Home › Forums › Movies, Musics, Anime And TV Series. › Aku Dah Jatuh Hati
Aku tertanya tanya gak apsal dalam pergh ni takde sesapa bukak topik AF? Seingat aku, dulu meriah jugak korang sembang AF.. Aku jenguk kat forum lain, MDC, bincang.net, even royalbutterfingers yg rock tu pun ada topik nih.. haha.. takut kena kutuk ke.. sifoo pun takde topik ni.. aku dah pos dah.. skang aku nak lengkap kan lak kat sini.. hehehe
meh sini aku nak cita skit.. masa zaman af 1 dan 2 dulu aku memang kutuk habis habisan af nih.. aku sendiri tak paham la apsal kebanyakan daripada dorang ni leh masuk competition camni padahal sora masing2 aku rasa nenek sedara jiran sebelah umah aku lagik sedap aa.. most of them vocal memang OUT!! bila aku dapat tau member aku yg memang rock tak ingat pun leh layan af2 dulu aku gelak kan aje..
ok.. i have a confession to make.. aku dah terjebak ngan AF3!! aku tak tau la aura mana yg datang merasuk aku sampai leh layan af3 nih.. apa yang aku nampak, 90% student2 af3 kali ni mempunyai vokal yg mantap.. paling tak pun much better la dari yg previous.. lagi satu, pihak astro membuat langkah yang bijak dengan memasukkan m nasir sebagai pengetua, ini kerana apa yang aku peratikan kebanyakan golongan yg meminati karya m nasir adalah golongan yg anti AF so secara tak langsung, kemasukan m nasir antara penyebab orang2 yang anti dulu terlayan AF3 nih.. (ada sesapa yang layan sebab m nasir kat sini?)
pemilihan lagu2 pun antara yang menarik minat aku utk layan AF3 ni.. (aku tak pasti dengan pemilihan lagu masa AF1 & 2).. kebanyakannya lagu2 lama and personally, aku suka kebanyakan lagu2 yg di nyanyikan tu.. ha lagi satu, kelas vokal dalam diari af memang menarik la utk di tonton.. walaupun kelas tu tak di tayang kan complete, tapi at least aku dapat la sikit2 ajaran2 yg di berikan oleh siti hajar tu yang aku tak penah tau selama ni..
Dari pemerhatian aku, AF menghiburkan kerana konsertnya tak terlalu formal berbanding yang lain.. Sekali sekala elemen lawak secara spontan di selitkan yang bagi aku memang la lawak.. Paparan Diari AF pulak mampu mendekat kan penonton dengan pelajar2 dalam tu dan penonton bukan setakat menonton mereka menyanyi di konsert tapi mengenali setiap personaliti dorang.
yang buat aku agak terharu la.. jarang sangat2 aku satu family berkumpul ramai2 tgk tv kat umah.. biasa kalau mak aku, layan cita Indon kul 6 ptg tu ngan sembilu tiap malam selasa, kalau adik2 aku lak layan bola, bapak aku lak layan berita dan aku lak.. err.. ada la channel2 fav aku yg memang totally different ngan dorang semua.. tapi malam weekend hari tu aku, adik2 aku, mak aku sekali ngan BAPAK aku pun layan sekali konsert AF.. memang betul la orang cakap, AF ni memang betul2 program seisi keluarga.. DAN.. err.. nak cakap taknak.. nak cakap taknak…… dan untuk pertama kali nya aku akhirnya telah meng'afundi' Marsha malam ni di sebab kan performance yg best malam semalam (siap main piano tu.. Malaysian Idol yg international tu pun belum ada lagi hatta bermain gitar sekali pun..)
so ini lah pengakuan aku.. nasihat aku, jangan kutuk benda2 yg korang tak suka kang tak pasal2 yg tak suka tu la akan jadi sebalik nya.. dah banyak kali dah aku tgk benda ni terjadi and kali ni jadi kat aku lak..
Malam tadi masa konsert AF dah start.. semua dah terpacul depan tv.. last sekali bapak aku join sekali.. ni dialog antara adik aku dan mak aku:
Tetiba mak aku gelak sensorang..”hehehe..”
“kenapa mak gelak?” tanya adik aku..
“Ayah dah jatuh hati..” 😆
mmg betul what the wise ppl always said to me
jgn la kamu kutuk nak hina habis-habisan akan satu puak
krn kelak kamu akan jd sebahagian dr mereka.
wether you see the words in a good way or a bad way
its up to you.
salam…
welcome to the “World” nuppy…
Aler.. dulu2 kan Chik Diena kita dengan Rooty yg menghangatkan.. lagi… iZam.. ehehehe napa ek depa da tak borak psl AF? 😆
ulang post aku kat thread dulu..
Now that AF3 mengganas dan bermula…
Mari kira kaji kenapa rating rancangan nie tinggi gila…
Kenapa org suka AF2?
1. contestant lebih smart, cantik2… berbakat… lupakan Mas dan sentimen kasihan org kat ibu tunggal nie…
2. dramatik Aznil yg dibuat2
3. diary mereka yg menggambarkan keseronokan.. bercampo laki pempuan… berlatih lakon.. nyanyi2.. hafai sampai hujung minggu.. makan tido pakaian sume sponsored.. free… menjadi igauan dan fantasi penotonton yg nak cuba gie audition… impian yg sama..
4. too many surprises untuk pelajar2 nie… nyanyi tak sedap mana pun tapi leh demand baju power2… iringan persembahan dr otai2 muzik… dr apa saja genre… dengan penghargaan jugak drpd artis yg lagunye dinyanyikan contestant walaupun contestant nyanyi macam haram sekalipun!!
5. bebelan meyakinkan pengkritik tetap kudsia kahar…
6. guru tari yg sassy… linda jasmin auwww…
7. pengkritik jemputan baik2 dan tak kijam.. kecuali Farihin yg terlalu jujur.. tapi dia betul!!
Kenapa org tak suka Af2 plak?
1. bebelan meyakinkan Kudsia Kahar
2. dramatik Aznil yg dibuat2… bak kata ulama2 malaysia.. org nangis la tuk kematian Palestine sana.. nie menangis sepjg minggu sbb sorg drpd pelajar meninggalkan akademi… anda lah yg menetukan.. kewajipan anda… ohh..
3. dance routine lebih2 lagi persembahan ramai2 tuk lagu tema Af…
4. ramli ms bermuka keruh dan macam bagus..
5. persembahan yg banyak sgt pyrotechnic… kebaboommmm yg tak sehsuai tuk jiwa rock macam bdk2 pergh ehehe..
Aku dengo skang nie owg tak peh atie ngan “mamat Sultan Melaka PGL” yg outspoken dan kijam mcm bagus…
Mawi leading tak hingat jugak.. hmm..
mmg betul what the wise ppl always said to me
jgn la kamu kutuk nak hina habis-habisan akan satu puak
krn kelak kamu akan jd sebahagian dr mereka.
bagai menjilat ludah sendiri?
AFUNDI Adlin Aman Ramlie :sengih:
satu sbb aku tak layan AF, kat umah sewa aku tadek astro… akekeke.. 😆
tapi sbb paling utama tanak amik tau rasenye sbb AF ni cam emosi sangat… err banyak benda lain aku nak emosikan.
buat masa ni hanya melayan,
malaysian Idol >> it's all about singing and talent, itu saja.
perantis en trump >> built your heart n mind tougher.
ni pun bile ade mase jek tgk… 😆
sapa keluar minggu ni aaa?
aku miss lak minggu ni
last week show kat putrajaya aku tgk starting dgn ending
kesian reza masa nama dia diumumkan utk keluar
penonton bersorak kuat giler
mmg aku akui aku tgk AF3 sbb M Nasir
even bini aku pun tgk AF3 sbb sifu M Nasir
tapi bab-bab Aznil menangis awal-awal sablom umum nama student yg keluar tu mmg menyampah
blom apa-apa lagi dia dah menangis
hampeh!
kalau yg menangis pompan lain la,
jantan jenis apa mudah menangis bende camgini
aku ada tbaca yg M.Nasir ckp dia pon x suka rancangan2 mcm ni..
tp dia setuju utk join AF3 sbb dia nampak sesuatu dan rasa boleh lakukan perubahan dlm AF kali ni..
so, aku pon tgk aa 2,3 kali sambil cari apa yg berubah..
cari punya cari punya cari, AKU DAH JUMPA!! :pergh:
yg berubah adalah ……………………… M.NASIR!!!!!…
dia dah x rebel mcm zaman Kembara Seniman Jalanan dulu..
M.Nasir dah “soft”…
sedang Akademi 'Fantamerah' tu masih lagi gelanggang mencari saper yg paling popular bkn saper yg paling berbakat..
so, ia masih bodoh dan bodoh di pandangan aku..
napi (or should i call u NAWI ) , ingatkan aku utk gelak kat telinga ko bila kita jumpa lg nanti ek… :sengih:
Aku suke Marsha laa 😆
Sbb mmg makin best plak dia perform…dan mmg, aku tak pernah AFUNDI, sbb kalau kaye pun nanti diorg gak bukan aku. Bg la penyokong pun keter jugak , baru la best.
nak jawab ke tak nak ni… he he he
aku pun sebijik macam kau nuppy.
budak ofis aku ckp dulu kutuk bukan main lagi… (buat bodoh jelah aku)
salah satu sebab mungkin kerana sifu…
(39 baru je bekalkan kat aku koleksi terbest m. nasir)
cara dia kendalikan student & tenaga pengajar tu aku salute.
satu sebab lagi – dah yang lain kat rumah aku tu semua layan… terjebak skali.
cuma aku tak berkenan cara astro mengendalikan program tu…
senang cakap… tak telus. banyak sangat perkara yang aku boleh pertikaikan…
tapi takpelah… biarlah aku berdiskusi dengan orang kat rumah jelah pasal benda ni…
aku sebenarnya banyak dapat info daripada rakan2 wartawan2 hiburan…
juga dri mulut aznil sendiri… betapa tidak telusnya astro dalam mengendalikan program ini.
so jangan salahkan tenaga pengajar @ pelajar itu sendiri… mereka aku lihat bersungguh-sungguh nak aplly yg diorang ajar @ belajar.
aku harap statement aku ni tidak disalahtafsirkan… undi anda adalah rahsia… muahahahaa
😆
malaysion idol pun aku layan gak…
AF 1 dan 2 dulu folow gak la tiap2 minggu. (bola dah habis, nak buat apa lagi ujung minggu kan? takkan nak gi disko). AF 3 tak berapa folo konsert dia. Tapi aku tahu jugak la updatenya sebab berkawan dengan orang-orang yang cover AF ni. Lagipun banyak blog pasal AF, boring-boring baca blog AF best la jugak. Tahun ni takde awek manja macam Farah. Aku folo diari AF2 tahun lepas pun sebab nak tengok Farah.
AF bukan platform untuk mencari penyanyi tapi lebih kepada personaliti TV.
Dan bintang AF lebih kepada berbentuk musim. Ada tarikh luput. Contoh la kalo Mawi menang (sebab dia top rank sekarang), tarikh luput dia adalah bila AF4 bermula. Itu yang jadi pada Vince dan Zahid. Segelintir yang bernasib baik mungkin boleh mencipta kerjaya dalam bidang media seperi Nana. Yang lain…masih mencari mungkin?
Aku lebih follow Malaysian Idol…
pergh! hangat betul topik ni yek?
sapa keluar last konser whoi???
tak dak org mau ckp ka?
AF3 ni aku tgk jer la
sampai tahap nak AFUNDI tu tak tergamak aku
bukan apa, bila teringatkan rancangan BERSAMAMU TV3
aku rasa better aku SMS BERSAMAMU dari aku AFUNDI Mawi ke Sawi ke Savvy ke MyVi ke
oleh itu kengkawan, marila kita bantu org-org susah dlm rancangan BERSAMAMU tu
rancangan ini bukan realiti TV utk singkir peserta one by one
tetapi adalah realiti kehidupan org-org susah dan miskin
bantulah dorang…
aidil keluar minggu lepas.
aku rasa kalau kita nak derma ni tak payah nak kecoh2.
kita semua ni sesama dah besar panjang dan
dah boleh fikir mana yang elok mana yang tak.
orang malaysia kita ni pun memang terkenal dengan sifat murah hati.
tengoklah berapa banyak rancangan macam BERSAMAMU TV3 ni kat m'sia ni…
so far menepati sasaran… dan kadang2 tu terlebih2…
aku rasa ramai dah antara kita ni yang menderma
untuk rancangan BERSAMAMU TV3 tu cuma…
yelah, takkan nak bagitau kengkawan tadi aku sms rm10… rm5…
semoga derma yang kalian hulurkan tu diberkati dan mendapat balasan yang setimpal.
rumah sewa aku takde tv… selamat… :sengih: apa2 pun tak layan… tido…zzzzzz
ko layan gak ke mad? pergh.. sungguh ku tak sangka…
moskito
menarik tu.. share la kat sini
bak kata nuppy.. program utk keluarga….. family aku pun layan daa….. dgn pakcik makcik aku skali…. secara tak-official, aku pun terlayan skali…. bagi aku ok aaa…… m.nasir jadi pengetua….. cuma konsep “menangis sebab takleh jadi penyanyi” tu yg aku tak gemar sangat… sigh.. apa bole buat……… AF dah buat semua orang demam….. ada plot ada suprise…. hmm ok aa ……. layan jer aa skali skala… nak undi, tak dapat aa 😆 …………….. ok chow
isk! eeiiiii tak caya aku nuppy nangis depan TV!, pastuh cover dgn bantal takut parents nampak HAHAHHAAA!!!!!!!
Thirtynine pon sama gak tu, kata je tido blakang ngadap diari tetaip hari.
:p2
yeeee!!! sebenarnye encik napi kite terjebak setelah mendengar olahan dan juga simpulan yang saye dgn my really best friends sarah katakan setiap kali abes konsert…dah jatuh cinta!!!!!
frankly speaking lah AF2 lebih best dari AF3…tapi AF3 lebih hot dari AF2…jgn tak taw!!!
salah satu dari sebabnye adalah dari segi pemilihan lagu…saye rase lagu2 tugasan yang diebrikan kepada pelajar untuk musim kali agak tidak mencabar vokal diorang seperti mana AF1 dan juga AF2!!! kita ambik contoh lah kan….sampai ke konsert 6 diorang masih lagi diberikan lagu yang bak kata Aznil dah jadi makanan diorang…so En. Napi kalu awak kate Marsha perform best memang lah tak dinafikan tapi untuk pengetahuan awak lagu tuh die dah biase karaoke kat umah…mase ASTRO datang umah die nak buat kejutan dulu pun die bawak lagu tuh siap bermain piano lagi…same goes to Akma mase bawak lagu Kris Dayanti- Cahaya tu… dan tidak dilupa si Yazer yang bawak lagu even though dif genre tapi masih lagi ke arah rock…ape ni…
dan orang yang saye rase pemberian lagu die tak fair adalah keifli (petik sket ape yang napi kate) die asyik dapat lagu yang susah dan tak sesuai dgn vokal die…dan orang yang saye rase betul2 perform very well setiap kali konsert adalah amylea…die memang tak pernah menghampakan….dan die juga diberikan genre yang betul2 berbeza dari orang lain…
marsha dapat lagu jambatan Tamparuli minggu nih….Yazer lagu Nazraku…fair ke tu untuk semua orang?
dan yang paling paling saye tak setuju bila mawi buat performance semuanya tak bagus…semuanya tak betul…awak perform ok je…tapi bila student lain lak yang perform salah lirik ke, tempo lari ke, lirik berterabur ke atau diorang nyanyi tapi dari verse 1 sampai korus kita tak tau ape yang die cakap tapi sume orang boleh kate 'ohh die nyanyi lagu inggeris memang leee…die perform menari ok…performance bagus kerana tarian tuh lentuk liuk dan seksi'…apa tuh???diorang tak sedar ke Mawi laa yang menyebabkan ASTRO kaye raye…
statement ni bukan bermaksud saye nih fanatik mawi ok…saye melihat dari semua segi….
ape ape pun ASTRO jugak yang kaya…kite KAYAP!!!
vovin:
farah manja agagaga..
da xde semanja fara ke?
dlm AF3 ada lg ke kes pulau memulau sesama pelajar? 😆
ada lagi ke pelajar sengau dan menjerit…
(fara dan linda dulu pun menjerit.. lagu ziana zain linda bwk tue annoying gile.. linda cuma besh lagu panti asuhan dengan lagu chantal leaving on a jet plane.. lain sume menjerit..
zahid tue mmg versatile..
kaer sowee aa lagu m nasir dia tabesh… rupa2nya ada family problem..- apa aku citer bende lama nie? hehehe.)
chik diena.. kemsalam sama sara awak tue yeh.. wndu gile celoteh makcik tue!!
vovin:
nana aje ke yg naik?
liza masuk RODA IMPIAN ritue tak dilanjutkan ke perkhidmatan dia?
aku gelak aza AF1… da la manja.. sore sengau2 lawak.. pastue rancangan masak2 sama salih yaakob asyik kena pangkah je ngan salih.. 😆 tapi bukan betul sgt salih tue.. kang jd binik dia no berapa pulak.. 😆
atie af1 sengau teruk tue bleh aa jd pelakon drama kapa…
bdk2 af2 yg lain tak dpt rule tv3 nyer muzik2 dan radio era mcm bob.. sahri…fara.. zahid.. tapi depa ruled station radio xfresh maa… kaer.. linda.. burn..
oh ye.. bersamamu tv3 tue mesti tiru astro nyer famili penyayang ngan satu lg rancangan bwh yayasan budi penyanyang aritue.. kutip duit.. keje tuk support bdk cina yg sakit ritue..
ya lawan2..
err.. adik azli dlm MENTOR sungguh suck…yuck!! 😆
stupidity – benda paling senang nak recycle kat mesia
ko layan gak ke mad? pergh.. sungguh ku tak sangka…
aku layan gitu-gitu je Nuppy
ada masa free dan larat nak follow, aku tgk la
kalau tak, aku lebey suka tidur je
lately ni miss gak
ok, ni ulasan aku
yg aku paling tak puas hati masa Idayu keluar
punyala minah tu power kalau nak dibandingkan dgn Akma or Marsha
awal giler keluar
dah la AF ni benda kurang bijak
org yg mengundi pun 2 kali kurang bijak
Mawi aku tgk stereotype
mcm komen Syafinaz & Fauzi Marzuki itu hari
dia kena improvekan lagi kalau nak maju
tapi kena berhati-hati, takut sampai final, pancit!
Aku suka Ekin dan Amylea
suara Ekin power walaupun kecik
suara Amylea plak boley bawak berjenis-jenis lagu
masa dia nyanyi lagu Alicia Keys dan Ziana Zain, mmg outstanding!
Akma aku rasa akan keluar next konsert
Felix dan Kefli aku nampak boley maintain sampai final four
so, prediction aku, final four nanti Mawi, Felix, Kefli dan Ekin atau Amylea
sekian saja ulasan selari dari Dengkil FM
moskito
menarik tu.. share la kat sini
bahayalah nuppy… astro saman nanti naya kat aku… he he
terkini :
tadi sempatlah aku dengar sot-set2 kat ofis aku ni.
cerita ni daripada staf astro sendiri (nama dirahsiakan demi untuk kebaikan bersama)
dia tengok sendiri rakaman keseluruhan dalam banglo tu.
yang korang tengok diari hari tu masa amylea menangis teruk tu,
itu sikit je dia tunjuk sebenarnya tu.
diorang sebenarnya bergaduh besar… sampai main tengking2 lagi,
siap cakap ingat kau bagus sangat ke…
yang jadi samsengnya… siapa lagi kalau bukan si konichiwa tu.
aku kesian sangat ngan budak langkawi sorang tu…
dan banyak lagi scene gaduh2 yang tak boleh nak cerita kat sini.
yang korang tengok tu cuma 1 jam je sehari… yang lagi 23 jam tu… macam-macam adaaaa….
sekian dulu diari pertama hari kedua minggu ke tujuh.
peace… 😆
kalau nak bandingkan Amylea dgn Akma
aku rasa Akma lagi bagus
konsert minggu ni aku rasa Akma akan keluar
dia buat camgitu sbb nak sedapkan hati dia je
sbb dia tahu Amylea lagi bagus dari dia
wesss apa progress…
thx to torrentmalaya, aku dpt tgk AF3!!
bese2 je suara mawi… xde aa power mana.. masa Konseert Prelude tue ok aaa… bwk lagu Intifada lain sket der Rabbani..
lagu Jamal dia bwk untuk kelayakan semula 4 dr 8 tue so so jer…
apa la Aishah… komen mcm dia sorg ajer yg besh bwk lagu Melayu.. sebenonya dia jeles budak Akma tue tinggi, cantik, suara syedap…
Idayu da kena kuar ke? Aku suka Idayu…. suara syedap… chubby yummy2… 😆 nyanyi lagu Ct berskil sendiri tue.. tue pun Aishah nak kecoh banyak gerak tangan gaya Mariah carey… benci lak aku cara Aisha mengumin…
Felix ek? budak Sawak? muka dia mcm Faiz kump Brothers… tabesh pun..
Yazer kedekut suaera dan penakut..
apehal ramai sgt rock kapak kali nie aa? Pengaruh American Idol ke atau psl nak tackle Pengetua suka rock kapak?
yg tinggal skrg Amylea Marsha Akma Kefli Felix Yazer dan Mawi
last week punya konsert aku salute Amylea
dia bawak lagu Penawar Rindu tu dgn baik sekali
sampaikan Datin Orkid Abdullah pun senyum lebar dan tepuk tgn
mmg mendayu habis
sapa nak mp3 lagu tu habaq la, aku ada :sengih:
Ekin keluar sudah diagak sbb peratus dia kureng
sablom konsert pun dia no 2 last atas pd kefli
minggu ni nampak cam kefli je nak keluar
Amylea pun dikedudukan bahaya
Idayu punya kes mmg aku tak puashati [bukan sbb dia Kelantanese,k]
tapi sbb suara dia power shiot
better than Marsha, Kefli, Aidil
tapi dia keluar awal
mungkin sbb org tahu bapak dia kaya kot
Mawi punya suara mmg biasa je
masa nyanyi manjang lupa lirik
masa nyanyi lagu Beautiful Maria for example
boleh tercepat lirik dari lagu, wahaha 😆
lawak shiot
last week nyanyi lagu oh Fatimah lagi sadis
mmg tak reti menari
nak jadi juara AF kenala pandai menari skit
no offence utk Mawi Fans aaaa
silap haribulan masa final Felix boley jadi juara
selepas pengamatan aku sehingga konsert yg ke7 minggu lepas,
aku amat berharap Amylea akan ke final.
tak nak komen lebih2… tunggu je konsert malam esok.
(… aku dalam dilema… nak tengok konsert ke… nak tengok final N9 vs Selangor… aduihhh…)
barisan finalis bayangan aku – mawi / felix / amylea / marsha / yazer …
ntahlah… tunggu jelah…
bukan 4 org je ke masuk final?
ke 5 org?
kalau 4 org
nampak gaya Mawi Felix Marsha & Amylea
tapi yazer ramai gak penyokong dia…
last 3 laaa.. 3 jer..
top 5 -> final 3
rasa cam tuh kot..
aku rasa.. tahun nih dah tak terkejut2 sangat dah.. takut orang muak..
mesti biasa jer sket..
Final 3. Marsha , Mawi, Felix (tak suka sgt)..
but the winner gonna be marsha.. aku rasa laa..
maklum laa.. kejutan.. lagipun mungkin astro xnak orang kata asik2 laki jer menag.. asik2 laki jer menang..
teori aku gitu la.. salah kot..
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia