Home › Forums › Comic, Cartoon, Manga Times › Bola Kampung?
Artikel Asal Di Website Berita Harian
Satu lagi siri animasi tempatan baru yang memaparkan citra rakyat Malaysia dengan semangat muhibbah
Di SEBALIK menghadapi kos penerbitan yang tinggi sedangkan perolehannya tidak seberapa, Susunan Kreatif Sdn Bhd (SKSB) tetap gigih menghasilkan produk animasi untuk disiarkan di stesen televisyen tempatan.
Ia bukan saja dapat meningkat jumlah program tempatan, tetapi pada masa sama memberi peluang kepada anak muda tanah air menterjemahkan kreativiti dan inovasi menerusi animasi.
Hasilnya, SKSB berjaya menyiapkan siri animasi 13 episod bertajuk Bola Kampung untuk disiarkan di TV1, selain menjadi ejen membekalkan program animasi Cerita Rakyat Asia.
Pengarah Urusan SKSB, Adnan Mansor berkata siri animasi Bola Kampung berjaya dihasilkan selepas membuat kajian selama hampir dua tahun.
Menurutnya, beliau optimis industri animasi mempunyai pasaran di seluruh dunia yang sangat besar nilainya iaitu kira-kira RM95 bilion setahun.
Sehubungan itu, katanya, SKSB bukan saja menghasilkan animasi untuk stesen televisyen tempatan tetapi membawanya ke luar negara.
Adnan berkata demikian di majlis pelancaran siri animasi Cerita Rakyat dan Bola Kampung di Sunway Lagoon Resort, Subang Jaya baru-baru ini.
Pelancarannya disempurnakan Menteri Penerangan, Datuk Seri Abdul Kadir Sheikh Fadzir. Turut berlangsung di majlis ini ialah perjanjian antara SKSB dengan Pepermint Asia Sdn Bhd. SKSB diwakili oleh Adnan, manakala Pengarah Jualan & Penilaian Peppermint Asia, Oliver Rollar mewakili syarikatnya.
Turut hadir di kedua-dua majlis ini ialah Timbalan Presiden Perbadanan Pembangunan Multimedia, Kamil Othman; Ketua Pegawai Eksekutif SKSB, Steven Chan dan Presiden Bamboo TV International, Xavier Aristimuno.
Menerusi perjanjian itu, Peppermint yang berpangkalan di Jerman, akan bertindak sebagai agen mempromosikan, memasarkan dan menjual siri animasi terbitan SKSB di luar negara.
Abdul Kadir pula berharap lebih banyak syarikat produksi di negara ini mengambil inisiatif yang sama seperti SKSB untuk memasarkan produk mereka ke pasaran antarabangsa.
Katanya, pasaran domestik bukanlah tempat yang sesuai bagi syarikat penerbitan untuk meneruskan perniagaan dalam sektor ini bagi jangka masa panjang.
“Bagaimanapun, RTM sebagai stesen TV milik kerajaan sentiasa berusaha membawa pelbagai program yang mampu menarik penonton dari pelbagai bangsa.
“Ini termasuklah program animasi seperti cerita ini yang selain dapat menghiburkan, mampu pula untuk memberikan pengajaran dan pengetahuan kepada penonton,” katanya.
Mengenai animasi Bola Kampung, Abdul Kadir berkata ia adalah siri mengenai bola dan kehidupan seharian di kampung dengan memaparkan watak dari pelbagai kaum dan latar belakang.
“Saya percaya cerita yang memaparkan kehidupan seharian masyarakat Malaysia bukan saja mempunyai peminat di negara ini tetapi juga penonton luar negara. Saya juga mengucapkan tahniah kepada Susunan Kreatif kerana mereka juga menandatangani perjanjian dengan Peppermint Asia yang dilantik untuk memasarkan siri animasi ini ke seluruh dunia,” katanya.
Siri animasi Cerita Rakyat akan mula disiarkan di RTM pada bulan depan, manakala Bola Kampung pula pada pertengahan 2006 sempena demam bola sepak Piala Dunia 2006 di Jerman.
Apsal aku tak pernah dengar pun nama kompeni ni… Sesiapa ada info pasal mereka ni?
whaaaaoooo.. aku pon tara tau pasal menda nih..
trimasey cik tarakuchaheeee..
harap2 diorg berjaya la dpt balik hasil..
tak kira la bila.. 5 ke .. 10 tahun lagi ke..
janji malaysia boleh!
laaa.. depan rumah nenek aku je opis dia..
ceehhh.. tak prasan plak slama ni…
kene letak kat tv3 br bole meletup.
tenkiu for d link, anuarnor.
gempak jugak opis diorg ni..
byk dah produk rupanya..kung fu chicken tu nampak mcm sempoi aje..
diorg tak kluarkan dlm bentuk VCD ke?
pasal nak tayang tv3 tu..sigh..nak buat camner..
stesen bwh MEDIA PRIMA semua takmo ambik animasi local.. mahal kata diorg..
diorg pikir baik amek naruto..murah…stok tahun lepas..
setau aku la..
betol itu juge yg aku tau gak tara
Bola Kampung cam ku pernah dengar ha…ari tu aku pi la..Animasia Studio ngan geng2 aku kononnya nak carik kerja la… 😆 aduih best aku tgk studio kaler ijau tu…tapi sayang kitaorang tak bole keje sebab student lagi….aduih melepas…..
Diaorang ckp suruh dtg bila abih blaja ….erm aku tak tau ler nak pi tak….
Bola Kampung tu bila nak kuar ??
macam best jer aku tgk. sapa ada info bila dia nak tayang
nampak nyer RTM jer bersemagat nak siarkan
kartun animasi tempatan stesen lain pergh hampas…..
taniah untuk RTM……..
moga animasi tu se best usup santorian…..dan kelung man :hoye:
pergh..
sempoi abis..
asal diorg xnak try kat ntv7?
ntv7 cam sapot local gak..
tp dgr2 mwdia prima da amik ntv7 kan..
hmm.. malaysia oh malaysia…..
dah ambik deh ler
sebab ntv7
bnyak utang
dah kena beli……
kenapa RTM taknak tubuh kan satu kompeny
yang boleh betul buat satu syarikat film animasi
macam pixel kan bagus…..
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia