Home › Forums › Research And Developement › azarimy’s matrigal
ok… page seterusnya…..
[img]http://www.geocities.com/azarimy/story/matr06.txt[/img]
[img]http://www.geocities.com/azarimy/story/matr07.txt[/img]
msg kepada botak… on laaa handphone tu. susah nak call laaaa!
…james cameron punya screenplay (eventhough sometimes bukan dia yang buat)… iaitu establish basic background, cerita, plot dan sebagainya, then belasah aksi mindless to the end. …
when u put it that way, baru aku paham ..
penggempur imperial tu, design dia ada mcm org jahat dlm automatic kafka. actually byk citer yg guna design ni.. diorang amik dr mussolini nyer regime kan?
nanti ah.. kasi aku abis baca dulu. baru bley komen lagik
design penggempur imperial tu actually agak typical. even during world war 1 pun banyak nampak soldier macam ni. kalau kita perasan during that war banyak chemical warfare… this thing called mustard gas. aku pun tak pasti apa effect dia… tak silap nauseatic, muntah2, sangat pening, disorientation and stuffs like that. attacks the nerve or something.
so tu pasal diorang pakai suite macam tu.
impact yang diperolehi adalah… u got an army who are faceless, emotionless, dark, heavily armoured and stuffs like that. actually kalau diorang design imperial stormtrooper (starwars) guna warna yang gelap sikit akan menimbulkan impact yang sama…
penggempur imperial= imperial assault troop. kira sama laa jugak macam shock trooper or storm trooper.
aku pun takleh nak bezakan sangat…
maybe aku boleh define aku punya perbezaan antara ketiga2 jenis trooper tu….
assault class – heavily armoured, heavily armed.. tujuan dia untuk lay suppressing fire kepada musuh, serta bertujuan untuk permanent ground occupation. biasanya terletak di barisan depan. generally akan disupport oleh armoured division macam tanks dan sebagainya
shock class – ni aku tak tau… rasanya macam sama dengan storm trooper….
storm class – fully armed soldier, tapi biasanya tak bawak senjata berat. lebih kepada multi purpose troop. armour pun agak ringan, lebih banyak berlari. biasanya dalam satu squad akan ada heavy weaponry macam rocket atau grenade launcher, heavy machinegun or even a flamethrower. basically squad based.
entah… definition ni pun based on novel2 yang aku baca. so mungkin tak accurate, pasal biasanya novel ni diorang pun tak betul sangat. tah2 reka sendiri aje. so this are just for reference…. and fun.
page seterusnya…
[img]http://www.geocities.com/azarimy/story/matr08.txt[/img]
kat sini lebih jelas penggunaan senjata berat iaitu assault cannon yang dibawa oleh penggempur imperial tu. in this case, diorang menggunakan peluru biasa, bukan armor piercing full metal jacket or explosive-tipped, but a simple hollow point ammunition. tujuan? just to take down matrigal… not complete distruction….
aku rasa cara aku type ni dah macam audio commentary dalam kebanyakkan DVD yang aku beli….best jugak nih!
oh ya… aku baru beli lord of the rings – fellowship of the rings extended version DVD set. pergh… best GILA SIOL! ada 30minit tambahan…. puas hati! 4 keping DVD dalam set tu….
Erm… perlu ke efek motion blur tu? I think you better stay with the original, its kinda neat that way. Just an opinion tho…
err… which r u refering to? yang atas sekali (page06, panel 02) is it? the one with the swooshing sound? or is it page08 panel 04, the one with matrigals running away, evading the bullets?
sebenarnya tak dapat aku nak jawab soalan tu. motion blur ni… kekadang best pakai, sebab aku takyah lukis detail2 sangat. especially bila ia hanya untuk menggambarkan pergerakkan laju.
aku tak larat nak render speedlines…. maybe that’s the proper answer kot.
anyway, point taken. thanks!
1st, yang time Harasa jatuh ke tanah… Im sorta confused by the way he falls… I thought Matrigal was jumping when I first looked at the panel… maybe it just me ;
2nd tu ok dah, but I think manual would be better.
… *waits for decline*… ;
Fuh, ada feeling cam Mobius je. Best la ko.
aisehmen griever… u r rightlah. aku dah agak dah… mesti ada somebody yg kata camtu punye. actually in between panel 1 dan 2, ada lagi satu panel, tapi aku buang, kerana ia akan mengecikkan panel 1. so whats wrong with panel 1 being small? pasal aku dah lukih detail sangat… rugi buat kecik hahahahahaha
thanx for the comments though… i’ll be aware of it next time.
dinjerr… mobius tu apa? serius…. aku tak tau… do shed some light…. aku ni bukannye baca komik sangat
hebat.. hebat tak nyesal aku masuk pergh, byk org hebat.
aku rasa dinjerr refer pd artis french tu tak?
aku takleh nak kasi nama komik dia apa..tapi dia ni mmg pelik la gak.
time dia rajin, detail nak mampus. kalo malas tu, aku rasa org lidi pun ada :h (just an exxxageration, don’t quote me on this..)
ler… artis ke? ingatkan komik… nanti aku carik kat internet. ejaan nama dia tu betul ke? nama dia apa sebenarnya? takkan mobius aje?
botak… ko takleh nak kasi nama komik ke, atau tak dapat nak kasi nama?
oklah oklah oklah…
page09… page yang banyak kali error setiap kali nak ditransfer ke pergh, abg sudin69, kak ruby serta windraven….
[img]http://www.geocities.com/azarimy/story/matr09.txt[/img]
flow panel dan grafiknya ada kelamkabut sikit… maybe pasal dah hujung2 chapter… rasa malas timbul di hati….
betul la aku cakap dulu, “sampah-sarap” tu memang best!
azarimy, thanks for the answer…amat dihargai.
**eh…ko lecturer FAB UTM Skudai ker….hmmm kalau dulu mungkin senang kut aku nak refer kat ko direct terus sebab aku kerja kat UTM jugak, tapi sekarang dah kerja lain, JB jugak….aku punya adik ada la lagi belajar kat FAB tu.
Jean Giraud Moebius – pelukis komik dari Perancis, famous lepas penerbitan Heavy Metal di US dengan lukisannya yang futuristik dan line yang detail..KAryanya pernah di koleksikan oleh Marvel lebih 10 tahun lalu, dan pernah juga lukis cerita Silver Surfer one-shot (lawan Galactus) dengan Stan Lee (aku rasa pernah di jilidkan), …kau akan menangis darah bile tengok lukisannnya…tengok pin-up lagi boleh pengsan..TAk sangka ada juga geng yang kenal mamat ni..
thanx for the info, ubdertaker! nanti aku gi carik more on this guy…. aku kurang follow heavy metal…. dan zaman aku follow 2000ad pun agak singkat jugak, so susah sikit nak kenal orang2 ni….
air mata darah? ni kira peringkat lagi dahsyat dari berdarah hidung ke? hahhahahahha
nurmz… ko kerja kat utm dulu? kat mana? adik ko course apa?
aku kerja kat FKA…3 tahun, februari tahun lepas aku quit, dah habis kontrak. Sekarang ni join kerajaan negeri Johor dan Jepun punya program kat Tampoi Utama.
Adik aku tahun 3 sekarang, course apa dia ambil kat FAB tak sure pula.
#kalau ada masa, aku nak belajar cara ko lukis pakai pensil.
Ada satu lagi Mobius, yang ni aku rasa lebih relevant dengan karya kau, manga karya Kia Asamiya bertajuk Silent Mobius…Mungkin ini yang Din Jerr maksudkan, aku tak pasti….
err… aku semakin taktau nak ckp apa. sbb aku tak tau apa yg korg bincangkan. aku lebih suka jadi pemerhati. dan menanti karya2 aza yg seterusnya
and finally…. the last page of CHAPTER 01. page ten.
[img]http://www.geocities.com/azarimy/story/matr10.txt[/img]
so lepas ni kena tunggu sebulan dua lagi laaa untuk chapter yang seterusnya. lama gak buat 10 page ni… 1 page makan 1 setengah hari… err… kekadang lebih, kekadang kurang. itupun kalau takde kelas or kerja2 tak senonoh yang selalu aku buat.
so sekarang adalah masa yang sesuai untuk berbincang, especially with the 1st chapter ended macam ni. actually it's a prolog, so kebanyakkan plot dia masih tergantung. jangan assess jalan cerita setakat chapter one dah laaa….
falamakk…ko mmg best la azarimy..
ko dapat applykan architecture dlm komik ko
best2…boleh buat banyak2 lagi…
buat banyak2 lagi? adoih…. penat siot. aku ingat aku nak rehat dulu. sekarang ni aku tengah nak translate matrigal ni kepada bahasa inggeris, kerana pada aku, lagi senang nak paham, dan lagi senang aku nak script the whole story…
aku sedang melukis beberapa page lagi of matrigal. tapi jangan harap sangat, pasal buat masa ni, aku kena tumpukan perhatian pada banyak benda lain. anyway, aku post dulu preliminary cover for the second part of matrigal…
let's keep the juice flowing…
aa bila baca balik baru perasan ada pengaruh ghost in the shell utk design matrigal nih. mmm betul ke? 🙄
hehe smart la design awek bertudung yg brutal tu. kalau dia jadik cikgu disiplin sah takde sapa berani ponteng kelas nih.. nice blend of garang+cute
teruskan usaha!!
fuiyoo..
ko lukis komik engko guna pencil ker?? giler…giler…aku pun tak buat macam nih woooo…..!!!!!!!!! giler..! giler…
p/s:nih bukan berdaarah hidung lagik nih…nih suma lubang kat badan aku pun menitiskan air darah…!!!!
some more pics of the new upcoming second season of matrigal. mungkin lepas ni aku akan post behind the scene serta preliminary sketches. i'm going to do a 64 page story, including these 1st 10 pages of it. mungkin aku akan add on several pages more to the existing 10 pages yang asal ni. kira macam… err… deleted scene dalam director's cut punya special edition heheheh…
teaser for things to come:
grindsicktanics: yup. pencil sahaja. a little eraser, but nothing else. not even a ruler heheheheh.
Aku suka & kagum giler ngan view dari bawah jambatan tuh…
Aku paling fail lukis structured matters… Brother Aza… boleh tak ajar sesikit teknik nak lukih bangunan2 cam ko buat tuh?
teknik lukis bangunan? waaa….
meh join kursus architecture laaa. aku boleh ajar dari camana nak lukis sampai macamana nak bina terus. dan terus jadi arkitek heheheheh.
but anyway, i could post some basic points serta tips melukis bangunan. sebenarnya, dalam design bangunan ni ada banyak common sense sebenarnya. dan juga anthropometrik serta ergonomic dalam rekabentuk yang diterapkan.
contohnya, ketinggian lantai ke siling biasanya 3 meter. so, kalau kita lukis bilik, ketinggian manusia secara tipikal ialah 1.6 – 1.7 meter, iaitu lebih sikit dari separuh ketinggian bilik.
kalau nak cerita ni… panjang jugak. aku akan bukak topik baru kat help guidelines tu…
perspektif menarik, attention to detail, character menarik, pencils kemas.
😮 😮 😮
aku respek betul la org yg sabar buat benda2 ni.
eh, font utk narration & bubbles tu encik aza pakai font ape aa? aku ingat2 lupa nama font ni. nak download kat mane ade?
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia