Home › Forums › Uptown @ Pergh! › Cara Turunkan Harga Minyak?
Idea yang sangat menarik? Adakah ianya berkesan?
Nampaknya menjelang tahun depan harga petrol akan menghampiri Rm1.50. Mahu supaya harga petrol turun?
Kita perlukan satu tindakan bijak dan bersepadu. Philip Hollsworth menawarkan idea bagus ini. Ianya LEBIH BERKESAN berbanding kempen “jangan beli petrol pada hari tertentu” yang dilakukan pada April atau Mei lalu. Syarikat minyak hanya akan mentertawakan sebab mereka tahu dengan tidak membeli petrol, kita akan menyusahkan diri sendiri. Ia lebih menyusahkan
pengguna sendiri berbanding penjual.
Tapi, tak kiralah dari siapa idea ini yang mencadangkan pelan yang benar-benar berkesan. Sila teruskan baca dan ambillah bahagian dalam rancangan ini.
Sekarang syarikat minyak dan negara OPEC memberitahu harga seliter petrol adalah semurah 89 hingga 95 sen sahaja, kita perlukan tindakan agresif untuk 'mengajar' mereka bahawa PEMBELI yang mengawal harga, bukan penjual. Dengan harga petrol yang begitu kerap naik, kita pengguna perlu bertindak. Satu cara untuk menurunkan harga petrol ialah dengan memberikan tamparan kepada seseorang dalam industri tersebut iaitu dengan tidak membeli petrol darinya, dan ini dapat kita lakukan tanpa menyusahkan diri kita sendiri. Ideanya begini :
Untuk sepanjang tahun ini, JANGAN beli sebarang petrol dari TIGA SYARIKAT MINYAK BESAR (iaitu ESSO/MOBIL, SHELL dan PROJET). Jika mereka tidak dapat menjual petrol, mereka akan mula menurunkan harga.
Jika mereka berbuat demikian yang lain akan turut serta. Tetapi, untuk kaedah ini memberi kesan, kita kena memberitahu berjuta pembeli ESSO/MOBIL, SHELL dan PROJET.
Ia sangat mudah dilakukan. Saya akan terangkan bagaimana. Saya menghantar
mesej ini kepada ramai orang.
Jika setiap kita menghantar kepada sekurang2nya 10 orang atau lebih (30 x 10 = 300)? Dan 300 orang ini hantar kepada sekurang2nya 10 orang atau lebih (300 x 10 = 3,000)? dan seterusnya.
Sebaik mesej ini sampai kepada generasi penerima yang ke 6, ia sebenarnya telah disebarkan kepada lebih TIGA JUTA pengguna petrol.
Sekali lagi, apa yang perlu anda lakukan ialah : 1) Menghantar mesej ini kepada 10 orang atau lebih, itu saja. 2) Jangan beli petrol dari ESSO/MOBIL, SHELL dan PROJET. Berapa lama ia akan berlaku? Jika setiap kita menghantar email kepada 10 orang dalam satu hari, semua 3 JUTA orang akan dapat dihubungi dalam masa 8 hari sahaja. Saya cabar anda, jangan sangka anda tiada kuasa, bertindak secara bersama, ia akan membuahkan hasil.
Jika anda terima saranan ini, sila sebarkan email ini. TOLONG KEKALKAN KOMITMEN ANDA SEHINGGA MEREKA TURUNKAN HARGA DALAM LINGKUNGAN 80 SEN SE LITER.
Mudah saja, cuma forwardkan email ini, kemudian beli saja petrol dari Petronas, Caltex, BP sahaja, jauhi anda dari stesen petrol ESSO/MOBIL, SHELL dan PROJET.
Aku dah lama dah tak beli Shell
paling ketara yg aku nampak, stesen Shell mmg penipu
kalau korang peratikan meter minyak, turutan nombor tak betul
memula start 1 2 3 5 7 8 9 0 lepas tu dia tukar balik 1 2 4 6 7 9 0
aku tak berapa ingat yg mana dulu tapi ada la beberapa nombor yg hilang
turutan dia melangkau-langkau
tak kira la ko tekan yg plaing laju ke atau korang press slow
cuba try kalau tak percaya
benda ni berlaku kat stesen Shell selepas tol Sg Besi (dari KL ke Seremban)
Tapi harga rasanya kerajaan tentukan. Diorg desak kerajaan naik, sure petronas pun tak lepas peluang. Harga petrol naik, kerajaan kata kurang subsidi tak lama petronas declare untung besar (tarik pelabur kot). Rasanya kerajaan kunci pada segala isu ni kot, no. 2 pengguna bukan syarikat luar. :sengih: demand tinggi sapa tak nak ambik peluang.
yup, betul…kerajaan lar yang membuat decision…kerajaan pun lagi untung apa minyak naik..petronas tue semi-government…tapi yang kerajaan takut sangat pasal kenaikan harga minyak nie ialah inflasi…inflasi memburukkan segalanya…inflasi dapat membuatkan jurang kemiskinan menjadi lebih ketara…kuasa beli makin menurun…barang2 naik, tapi nilai duit turun…alahh..korang tahu kan pasal inflasi….
aku tengok kerajaan malaysia nie tak sensitif pasal masalah rakyat….banyak sangat ketidakseimbangan dalam pentadbiran sekarang…ramai yang ingin mencelah dalam situasi kenaikan harga minyak nie…
GILA DUNIA NI!
boleh gak konsep “boikot” nih. apa kata kita beli kat satu stesen je: petronas. atleast ni malaysia punya. orang malaysia jugak yg kerja jadi bos sampai laa ke kuli (mostly).
tapi on another note: OPEC baru2 ni ada keluarkan statement, bahawa harga minyak bukan lagi di tangan pengeluar, tapi pada faktor2 asing seperti perang, cuaca, bencana alam dan sebagainya. nanti aku try carik reference nya. aku tak ingat mana aku baca.
mcm kita rakyat Malaysia ni
sekurang-kurangnya pakai la Petronas
berbangga la ada minyak sendiri
Aku pakai Petronas lama dah..dpt la point real rewards tu..lagipun mmg dpn rumah aku jek.
penyimpan minyak terbesar dunia.. dan pengontrol minyak dunia = amerika..
pengeluar takder sebab plak nak kontrol harga..
AMERIKA SKANG perlukan duit yang banyak. tambahan plak dah berabih banyak giler kat perang2 di arab tuh.. Dia mesti jual setiap tong dengan harga yang setinggi boleh… supaya dapat maximum benefit..
sebenarnya pengeluar hanyalah pengeluar..
STOR yang akan kontrol harga barangan.. samada STOP, HOLD, PROCEED, OVERLOAD the market..
kalau barang dilambakkan (melebihi kehendak pasaran), harga akan jatuh. Kalau ditahan tahan = stok terhad, maka harga akan naik.. STOP KEJAP dan permintaan jadi melampau tinggi.. maka harga akan melambung..
ARAB LEAGUE bukan lah otai yang kontrol harga minyak.. diorang just pengeluar..
Reason paling lazim PEMBEKAL bidang mana2 pun selalu berkata.. sebab orang lain gini2.. maka mereka gini2.. padahal stok ade.. simpan..
bende nih mainan internasional.. bukan taraf2 kita nak kontrol.. kita boikot pun tah brape sen jer.. pendek kata = TAK TERJEJAS LANSUNG!.. skita bercakap ttg bende berbillion2 dolar..
adakah kita rasa dengan boikot amerika? Harrkk.. tak payah lah.. sejak dulu duk cite boikot itulah ini lah..
pegi dating bawak awek merenderkk = KFC / MACD juga.. cakap tak support amerika.. COKE pun masih minum jugak..
kata tak suport amerika = MEROKOK Jugak! (aku isap rokok jepun = mild seven okeh!.. )
Amerika kata.. Boikotlah.. rasa macam semut gigit pun takder..
so?..
Elakkan pembaziran macam islam kata.. tak membazir = takderlah inflasi..
gitulah kot..
ape yang dikatakan pembaziran minyak? tuh anak haprak sape duk merempit siang malam bawak motor Bapak dia cam sial.. weng sana weng sini.. hishh bising betul.. nak jer aku lempang sorang2.. seb baik la aku tak cukup berani dan gangster.. :p2
memang malaysia ada minyak sendiri, tapi yg buruknya..minyak rizab malaysia tak cukup untuk menampung keperluan rakyat sampai tahun 2010…oleh itu, sekarang ni petronas mengambil langkah membeli minyak dari negara2 pengeluar minyak…sekarang nie yg aku tahu, pusat pengumpulan rizab minyak mentah dunia USA dah pegang, macam mata wang dunia gak…USA dah plan awal2 lagi dan tahu akan kekurangan minyak kat dunia nie…
tak salah aku…petronas ada membuat perangkaan bahawa minyak kat dunia ni banyak lagi…manusia baru meneroka hanya 20% daripada minyak petroleum kat dunia nie..so..ada baki lagi 80%..tapi..untuk mendapat the remaining balance…pengusaha carigali minyak kena korek sampai 3000km bawah tanah…we're talking about creating a volcano or something worse here…disaster might happen…
Bila pengusaha minyak terpaksa membuat kerja2 carigali lebih 3000km keatas bawah tanah…akan berlaku rekahan2 dan ketidakstabilan platlet bumi…so, risk earthquake makin besar, tsunami mungkin berlaku, dan of course volcano…
Dalam alquran pun ada menyebut, bumi ini akan dihancurkan oleh manusia sendiri, so…apa nak difikirkan lagi…?Mungkin tuhan sengaja mahu manusia mencari sesuatu yang memusnahkan diri manusia itu sendiri…demi untuk kekayaan dan sedikit keselesaan…Entahlah…
idea yang sangat menarik? Adakah ianya berkesan?
Nampaknya menjelang tahun depan harga petrol akan menghampiri Rm1.50. Mahu supaya harga petrol turun?
leh aku tanya.. ko amik quote dari email mana?
cam dah lama sangat jer merujuk pada tahun depan = RM1.50 skang pun dah bape?
sebelum hujung tahun nih masih ada kebarangkali = 2 kali naik..
sepaling tidaknya RM2 seliter!…
bulan nih mesti ada naik lagi..
(kerajaan tak mampu menangani kenaikan minyak dipasaran global = alasan rasmi) ..
// tapi kalo murah gak.. ramai la buat projek seludup minyak ke siam.. huh
Tu mmg emel lame tu Mistik..aku penah dpt dulu tu.
Hahahahaha
aku upn tak perasan
wakakakaka, lama dah kot
ko nie potong stim lar madstone…cube lar bagik suatu kenyataan yang konkrit..bukan dengan email layang…
sebelum hujung tahun nih masih ada kebarangkali = 2 kali naik..
sepaling tidaknya RM2 seliter!…
Abg ankt ako ada stesen Shell. Dia punya kaum (pengusaha2 patrol Melaka) inform harga minyak akan berhenti naik apabila memcecah rm 2. 00 per liter. X-(
Ada seorang kwn, dia staff kontrak dlm gov. sector, inform, semua staff kontrak dlm gov, tidak akan disambung kontarknya walaupun berpotensi. ini adalah kerana nk cover semula bajet subsidi minyak.
-point 1
Sebaliknya, hanya fresh graduate akan diberi peluang utk replace mereka dan sudah pasti tiada penyambungan kontrak utk mereka after 6 month. tindakan ini akan mengurangkan statistik kadar pengangguran fresh graduate.
-point 2
nak kaitkAN point 1 & 2 …. gov kita munkin sedang berusaha utk menahan inflasi dari berkembang… but, pendapat ako, UPEN-jwtnkuasa bertindak ekonomi negara (kalo slh jgn jolok atau gelakk..ako dah x berapa ingt nama commitee ni) kena aggressive… satahu ako, bila harga minyak mula naik, mrk kena bersidang n make something.. but, till now, ako x dgr langsung kabar berita…masih tido ke.
bluelover:
Aku amat teruja dengan perempuan macam ko nie…Dah lar cantik..pandai lak tue…IQ ko mesti tinggi kan…mesti ko nie jenis sosial…dari statement ko tadi…mesti ko ni rajin clubbing…jangan tanya macamana aku tahu…I'm someone rather unusual…Just call me mysticmind! (not the moderator ok)
bluelover:
Aku amat teruja dengan perempuan macam ko nie…Dah lar cantik..pandai lak tue…IQ ko mesti tinggi kan…mesti ko nie jenis sosial…dari statement ko tadi…mesti ko ni rajin clubbing…jangan tanya macamana aku tahu…I'm someone rather unusual…Just call me mysticmind! (not the moderator ok)
herm..ako x teruja dgn mamat yg pandai mengayat cam nko..sebab.. apa yg nko ckp tu semua slh… ako x cantik, iq low class, sosial?…hanya dimata…clubbing?…laser disk ke..karaoke ker..semua ako x pernah masuk. just Hard Rock Cafe, itu pun once!..dgn tudung.
Call urself mysticmind? ..(yeah..i knew..not the founder) but..u need to refer him (the founder) what type of lady am i.
minah yang asyik tak jumpe laki yang nak kat die 😮 wah ah hahaha lariiiiiiiiiiiiiiii
anyway simple je care nak turunkan harge minyak. ako ikut kate donald trump la kat blog die – suruh BISNESMAN yang pegi deal dan buat rundingan dengan orang minyak. bisnesman yang dah biasa main hardball. nak suruh politician ape la sangat yang diorang tau. petronas ade antara minyak yang terbersih dalam dunia, and yet banyak yang pi ke negara lain. pasal negare lain bayar lagi mahal. tu kompeni mesia tu, tak masuk lagi shell dll. suruh la bisnesman peras ugut sket.
but anyway, harga minyak akan tetap naik. simply because orang minyak nak naikkan harge. takde sebab lain. nak kate shortage idak. bebaru ni jumpe brape trillion tong minyak kat canada. dahtu canada ade minyak simpanan yang leh support 20 tahun untuk US. petronas pon baru jumpe minyak lagi kat sudan. so harge by right patut turun. tapi idak. simply pasal orang gune minyak for EVERYTHING kat dunia ni. pengangkutan, barang2 rumah, letrik, air bersih, PLASTIK, bahan bakar cam gas, semuanya datang atau berpunca atau sangkut paut daripada minyak. RM2 baru nak turun atau stabil? merepek.
ade sesape kat sini dah tengok The End of Suburbia? dokumentari ni agak ekstrim, tapi banyak point die yang betul, especially kenape kite takleh hidup kalo takde minyak.
Ledakan harga minyak sama jugak cam volcano..tapi mesti ada factors. samada sebab kerja tangan manusia sdn atau pun dah memang kitaran alam…(dh tempoh matang) but.. ledakan nya memang meragut harta benda, nyawa, …but later..tanah tu confirm subur… tanam la apa2…mesti idup..kecuali tanam org ah…
then apa yg bleh ako opinionkan : selepas kenaikan harga minyak yg ke tahap yg lebih stabil. so..kira garis std live kita menganjak ke satu tahap yg lebih tinggi. meninggalkan satu tahap garis std kehidupan yg kita nikmati sekian lama.
mula2 memang suffer…but dah nasib kita penganjakan ini berlaku ketika kita menjadi pengguna. then generasi selepas kita akan duduk di tahap yg kita berada ni mungkin untuk 20-30 tahun.. then..mereka juga akan menghadapai situasi yg kita hadapi ini juga.. (kitaran)
sumber alam makin terhad dek aktviti manusia yg makin tidak terhad. Aumber alam yg bleh dinikmati percuma..lambat laun…tidak akan dapat begitu lagi. (kerja tangan manusia)
ako x cantik, iq low class, sosial?…hanya dimata…clubbing?…laser disk ke..karaoke ker..semua ako x pernah masuk. just Hard Rock Cafe, itu pun once!..dgn tudung.
![]()
haah?! TAK CANTIK?…loh..aku ingatkan lawa…kalau macam nie aku pastkan ko kat C-FU…
Ok C-FU?
then apa yg bleh ako opinionkan : selepas kenaikan harga minyak yg ke tahap yg lebih stabil. so..kira garis std live kita menganjak ke satu tahap yg lebih tinggi. meninggalkan satu tahap garis std kehidupan yg kita nikmati sekian lama.
mula2 memang suffer…but dah nasib kita penganjakan ini berlaku ketika kita menjadi pengguna. then generasi selepas kita akan duduk di tahap yg kita berada ni mungkin untuk 20-30 tahun.. then..mereka juga akan menghadapai situasi yg kita hadapi ini juga.. (kitaran)
tuh persepsi yang salah.
kalau semua naik.. gaji pun naik dan masih duduk berada pada keadaan yang sama..
maka takde ape yang baik pun..
ape ke hal plak naik pada harga yang stabil? sedangkan naik tuh pun dah bermakna tak stabil!..
turun naik mmg hal biasa..
Sebenarnya yang penting bukan NAIK pada tempat yang stabil..
tapi lebih kepada pengekalan semasa.. lagi lama kekal lagi ok.. tapi kekal pada keadaan dimana KUASA BELI semakin naik.. tuh baru betul..
Duit seploh ringgit bleh pakai sehari jer skang nih.. tuh pun tak cukup..
tapi kalau duit 10 inggit bleh pakai seminggu.. ini yang kita cari.
dengan RM1K sebulan pada kadaran 10 inggit seminggu bleh pakai.. ko bayangkanlah..
tapi kalu sehari 30RM sebulan 1K tak bermakna apa2 pun..
Kat us or uk menikmati kadar lebih kurang camnih.. sikit duit banyak bende bleh beli..
kita tanya overadged sistah lah..
or c-fu kat oz .. or sesapa kat ober sea tuh..
NILAI KUASA duit.. bukan Kadar tukaran..
yup..memang betul..nilai duit sekarang makin susut…dulu aku makan kfc dengan harga rm5 jer dah kenyang..sekarang rm12…2 O.R fillet & 2 ayam goreng Original Recipe…air..skyjuice…
Cara Turunkan Harga Minyak?, Adakah ianya berkesan?
-aku jawab yang soalan ke dua dulu..tidak.tidak berkesan langsung
-soalan pertama..cara turunkan harga minyak? em..guna bahanapi bukan minyak..ngv..hibrid..fuel cell…ramai2 guna benda ni..lagi bnyk harga minyak turun..petronas+gov dah bagi ipta/s peruntukan IRPA buat station ngv dalam 14Million lebih utk develop..dah siap dah pun..tapi sbb kekangan politik..tak jadi kuar lagi..so..berubahla pada ngv..pakai hibrid car..save..setakat ni..honda je ada..mitsubishi pun ada..yang active tyre tu..tak mampu?ikut je la harga pasaran..toksah bising2.
kalau semua naik.. gaji pun naik dan masih duduk berada pada keadaan yang sama..
maka takde ape yang baik pun..ape ke hal plak naik pada harga yang stabil? sedangkan naik tuh pun dah bermakna tak stabil!..
turun naik mmg hal biasa..
Mekanisme pasaran applied!~
Itu just opinion.
Nk kena si Efextive ni..ingt ako apa?…kao saper nk pass2 ako?.. lawa ke x lawa ker… tetap bukan material nk dipass2 kn.. mak bapak ako nk pass pong ada prosedur tau tak .
aah. ni step die.
1. mintak.
2. dapat.
😮
sini best. limau king/royal mandarinn epel yang high grade nye (pink lady) singgit je sini sekilo. ni kat bilik ako ade belambak lagi ni tak habis2 lagi. tapi last week dah naik singgit doposen la….. so terase la gak ako yang tiap2 minggu beli berkilo2 buah ni seminggu
kat mesia kire ok la lagi
kat sini harga petrol manade kontrol
sumer ikut sedap gigi kompeni minyak je
diesel lagi mahal dari petrol
NGV jauh lagi murah dr petrol
baru ni tak salah aku ade la dlm AUD1.19 seliter petrol
tu pon yg minggu lepasnye
rasenye macam naik lagi kot minggu ni
ala,bukannye aku pakai keter pon
naik tram sokmo
kat tgh bandar sumer org jalan kaki
nak reduce harga petrol mmg takleh
the only alternative is gune bahanapi lain
tapi nak buat biomas kat mesia
raw material tak cukup lak
pakai diesel kelapa sawit org gelak la plak
sekarang ni nak ubah
first skali ubah mentaliti dulu
mcm instead of using plastic bag
apekate pakai beg kertas selagi boleh
atau takyah pakai plastik bag selagi boleh
then apekate buat tangki biomas kat blakang umah masing2
segala sampah biodegradable masuk dalam tu
pastu akan bertukar jadi gas yg bole pakai utk memasak
instead of pakai keter gi KL
apekate naik komuter bawak basikal aje
pastu bole cycling kat city
err ok skarang aku rase aku dah macam merepek lak…
enjin ngv ngan enjin minyak biase mane lagi best aa 😮
ngv murah kan
Kita balik kpd budaya org purba, selesai masalah!! 😆
Pencemaran udara pon kureng…
then apekate buat tangki biomas kat blakang umah masing2
segala sampah biodegradable masuk dalam tu
pastu akan bertukar jadi gas yg bole pakai utk memasak
instead of pakai keter gi KL
apekate naik komuter bawak basikal aje
pastu bole cycling kat city
ape panggil fermentation dalam BM? lupe lak
ako ade compost bin kat belakang rumah. bagus gile mende ni, basically memane makanan atau sayur yang nak buang, korang buang kat tong sampan spesel ni. gunenye bile lelame kumpul nanti bin ni nanti semua makanan yang ade kat dalam tu akan diuraikan oleh bakteria. pastu kat belakang rumah ako ade garden, ako tanam macam2 la sayur macam basil, coriander, parsley, etc. and lepas compost tu dah diuraikan (cam seminggu gitu) die jadi macam air, yang ako tuang skali ngan air kat pokok2 ako. pernah korang tengok tomato besar tapak tangan? pehhhhh best siot. takyah beli baja. memang jimat gile. tanam la pokok2 yang takyah kene jage, cepat tumbuh macam tomato ke, basil ke. lepas 3 4 bulan dah leh nampak hasil.
fermentation=penapaian
mmg bagus benda tu
tutor aku ngan studiomate aku dulu ade yg pakai cacingnye
bile dah diurai sampah2 organik tu
diorang amik bahan2 terurai tu through kepala paip yg disediakan kat tong tu
pastu buat baja pokok2
baunye mmg mcm hampeh la
tp bg aku mmg sungguh best kalo dipraktikkan kat mesia
anyway
20 years ago goverment ade buat kajian pasal potensi biomas
diorang pakai hampa padi as raw material
in the end diorang find out ia tak efektif
in relation to maintenance cost ngan output
TAPI
bagi aku la
kalo diorang tak limitkan kpd hampa padi sahaja
aku rase ia akan cukup utk at least membekalkan elektrik
locally kpd sistem2 penting mcm traffic light,hospital dsb
so, at least kalo ade fault kat electrical distro kat peringkat nasional
sistem2 penting ni tak affected
kat Brazil
dah lame diorang buat biomas utk power kenderaan
in respons to the petrol crisis during the 70's la
diorang pakai sisa organik mcm hampa tebu yg berlambak2 tu
in turn sisa2 organik tu akan hasilkan gas dan alkohol
yg boleh digunakan sbg bahanapi
kat India
blakang rumah ade tangki biomas yg diconnect kat dapur2
sekaligus mengurangkan kebergantungan terhadap penggunaan gas petroleum kat umah
benda2 mcm ni org dah lama sgt pakai kat seluruh dunia
bg aku dah sampai masanya kita praktikkan kat mesia
kite kena ubah persepsi kite terhadap sisa2 organik yg kite produce
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia