Home › Forums › Research And Developement › cerita gitar
no prob aza..lagi pun kalau tak silap aku, info pasal all girls skool tu aku rasa takder pun dlm citer ko (in the cerpen itself), cuma aku spot masa kau explain kat mystic (kot) dlm salah satu post. No biggie bro. Saja jer aku highlightkan supaya dlm citer nanti lebih smooth. Carry on.
chapter 5
abby terjaga pada pagi itu apabila dikejutkan oleh
adiknya. dia teringat pagi itu ialah pagi sabtu, dan
dia tidak bekerja pada pagi itu. dengan berat abby
bangun dari tempat tidurnya. dia memandang ke
arah pintu di mana adiknya tercegat berdiri.
“tak dengar ke orang cakap?” adiknya bertanya.
“apa dia? orang tidur laaa tadi.”
“ada kawan angah datang laaa. yang hari tu bagi
bunga tu. dia ada tunggu kata bawah. cepat laa
bangun!”
bunga? serta merta mata abby segar bugar. dia
teringat mengenai bunga yang diletakannya di dalam
bakul sampah malam semalam. abby bingkas
bangun lalu bergegas ke bilik mandi. dua tiga kali
cuci dan gosok gigi sudah memadai untuk si
mangkuk yang bagi bunga tu, fikirnya.
bila abby keluar dari bilik mandi, adiknya sudah
turun ke bawah. dia mendapati tiada sesiapa di
ruang tamu, lalu menerkam ke pintu depan rumah.
sebaik pintu dibuka, abby melihat dua orang
mamat berdiri di depan pintunya. salah seorang
dari mamat itu membelakanginya.
“nak apa?” tanya abby perlahan.
lelaki yang membelakanginya menoleh.
din.
abby tergamam. seorang lagi mamat yang berdiri
di depan pintunya itu tak dikenalinya.
“hai abby. baru bangun ke?” tanya lelaki itu sambil
tersenyum. din bersandar ke tepi pintu. abby masih
tak menjawab kerana dia tak menduga din akan
datang ke rumahnya.
“awak ni pelupa betullah abby. awak mesti lupa
dengan rizuan kan? dah agak dah,” din berkata,
apabila dilihatnya abby senyap dan tergamam.
abby melihat wajah mamat yang berdiri di depannya
itu dan cuba mengingati nama dan wajah itu.
“ni classmate sayalah! takkan tak ingat kot? kitorang
selalu keluar minum sama-sama,” din cuba membantu
abby mengingat semula.
abby tersenyum. dia teringat semula senario ketika
di sekolah dulu. ah, memori lama memang manis.
dia mula teringat rakan-rakan sekelas din, cuma
sejak dulu dia cuma menumpukan perhatian pada
din seorang. oh well.
“ada apa ni?” tanya abby.
“kitorang nak ajak awak tengok persembahan
band kitorang malam ni. nak tak?” ajak din.
rizuan tersenyum mengiakan kata-kata din.
“band korang?”
“ha ah. kitorang ada band yang kitorang form
masa lepas abis sekolah dulu. pastu masa
kitorang kat US kitorang tukar line-up, buat
lagu baru. so malam ni kitorang ada gig kat
dataran,” rizuan menjawab. dia nampak
beria-ia mahu mengajak abby.
abby mennggosok bahu kirinya. dia tidak
bercadang untuk keluar pada malam itu,
terutamanya kalau nak keluar berseronok-
seronok. tapi, yang mengajak ialah din dan
kawannya. mesti dapat duduk belakang pentas
macam yang selalu diceritakan oleh kawan-
kawan perempuannya setiap kali cabut lari
dari asrama pada waktu malam.
“nak keluar tak?” tanya rizuan lagi.
abby mengangkat bahu kerana dia masih
belum membuat keputusan.
“apa nama band korang ni? korang main
lagu camne?” tanya abby. dia sengaja
bertanya bagi menunjukkan dia berminat.
sekurang-kurangnya mengumpan din untuk
betul-betul mengajaknya keluar.
“ever smiling face.”
abby terkedu. serta merta dia teringat kad
yang terdapat pada jambangan bunga yang
kini berada dalam bakul sampah biliknya.
maknanya, memang bukan budak mangkuk
ayun tu yang bagi laaa.
abby terasa malu bercampur kesian bila
mengingatkan mangkuk ayun yang secara
percuma aje kena maki hamun. rupa-rupanya
salah faham. din yang bagi rupanya.
“awak bagi bunga kat saya hari tu ye?”
tanya abby sambil bersandar ke jenang pintu.
dia tersenyum memandang din. “thanks a lot.
saya memang suka bunga”
“err,” din mengangkat kedua-dua tangannya
menidakkan kata-kata abby. “bukan saya
yang bagi. rizuan ni ha yang beria-ia nak
bagi. dah lama tak jumpa katanya. heh heh heh,”
kata din sambil menyiku tangan rizuan.
urgh.
rizuan hanya tersengih. matanya mengharap
penerimaan dari abby, tetapi abby semakin
tergamam. apehal pulak mamat ni tiba-tiba
bagi aku bunga? ingatkan din yang bagi, rupanya
ada lagi mangkuk lain yang menyemak!
urgh lagi sekali!
nah amik chapter 5. sorry aaa lama tak sambung. chapter 6 akan menyusul segera.
ermmm hhehhehe.. nampak nye kesegeraan cahpter 6 dah cecah 2 bulan.. sayangnye kalau citer ni tak abis
ouch ouch ouch ouch ouch ouch….
aku boleh mengemukakan pelbagai hujah yang TAK konkrit….. tapi… cukuplaaa aku katakan…. terlupa beb! hadoih….
ampun ampun….
nanti aku sambung. aku baru dapat sumber inspirasi baru selepas menonton ada apa dengan cinta…. hehehheheheh
sorry guys… masih belum dapat sumber inspirasi…
sekarang ni ada beberapa projek tertunda:
i) tutorial: how to do a 6 page comic
ii) dikejar izrael
iii) matrigal 2nd chapter
iv) sabariah tukang sihir
v) genre romanticists
dan sebagainya… hehehheheh
fuh..sibuk ahh si bro aza nih..lain lagik jadik pensyarah..lain lagik ngan citer sabariah…lain lagik ngan pergh zine..iskk….sibuk giler…!!!
saja menyibukkan diri…
ada pepatah inggeris, aku tak ingat sangat the exact words, but it sounds something like this:
“if u want something done, give it to a busy man”
hehehehehe…
disebabkan sibuk ler…banyak tak kerja…heheheheheheheh…!!!
uish…terpesona aku bace citer ko nih..anyway, pada aku citer nih menarik campur lak ngan drawing ko yg ade umph' tu..
maner ko blaja lukis aaa???
aza
ko keje ape ha??
belajar sendiri actually. bapak aku ada hobi melukis, so basically menurun jugak pada aku. dulu dia ada berkecimpung dalam bidang komik masa 80an dulu, tapi kecil-kecilan aje. basically aku punya formal training dalam melukis ni masa aku masuk UTM, architecture.
sekarang aku lecturer kat UTM.
tahun 2005 nanti baru kuar CAP 6 kan?
pergh..chapter pertama 19 Ogos 2002? memang ancient tul .. 😆
well…ngan teknik melukis, mengarang & mengedit aza yg aku follow dari..(tak berapa lama pun..sempat baca thread STS tu je skecth2 aza)
aku think ar.. aza is a s.u.c.c.e.s.f.u.l man..berjaya dlm hidup (hal2 peribadi aku tak tau) :ph34r:
huh..aku baru abis baca dr chapter 1-5..
memang best.. cukup unsur2 novel..
nak pulak aku baca sorang2, tengah hujan ,suasana tenang,sejuk,angin sepoi2 (hujan kan)..memang tangkap lentok laaa!!!! 😆
bagus..cam ni la yg menjadikan Pergh is the best!!!cam2 adaaaa
er..chapter 6 kena tunggu berapa lama lak ni?..(ye ke 2005?)
kalau lama2 sangat..kang aku dah lupa jln citer kang..tak best la jadinya..kena baca balik dr chapter 1..
walla!
entahlah
tak tau camane nak jawab. tapi memandangkan korang dah start mintak (permintaan peminat chewah), aku akan write chapter six dalam weekend nih.
sorry ah, aku tulis cerita ni sebelum aku ada awek. sekarang gua ada awek. so kena concentrate kat awek gua hahahhahahah!
mula2 aku tengok nama aza naik (post terakhir) aku dah gumbira dah..ingat chapter 6 dah dipost..
we want chapter 6! we want chapter six!!
awek? la..mati2 aku ingat azarimy dah kawin & ada anak!! hampehh..
Azarimy,
Tulis la sampai abis pastu try submit kat local publishers. Tak pun convert jadi proper script/screenplay. Dari cara ko cerita, dah grafik. Aku tak baca habis lagi, tapi aku rasa cerita ko ni lebih sesuai kalau dijadikan format komik, mini series cam kool je. [Stail Aie banyak text pastu dia ada sebijik drawing kat tengah² tu kan? Cam Blues Selamanya ke apa nama. Aku kurang ingat la stail dia ni sebab dah lama tak baca komik dia. Kalau salah, mintak le mahap. ]
hideyoshi, kenapa, tak perchaya ya?
asgardian, inilah attempt pertama aku utk buat karya ala blues… hehheheheh
aku baca semua chapter sekaligus….
well….bagi aku cerita ni best!…sebabnya, setiap babak babak yang interesting tu…di susun rapi antara satu gap ke satu gap. Aku, tak la suka sgt membaca, for this one…each interesting part tu membuatkan aku terus je baca sampai abis….TAHNIAH aza (so far…)
ade satu je pertanyaan aku…..MANA CHAPTER SETERUSNYA??? (kes tak sabo le ni…)
Aza..ko tengah buat ke chapter 6?
dah lupa idea asal ke? 😮
woops lupa nak cakap. dalam cerita gitar ni, pay extra attention pada images yang mengiringi text tu. you'll get more info/extra detail kalau korang betul2 teliti pada gambar/images yang ada.
yup..memang aku hayati
tapi masa baca cerita tu, latar tempat (background) tu aku bayangkan ikut imaginasi aku je..lebih skit feel..
besh….besh
rajin gile…. u x bercite2 nak practice kat luar ke
rajin gile…. u x bercite2 nak practice kat luar ke
practice apa tu, atocha?
.. publish ur work… why not..
start slowly… then people notice ur talent…
and the rest is history…
sayang kalau bakat tu di simpan utk org2 di forum ini shj…
hehhe
Chapter 6
abby mencapai beg galas yang terletak di sebelah
almari telefon. sambil berjalan keluar dia mencapai
payung kecil yang disangkut di sebelah pintu.
“mak angah keluar dulu ye!”, abby melaung kepada
maknya di dapur.
“elok-elok angah!” laung maknya sayup-sayup dari
dapur.
abby terus melompat ke dalam kasutnya yang telah
tersedia dari tadi. kemudian dia tergesa-gesa berlari
keluar rumahnya. sebuah kereta wira sedang
menunggu di hadapan rumah abby dengan pintu
yang terbuka. din berada di tempat duduk pemandu
sementara rizuan duduk di sebelahnya. pada
mulanya abby teragak-agak untuk masuk dalam
kereta, tetapi memandangkan pintu yang sudah
terbuka, dia terus melompat masuk.
din terus memecut kereta menuju ke bandar. abby
mengelamun sepanjang perjalanan dan tidak
mengendah perbualan ringan di antara din dengan
rizuan. fikirannya melayang, dia masih tidak pasti
samada petang tadi dia ada memberikan kata iya
pada din dan rizuan.
ah tak kisahlah. pada fikirannya, sekurang-kurangnya
dia boleh menonton persembahan din. rizuan? pedulik
hapa!
“awak nak minum dulu, abby?” tiba-tiba rizuan
mengajukan soalan, mematikan lamunannya.
“err, tak kisah. kalau korang nak minum, saya ikut
je.”
“din, kita minum kat lido. lagipun kira dekat laa dengan
dataran tu,” rizuan mengajak.
“ok jugak tu.”
10 minit kemudian mereka tiba di lido. beberapa buah
gerai yang baru dibuka di situ kosong menunggu
pelanggan. abby melihat jam tangannya. sudah pukul
6.45 petang. mereka bertiga terus duduk di gerai yang
nampaknya paling bersih di situ.
“minum apa, bang?” seorang budak lelaki lebih kurang
15 tahun tersengih mengambil pesanan.
“milo ais”
“cikong sejuk. abby?”
“err… cikong sejuk jugak,” abby menjawab soalan din.
budak itu berlalu dari situ apabila melihat mereka tidak
mahu makan. abby melihat t-shirt yang dipakai oleh
budak lelaki itu. dia tertarik apabila melihat logo ‘ever
smiling face’ tertera di belakang t-shirt yang dipakainya.
din menguit tangan rizuan, dan memberi isyarat mata
mengarah ke arah t-shirt budak itu.
“weh, peminat kita tu!” rizuan tergelak kuat apabila
melihat logo band mereka dijaja ke sana sini oleh
budak gerai itu. rasa bangga mula meluap-luap dan
ketara di wajah rizuan. din hanya tersengih.
“berlagak lah tu,” abby tiba-tiba menegur. rizuan tak
henti tersengih, tetapi din menelan sengihnya sambil
menggaru kepala. “tak baik berlagak laaa. kalau dah
popular, kena rendah diri,” kata abby lagi.
panas. tiba-tiba suasana di sekitar menjadi panas. din
hanya menguit senyum simpul sambil memandang ke
langit sementara rizuan masih lagi tersengih. “apa nak
buat, memang dah popular, hahahahah,” rizuan terus
menyeringai.
“kalau dah popular, kenapa budak tu tak kenal haa?”
“err…,” rizuan menggaru kepala. din angkat bahu. “dia
segan heheh”
“poorah”
budak itu kembali dengan sebuah dulang berisi dua
cikong sejuk, dan segelas milo ais. din mengangkat
mangkuk berisi cikong sejuk yang pertama lalu
menyajikannya di hadapan abby. budak yang terkial-kial
mengangkat dulang tu hanya tersengih. “terima kasih
bang.”
“terima kasih, dik. mintak ais kosong satu, ok?” ujar din
sambil menghulurkan milo ais kepada rizuan.
abby mendengar bunyi tapak kaki rapat di belakangnya.
namun tidak dipedulikannya kerana asik menguis buah
kembang semangkuk serta isi cikong di dalam mangkuk
di hadapannya.
“badin,” ujar satu suara di belakang abby. abby tidak
menoleh, tetapi dia melihat din mengangkat kepalanya.
“badin buat performance ke malam ni?” ujar suara itu lagi.
abby merasa macam pernah dengar suara itu.
“eh, pian. duduklah dulu,” rizuan menyapa.
PIAN! apa pulak mangkuk ayun tu buat kat sini! abby
menjerit-jerit di dalam hati. perlahan-lahan dia menoleh
ke belakang. bila mata pian terkunci pada mata abby, dia
terpempan seketika. suasana menjadi hening.
angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.
dedaun keguguran.
pian masih berdiri di sudut meja.
abby terdiam kaku.
rizuan dan din tak paham apa yang belaku.
“badin, saya nak join kawan-kawan saya. diorang dah
tunggu kat gerai sebelah,” tiba-tiba pian berkata. dia
terus belalu dari situ bertemu dengan kawan-kawannya
di gerai sebelah. abby kembali mengadap cikongnya. dia
menyudu pantas, hatinya tak keruan.
“apahal tu?” rizuan bertanya kepada din, sambil
menjeling ke arah abby.
“entah. datang bulan kot.”
abby menghirup cikong sejuk tersebut. tiba-tiba
rasanya menjadi tawar…
din mengangkat bahu, lalu terus berbual-bual seketika
dengan rizuan. abby terus menghabiskan cikong sejuknya
dengan segera, kerana itu sahaja yang dapat dilakukan
demi melayan perasaannya yang tak keruan. sebenarnya
dia rasa bersalah memaki mangkuk ayun tu tempoh hari.
tetapi abby berulangkali meyakinkan dirinya bahawa
perlakuannya betul. namun jauh disudut hatinya, dia
rasa dia tak sepatutnya berbuat demikian, lebih-lebih
lagi selepas mengetahui mangkuk ayun tu ialah adik
din.
tiba-tiba kedengaran azan dari masjid yang berdekatan,
menunjukkan masuknya waktu maghrib. abby mencapai
beg yang dibawanya lalu bangun dari kerusi.
“nak ke mana abby?” rizuan menegur, pelik dengan abby
yang tiba-tiba bangun dari meja.
“nak semayang. korang tak semayang maghrib ke?”
muka din dan rizuan merah padam. din tersengih lalu
menggaru kepala. rizuan memandang ke kiri dan kanan.
“kitorang musafir…”
“poorah sekali lagi!”
yeargh! chapter 6 yang ditunggu2 telah tiba! muahahahhahahahah!
atocha, currently my work mostly based on research writings. well, aku sekarang ni dok tengah translate beberapa artikel untuk dipublish dalam bahasa malaysia. mostly artikel yang ditulis oleh master builders dalam bidang architecture. i havent written anything dalam bentuk novel, cerpen untuk dipublish yet. lagipun ni cuma light reading. eksklusif untuk ahli pergh heheheheh…
err… aku tak sempat nak lukis gambar utk chapter 6. so aku akan lukis utk chapter 7 terus. chapter 7 insyallah hari rabu…
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia