Home › Forums › Movies, Musics, Anime And TV Series. › Album Baru2 ♫ ♫
apa da kau. gie la cr satu album.. kau guna IRC laa kalau nak cr satu demi satu… kalau a whole album tue.. ehem ehemmm laaa..
Tied Up Too Tight… Better do better…
apa? kau tak suke OK Computer? apeda kau… OK computer ok laa lagi drpd KID A…
arghhhhh lanjutan ok computer yg cam harammmmmmmm
album lepas OK Computer laa aku cakap bukan OK computer tu
ntah la apsal album lain tak best.. OK Computer gak best,,, tapi stone dah jual kat orang lain
*komputer orang oo takbleh aa chatting..*
mane keane aku nak dengo review weii :rolleyes::lol:
OKEH review aku untuk Keane Under Iron Sea…
Masa mula2 depa naik dan pressure untuk album kedua.. depa claimed nak buat satu album yg fast dan rocking… funky.. aku takut depa jd Maroon 5.. tapi nampaknya depa tak buat mcm tue..
Ada banyak reviews aku baca kata depa buat satu direction dan composition yang baru.. tapi nampaknya tak ada sangat pun.. aku x jumpa apa yg dikatakan kelainan selain single pertama yg depa pertaruhkan yang sangat superb dan rocking.. aku ingatkan U2 masa mula2 aku dengar… Is It Any WOnder mmg besh!!
identiti lagu Keane dlm album Hopes And Fear masih bleh kita jumpa dalam lagu2 seperti Put It Behind, Leaving So Soon.. Try Again dan kdg2 terasa macam Coldplay dan early Radiohead whining days.. dan mmg tiga lagu tue jer aku rasa enjoy selain single pertama td..
Nothing In My Way nyer piano playing seakan nak imbau kepada
Somewhere Only Know..
tapi takde laa mcm Nickelback yang balik2 buat lagu baru mcm How You remind me..
Crystal Ball, Try Again dan Frog Prince pun dengan imej kental yg sama.. some may find it lame.. some may find it still nice..
yang lain2, dengan instrumentals stuff pun ada.. anggaplaa piano dan music Keane mencari2 identiti untuk tidak dikatakan mengejar Coldplay walaupun Hopes And fear tue pada aku da buat Coldplay pening jugak nak bikin masterpiece baru.. (pada aku.. yeahh.. Jekael betul.. review aku terlalu biased ehehee..)
satu lagi.. penyanyi dia mmg cumil… ehehehee..
so is it Any WOnder? korg nilaikan..
untuk rock dengan piano lagi.. korg cari band alternative late 1990s dulu nama Ben Folds Five- merdu jugak..
selepas beberapa hari layan Keane Under Iron Sea, aku tengah suka lagu Bad Dreams..
Skang kita review album pilihan Nuppy..
Album Goodbye Alice In Wonderland oleh Jewel nie remarked 10 tahun penglibatan Jewel dalam industri. Dia masih yummy, masih ruled dan kongker Billboard dan single tengah main radio sekarang – Again and Again masih ruled US Top 40. Cuma kena keluarkan beberapa single lain lagi untuk dimainkan di radio supaya album nie kembali cargas. Terlalu success dengan album kedua beliau masa 1998, Spirit dan kontroversi tentang arah tuju beliau yang asyik menunjukkan “aset” beliau yang sexy dalam clip sejak album 0304… (mcm Dido dengan gossip cinta dan clip semakin sexy gak..)
Masih dengan pop contemporary chat- buster radio -freindly adult rock dengan sedikit folk blues country… ada beberapa lagu lain yang korg kena check mcm Satellite, Drive To You, Goodbye Alice in Wonderland, Long Slow Slide masih pop dalam Fragile Star dan masih country dalam Stephenville, TX.
Album ni seperti statement dan confession beliau terhadap diri, dunia dan macam2 lagi2.. try Satellite yang agak besh.. lirikal..
Album diselia oleh Producer Rob Cavallo yang menaikkan Green Day (dookie) dan Goo Goo Dolls awal..
Akhir2 nie, bersama album nie.. dia banyak jayakan TV show bersama Rob Thomas…
[attachment tidak dipindahkan semasa pemindahan server]
Jewel dah kembali ke root lama setelah “murtad” ngan album 0304 nya tu.. aku dah dgr Alice In Wonderland ni tapi personally still takleh pukul magic Pieces Of You lagi..
aku dah download The eraser thom yorke ni last week tapi lepas dah dengar 2-3 lagu, serta merta aku delete terus sebab aku sangat menyampah dengar sound2 electronic macam Kid A ngan amnesiac dia tuh.. Ok computer satu-satunya album yang setiap kali aku dengar, setiap kali tu jugak aku rasa makin naik level konsentrasi aku.. aku tak expert music tapi bagi aku ok computer memang lain macam la..
hoih Nuppy cakap beralih arah sudah laaa ehehehe… sampai murtad lak ehehehehee..
Hoh Nelly Furtado baru is out.. rasanya makcik tue pun da beralih arah dengan hip hop… walaupun biasa ajer sebelum nie collaboration dengan set2 hip hop.. dan album pertama pun ada jugak hip hop nyer mood..
Lagu single utama Promiscuous feat.Timbaland tgh rule.. dgn clip yg menyesakkan.. haiii makcik beranak satu nie kenapa ya? 😆
Aku report je dulu.. LOOSE nie.. mesti ada something dengan title dia nie ya? Nanti2 la aku review…
[attachment tidak dipindahkan semasa pemindahan server]
WAAAAAAAAAAAAAAAAAAVE
lama dah nak cakap ni, bole review album Awie ?? Santai yang ade lagu Iris tuhh 😆
asyik mat saleh je
kat mesir takde jual album awie la..
Album baru Muse – Black Holes and Revelations, bakal release awal Julai ni. Aku baru je habis download nih.. tgh dgr 2nd song.. cam kureng je..
WUYOOOO MUSEEEEEEEEE :pergh:
waaa dah keluar album baru pulak aku ingat album kiamat diorang tu album last.. wei corleone cite aa sket lagu album baru ni camane.. jenis end of the world/gloomy jugak ke 😆
+ hohohoo dah sticky rupenye, buat penat je aku menyelam 5 page..
EDITTTT
Hmmmmmmmmmmmmm langsong tak best
betol la Nuppy, tak bessssss.. tak rock alternative sangat..
ako tak tau la genre rock apa kali ni.. dulu kite ade rock gile Origin of Symmetry, pastu album kiamat Absolution.. skang nih……… hmmmmmm
bukan tak rock sangat.. tak kaw la
Starlight bole laa.. 😆
ape tajuk pelik2.. cube usha..
[img]http://www.geocities.com/jayfro0001/museblackholeslist.JPG[/img]
hahaha..!! x layan The Eraser (dan sumer radiohead post-Kid A)?
u don't know what u're missing!! 😈 :sengih:
bukan apa, sbenarnye, apa yg best dlm OK Computer (or sumer yg best psl Radiohead) , ada dlm sumer album Radiohead sampai skarang…cuma kene korek dlm sket la. oh, and having an open mind/attitude towards music wouldn't hurt either. sama gak mcm The Eraser.
paling tidak, dgn album solo ni, kita bleh identify apa contribution Thom Yorke pd sound Radiohead. bunyi “Kr-chnk! Kr-chnk!” dlm Creep? itu Johnny Greenwood. drumming yg super intricate dlm Paranoid Android? tu Phil Selway. yg lain2 mcm melody dan drama itu sumer Thom Yorke – which is exactly apa yg ada dlm album solo dia. bezanya, ia dihidangkan dgn bunyi janaan elektornik. bleeps instead of twangs. but it still rocks, nevertheless.
highlights: 'Atoms for Peace', 'And It Rained All Night', 'Harrowdown Hill'.
nak suka ke tak, terpulang la sbenarnye. aku post alternate view je..
aku tak tau la apasal aku pening dengar Pyramid Song.. Myxamatosis lagi laa… belom campor Kid A yang bunyi langsung tak macam lagu.. hoh the clock amik kau lagi pening.. Sail to the Moon langsung jenis yang memang patut kite halau ke bulan sana tuh…….. kenape laa dia taknak buat balik cam Subterannean Homesick Alien.. Karma Police yang bunyinye sebegitu robotik tapi satu album entirely un-electronic!
tapi asal lak starting Kid A je dah bunyi letrik pening.. memang genre die ke :sengih: bunyi letrik pening, irama macam kene taufan.. ntah :rolleyes:
sekali lagu memeningkan kepala ngan the clock, ….kelam kabut betol
aku dah dengar album ni, memang best! thumbs up! sape2 yg rasa nak dengar metal, dengar le album ni.
LANGSUYR: Debut Album Finally Sees Light Of Day
Malaysian-based metallers LANGSUYR have finally released their debut album, “Asyik”, through Clockwork Records. The album is distributed in Malaysia by EMI. The follow-up to “The Eastern Cruelty” EP (1996, Nebiula Production) was produced by CDNaz (ex-SIL KHANNAZ, now a solo guitarist) and was pressed on digipak CD and cassette. The first print of 1,500 copies was sold out in a week. Currently, the album is only distributed in Malaysia only. Check out the cover artwork at this location. Samples of the album can be streamed here.
Originally scheduled to be released in November 2005, “Asyik” was delayed due to the “black metal witch hunt” in Malaysia, according to a press release.
LANGSUYR were already blacklisted by the Malaysian authorities in the wake of their black metal influences in the year 2000. The group, however, denied all the allegations thrown at them. Clockwork Records' decision to delay the release of the CD was attributed to the fact that the album faced a very real possibility of being banned and ultimately never seeing the light of day.
Huyooo Riusgnal on proper EMI album..harapla x sejahanam band2 lain yg gone main stream…
Betul aa pun Bortharg cakap tue..kalau nak dalam nyer kaji.. mmg tara paham punya dunia Thom Yorke dan Radiohead,..sbb UK sangat suka. Cuma kita jer tak paham di mana sedap dan arahnya..kalau dengar Depeche Mode aritue.. nampak gak sedap dan bagaknya muzik depa..
Xper.. kalau still nak dengor Radiohead style lama..korg layan aa our own Seven Collar T Shirt release tahun lps tue.. hohoho..
Cemana aku leh tertinggal mamat nie.. bekas frontman The Verve da pun releasekan album baru dia- Januari lalu dengan Keys To The World. Peralihan dari indie whining rock kepada motown dan blues serta folk rock.. inilah Richard Ashcroft sekarang yang semakin depressed x pasal.. June lalu dia mengumumkan nak bunuh diri… saspennn!!
dari album nie tiga single terhebat dikeluarkan- Music Is Power, Break The Night with Colour dan Words Just Get In The Way…
aku suka mamat ni… yeah blues bebb… layan lagu2 nya.. .
keys to The World mengenangkan aku kepada offering Starsailor yg last ritue..
Sweet Brother Malcolm besh dan something kesodehan.. dan korg akan “mencium dadah” di situ hhuhuhuh..
Simple Song akan mengenangkan korg kepada lagu beliau bersama The Verve.,. fresh sket.. bunyinya..
[attachment tidak dipindahkan semasa pemindahan server]
Okeh di atas nun td kita kecoh2 bincang keunikan virtuoso Thom Yorke… apa kata korg berkenalan dengan artis baru yg sedang memanjat carta nie- yeahhh Sandi Thom…. sedang hit dengan singlenya.. I Wish I was a Punk Rocker.. (with flowers in my head…) dari album Smile.. It Confuses People..
lagu tue dan suara makcik Scottish berumur 24 tahun nie mengingatkan aku kepada Pink..hanya suara beliau yg loud dan penggunaan muzik yg minimal- drums dan percussions.. dengan attitude yg tersendiri.. lagu dan artis nie dibimbing oleh Ian Brown.. pun artis terkenal gak.. indie..
lirikalnya.. lagu tue menggambarkan technophobic.. tgk sini..
Oh I wish I was a punk rocker with flowers in my hair
In 77 and 69 revolution was in the air
I was born too late to a world that doesn’t care
Oh I wish I was a punk rocker with flowers in my hair
When the head of state didn’t play guitar,
Not everybody drove a car,
When music really mattered and radio was king,
When accountants didn’t have control
And the media couldn’t buy your soul
And computers were still scary and we didn’t know everything
wahhh kool laaahh..
lagu tue menafikan penguasaan Gnarls Barkley nye lagu Crazy tapi akhirnya ditendang keluar oleh Nelly Furtado nyer lagu Meneater… cisss..
Lagu lain yang agak besh dan relax sket ialah Little Remedy dengan piano dan gitar- Cubaan beliau taking serius lagi dalam Time.. dan cobak jugak lagu What If i'm right..
A must try laaahh…
[attachment tidak dipindahkan semasa pemindahan server]
the likes of Jem, Suzanne Vega terawal dan Nelly Furtado album pertama WHoa Nelly… leh jugak dijumpai jugak dalam artis Uk yg sedang dipuja skang nie.. she is funny… outspoken.. penuh kontroversi.. lagu beliau tengah rule skang ialah Smile..sugary pop reggae..
Artis nama Lily Allen.. album nama Allright, Still…– seperti juga makcik Sandi Thom yg baru aku reviewkan di atas nun… makcik ni sgt big pengunjungnya di myspace bhg artist nie.. whewww
lagu lain yang agak besh ialah LDN..Knock em Out, Alfie – kemeriahan dance beat electronic injected with muzik2 elemen classical.. piano.. meriah!!
reggae dalam Not Big, single pertaruhan dia- Smile dan Friend of Mine.. , ska, callypso dalam Friday Nights..lagu muzik a la merry go- round dalam Alfie.. intro muzik a la Muse atau Radiohead(!) dlm Littlest Thing ..
Singing selamba Lily .. sangat mcm Nelly masa mula2 naik dulu.. dr album Whoaaa!Nelly..sangat terlihat dalam Everything's Just Wonderful..
very feel good summer record lhoo..
Try!!!
[attachment tidak dipindahkan semasa pemindahan server]
aku dh dengar sandi thom!
impression yg aku dpt adalah dia mcm Joni Mitchell yg kuar zaman skarang instead of 60an dulu dgn bunyi yg lebih pop. mmg menarik.
http://www.sheilasonic.com/507/
Aku bukan lah fan SO7 sebab cuma 3 album terawal dorang aku dah dengar. Semalam aku jenjalan kat alamanda masuk kedai speedy tetiba ternampak cd terbaru SO7 tajuknya 507. AKu beli album baru dorang ni pun sebab nak bagi orang dan alang2 dah beli tu aku rasmikan la dulu cd ni. Kalau sesapa yg terbaca laporan akhbar baru2 ni, drummer dorang, Anton dah kuar dari band ni sebab “berhijrah”. Drummer dorang di ganti dengan ahli baru, Brian Putro.
Aku quote kan sikit apa yg tertulis dalam inlay dorang..
…dan mungkin kebiasaan inilah yang membuat Sheila on 7 masih produktif. Secara tak langsung musik 'easy going' lah yang menyelamatkan Sheila on 7.
Yup.. musik yang di katakan easy going ini memang menjadi trademark S07 dan muzik jenis2 ini lah yg membanjiri pasaran kita dari seberang. Peter pan, radja atau Ungu.. semua bawak aliran yang sama. Aku bosan skit sebenarnya dan bagi aku, muzik2 macam ni buat aku terfikir yg dorang lahirkan muzik stereotype sama macam band2 stereotype local kita macam Spin, New Boyz etc. Bezanya, band2 seberang di katakan advance skit je la.
Ok lah.. cukup lah aku membebel. Aku nak fokuskan beberapa lagu yang menarik perhatian aku dan kebanyakan lagu2 yg aku suka tu rata2 ciptaan Eross. Aku rasa kalau Eross takde, habis lah So7. Dia memang nadi kepada band ni utk terus bertahan. Kebanyakan lagu hit dorang pun memang ciptaan Eross. Personally, aku lebih suka lagu2 dorang yg moderate ke slow berbanding fast number. Antara lagu dorang yg penah jadi kegemaran aku dulu, Dan, Sephia (sampai muak lak tetiap hari kuar Era), Anugerah Terindah, Tunjuk Satu Bintang banyak lagi.. aku tak ingat. Untuk yg latest nih antara lagu yang paling menangkap telinga aku ialah track ke 8, Terlalu Singkat. Ntah kenapa aku rasa lagu ni macam ada mood Beatles. Tak sure lak part mana.. korus kot. Lirik nya menarik:
Untaian rasa yang kuselipkan
Semoga mampu tuk meluluhkan
Hati pemilik senyum itu..
Tak mustahil lagu ni bakal hits. Aku sebenarnya tak tau single pertama dorang dlm album ni tapi aku harap lagu Terlalu Singkat jadi hits.
Lagu2 lain yang menarik perhatian aku ialah Mantan Kasih. Lagu ni slow macam Berhenti Berharap tapi aku suka melodi nya. Ingin Pulang, Radio, Pemenang antara lagu2 dorang yg masih mengekalkan imej So7. Terjamah Yang Lain lagu paling slow dalam album ni. Letih skit aku dengar sebab melodi nya tak berjaya grab aku. Lagu terakhir juga slow number; Last Pretence, juga antara lagu menarik dalam album ni. Satu2 nya lagu yg ketara dengan penggunaan strings nya. Secara keseluruhannya, aku rasa album ni masih mampu memuaskan hati2 loyal fans dorang sebab masih kekal dengan konsep muzik dorang. Kalau dah biasa dengan musik So7 boleh la try tapi kalau nak something new, ini bukan album utk korang.
aku bagi *** utk album ini.
p/s: aku dah search cover dorang tak jumpa lagi.. scanner kong pulak.. nanti2 lah aku scan kan covernya.
aku baru je dengar semalam, sebab malam minggu baru ni aku g beli cd pirate s07 kat pasar malam, nak beli ori, x mampu lagi sebab gaji aku bulan ni bnyak dah terpakai campur ngan kos hidup kat kl yg semakin meningkat….hehehehehe….
apa yang dapat aku rasakan, album so7 yang sebelumnye lebih best(aku beli yg original tau!), tapi tu la bagi aku masa seminggu lagi untk dengar album ni….setakat ni yg aku asyik ulang2…lagi ingin pulang…… :39:
ITALIAN goth metal Lacuna Coil big di Italy, US, German kot.. (sbb metal berkembang kat German ahahaha..) dan Europe.. da keluar album baru lama dah bulan April lalu.. lagu Our Truth da lama korg dengar sejak filem Underwold…
istimewa yang lain mungkin cover lagu Depeche Mode Enjoy The Silence..
suara Cristina Scabbia masih memukau.. sebenonya – pada aku la, suara Cristina takde laa gothic sangat.. kdg2 ada feel minah rock biasa..
lagu lain yang aku suka ialah What I See, Within Me, Closer…In Visible Light dengan violin.. dan You Create …
pembaharuan yang depa bawak tak menonjol sgt… tapi ada banyak lagu seakan sama aje bunyinya.. dan terlalu meleret walaupun gitar depa keras dan crunchy.. appeal selera budak2 nu metal atau selera masakini..
singing partner atau vocal satu lagi- Andrea.. – mamat tue mcm biasa laaa.. peranan dia x de aa penting mana… kalau xde pun x apa.. ahahaaha.. gaya udah la poyo… :p
ada banyak review marahkan mereka yang kata kononnya mereka menjanjikan perubahan yang besar dan menarik tapi pasal depa da signed dengan record label mainstream ketaralah yang mereka dah gone Nu Metal sangat2..
aku rasa aku lebih suka singing drpd Within Temptation dan Nightwish more… untuk perisa Celtic dan Gothic yang lebih… jugak Lacuna yang terawal.. yang nie mcm boleh diabaikan walaupun offering agak menarik.. tengok laa art kat cover sleeve dia tue..
oh ya Cristina dating mamat Slipknot kabornya sekarang…
Ok I'm gonna do this for Jayman..
sorry ahh buddy.. do this of late
dan lack kat review nie mungkin sbb aku x have original Cds dan cassettes kat tangan.. jd aku tak bleh nak sembang pasal creditors musician yang involved.. apart aku tahu yang album ini- AWIE SANTAi..- musician Edry Hashim dulu men band melankoli rock Melayu skang gone advanced sket composing mcm2 lagu..
dan album nie menang Rock terbaik AIM 2005.. kan?
Awie dah marah2 mcm2 lately.. sbb org sume sebenarnya sudah bosan dengan WINGS.. offering Naga Kramat sebenarnya x berapa kicked.. walaupun Joe WIngs da beri sesuatu yg besh untuk Def Gab C… hairan jugak.. mungkin nak bertahan dengan ciri kental sendiri..
While untuk kerja solo Awie..judul Santai adalah nama yang menarik untuk dipandang.. simple
Musically ada cubaan nak jauh drpd worked, album lama yang ada Nan sebagai gitaris dan masa masih bergantung kat Johari Teh untuk sisi romantis dan M nasir untuk lagu2 rock berjiwa… album pertama, kedua dan ketiga (yang aku da tak dpt namakan sbb lupa… ahahaha.. tp aku followed..)- semuanya cubaan Melayu membuat lagu funky yang bleh dikatakan 'menggelabah” sbb gitaris Melayu mmg tak akan dpt sound funky yg padat kecuali band underground nama Spiral Kinetik Circus dan Naked Butterfly..
Aku terhibur dengan Bersumpah dengan Langit.. muzik sangat penuh..Oksigen yang rocking.. Iris.. yang sangat popular- yg dijahanamkan Lotter AF4, Pendita..
Overall mcm work dan singing dia untuk soundtrack MERAH.. aku sangat suka.. rockng number, ballad sume checked.. suara Awie masih power!!
rework Alleycats Layang2 terputus tali x berapa kick.. yang itu kalau Hattan kerjakan memang sedap!! Tapi arrangement musik barunya sedap
Bongkar tue mmg typical lagu Awie dengan twist melodi dan singing yg bleh diteka..
Kalau Sandi Thom is not enough… apa kata layan KT Tunstall.. bleh je tulis Katie.. saja makcik nie..
album dia Eye To the Telescope release lama da tapi skang br org berminat nak keluarkan satu demi satu single dia untuk dicuba di pasaran..
kind of Dido tapi dengan muzik country sket.. soul sket.. tapi xdela berat sangat pulak lagu2nya.. ada gak yang menyamakan dia dengan Katie Melua tp katie Melua tue
rasanya lebih cenderung kepada Norah Jones nyer style.. lebih besh drpd Joss Stone laa..
tuduhan yg KT Tunstall sounded like Dido tue mungkin terlihat dalam lagu Another Place to Fall.. (popular jugak..), False Alarm yg moody dan Other Side of The World..
lagu2 nyer rileks dan simple.. cuba la try the music of this Scottish singer songwriter nie yang da pun diiktiraf Uk (Q magazine awarded her best track untuk Black Horse and Cherry Three.. dan best british female solo artiste Brit Music Awards 2006..
korg mungkin suke lagu dia Suddenly I see.. , Under The Weather pun besh..
entah laa aku rasa muziknya riang.. tapi budak2 remaja bukan ska sangat stok lagu macam nie.. kan?
Eh? Ko mergekan topic Sheila On Seben sama ini topic eh Nuppy?
Maybe korg suke Franz Ferdinand… The Zutons… aku suke band nie…
Indie punk dengan feel 70-an yang agak pekat jugak..
The Arctic Monkey dengan album Whatever People Say I Am, That's What I'm Not memainkan muzik yang sgt bertenaga dengan drum, bass dan gitar yang rancak…
Album yang paling cepat laris penjualannya di British.. dan majalah NME menamakan depa Best British Band dan Best New Band tahun nie.. wheww..
Band nie dtg dr Sheffield, England.. memang antara band baru yang aku suke selepas Hard Fi..
singing deadpan tapi bertenaga hoh cemana tue?
try lagu2 seperti I Bet You Look Good on The Dancefloor.. single paling kool depa dan mmg sgt hit sekarang, The View From The Afternoon, When The Sun Goes Down.. dan dr singles nie korg leh tau betapa gempak dan arah perjalanan muzik depa.
Banyak kritik menyamakan mereka dengan fenomenon muzik seperti Franz Ferdinand, Oasis, White Stipes dan Nirvana.
Kalangan peminat muzik baru- pendengar muda yang tak biasa dengor lagu punk yang asas mungkin terasa menyampah dengan gitarnya tapi sebenarnya itulah sound punk tergempak yang pernah dihasilkan… hew hew hew..
Try woii..
waaa power sial
lagu dancefloor tu punk giler hahahaaaa
AKAN KU CARIK KAU WAHAI MP3 MONYET ARTIKSSSS
hohohoooo bestnye wave promote good music :love::love:
wave, bole review Alkaline Trio tak ?? Sadie tu best la
Yah Jemen kau suka yaaa? amacam? sudah buleh say gudbai kepada FRanz Ferdinand? aku br nak mailed ko sample td tp mail ko hidden laaa..
kira ok aa kau pandai cr sendiri..
Sedap ke Alkaline baru? sbb dia ada dua penyanyi mcm Blink aa aku x ske sangat.. sorg tue sedap.. sorg tue plain..
mari kita beralih kepada Duncan James..
yah penyanyi kump Blue nie da beralih arah kepada solo.. tak pasti akan meneruskan Blue atau solo…
ya sudah tentu Mamat nie akan digilai gals dan gay alike.. ekekeke…
Aku suka lagu Cant Stop A River dan Sooner Or Later.. (teringat lak Ronan nyer Life is A Roller Coaster … semood…)
Mantap gak suara mamat nie.. aku pikirkan dia nie Mat Black tue… caissss.. rupanya dia important jugak!!
sorg lagi didesas desus akan gone solo iualah Fergie makcik Black Eyes peas.,, yah..
mane best duncan nih, arap je hensem tapi vokal tabesh la waakakaaaa
amik laa si Simon Webbe tuhh, power sket
Takde ke org layan post- grunge/ alternative numetal side project bagi vokalis Slipknot- Stone Sour..?
Original pieces adalah pada tahun 1992.. ada satu album pada tahun 2002, then menyepi sekejap bila Corey Taylor formed Slipknot.. untul ada mamat nama Josh Rand bagi stok lagu dia untuk depa worked.
Tak banyak beza dengan Slipknot nyer mellow tunes.. ye laahh.. udah penyanyi yg sama..Corey Taylor beri mood yg sama gak…
Tapi depa dengan cepat da diclaimed sebagai emo band (!…. x pasal?)
Takde la kaw sgt.. tp rock tune dan metal dia sgt kental aa.. sapa suke grunge metal mcm Seether, Saliva ke.. mesti suke band nie..
Ballad pun bersepah..
Aku suke lagu sillyworld.. .. yang lain2 korg check la sendiri..
Drummer baru depa hired mamat Soulfly nama Roy Mayorga…
inilah rupa dan sound mamat metal sekarang yeh..
Album Search dah ada?
Gothik Malam Edan – Gancak wo!
yah terima kasih Kred atas report kau yang ringkas tue..
kalau korg noticed… reviews dan reports aku ada tiga method:
1. Report pra- produksi atau upcoming album.. report mentah dan aku xberapa kenal the album semasak2 nye..
2. Report dengan review tiga track terutama dr album itu yg membayangkan keseluruhan album
3. Reviews yang tersangat pulun pada setiap album.. da tentu la sbb aku layan the whole album.. dan tersangat bias pulak kadang2 ehehehe bak kata Jekael laa… :wink jangan maraaaa…
yahhh minah goth x berapa nak goth sbb terlalu pop.. tp Madstone suke dulu.. Amy lee dengan band dia Evanescence.. is back!! Tunggu aje la album baru depa.. Open door… di pasaran bulan depan…
Single pertaruhan pertama dan clip Call Me When You Sober sudah keluar.. cargas la cr di Youtube sana atau dolod di videopimp.org untuk simpanan pc korang.. yahhh… vid tue ambil idea dr Lil Red Riding Hood nyer konsep…
Beberapa material dlm album akan dtg nie khabornya rejected idea Amy untuk Disney's NARNIa ritue..
Cemana eh arah band nie selepas Ben Moody (lagu dia untuk Avril dulu mmg sedap..) dan bassist depa, WIlliam Boyde keluar pulak?
kao balik jgn jadik ustaz,jadik reviu album untok mags aaah..huhuhu
dia balik nanti jadi Ustaz Review Album bukan review kitab, hahahahaha
aku ada baca gak pasal Amy Lee punya jurnal dan komen pasal album baru dorang kat EvBoard, http://www.evboard.com/
banyak kes dan tragedi gak aaa dlm dorang nak siapkan album baru ni
dgn delay nak siapkan album, dgn kes pecat pengurus dorang laaaa
yg basist tu dia sebenarnya patah tangan, tu yg delay nak siapkan album baru tu
mungkin aku torrent album dorang dulu then decide la beli ke tak ori punya CD
kalau aku beli pun may be thru Amazon aaa sbb quality lagi better dan originality terjaga
bila dah masuk Malaysia ni byk sgt edit sana sini, buang tu buang ni
so, nak yg bebetul original, order dgn Amazon
dikesempatan ini jugak aku nak review skit album terbaru Jewel, Goodbye Alice in Wonderland
album ni aku rasa yg terbaik dari album2 sebelum ni dari Jewel
aku lebih suka, lebih enjoy album ni dari album2 lain, even album Spirit sekalipun
byk lagu2 yg catchy dan suara jewel yg semakin husky mmg kena dgn lagu2 ni
antara lagu2 yg best Again & Again, Good Day, Fragile Hearts, Long Slow Slide, Words Get in the Way, Drive to You dan of course, lagu Goodbye Alice in Wonderland
lirik GAiW ni mmg best giler, check it out laa bila ada free time
mmg menepati memana org2 yg berhijrah ke bandar2 besar utk mencari hidup, lirik dia mmg catchy habis
muzik2 dlm album ni mmg layan, petikan gitar mmg…perghhh, susah nak gambarkan
video klip setakat baru keluar dua, Again & Again dan Good Day
dedua video klip tu Jewel pakai baju …… :39: :41: :lala
carik dlm YouTube aaaaa
mungkin dlm sebulan dua lagi aku sambar aaa album Jewel nih
info kat wiki http://en.wikipedia.org/wiki/Goodbye_Alice_in_Wonderland
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia