dalamnya!Konsep komik ni senang jerrkk…cinta..cinta…cinta….Terdapat 4 love story yg romantik!Komik ini sebenarnya mengajar kita erti berkasih sayang!
Berikut komen membina mengenai comic Coklat:
1)tahniah to Ageha,Arie dan Roy kerana memeriahkan lagi sektor komik (pinjam ayat Dark_killer).Ramuan coklat korang ni memang lazat.Lukisan pon nampak profesional.Ageha (x-kartunis gempak)
dan Arie (x-kartunis Buletin Lubuk & LANUN) yg melukiskan cerita dari kepala ‘bunga’ Roy (hehe).
2)Jalan cerita memang menarik dan senang di ikuti.Memang rilekss je baca..
3)Di tambah lagi lukisan Ageha yg ala-ala komik FEEL100% tu memang menambah-nambahkan lagi feeling baca komik ni..tahniah sekali lagi!
4)Aku suka citer yg no4 tajuknya DATING … lawak tul kisah cinta budak tu…Terdapat juga kisah
cinta serius macam DIA YG BERADA JAUH..so COKLAT sesuai utk mereka yg gemarkan komik serius dan tak serius.
Berikut pula komen yg lebih membina mengenai comic Coklat:
1)Di harap ada satu komik yg di kaler..
2)DI harap lagi …’romantik’ kan sikit cover depannya…sebab cover no1 nampak cam tak besh lah…
Tengok cover saja dah kurang berminat nak baca dalam…padahal kandungan dalam sikit bukan main
besh lagi!
…kalau anda tengah bercinta sekarang ni, lagila feeling baca komik nie…(tul tak tipu nyerr…!)
boleh juga jadikan komik ni sebagai hadiah kat awek korang”…tentu dia akan tambah-tambah sayang
pada korang lagi… lagipon Ageha cakap tajuk komik ini COKLAT sebab di Jepun, org pompuan menghadiahkan
coklat kepada lelaki pada Hari Valentine sebagai tanda jatuh hati.
So itu saja utk kali ini!
Agent
‘Cinta itu lembutnya macam sutera’
___________________________
Bawah ni tulisan brother J …aku menumpang dalam nama dia jee…hehe
Ageha bekas kartunis Gempak seketika dulu kini menerbitkan Komik nya sendiri COKLAT,
Komik ini kalau pergi kedai,sekali imbas memang takkan nampak.
Sebab:dia punya cover tak der daya penarik pembaca(gambar pompuan tengah pose)bagi aku la..
ada banyak cerita pendek dalam komik nie yang aku rasa belum pernah diterbitkan lagi.
Harga RM 3(takder kaler)kualiti kertas ok putih giler….hihihihi beli woi support Lau Wan Kit Malaysia nie yeahhhhhh…. :*
[font size=1]:: This Message was edited by: agent on 2002-06-14 23:09 ::[/font]
Coklat? citer pasal aper tue? kisah jiwang gak ker?
Ader sesaper kat sini yg sudi postkan cover dia?
Aku nak tengok dulu ler…hehehehe…
Abihla..aku.AGEHA dah kuar komik sendiri.Aku biler lagi?
Tengah sibuk belajar..[–ulat buku
uiks..
pesal ageha kuar dari gempak?
ye ke dia dah jadi “bekas” aja?
info infoo!!!
pengesahan diperlukan.
tapi aku rasa aku ada nampak mag COKLAT tuh tadik.. tak tau laa plak.. ( tak sempat nak belek )
Woit…Sesapa scan la…cover dia kat sinih dan beberapa ms dia..Aku nak tengok.
Kalau nak scan kena scan lebih dari sekali sebab cover dia kalau sekali imbas memang takkan nampak wakakaka…..
lorr….yer ker?aku nak gak tengok cover dier!!scan larr sesaper!!!!!!
Aku takder scanner la rerajinla korang pergi kedai buku ada tue;
kisah jiwang la,tangkap leleh woooooo….
pasal ageha tue aku tak tau tanya Ayour atau kit kang aku lagi kena warning…siapa malu akuuuuuu jugak
kalau brader mystiq peminat setia Gempak, ageha pernah hantar komik terakhir dia kat gempak,dalam komik tue memperjelaskan kenapa Ageha tak antar artwork dia kat gempak selak balik majalah gempak yang lepas2 hihihihihi enjoy babeh :*
cehh, agent aku baru je nak scan cover Coklat.. kau dah upload dulu dah tapi takpe…sape yg belum beli jangan korang confius beli majalah Cokmat(mag kanak2 kot) dah le sbb nama dia pun hampir nak sama…..
aku sebenarnya tak penah baca karya Ageha sblum nie kat komik Gempak sbb aku start beli Gempak masa isu 50, jadi aku termiss la semua komik dia, bole korang beritau aku info ttg dia tak
Ler…ini beriter baru nie…aku tak pernah perasan pun kat kedai² mamak…tapi kalo ternampak pun sebelum nie mesti aku sangakakan ianya adalah majalah² berunsur hiburan artis…he…he…he…
Best ker criter² kat dalam…Aku minat gak ngan Ageha nie…lukisan dier cantik & sempoi…jenis yang aku minat…he…he…he…
Kalau korang perasan kat kedai Mamak skang ni ada komik Ole-ole berjudul JIWA JIWANG…di sebabkan lukisan dia macam Bob & Bear karya Aie aku pon tak jadi beli…lagipon memang tak best pon lukisan dia..tapi mesti ada juga yg suka komik macam nie…
Looohh….Cover dia kureng la…sikit.
Tak menarik sangat tapi aku tak tahu isi kandungan dia camner…Kalau aku join diorang nih besh jugak eek?
Agent ko jgn purak2 mual ngan citer jiwang…Eleh…Nak cover ler tu kononnyer hehehe….
wargh ha ha!!! aku dah sambar COKLAT… seenak namanyer…
tapi aku mengharapkan ade komik bersiri… skalik banyak yang one shot jerk rupenyer… moga-moga pas ni AGEHA dapat susun skrip ntok komik bersiri yang “mantap, mapan dan berkesan”… wargh ha ha ha!!!
A D I E
[pejuang|derita]
Oit!!Bila cerita tu nak sambung??Pasal aku rasa kalau si Ageha tu serius leh celen la feel 100% tuh..Sebabnya Ageha tak yah tunggu setahun nak buat 1 komik.Huh ‘demand’ lebih jer wan kit tuh.So sapa2 yg kenal Ageha tu tolong bagitau yg kat Malaysia ni Ramainye orang yang akan support komik yg ada lukisan kualiti cam dia.
apa kandungan Coklat best?
Ha ah…baru perasan terlupa tulis pasal kandungan COKLAT!
“Maaf!Maaf!”
“TAK BOLEH!!”
“Dish!'(kena tumbuk)
di kejarkan ke hospital…
On 2002-06-11 03:26, agent wrote:
Ha ah…baru perasan terlupa tulis pasal kandungan COKLAT!
“Maaf!Maaf!”
“TAK BOLEH!!”
“Dish!'(kena tumbuk)
di kejarkan ke hospital…
lawaklah gent..ahhaha..ko buat la satu komik ikut ko nyer idea je …sure dpt sambutan…
aku minat kartun agent yang lukis pakai flash ngan watak yang kiut-miut tuh…
To adie
OOo..yg budak sekolah yg tunggu kapal terbag tu…dah hilang dah file flash dia….
Oh ya…buat cik apple dan saper yg dok tanya kandungan Coklat ini dia kandungan Coklat
-Gula
-Serbuk susu penuh krim
-mentega koko
-pes koko
-mentega koko tandingan
-lestin soya
-vanilin
Sumber dari comic COKLAT
atau pon klik sini..
thanks agent pasal iklan mula-mula tue,ingatkan nickname aku telah dipergunakan ceh… ko memang agent berkaliber nanti ada komik baru aku bagitau hahahahhah :h
Tula..sebenarnya aku amat mengalukan penglibatan korang semua..kita sama-sama menjadikan komik Malaysia satu industri…apa saja komik yg korang rasa best/tak best..korang berhak cakapkannya kat org lain….supaya boleh di kongsi beramai-ramai…pergh.com ni utk semua org…
agent
“…lagipon letih betul buat sorang-sorang ni”
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia