Home › Forums › Writer’s Corner › Bila Tiba2 Switch Ke Mood Menulis…
bila tiba-tiba otak dah switch ke mood nak menulis ni, memang tak boleh nak buat kerja lain dah.
jadi, bila dah menulis2 ni, daripada simpan sorang2, baik bagi orang lain kongsi baca. sapa2 nak baca la.
sebenarnya ada banyak lagi, tapi pc terpaksa format pulak hari tu tanpa sempat menyimpan apa2 yang patut.
cerita yang ni aku bagi tajuk ….. err takde tajuk.
karya ni terhasil pada satu malam masa nak buat satu keje freelance. tetiba teringat pasal kisah sorang kawan, tapi hasil tulisan aku nih of course melencong dari kisah asal. aku bahagi2 kan supaya tak pening baca. tak ada gaya penulisan yang spesifik… dan memang tak pro pun.. ahaks.
Hampir seminggu menumpang di rumah Nadia, hatinya meronta-ronta mahu pulang. Tapi pesan ibu harus dituruti, nanti jadi anak derhaka pula. Aahhh… kenapalah temujanji dengan doktor bertembung dengan jadual ibu. Kalau tidak, boleh saja dia ikut ibu ke Perak. Boleh singgah di rumah Tok Alias dan Nek Jah. Bulan lepas Nek Jah beritahu, telur-telur angsa sudah mahu menetas, tentu sudah agak besar sekarang. Terbayang anak-anak angsa lari terkedek-kedek bila dikejar. Fathi tersenyum sendiri.
“Aik… kenapa Fathi senyum-senyum ni, teringat boyfriend ya?…” usik Nadia yang tiba-tiba muncul dihadapannya.
“Mana ada… macam kau tak tau aku tak ada boyfriend..” Fathi menjeling ke arah Nadia.
Nadia tergelak kecil. Dia memang suka mengusik Fathi. Suka melihat pipi Fathi merah padam katanya. Biarlah, yang penting Nadia seorang sahabat yang baik, sangat memahami dan mengambil berat tentang dirinya.
“Aaa… Fathi. Sekejap lagi ada sorang kawan aku nak datang. Kau tak kenal kot, tapi aku rasa kau kenal boyfriend dia.”
“Eh.. pelik pulak rasanya. Siapa nama kawan kau tu? Siapa pulak boyfriend dia? Aku kenal?”
“Ni… ada sekali tu, kita jalan-jalan kat Pusat Pelajar, lepas tu kau sembang kejap dengan sorang budak lelaki, kau panggil dia Kal. Kawan aku yang nak datang ni awek dia la.”
“La… kalau awek dia aku kenal la. Budak matrik aku dulu, satu kuliah dengan aku. Zana ye nama dia? Ruzana?”
“Eh tak lah. Kawan aku ni nama dia Aifa.”
“Oooo… dah tukar mata air… ahahaha. Hmm… yang ni kira girlfriend dia yang betul- punye la ye?”
“Eh, kenapa kau cakap macam tu pulak?”
“Masa dengan budak perempuan yang aku kenal tu, aku rasa tak ramai yang tau. Aku ni pun tau secara tak sengaja. Terserempak masa diorang dating. Tu yang diorang buka cerita tu.”
“Oooo.”
*******************************
Fathi tidak menyangka dapat bertemu dengan Ilhan di klinik. Semasa di matrikulasi mereka mendapat gelaran yang sama. Gigi Robot. Mungkin gelaran itu juga yang membuatkan mereka serasi selalu membuat kerja berkumpulan bersama-sama. Rupa-rupanya jadual untuk mereka membuka bracess juga sama. Fathi memang sangat gembira dapat bertemu dengan kawan lama. Tetapi, beberapa berita yang disampaikan oleh Ilhan membuatkannya tidak senang duduk. Satu soalan yang asyik bermain di fikirannya, tahukah Kal apa yang terjadi pada Zana?
“Masa tu Kal memang dah fed up dengan Zana, sebab dia kata kadang-kadang Zana memang sengaja cari alasan nak susahkan dia. Ada ke patut, tengah-tengah malam suruh jemput dia kat stesyen komuter. Dah tau komuter tu masa perkhidmatan ada limit, lagi nak balik lewat-lewat.” Bersungguh-sungguh Aifa bercerita.
“Selalu ke Zana buat hal macam tu?”
“Tak pasti la pulak. Tapi kalau Kal kata sampai dia dah fed up tu, maksudnya memang selalu la. Mungkin ada jugak benda lain yang Kal marah kat Zana. Tapi aku tak nak la tanya lebih-lebih. Nanti Kal fed up kat aku pulak.” Aifa tergelak kecil.
Masih terngiang-ngiang di telinga Fathi perbualannya dengan Aifa. Pada masa itu, Fathi hanya mendengar saja cerita Aifa, hanya menyampuk sekadar patut. Lagipun meraka baru sahaja kenal, tak manis pula terlebih bicara. Apalagi subjeknya tentang teman lelaki si kenalan baru. Walhal mendengar cerita Aifa, banyak isi yang Fathi berasa tidak puas hati dan sangsi. Adakah semudah itu ikatan cinta boleh terlerai. Begitu mudahkah.
Pada asalnya Fathi tidak mahu ambil pusing, bukan haknya untuk memikirkan itu dan ini. Namun berita yang disampaikan oleh Ilhan membuatkan hatinya terpanggil untuk berbuat sesuatu. Sedikit sebanyak darah yang diwarisi dari arwah bapanya yang dulu bertugas sebagai polis penyiasat mempengaruhi sifat ingin tahunya.
Sejak dari malam tadi Fathi sudah meminta kebenaran dari ibu untuk meminjam kereta. Tidak berani dia menunggang skuter untuk perjalanan jauh. Beruntung sungguh Fathi punya ibu yang sporting. Setelah menceritakan apa yang terpendam di benaknya, ibu Fathi turut simpati apa yang menimpa Zana. Kerana itu, dia membenarkan anak tunggalnya pergi melawat walaupun jauh di Pulau Pinang.
*******************************
“Oh, anak ni kawan Zana ye?” ibu Zana cuba memberikan senyuman manis.
“Ye mak cik. Dulu kami satu kuliah di matrikulasi. Maaflah, saya baru tau pasal Zana beberapa hari lepas. Ada kawan beritahu. Ilhan nama dia.” Ujar Fathi.
“Tak pa… ada juga kawan yang ingat lagi kat dia. Kami ni bukan apa, tak berapa tau la sapa kawan dia kat KL tu. Masa benda ni jadi kat Zana, kalut juga la. Nasib baik kami memang kenai si Ilhan tu, sedara bau-bau bacang. Adala no telefon dia, dia la yang banyak tolong urusan kat hospital.” Puan Aidah cuba meneutralkan loghat Penang yang pekat.
“Saya jumpa dia pun kebetulan. Terserempak kat klinik. Masa tu la dia bagitau.”
“Ya ka?…. mak cik ingatkan Fathi ni girlfriend Ilhan.”
“Eh takdelah mak cik. Kawan masa matrikulasi dulu.” Pipi Fathi merah padam.
“Ooo.. macam tu. Dulu kami adala pesan pada Ilhan. Tak payah nak heboh sangat la pasai Zana ni. Kalau nak bagitau, pada kawan yang rapat-rapat sudah la. Bukan apa… Fathi pun paham kan, hal ni babitkan maruah keluarga kami juga. Masyarakat ni biasa bukan nak paham, bila tau anak kita dah rosak, nak mengata saja.” Suara puan Aidah mula bergetar.
Selama beberapa jam, Fathi tekun mendengar cerita dari mulut wanita separuh umur itu. Sedih dan kasihan melihat seorang ibu mengalirkan air mata. Adakalanya wanita itu teresak-esak hingga tidak dapat mengeluarkan kata-kata. Tetapi dia ingin terus berbicara, ingin meluah rasa katanya.
Fathi memandang Zana yang duduk di kerusi roda. Sayu. Zana yang dulu lincah dan menawan kini kurus, pucat, dan tidak bermaya. Dia lumpuh dari pinggang ke bawah. Menurut doktor, kecederaan dalaman di kepala Zana sudah pulih. Sepatutnya dia boleh bercakap, cuma ingatannya mengalami sedikit masalah dan dia perlu menjalani terapi untuk mengatasi traumanya. Tetapi terapinya dihentikan sejak tiga bulan lepas, kerana menurut Puan Aidah, Zana tidak pernah mahu bekerjasama dan langsung tidak mahu memberi tindakbalas.
Sejak Zana sedarkan diri setelah koma hampir dua minggu, pada mulanya dia asyik menangis sahaja. Dia perlu diperhatikan sepanjang masa kerana setiap kali ditinggalkan sendirian dia akan cuba melakukan sesuatu yang membahayakan dirinya. Hampir sebulan dia berkeadaan begitu, barulah dia kelihatan lebih tenang. Hingga kini, setitik air mata pun tak pernah mengalir.
Namun sejak sedar dari koma, tak pernah sepatah pun perkataan yang keluar dari mulutnya. Puas Puan Aidah mengajaknya berbicara. Matanya hanya memandang ke satu arah dengan pandangan kosong, mulutnya terkunci rapat. Mujur juga dia masih mahu menjamah makanan.
“Zana.. ingat Fathi lagi tak?” Fathi berlutut di hadapan Zana.
“Dulu kita belajar sama-sama kat matrik. Kadang-kadang kita pegi kuliah sama-sama. Dengan Lili, Hana, Zai….. bilik kita pun dulu berhadapan.” Zana terus diam seperti patung.
“Emm… tahun lepas kita ada terserempak kat Midvalley. Kita sempat sembang-sembang sekejap masa tu.”
Tiba-tiba Zana seolah-olah tersentak, kemudian memalingkan sedikit wajahnya ke arah lain. Fathi dan Puan Aidah berpandangan sesama sendiri. Puan Aidah memberi isyarat supaya Fathi terus berkata-kata. Fathi terdiam sejenak. Tiba-tiba dia terfikir suatu idea.
“Ruzana… Mohammad Haykal.” Beberapa saat selepas itu, Zana memejamkan matanya. Bibirnya diketap rapat.
Fathi memegang tangan Zana. “ Zana, don’t torture yourselves. I know u remember Kal. And you can remember everything else. Don’t pretent. Let go your feeling for your own good. Zana.. please say something.”
Fathi dapat melihat dengan jelas air mata yang bergenang di kelopak mata Zana. Tiba-tiba tangan Zana menolak tangan Fathi.
“Get out…” Zana bersuara perlahan.
Sekali lagi Fathi dan Puan Aidah saling berpandangan. Puan Aidah pantas meluru ke arah Zana. “Anak Mummy dah bersuara… Alhamdulillah.” Puan Aidah memeluk Zana erat. Fathi terkedu. Dia telah berjaya membuat seseorang berkata-kata setelah diam membisu selama lebih enam bulan!
**************************
Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, Fathi tak dapat berhenti berfikir. Betulkah tindakannya dirumah Zana tadi? Tidak berbahayakah bila dia mengingatkan Zana tentang Haykal. Semoga Zana tidak melakukan apa-apa perkara buruk, doanya didalam hati. Niatnya ikhlas, mahu membantu. Paling tidak, dia berharap dapat mencairkan hati Zana yang seolah-olah telah beku. Dari cerita Ilhan, Puan Aidah, dan apa yang dilihatnya sendiri, Zana seolah-olah mahu mengasingkan mindanya dari dunia luar.
Tetapi raut wajah dan matanya tak dapat menipu. Fathi dapat merasakan sebenarnya Zana ingin meluahkan sesuatu. Tetapi ada sesuatu yang menghalang. Mungkin dendam, mungkin ketakutan, mungkin kesedihan, segalanya mungkin. Fathi menarik nafas panjang. Memang dia akui Zana memang tergolong sebagai gadis yang nakal, berani, punya sifat penggoda….. ya gadis yang begitulah. Rasa bersalah pula Fathi mengingat tanggapannya pada Zana. Walaupun begitu, tidak dinafikan juga Zana punya sifat-sifat yang baik dan disenangi orang lain. Fathi sendiri suka berkawan dengan Zana.
Sampai saja di rumah, Fathi terus membuat panggilan ke Pulau Pinang walaupun jam sudah lewat. Mahu tau perkembangan Zana. Bimbang juga berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. Setelah berbual dengan Puan Aidah, lega hati Fathi. Syukur, tiada masalah. Kata Puan Aidah, Zana baik-baik saja. Perbezaannya cuma dia kelihatan seperti sedang berfikir. Tidak seperti selalu, hanya duduk tegak dengan wajah statik seperti patung. Puan Aidah lagi cekap rupanya, dia terus menghubungi doktor terapi Zana, memberitahu keadaan. Menurut doktor, itu perkembangan baik kerana Zana menunjukkan tindakbalas. Dia akan melawat keesokannya.
Sekarang Fathi terfikir tentang Haykal pula. Melalui cerita Puan Aidah, rasanya Haykal tidak tahu tentang Zana. Puan Aidah tidak tahu pun Zana punya teman lelaki. Ilhan juga tidak tahu tentang Zana dan Haykal. Nanti dulu. Adakah ini bermakna hanya dia seorang yang tahu tentang hubungan Zana-Haykal dan juga tahu tentang keadaan Zana sekarang. Fathi menepuk dahinya sendiri.
Tetapi, apa gunanya Haykal tahu tentang keadaan Zana. Haykal bukan lagi teman lelaki Zana. Namun naluri Fathi kuat mengatakan, perlu memberitahu Haykal tentang Zana. Fathi duduk elok-elok di sofa, memejamkan matanya sambil menarik nafas beberapa kali sehingga dia dapat merasakan peredaran darahnya berjalan lancar dan otaknya kembali segar. Arwah bapanya selalu menyebut tentang naluri, ketenangan, dan berfikir. Fathi selalu mempraktikkannya bila fikirannya berserabut dan sukar untuk membuat keputusan.
Zana hanya memberi reaksi bila dia menyebut nama Haykal dan bercerita tentang sesuatu yang ada kaitan dengan Haykal. Lebih baik dia cuba bersemuka dengan Haykal. Mana tahu, dia akan mendapat jalan untuk membantu Puan Aidah memulihkan Zana. Fathi bangun dari sofa dan terus menuju ke bilik tidur.
********************************
“Entah lah Fathi, aku malas nak ingat pasal dia lagi. It’s over.” Haykal meraup wajahnya.
“Besar sangat ke salah dia. Terbeban sangat ke kau dengan perangai dia masa tu?”
“Dia kuat cemburu. Lepas tu suka cari alasan nak kawal aku. Halang aku buat tu, halang aku buat ni.. mintak aku buat tu, mintak aku buat ni… hee tak larat nak layan dia.”
“Ala.. kau pun memang suke keluar ngan budak pempuan lain kan. Logik la kalau dia cemburu.”
“Laa.. keluar dengan kawan-kawan pun tak boleh ke? Susah la orang perempuan ni.”
“Emm.. kawan biasa? Lepas kau clash dengan Zana, berapa lama kau single sebelum dapat awek baru?” Fathi sengaja memberi soalan cepu emas.
“Eh yang kau sibuk-sibuk hal orang ni apehal? Luak ke kau bila aku clash dengan Zana? Setahu aku kau bukan rapat sangat dengan dia pun. Kau ni macam sengaja nak buat aku hangin.” Haykal mula naik angin.
Fathi memandang Haykal dengan tenang. “Ye… aku memang sengaja nak buat kau naik angin.” Fathi diam sebentar sehingga ketegangan di wajah Haykal reda.
“Aku tak akan sibuk hal orang lain kalau tak ada sebab penting. Kau tau macamana keadaan Zana sekarang?”
“Tak.” Haykal menjawab dengan bersahaja.
Fathi menceritakan tentang keadaan Zana dan bagaimana boleh jadi begitu. Terbit rasa simpati dari wajah Haykal yang tekun mendengar.
“Mesti kau tertanya-tanya kenapa aku nak cerita pada kau pula pasal hal ni. Padahal aku dah tau korang dah tak ada apa-apa.” Fathi memandang tepat ke wajah Haykal.
“Selama ni, orang cakap apa pun kat dia, dia buat tak tau je. Tapi bila aku sebut pasal kau, dia bagi respon. Walaupun bukan respon yang baik, tapi dia bagi tindak balas. Tindakbalas pertama terhadap kata-kata orang lain dalam masa lebih 6 bulan.”
“So apa kau nak dari aku.”
“Aku cadang, apakata kita sama-sama jenguk dia. Mungkin ada sesuatu dia nak cakap pada kau.”
“Nak cakap ape? Nak cakap dia benci kat aku. Tak payah la. Aku tak nak terlibat dengan apa-apa hal berkaitan dia.”
“Kal… please. Only once. Mana tau kita boleh lembutkan balik hati dia, supaya dia boleh teruskan terapi dia, at least. Kesian dia Kal. Aku percaya dia masih boleh diselamatkan.”
“Sorry Fathi. Kau boleh anggap aku selfish. Tapi aku dah puas ikut telunjuk dia dulu. Aku tak nak terikat lagi dengan dia. She’s strong enough to survive. Believe me. Dia sengaja buat macam tu supaya semua orang akan ikut kehendak dia.”
“What?.. I can’t believe you just say that. We are not talking about healthy person here. She’s dying Kal. She’s almost skin and bone!.”
“No, jangan tertipu Fathi. She’s just pretending. Dia sanggup buat ape saja supaya orang ikut telunjuk dia.” Haykal mula mengorak langkah meninggalkan Fathi.
“Huhh..!! you are paranoid. Who planted that kind of thought in your brain?!” Fathi menahan geram. Kalau di ikutkan hatinya, mahu saja membaling Kal dengan kasut.
Sekarang dia tak boleh mengharapkan Kal. Fathi tidak tahu apa yang merosakkan fikiran Haykal hingga begitu sekali. Adakah layanan Zana benar-benar teruk hingga Haykal jadi paranoid. Entahlah. Perkara yang lepas takkan dapat diulang semula. Semoga sesi terapi Zana akan mendatangkan hasil, Fathi mengharap. Sementara belum mula bekerja bolehlah Fathi melawat Zana untuk beberapa kali lagi. Selepas itu mungkin dia hanya dapat membuat panggilan telefon untuk bertanya khabar dan memberi semangat kepada Puan Aidah supaya jangan berputus asa.
***************************
Sepanjang perjalanan ke Pulau Pinang, air mata sentiasa bergenang di kelopak matanya. Mujur ibunya menawarkan diri untuk ikut sekali dan memandu. Nadia juga ikut sekali. Zana sudah sangat hampir untuk pulih sepenuhnya, walaupun kakinya masih akan tetap lumpuh. Empat bulan lepas dia sudah mula boleh melemparkan senyuman. Puan Aidah orang yang paling gembira. Dia terus menelefon Fathi memberitahu tentang Zana. Fathi tumpang gembira.
Namun sejak 2 bulan lepas, Puan Aidah beberapa kali menelefon memberitahu keadaan kesihatan Zana yang mula merosot. Fathi sudah berkira-kira mahu mengambil cuti untuk melawatnya bersama-sama Nadia. Tetapi belum sempat rancangannya terlaksana, Puan Aidah mengkhabarkan pemergian Zana pada subuh pagi tadi.
Walaupun bukan teman rapat semasa sihat, tetapi pengalaman mengikuti perkembangan kesihatan Zana cukup bererti bagi Fathi. Melihat keadaan Zana, Fathi jadi insaf dan bersyukur dengan kesihatan kurniaan Tuhan. Hubungannya dengan keluarga Zana juga jadi rapat. Cuma dia tidak pernah memberitahu tentang Haykal.
*********************************
“Kadang-kadang, Kal kene cuba tolak permintaan dia. Aifa tengok Kal ni macam kena kongkong sangat la dengan girlfriend Kal tu.”
“Entah la Aifa, Kal sayang dia. Walaupun dia macam tu, dia baik hati sebenarnya. Paling penting, Kal tau dia sayang sangat pada Kal. Dia sanggup ubah sikit perangai dia demi Kal. Tapi tu la, kadang2 Kal tak tahan dengan dia, dah la kuat cemburu.”
“Dengar sini Kal. Ade sesetengah orang perempuan ni, dia saja buat something untuk tarik perhatian orang. Supaya orang di sekeliling dia ikut apa yang dia nak. So, sometimes Kal kene tolak jugak permintaan dia. Kalau dia memang sayangkan Kal, dia akan cuba ikut rentak Kal pulak. Believe me.”
#########################
Selepas mengeluarkan wang dari mesin ATM, cepat-cepat Zana melangkah ke arah stesen komuter. Dalam hati dia menyumpah-nyumpah tokeh kedai tempat dia membuat kerja sambilan. Selalu sangat menyuruh pekerjanya pulang lewat. Cuci lantai la, kemas barang la.
Sudahlah Zana perlu mengeluarkan wang di mesin ATM sebelum pulang. Kalau tidak, kasihan pula Haykal. Komputernya rosak, kalau tak dibaiki segera tak sempat pula menyiapkan tesis. Gaji Zana baru masuk hari ini, boleh beri dahulu pada Haykal sebelum bapanya di kampung menghantar wang belanja. Dalam kalut-kalut begitu, sempat pula Zana tersenyum bila terbayang wajah Haykal yang comel.
Lebih kurang 100 meter lagi sebelum sampai ke stesen, komuter sudahpun sampai. Zana berlari sekuat hatinya, mujur skirtnya agak longgar. Tetapi nasib tidak menyebelahinya, belum sempat membeli tiket di mesin, komuter terakhir itu sudah bergerak meninggalkan stesen. Geramnya Zana Tuhan saja yang tahu. Tangannya pantas mengambil telefon bimbit di dalam beg galas. Jemarinya lincah menekan butang-butang nombor.
Panggilan pertama, reject. Panggilan kedua, reject. Panggilan ketiga, reject. Zana mula berang. Dia mencuba untuk kali ke empat.
“Hello..” kedengaran suara Haykal di hujung talian.
“Kal..!!.. why you reject my calls?” bentak Zana.
“No, i’m not. Line tak okay kot”
“Yes you are. I’m not that stupid okay. If the line is not okay, how come we can talk now. Are you with somebody else?” Zana menduga.
“You jangan cemburu tak tentu pasal la.”
“I’m just asking, okay. Okay.. just forget about it. Honey, please pick me up… kat tempat biasa. I miss the train.”
“Again.?”
“I’m sorry okay. It’s my bos..”
“No, I malas dah nak layan you. What time is this, you memang saje nak susahkan I kan?”
“What? Pardon me?” Zana seperti tak percaya dengan apa yang didengarnya.
“You memang saja nak susahkan I. Get a cab.”
“Kal. Sampai hati you suruh I cari teksi. Nak cari teksi kat mana malam-malam buta ni kat sini? Eh you ni boyfriend I ke bukan ha? Tak boleh pakai langsung. I balik malam-malam sebab buat part time tau, bukan bersukaria…”
“Aaa… nak mengungkit la tu. I tak suruh pun you kerja part time. I malas la nak layan karenah you ni. Bye..”
“Hei Kal..!!! don’t hang up, stupid..! I’m not finish yet. Eeiii you ni tak guna betul la !..”
“Kalau I tak guna, kenapa? Kalau you rasa I tak guna sangat, kite berpisah je!”
“Kal.!!!”
“Ape? Tak dengar lagi?… I ulang balik. KITA BERPISAH !!”
“I hate you Haykal!!!” Zana menghempas telefon bimbitnya sekuat hati ke lantai stesen.
Zana terduduk dilantai stesen. Telefon bimbit yang berkecai di biarkan saja. Airmatanya mengalir tak dapat ditahan-tahan. Hatinya terguris pedih, hancur remuk. Mudahnya Haykal mengucapkan kata perpisahan, padahal pagi tadi mereka masih boleh bergurau senda. Zana sudah lupa dia berada dimana, dia menangis semahu-mahunya.
“Kal…. I hate you. But I really love you. Sampai hati you Kal. I cintakan you sorang je..”
“We love you too..” Zana tersentak mendengar suara beberapa orang lelaki di belakangnya. Zana menoleh. Lima orang lelaki sedang berdiri hanya beberapa langkah dari tempatnya duduk.
-THE END-
alamaks… patut second language tuh kene italic… eerr.. tapi kurang kerajinan plak nak edit..
p/s: asalnya nak letak kat blog, tapi bukan ramai yg pi my blog pun… akakaka
ark! habih kat situ je ke? ke ada sambungan lagik?
mcm citer industan plak rasanya hehe
baik ko buat blog je utk tulisan ni Berne
senang sikit aku nak follow
amacam?
nanti aku leh promo kat org lain sama
hairi
buat mase ni kisah habis di situ… tapi maybe pasni ade cite yang aku buat kekalkan mana2 watak. yang pastinya Zana kompom tadek. hihi
madstone
sebnanyeh mmg dah plan nak letak hasil2 tulisan kat blog. tapi tu seblum sumua hasil karyaku lupuz bersame2 memori HD yang kene format…. aaa sedeyyy.
pos yang ni pun sbb nak melepas gian.. ekeke.
alaaa……letak je laaaa
memana yg ko dah post tu ko print la wei
utk security reason yg byk membantu in the future nanti
insyaallah…
Alo encik Hairi, how are you fine ? or are you finance ?.Ehem, soalan yang untuk yang tah berapa ratus kali ditanyakan .Bila nak balik mesia ni Pak Sheikh, jangan le lepak lama-lama kat Damanhur tu, ada dakwat cina yang dah beku nih….
panah.. avatar tue gambo betul ko ke gambo pelakon drama remaja yg hunk fahrin ahmad? 😆
gambar betol laaaa, wave
berne
ada sambungan tak?
aler… blom ade mase menulis lagi
tangan ni dah gatal, tapi tetibe dateline kat opis dicepatkan plak
tp psl blog tuh, org dah aktifkan balik blog lama. tapi isi pun still yang yg dah pos kat sini. klu ade update, akan diberitakan kt sini, okek!
wahhh member aku sowg nie dlm diam tulis citer.. fuhh.. huhu…
//ade masa aku bace.. hehehee
aa…. kantoi… ni aku malas nak cite kat kau nih…
suke gelakkan aku …. 😆
p/s: batal busuk bawak pi subang tak?…… kuangkuang :rolleyes:
okek ni pojek baru….
feel free to read
http://fhatiahsariaat.blogspot.com
or trus ke
http://fhatiahsariaat.blogspot.com/2005/07…pengenalan.html
thanks berne
this is what i've waiting for
ada masa lapang aku godek-godek
kena follow ni
bukan senang nak tgk penulis wanita kat pergh ni
kat luar bersepah…
Baris ke-11 “Perasan bercampur baur…?
tolong betul kan weh
bab seterusnya baris ke 7 “macam-macam betul benda berlaku pada dia.” <----??
citer kiki menarik
menimbulkan 1000 1 mcm persoalan
teruskan
thanks bro madstone… siap tolon check kan…
akan diedit semula
bila time seronok membaca mesti boleh perasan mana yg silap
biasa la tu :sengih:
serius bes citer kiki ni..
aku suke la citer yang ada karakter budak-budak..innocent jer..
sambong la…sambong la…cepat la… :rolleyes:
pasti disambung…. 😆
kan aku dah cakap!
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia