Home › Forums › Uptown @ Pergh! › Apa Rasa Bila Artwork Kita Kena Cetak Rompak?
dahlah magazine next issue ako tak tau bila nak kuar, sticker pulak org cetak rompak! adoiii….. ada 2 lokasi yg org dah inform kat ako dan ako dahpon tengok dgn mata kepala ako sendiri… 1 di uptown dan 1 di chowkit dan 1 kat bazar ramadhan shah alam…. yg panjang diorg jual rm15, yg kecik rm8….. terasa ako plak yg cetak rompak depa sbb ako jual besar+kecik rm10 jer…. sebijik dia tiru…. alahaaii… apala nasib….
satu lagi hasil kerja tangan ako yg org cetak rompak.. ada kedai sticker cina kulop kat sg. wang bikin sebijik 3 design2 vector ako ni… taktaulah mana diorg dapat file… kalau nak ikut sebijik mmg diorg rajin betol…… design ni ako ada publish dalam mag stereng no. 13…… kedai ni kat level 3. se level dgn game kat sg. Wang tu… first time ako tengok apek tu gantung kat kedai diorg, rasa mcm nak gugur jantung ako…..
Apa rasa bila artwork kita kena cetak rompak?
Rasa macam nak sembelih org yg curi tu. Aku baru teringat masa bulan puasa haritu aku dpt tau ada org jual artwork aku sbg wallpaper handphone theme raya. Haram. Ada sapa2 yg tau pasal law camna nak saman diorg ni?
disebabkan artwork ko pernah dikeluarkan dalam majalah, term and condition ada dibuat dalam majalah tuh… apa lagi saman la mangkuk2 ayun tuh,
mmg derang kaki cetak rompak… saman jerrr…
ko boleh guna nama majalah tuh untuk saman derang….
hoho… bengang mmg sungguhlaa…
pengalaman aku pernah sekali, tu pun kimball bgtau
emulsion_81 yg dapatkan bahan tu untuk aku – thanx!
sampai sekarang aku masih simpan buat kenang2an :sengih:
aku dah pun bincang ngan Rock masalah ni tapi kami buat masa ni…
taknak buat ape2 tindakan pun atas sebab2 tertentu.
ape pun aku bangga gak dalam masa tu
betapa berharganye artwork aku sampai orang sanggup cetak rompak.
dulu pernah gak tanye Aie, ko nak nak saman ke?
tak payahla tak berbaloi.
a'ah ajiff aku terlupa plak.. artwork aie lagi banyak ditiru balik…. lagi sadiss…
ruby rasa lee memang wujud kesalahan dan kesilapan kat pelukis itu sendiri sebab dia sedar tak sedar dan secara tak langsung telah menggalakkan pencuri artwerk tuh bikin huru hara! Apa-apo pun memang isu nih terpulang kepada keputusan pelukis itu sendiri…!
p/s tapi okey apa kalo ada pencuri yang terrer copy strole lukisan pelukis sebenar…mungkin pelukis dan pencuri tuh bole berkerjo sama bikin komik solo dengan pantas…siap…! Keh! Heh! Heh! (gelak muslihat!)
ako tengok karya aie mmg banyak giler jadik mangsa rogol lanun2 cetak rompak… dari t-shirt2 kolej sampailah ke cawan2 cenderamata… dulu kat cm bersepah…
aku pun penah kena, yang sadisnya.. budak sekolah yang menang banyak award website tebaik curik keje aku.. urmm.
best rasanya bila aku call dan carik sendiri orang yang plagiat & cetak rompak hasil keje aku tu. .. alahai citer lama.. hehehe..
sian, tingat aku budak sekolah tu merengek rengek mintak maaf, aku sendiri pun banyak pengajaran dari peristiwa satu ketika dahulu itu.
best dapat cakap ngan guru besar dia. ar ar ar ar ar ar ar…
kpd kengkawan yang membantu dulu. wa hail sama lu.. peace..
ako tengok karya aie mmg banyak giler jadik mangsa rogol lanun2 cetak rompak… dari t-shirt2 kolej sampailah ke cawan2 cenderamata… dulu kat cm bersepah…
ko dah try makan nasi lemak blues?
haha. sedap dan murah, diorang jual pakai baju seragam lagi
t-shirt tercetak watak sahak, dapatkan yg original
giler dasat!
lokasi pinggiran batu caves
aku rasa ni semua balasan tuhan sebab korang semua guna photoshop/illustrator/flash/freehand cetak rompak…
muahahahah
:hoye:
lain kali belilah yang original
instead of saman
apekate ko pegi terus ke opis diorang, kate nak jumpe dengan owner atau penjaga kedai keta tu. kate ade business proposition kepada diorang.
ko jumpe, kate la ko bersedia untuk diskas harga yang diorang patut bayar pasal gune artwork ko. kate jugak yang ko akan vigorously defend hak ko, kalo diorang tanak bayar pape. so daripada ko terus hostile kepada diorang, elok ko dapat habuan dengan cara elok.
cara Aie ujang tu merepek la. mamat tu kalo orang curik artwork die memang la die malas nak jage, pasal tu mamat tu sampai skarang tak ke mana. kes ko ni bukan kes kecik2 cam orang curik untuk buat poskad, ni kes besar ape. bisnes wallpaper tu besar tau tak, diorang untuk puluh2 ribu sebulan. SEBULAN! ni baru kompeni kecik. kalo kompeni besar, memang boleh lepas >RM100k nye untung sebulan.
cakap nak saman sana sini situ sini mmg la senang..
sesapa pernah duk layan line court tau la berapa lecehnya..
tgk, ancient curik carrot aku.. pastu mass produce! aku nak saman la! hehe
yeah, maybe sebab hassle kot, untuk kes2 court ni. nak cari lawyer lagi..
aku pakai ori woi masa buat web tu. tapi mungkin balasan curik tulang masa keje dulu .. ar ar ar ar ar
—
latihan kat umah suka suka je cetak rompak.
ape yg c-fu ckp tu mmg masuk akal
dr naik court menyusahkan diri dan pelbagai pihak
baik buat proposal camtu
untung2 bulan2 duit bole masuk
senang2 dah ade kepelbagaian produk
org lain buatkan produk
kite yg dapat untung (jugak)
kalo ikut mcm kes Aie ni
sebetulnye die bole kaya-raya dah skarang
kalo die malas nak jaga
nasib dia la
cakap nak saman sana sini situ sini mmg la senang..
sesapa pernah duk layan line court tau la berapa lecehnya..
it IS leceh kalo ko nak menjaga harta sendirik bile dah ade harte. pasal tu kerja2 sekuriti tak pernah dan tak akan pupus, lain daripada industri lain kat dunia ni.
ko pernah ke, cakap2 cam gini? ako pernah. and pada ako, itu adalah tanggungjawab kita bila kita create content unuk defend habis2an bila orang curik. pasal ako bukan tipikal orang mesia yang pemalas :>
diorg ni wat keje macam samseng gak… masa budak2 ako gi tanya kat chowkit mana diorg dpt sticker ako ni, diorg lagi tanya budak ako balik “aapahal tanya mana dapat nih?” dgn muka cengeng mata tersembul…. perghh… camsiot… dahlah curik design, kerek plak tuh….. diorg ni ada link banyak cam penjual2 vcd haram gak…
aku rasa part saman-menyaman atau buat alliance ker apa ker, bergantung pada berapa BESAR sebenarnya kita rasa kiter nih..
aku pun rasa bengang yang amat jugak kalau ada orang curik harta intelek aku…
sedangkan yusof haslam yang memang bersuara lantang pon dlm bab nih (piracy) pon masih tak dapat setelkan isu piracy di Malaysia, inikan pula golongan-golongan peniaga yg kecil.
Untuk memudahkan urusan, pertama sekali baik kita register dulu Trademark karya kita (kalau sure berbaloi dan boleh untung dlm jangka masa panjang cam Spiderman). Aku ada tanya diorang. Diorang kata, individu pon boleh register, tapi kalau kampeni lagi bagus la.
MIPC
Walaupun karya kita akan dipirate oleh penyangak dan kita tak boleh buat apa, (sebab buat deal dengan penyangak atau lanun cetak rompak ni, sama la cam buat deal berhutang dgn along, pada aku), kita maybe ada alternatif lain utk buat duit.
Contohnya, kampeni besar-besar spt Air Asia yang akan guna karya kita dengan saluran yang betul, akan kasik kita royalti ker, cam apa yang Dato' Lat dapat. Ataupun, cam Dark Horse comics yang minta lesen penerbitan dari geng yg buat MegaTokyo utk mass marketkan comic online diorang tu.
Tak silap aku, MIPC ni ada channel utk kita buat pengaduan kalau ada kampeni lain yang cilok harta intellectual kita yang kita dah registeredkan.
My main point is, there is so many things to consider utk tangani bende ni. Dan adakah ianya berbaloi atau tidak. Something worth it, something tak worth it.
Anyway, this is a very good topic…Anybody else?
Ada ke sesape yang ada pengalaman meregister karya diri sendiri? Leceh x?
Buat masa ni, kalo aku ada publish mana2 keje aku, terpaksa redha je laa kalo dicetak rompak… Bak kata Mawi, “saya halalkan kalo dengan cara tu je (mencetak rompak) diorang dapat menyara keluarga..” wahahahah!!!
Tapi aku rasa, keje aku xcukup bagus lagi kot utk dicetak rompak.. kehkehkeh.. :sengih:
Rm3000 utk register TM (Trade Mark)semua produk dlm satu label/kompeni….. gilossss….
RM3000 tu untuk satu label ker? ex. TORA AMAN.
Setakat yg aku tahu, utk register:
Form TM 5 – Application for registration of a mark RM250.00
Lepas dekat nak dapat tu:
Form TM 29 – Advertisement for registration RM450.00
Aku budget dlm bawah RM1000.00.
Tak tau la pulak kalau ada hidden cost. Aku pun tak pernah gi lagik ofis dia..
Anyway, itu semua tengok kita nyer plan camna. Kalau berbaloi dan boleh membuahkan hasil, okey jer melabur sket-sket.
Maybe dari RM5000 kos register Trademark tu, boleh membuahkan hasil RM5 juta…cam Spongebob ker, Transformers, Crazy Frog ker etc…
SUkun kan penah kartunkan fenomena/ masalah nie? Geng motor wat t shirt…. then pasar malam jual sticker… igt x korang? dia sendiri siap kena herdik sama itu nyonya bila tanya lebih2..
yg ako tau rm 3000 tu utk satu kompeni, contohnya kompeni talent prestige/JAS. produk Kereta, Motokar, Anak2 Sidek, Stereng dan etc… tapi kompeni ako tak pernah buat pon… katanya takde bajet…. antar reporter gi tokyo autoshow dgn sydney otoshow bleh ada duit plak…..
memandangkan yg kita yg bekerja dalam creative industries ni mmg tak lepas daripada idea dicuri orang…maklumlah idea sendiri kena curi walau pon tak best kita rasa cam best..sebab originaly from us…bagi aku advantage yg aku ada atau sapa2 yg ada disini kerja advertising at least ada award shows yg bole appreciate work kita .. but then again..nak protect idea sendiri tu kena pandai2 la…jgn ler kasi paper scam atau artwork kita lepas kat org lain…
itu yg aku hairan tu
kalau org US, nak pakai artwork kita, mintak kebenaran
siap ada email dan bagi penjelasan kenapa nak pakai artwork kita
tapi kat Malaysia ni, main taram jer
ada undang-undang pun bley beli/jual
camne nak kuatkuasa?
sdgkan pirate vcd/dvd & software diperangi pun but still dorang berani jual
apa lagi artwork kita yg tak seberapa ni
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia