Home › Forums › Research And Developement › cerita gitar
elleh… ko ni bior betul?…
betu ke nak buat novel ni?…………..
ade company nak publish tak?
tak pe………. aku support ko dari belakang!!!!!!!!!!!!
cepat sikit fikir jalan citer seterusnyer!!!!!!!!!!!!!!
dan………?
betul ke nak kua novel? buat novel grafikla bro aza….
buat novel grafik? hahahahha. idea yang selama ni menjadi HANYA impian aku aje hahahahah. pada aku menulis lagi senang dari melukis. tu pasal aku buat cerita ni, pasal aku ada idea jalan cerita, tapi kalau aku lukis, aku akan spend too much time drawing, instead of thinking about the story, and how to tell the story properly.
unless, kalau ada sesapa yang over rajin nak translate chapter2 yang aku dah buat ni kepada komik…
hey thanx for all the support. nanti keluar novel, aku bagi korang sorang satu hehehhehehe….
alhadulillah….terima kasih….
:]
i want more,i want more….chapters!!1
bile next chapter nie bro.Azarimy!!
ouch. hold on aaa… tengah sibuk compile semua cerita2 lama kat pergh ni dalam pergh article section. if u wanna read them (sementara aku menaip sambungan cerita gitar ni), click sini:
enjoy!
aku rasa…buat dalam bentuk lukisan pun best…buatlah ala ala style blues untuk aku tak pun dia,aku dan volswagen ker…..
takpelah grind, aku rasa style blues tu dah berlambak kat malaysia. i'm just gonna stick to text aje. lagipun aku tulis dalam narration yg begitu visual, u dont need much imagination to experience it . lagipun kalau nak lukis… lambat laaa
ala…lukis simple2 jer…takpun style analog taugeh… lukis beberapa scene jer…baru nampak “idup” sikit……
akhirnya! chapter 9 yg ditunggu2 hahahhahaha.
sorry geng, lama tersadai. taik ayam dah hilang hangat daaa…
Chapter 9
bodoh! bodoh betul! bentak abby di dalam hatinya. dia
begitu marahkan dirinya sehinggakan terjahan langkahnya
sengaja dilajukan dan dihentak2 sepuas hati. kedua-dua
tangannya tergenggam erat, lurus dan rapat di sisi.
peristiwa baru sebentar tadi kembali ke benak abby secara
slow-motion. kenapalah pulak memori ni dalam slow motion?
kalau benda-benda seronok tu, laju aje! abby semakin
marahkan dirinya. dia terus bergerak menghala ke jalan
besar. niatnya ingin mengambil bas di situ dan terus pulang.
selamba bodoh aje diorang tu! bentak hatinya lagi. abby
semakin membuak-buak mahu menghempaskan dirinya di
atas katil di rumah. tak sabar rasanya mahu memekup
Winnie the poohnya yang selalu tergolek di atas katil.
sampai di tepi jalan tebrau, dia menunggu kenderaan yang
lalu lalang untuk mencari ruang melintas jalan.
“hoi abby, tunggu dulu!” pian menjerit dari belakang.
abby tak menunggu. dia semakin tidak sabar melihat kereta
lalu-lalang yang tak henti2, macam tak mahu memberi peluang
dia melarikan diri dari pian. abby menggetap bibir.
“hoi!” pian menjerit sekali lagi apabila dia melihat abby tidak
mahu menunggunya.
abby menoleh ke belakang seketika, melihat pian
memperlahankan langkah kerana dah berada agak dekat
dengannya. abby melihat ke kanan kembali, ada ruang
kosong di antara kereta, peluang untuk dia melintas dan
melarikan diri dari mangkuk ayun itu.
redah!
abby melintas jalan sebaik sahaja pian menghampiri kaki
lima jalan.
tiba-tiba abby terdengar bunyi KRAK, dan kemudian diikuti
dengan bunyi geseran yang panjang, dan diakhiri dengan
satu dentuman yang kuat. kepala abby berpinar…
perlahan-lahan abby membuka matanya kembali. dia
menyedari dia sedang terbaring di tepi jalan, dengan beberapa
orang lelaki sedang mengerumuninya. tetapi dia tak terdaya
nak mengangkat kepalanya.
abby mengerang di dalam hati. aku ke yang kena langgar?
mati laa aku!
dia menoleh ke sisi. dia melihat di kaki lima seberang jalan,
sebuah motosikal tersangkut di bawah sebuah proton saga.
di atas bahu jalan itu juga dia melihat beberapa orang
sedang mengerumuni seseorang yang juga sedang terbaring.
mak aih, dahsyatnye! mati ke mamat tu?
“bawak dia ke hospital cepat!” abby terdengar seorang lelaki
bersuara garau.
abby merasa tubuhnya diangkat dan dimasukkan ke dalam
kereta. dia tak merasa sakit, tetapi rasa agak pening dan
pandangannya berpinar. dia sempat melihat kelibat pian
yang masih berdiri di tepi jalan. dia berdiri memerhatikannya.
ni semua kau punya pasal, mangkuk!
dan pandangan abby menjadi semakin kabur…
Waarrghh!!! Tangkap lentok la baca cerita ni!
Seronok bila kita baca mengenai karakter yang kita boleh relate, pastu walaupun baca kisah cintan2, tapi tak jiwang2 sangat. Saya dah spend sejam lebih baca topik ni dari mula. Sekarang rasa macam nak menulis novel pulak hihihihihihi.
Bila baca chapter 9, sekali Abby kena langgar kereta la pulak! Terasa macam setiap cerita ada plot twist… macam tu ke?
Teruskan azarimy! Gambate!
Whoaaa….baru aku sedar kewujudan thread nih! Dah berapa bulan terperap? Cam Nestilia jugak….dekat sejam gak aku nak menghabiskan citer ko nih Aza, btw…nice story! Takde la jiwang sangat.. terasa lak cam aku masa muda belia dulu…hehehe!
so bila lak nak kuar chapter seterusnya….? Adakah lagi 6 bulan…arghhhhh tidak! 😆
dah lama dah start cerita ni. imagine: the 1st post is 19 ogos 2002. dekat 2 tahun dah benda ni. aku tulis ikut masa lapang laa. lagipun nak dapat feel yg proper masa menulis hehehhehe.
chapter seterusnya? nah amik. aku sebenarnya tunggu orang mintak aje heheh. aku dah lukis chapter 10, tapi belum sempat scan lagi. scanner aku punya driver buat hal.
maybe weekend ni kot aku letak accompanying image for chapter 10.
Chapter 10
pian berdiri di hadapan pintu wad. sejambak bunga
pelbagai jenis dipegang di tangan kirinya. kakinya
mahu melewati pintu itu, tetapi hatinya ragu2.
pian mengingat semula apa yang telah terjadi di
depannya di malam tadi. dia hanya berdiri terkebil2
melihat orang ramai mula mengerumuni abby yang
tergolek di tepi jalan. motor yang melanggar abby
tadi terperosok di bawah kereta, tetapi nasib baik
mamat motor tu sempat melompat. kalau tak, mesti
arwah!
dia hanya berdiri di kaki lima itu, terpempan dan
tidak tahu nak buat apa2. dia hanya melihat beberapa
orang lelaki mengangkat abby ke dalam kereta untuk
di bawa ke hospital kurang satu kilometer dari situ.
pian menarik nafas panjang. here goes.
mak abby yang sedang duduk di kanan katil sambil
memegang tangan kanan abby mengangkat kepala,
melihat siapakah gerangan. seorang budak perempuan
sedang duduk di sebelah mak abby, sementara di
sebelah kiri katil, seorang gadis lebih kurang sebaya
dengan abby mengangkat kepala.
“apa khabar makcik? saya pian, kawan abby,” pian
memperkenalkan diri sambil berdiri.
tetapi tidak semena2 gadis yang duduk di kiri katil
menarik muka semacam, tetapi tak diendahkan oleh
pian. dia terus meletakkan jambangan bunga itu di
meja kecil di sisi katil.
kepala abby berbalut, tangan kirinya dianduh sementara
pergelangan tangan kanannya berbalut. kesianlah pulak,
fikir pian. tak banyak yang dapat dibuat selain menarik
muka simpati.
“dia dah bangun, tapi baru tadi doktor bagi ubat, biar
dia rehat,” mak abby berkata. “duduklah dulu, makcik nak
pegi sarapan kejap.” mak abby mengangkat punggung,
mengesat air matanya dengan tisu, lalu mengajak budak
perempuan yang duduk di sebelahnya ikut bersama-
samanya.
“ni kau punya kerja ke?” tanya gadis yang duduk di kiri
katil itu sebaik saja pintu di belakang mak abby tertutup.
wajahnya nampak garang gila, macam singa lapar. singa
betina pulak tu.
pian tak menjawab. sebenarnya dia tak tahu apa nak jawab.
“apasal ko datang hah?” sergah gadis itu lagi.
eh, perempuan ni, lebih2 pulak. harap aje cun, tapi kasar
nak mampus! jerkah pian dalam hati. tapi hanya di dalam
hati. dengan berat hati dia mengorak senyuman.
“nak mintak maaf.”
“tak payah. dia taknak jumpa kau lagi, ataupun abang kau,
atau sedara mara kau. cucu-cicit kau pun dia taknak jumpa!”
libas gadis itu lagi. matanya merah menyala.
pergh! sedapnya mulut. kali ni apa yang dibuahkan oleh
bibir gadis itu menjadi bahan bakar api di hatinya. pian
memandang sekeliling. bunyi bising di antara katil2 yang
hanya dipisahkan oleh tirai2 nipis itu pasti akan mengundang
misi atau petugas perubatan. mengundang masalah baru.
“apa2lah. nanti kalau dia bangun, tak payah cakap saya
datang.”
gadis itu hanya mendengus. dia mencebik bibirnya, dan hanya
di jawab oleh pian dengan satu helaan nafas yang panjang.
kemudian dia menggeleng2kan kepalanya.
“saya akan datang balik. tapi bila awak takde,” entah kenapa
pian mengumpan kemarahan gadis itu. mungkin kerana geram
agaknya.
“hei mamat. abby dah cerita semuanya pada aku, dan dia
bagitau aku dia menyampah gila kat engkau. boleh blah la.
tak payah datang lagi pun takpe.” gadis itu sudah berdiri di
depannya, tak lebih dari setengah meter di hadapannya.
aik? dah mula bagi ceramah nampak?
“hei pompuan, bahasa tu tak boleh kasar lagi ke?”
“ewah ewah ewah, dah sarapan ke belum? nak makan penampar?”
sergah gadis itu sambil mengacah tangan kanannya mahu
menampar muka pian.
tapi sesuatu yang tak terduga berlaku. sungguhpun tangan
gadis itu masih jauh dari wajahnya, tangan kiri pian telah
menangkap pergelangan tangan kiri gadis itu. dan gadis itu
terpempan seperti mana pian terkejut dengan aksi refleks luar
kawalnya itu. tetapi pian tak mahu mengalah, dan tak mahu
terputus kata.
“nak patah tangan jugak ke?”
ayat yang terpacul dari mulutnya tampak lebih keras dari yang
terdetik di hatinya. gadis itu terkejut, kemudian meronta menarik
tangannya kembali. buat beberapa ketika pian menggenggam kuat,
tetapi akhirnya melonggarkan pegangannya. gadis itu mengusap2
pergelangan tangannya, matanya bergenang.
“sorry. terkasar sangat,” kata pian sambil menundukkan kepala.
pian tak tahu macam mana dia boleh terlajak kata sebegitu. tak
apalah, benda dah berlaku, nak buat macamana. pian meninggalkan
sisi katil, lalu berlalu keluar dari wad itu. dilihat beberapa orang
pesakit memerhatikan gerak gerinya.
dia mempercepatkan langkah apabila seorang misi berbadan besar
memberikan satu jelingan menusuk kalbu pernah dengan api
kemarahan. mengundang masalah nampaknya.
lari!
matahari pagi menerjah wajahnya sebaik sahaja melangkah keluar
dari hospital sultanah zanariah. dia datang pada pagi tadi dengan
harapan mahu membuang perasaan bersalah. tetapi makin berbuak-
buak di dalam hati.
sorry abby.
ah dammit. last2 aku pinjam scanner member aku yang duduk tingkat atas hahhahaah!
anyway, thanx nestillia (sorry tak perasan your post before). setiap chapterkalau boleh aku nak ada something yg people look forward to. contohnya, macam dalam siri tv macam smallville, setiap episod ada aje something yg membuat orang nak tengok the next episod. biasanya kisah cinta nak-tapi-tak-mahu antara clark kent dan lana lang. i'm trying to understand that principle in writing. so ni kira tahap masih belajar la heheh.
aku nampak ko pun ada menulis jugak. happy writing!
[attachment tidak dipindahkan semasa pemindahan server]
oho…Aza.. at last…ade gak..citer nih…
aku ingat kan dah berkubur dah..nasib baik ko sambung balik…..
anyway..aku takleh nak bg comment sangat.. tapi, …budak pompuan tu gila garang….!!!! slalunya..pompuan takkan mengherdik lelaki lebih2 lagi baru first time jumpa… paling kurang pon jeling atau buat muka masam je…kalo lelaki tu buat salah..
by the way… aku tunggu episode seterusnya!!!!
budak pompuan tu gila garang….!!!! slalunya..pompuan takkan mengherdik lelaki lebih2 lagi baru first time jumpa… paling kurang pon jeling atau buat muka masam je…kalo lelaki tu buat salah..
AHA!
ni bukan “selalunya”. heheh.
anyway, aku ikut template kengkawan aku, and also bebudak sekolah roughly yang aku observe. yup, generally takde orang yang buat camtu, tapi ada pompuan yg akan backing member dia gila2, especially tengok member dah kena langgar motor macam tu…
heheh.
tunggu laa. chapter 11 baru siap tulis. tengah adjust jalan cerita sat. weekend ni kot.
cool. ada balik story ko nih.
mak aihh…hati batu betul pompuan2 dlm story ko ni..
so do u remember why u called it cerita “gitar” in the first place again? :sengih:
nope. masih tak ingat. aku ada rasa nak tukar tajuk, but i'll just see where this story is going…
Bila nak keluar sambungannya?
Rasa macam tak sabar la pulak hihihihi!
sambungannya ada. tunggu la dulu. sat lagi aku letak.
sebelum tu aku ada nak buat pembetulan kat the last chapter tu. aku dah set dengan underline. please check it out.
bukan apa. mak abby pegi solat waktu pagi? kah kah kah. bummer.
dan lagi… chapter yang seterusnya. wah, aktif sungguh! keh keh keh.
chapter 11
pagi itu seperti hari2 yang biasa pian menyapu2
lantai di hadapan kedainya. pagi itu agak cerah
dan udara agak segar kerana hujan pada malam
sebelumnya. dia masih meninjau2 ke arah kedai
buku roy, walaupun dia tahu abby masih di hospital.
“apa cerita?” tiba2 seorang lelaki menegurnya dari
belakang. abang roy.
pian mengangkat bahu. “takde apape.”
abang roy bersandar di tepi tiang, dan pian
merasakan abang roy nak bercakap sesuatu
tentang apa yang terjadi. takpelah, nak buat
macamana, dengar ajelah.
“abang dah tau pasal eksiden tu. abby dah cerita
kat abang.”
pian tak menjawab. dia terus menyapu lantai yang
sememangnya dah lebih dari bersih.
“abang bukan datang nak marah. abang nak
dengar cerita dari pian sendiri, pasal tak elok
dengar cerita sebelah pihak aje.”
pian menyandarkan penyapu ke tepi, lalu bersandar
di dinding bersetentangan dengan abang roy.
sekurang2nya dengar dulu si abang roy ni nak cakap
apa, walaupun hatinya rasa menyampah nak dengar
nama ‘abby’ itu lagi.
“malas nak cakap, abang roy.”
“it’s ok, I understand. it’s up to you, pian.”
“saya takde kena-mengena. dia keluar dengan abang
saya. kemudian, dia marah kat abang saya, dan terus
blah macam tu aje. abang saya nak buat performance,
so saya kejar la dia.”
abang roy hanya mengangguk.
“lepas tu yang dia dengan penuh bijaksana melintas
jalan tanpa tengok kanan DAN KIRI, sapa suruh? bukan
dah ajar masa sekolah rendah ke?” intonasi suaranya
rendah, cuma ditekankan pada perkataan2 tertentu sahaja.
abang roy tertawa kecil.
“jalan dari kanan memang dah clear. tapi dia tak tengok
jalan dari kiri. jalan tu banyak motor suka mencilok, so
mamat motor tu dah tibai siku dia. pastu motor tu
terbabas ke lane bertentangan, tapi nasib baik mamat
tu sempat lompat.”
“so mamat motor tu macamana?”
“dia ok je sebenarnya. ada calar-balar, lebam-lebam sikit.
budak pizza hut, so lasak sikit. saya dah pegi tengok dia
semalam.”
“kenal ke?”
“tak.”
abang roy mencapai sehelai kertas yang terlipat di dalam
kocek bajunya, kemudian menghulurkannya kepada pian.
“apa ni?”
“nombor telefon abby.”
“nak buat apa?”
“abby cerita, kelmarin masa kau datang, si zurah maki hamun
kau. kau ada cakap kau nak mintak maaf kan?”
“dia suruh bagi ke?”
“takde lah. abang yang bagi.”
pian mencapai kertas yang terlipat itu, tanpa membukanya, terus
di masukkan ke dalam poket seluar. cheh, jangan harap aku nak
telefon pompuan tu. pian terkejut kerana dia masih menyampah
pada abby. dan kawan abby yang seorang tu.
“zurah tu sapa?”
“kawan baik abby. dia tu mulut laser sikit, so sorry lah. pompuan…
biasa laaa.”
pian mendengus.
sebuah kereta wira berhenti di depan kedai. din dan rizuan. din
memberikan senyuman kepada pian dan abang roy yang masih lagi
terpacak di depan kedai, dan terus masuk ke dalam kedai. rizuan
hanya mengekor di belakang.
“oklah, abang roy nak bukak kedai dulu. terlewat sikit hari ni,” kata
abang roy, sambil melangkah ke kaki lima jalan. pian mencapai
kembali penyapunya, lalu melangkah masuk ke dalam kedai. din dan
rizuan sedang lepak di depan kaunter berbual dengan mak limah.
“kau dah pegi jumpa abby?” tanya rizuan apabila pian melangkah
masuk.
“dah. kelmarin.”
“macamana?”
“macam mana apa? macam tu lah. mungkin seminggu dua kat dalam
wad.”
“so sad,” hanya itu jawab rizuan. entah macam mana, pian rasa
terpukul dengan jawapan itu. mahu saja ditangan muka selebet itu,
tetapi dia sendiri tak tahu kenapa.
“korang dah jumpa dia?” tanya pian pula.
“belum.” jawab din tanpa menoleh.
“belum?”
“ya, belum,” kali ini disambung oleh rizuan. sekali lagi rasa nak
ditangan muka selebet itu.
“kenapa?”
“sibuk.”
“sibuk?”
“ya, sibuk.”
pian menggetap bibir. kini dia tahu kenapa dia marah. abangnya
dan rizuan yang membawa abby ke gig tersebut. tetapi mereka
endah tak endah keadaan abby yang eksiden. mungkin tak ada
apa2 kalau pian tak terlibat, tapi abby menyalahkan dia! pergh,
terbakar rasanya!
“fine,” jawab pian lemah. tiba2 dia teringat nombor telefon abby
yang diberi oleh abang roy.
“nah, pegi call dia. ni nombor,” pian menghulur kertas yang masih
belum dibuka lagi.
air muka rizuan berubah. dia berfikir seketika, tetapi akhirnya
mengambil kertas itu dari pian. dia menoleh memandang din. tetapi
tak diendahkan oleh din. “thanks.”
pian menarik nafas panjang, lalu berjalan ke belakang kedai untuk
menyimpan penyapu itu kembali. malas rasanya nak melayan rizuan tu.
mungkin kerana rizuan, dia rasa menyampah pada abangnya sendiri.
mungkin bukan pasal rizuan kot. mungkin kerana mereka belajar di US.
hmmm…
mungkin.
ah, pedulik hapa.
dan lagi chapter seterusnya…
aku tak lukis chapter ni. kalau sesapa rajin (tarakucha, rosh dsb) nak lukis, lukis la.
chapter 12
doktor itu meletakkan tangannya kembali selepas mengambil
bacaan tekanan darah di tangan kanannya. kemudian dia
memeriksa balutan di kepalanya, sebelum mengisyaratkan
pembantunya untuk membuka balutan tersebut.
abby mengerutkan dahi menahan pedih apabila balutan itu
dibuka. gaus yang diplaster diluka di kiri bahagian belakang
kepalanya diperiksa.
“nampak dah OK sikit. petang ni boleh keluar,” doktor itu
tersenyum.
abby membalas senyuman itu. mak abby nampak agak ceria
pagi itu. mungkin kerana abby akan balik ke rumah, dan dia
tak perlu berulang-alik lagi. zurah yang duduk di sebelah mak
abby juga tersenyum.
“habis tobek kepala ko,” gurau zurah.
“ha ah. angah dah tak cun hahahah,” cuit adik abby pula.
“hish,” tegur mak abby. “kalau tak cun takkan ada orang hantar
bunga.”
abby menarik muka masam. zurah pun bagaikan berkongsi telepati
dengan abby, lalu menarik muka toya. tetapi mak abby tak mahu
melayan kerenah itu, lalu mula mengemas barang2 abby.
“mak, ina lapar la. jom pegi makan,” adiknya bersuara, kemudian
membuat muka seposen.
“hish, tadi orang ajak taknak. mengada2 betullah!” sergah mak
abby, tapi dia menurut sahaja kehendak adik abby itu, lalu
meletakkan kembali beg yg separuh berisi dengan barang2 abby.
doktor tadi berlalu dari sebelah katil abby bersama2 dengan
pembantunya, diikuti oleh mak abby dan adiknya. abby
mengangkat tubuhnya sedikit ke atas supaya lebih selesa. zurah
merapatkan kerusinya ke sisi katil abby. dia tersengih.
“apa?”
“hensemlah doktor ko. kalau macam ni aku pun nak masuk
spital lah!”
“cheh. kalau camtu, apsal tak biar aje mangkuk hayun patahkan
tangan aje hari tu?”
zurah menyambut dengan tergelak besar. “nak mampus? mamat
tu psiko lah!”
“kan aku dah kata.”
zurah mencapai beg di sisinya. dia menyeluk ke dalam beg itu,
dan mengeluarkan sepucuk surat yang masih di dalam sampul.
“abende nih?” tanya abby.
“surat tawaran aku.”
“HAH!?”
zurah hanya tersengih. dia membukakan surat itu, dan diletakkan
di dalam genggaman abby. tangan kanan abby juga telah dibuka
balutannya, cuma luka kecil aja. abby merapatkan surat itu lalu
membacanya.
“macamana ko boleh terima tawaran ni sedangkan result SPM pun
belum dapat?”
“pakai result percubaan. biasala aku,” jawabnya tersengih.
“ala… nak riak lah tu,” kata abby.
zurah tersengih lagi.
“interviewnya minggu depan.”
“bertuah ko,” ujar abby. dia mengembalikan surat itu kepada zurah.
“hey beb, kalau ko apply pun, ko akan dapat punya.”
“cuma aku tak minat engineering…”
ah, zurah hanya tersenyum. kemudian dia terus mengemas barang2
abby yang tadi ditinggalkan oleh mak abby.
abby menguis2 celah simen plaster tangan kirinya, cuba menggaru
kulit yg gatal. zurah menghulurkan kayu kecil utk menggaru kepada
abby. sedang abby terkial-kial cuba menggaru, satu suara datang
menyampuk.
“hai abby. dah sihat?”
abby mendongak. din. ah datang pulak mamat ni. rasa menyampah
membuak2 di dalam dada. walaupun dia pernah tangkap lentok dengan
lelaki di depannya waktu di sekolah dulu, kali ini semua perasaan itu
telah ditongsampahkan tanpa belas kasihan.
“ler… tak nampak ke?” jawab zurah dengan penuh kerek, tanpa
memandang ke arah din. din hanya mengangkat sebelah kening
kepada jawapan itu. tanpa dijemput, dia duduk di sebelah katil abby.
rizuan yang datang bersama2 din meletakkan sebakul buah2an di meja
sebelah katil abby. kemudian dia duduk di tepi katil, di atas tilam di
sebelah kaki abby.
wah, ini dah kira lebih! mak aku pun tak duduk kat atas tilam aku!
wajah abby bergelora dengan rasa tak selesa, dan sekarang merah
padam. dia marah, geram, menyampah, meluat dan segala perasaan
yang meronta2 mahu menolak dua orang lelaki itu jauh2 dari
hidupnya.
“saya ingat nak call, tapi saya rasa lebih baik kitorang datang terus,”
kata rizuan, yang kemudiannya meletakkan tangan kirinya di sebelah
kaki abby.
abby menarik kakinya rapat ke tubuh, kemudian sedikit beralih ke
kanan katil, merapati zurah.
rizuan akhirnya menyedari kehadiran zurah di situ.
“hai, saya rizuan,” dia menghulurkan salam.
“zurah.” salam itu disambut cetek.
“look, we’re here just to say how sorry we are,” din membuka kata.
abby tidak menjawab. melihat keadaan itu, rizuan beralih sedikit
menjauhi abby, namun masih hinggap di hujung katil. abby tidak
menolehpun.
“kitorang tak kenalpun budak2 perempuan yang datang malam tu.
tiba2 aje menjengah. takkan nak tolak pulak,” jelas din lagi.
“kitorang tak realize pulak yang awak akan react macam tu. kalau
awak tak suka, saya, I mean, kami mintak maaf banyak2.”
kali ini zurah tidak memberikan apa2 reaksi. dia cukup bersedia
dengan apa yang nak dilampiaskan kepada pian, tetapi tidak
kepada lelaki dua orang itu. sebelum pian datang, dia dah siap
berlatih di dalam hati apa yang hendak dihamburkan sebaik sahaja
pian menjengah mukanya. zurah menjeling kepada abby. abby
memberikan satu renungan yang penuh bermakna, dan serta merta
zurah dapat menangkap isi hati abby.
“sorry guys, fikiran abby terganggu. lagipun doktor suruh dia banyak
rehat. datang lain kali ok?” zurah berkata.
“it’s fine. I’ll call you later, abby,” jawab rizuan. dia mencuit bahu
din. din mengangguk.
kedua2 lelaki itu bangun, kemudian berlalu pergi. abby menarik
nafas lega.
“itu abang si mangkuk tu ke?”
abby mengangguk.
“he’s hot!” sambil matanya mengekori langkah din dan rizuan
keluar dari wad.
“nak patah tangan jugak ke?”
zurah tersengih.
very outpsoken.(awek) very naive (watak guys.. bese la tue..) good narrative. nak tergelak saja aku.. 😆
Ahhh… dah sambung balik. Produktif betul mamat nie! SHE aku jugak yg masih tersangkut… Aza, kita nyer 14 Days jalan lagi ke?
14 days still jalan lagi.
cuma aku tengah tunggu pensel yg awek aku send dari malaysia. kat sini pensel derwent mahal siot. lagipun pensel tu cuma dijual kat kedai2 spesifik aje, so susah ler. pensel yg aku bawak dari malaysia dulu semua dah pendek2, paling panjang pun 7 cm aje.
jgn risau, itu masih on lagi!
Ahaa… nice to hear that. Takpe, pelan2 buat Aza. Sorry ganggu thread ko… haha!
[img]http://www.freewebs.com/tarakucha/cgkucha.txt[/img]
character designs kot.
hah. cun!
pian, din dan rizuan dah ngam betul. kira ok laa tu kalau nak buat komik!
abby ngan zurah tu blum click lagi heheh. abby nampak garang sangat. she's softer tapi still keras, the kind of 'budak kampung' yg mamat2 bandar would LOVE to get their hands on. imagine amy mastura.
zurah is a strict no-bullshit kinda gal. long straight black hair, suka pakai celak ala gothic sikit. she's a mix blood, so dia shouldn't nampak melayu. mix of portugis+cina+melayu.
aku dah bukak topik baru untuk sambungan cerita ni. biasanya kalau ikut 'trend' berforum ni, kalau dah banyak2 page, susah nak ajak orang baru utk appreciate the discussion, hence mengurangkan audience. anyway, here's the new thread.
http://www.pergh.com/forum/index.php?act=S…=ST&f=22&t=6544
sambung discuss kat situ. this topic is locked.
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia