Home › Forums › Research And Developement › Ape yang perlu kita tahu bila nak print/produce komik
Hai….Aku tahu ade di antara korg kat sini ade experience dlm print matters so bole tak share kat sini ilmunya.
Katakanlah aku nak produce komik full colour,1 title,ongoing series……
a)Aku tau lagi banyak print lagi murah harganye tapi aku nak tahu rough calculationnya.Standard untuk permulaan
berapa banyak kita patut print?1000 copies?500 copies?2000 copies?….
b)Quality?Katakanlah aku pakai sama ngan standard komik kungfunye quality paper termasuklah ngan bilangan
pagenye.
c)Printer kat mana yg bagus?Bagi price dan quality yg puas hati?
d)Bole bagi aku gambaran ttg cemana start duit kuar/masuk bila kita dah start kuarkan komik tu ke market?
e)Anything aku perlu tahu ttg dunia print komik ni?Tolonglah share disini.
Aku akan menanti perkongsian ilmu kalian semua…Terima kasih….
Hmmm….aku salah letak post kot….atau memang takde sape kat sini ade experience kot.Well takpe…aku akan cari dari sumber lain.
10k copies – rm 1.68 perbook – 36 pg -printer cari dalam yellow pages / usha printer dlm buku -duit keluar je selama 2 tahun ++, tade masuk – aku pon tak tahu dunia printing ni…pening..aku kosentret buat komik je.
hai…
kalu betul2 nak cerita….senang kalu kita berjumpa ..banyak boleh di huraikan secara panjang lebar..
apa yang saya terangkan adalah pengalaman saya dan rakan2 lain seperti kromosom ( lagi up to date expericence ngan KLP) ketika self Publish UC pada 2001-2002
a) untuk market malaysia..kalau target market nation wide( satu malaysia)..meaning…kat kedai mamak atau kedai buku…komik tu nampak kat rak..at least musti pakai stratergy 'flood the market'…supaya org leh nampak…bile depa(readers) cari mag../komik Moy..komik Art Square/ komik HK atau manga..kena min: 20- 25K..
kalu nak printing cost murah..buat komik hitam putih ..pakai newsprint paper yg grade rendah..ala komik gempak dedulu
kalu quality ni dia pakai simili paper…price printng bergantung pada grade paper…jumlah printing…colour or black n white
c) printer ada bermacam2…yup,,bak krom kata leh cek kat yellow pages…my advice: cari printer yg ada experience buat buku/majalah.
d) secara kasar..seelok -eloknya ada capital untuk cover at least tahun pertama printing & production cost ( seelok eloknya ada budget utk 2 tahun)…kalu ada 500 000 or more the better….sale akan masuk selepas 3-4 kekadang 5 bulan setelah buku ada di newstand.. ( bergantung pada return buku) return = buku yg x terjual….selalunya based on consignment basis..30-40% dari harga komik pergi ke distributor.
e)..secara basicnya..setahun pertama anda akan rugi atau balik modal..kalu buku best seller… boleh la dapat untung sikit..
buat comic publishing bagi produk baru nih…profit bukan bergantung pada sale sahaja.. profit besar selalu dari pengiklanan..
dan selalunya pada 3 bulan pertama…advertiser susah atau tak nak advertise dalam komik anda..
advertiser nak tgk pada sale & circulation ( jumlah pengedaran)
so kakyoin
harap info ni dapat membantu..
so tell me more about your new comic publishing company ni..
mulakan dengan zine a5 je dlus…mass printing dlm 2k copy. amik issn je… modal dalam 2.5k. fullcolor cover dengan b+w simili kat dalam. dapat la kaber klang valley. 16 pgs+4 cover. self distribute. kalau koa jual rm3 dapat le untung 6k – 2k(kedai amik 50sen@singgit) tinggal 4k – 2.5 k = 1.5 k untung berseh. bahagi le dengan sapa yang buat. tapi jarang dapat jual handred persen. angkasawan dan rerakan dlu…kluangman lagik…portfolio da kuat beb…test market kah?
nota kaki….
distributor akan amik 30-35% dari jualan
kedai pulak singgit
artis makan megi (itik)
ah!ade pun yg mau memberi info…
Hmmmm….Aku akan pegang rough calculation ni buat masa ni.Sedikit sebanyak membantu long term planning aku.Terima kasih banyak banyak.
Krom,banyak istilah2 ko kat sini aku blur.Ko kene xplain kat aku nnt bila jumpa nnt aight.
Soalan baru….Masa korg buat UC dulu ape taktik promo/marketing korang and mana yg berkesan dan mana yg tak berkesan?
Korang buat loan ke masa nak publish UC dulu?
Memang aku kene berjumpa ngan korang berdua pasal korg ade experience publish mag/komik.Jangan bimbang aku rasa tak lama lagi kita akan berjumpa la tu.insyaallah…. ;;
tell us more about yourself & your comic planning..
we're around cuma busy banyak..
we're just a call away…
cehhhh cakap omputih lak aku nih..heheh..
so kasi tau in advance kalu nak jumpa yer kakyoin..or Kak Yoin?
wassalam,
😮 terperanjatnya aku. biar betul kakyoin nk terbit komik? tapi kalau kakak ni lukis komik RM50 satu pun aku beli. serius!
Kakyon, dari u buat komik bersiri baik terus kumpul modal buat 1 shot je, i mean macam satu kompilasi.
tak pening kepala.
kak yoin,
buat member dgn tokey printing aaa
mana tau dpt kautim price
sorang kawan aku pernah ckp, “business is about relationship”
skrg baru aku faham apa maksud dia
kalau tak kenal org kat luar mmg susah aaaa
kalau kabel besar, untung
all the best kakyoin
agent:ahah….ko kakakkan aku ye…hmmm kalau sume org cam ko,pasti bisnes cemerlang hahahaha!thanx for the support by the way.
mat rempit:bunyi cam tak pening kepala tapi sebenarnya lebih kurang je…dua2 ade pro n kons dia.Aku prefer series pasal aku nak org acknowledge cerita,character dan world yg aku create.Dan bagi aku kalau org nak sentiasa ingat hasil kerja kita ialah bila kerja kita sentiasa wujud dalam keadaan fresh di market.Aku nak kasi org hook and addicted ngan hasil kerja aku.Kira macam aku tanak jadi artis yg hasilkan album 'one hit wonder' la hehehe….
madstone:Betul kata kau tu.Memang aku tgh amalkan.
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia