Home › Forums › Uptown @ Pergh! › Ajaran Sesat Ayah Pin
AssalamualaikOm semua
Memandangkan takde lagi thread berkenaan isu hangat skrg ni
aku rasa elok gak kalau kita bukak thread ni utk kongsi cerita
kongsi idea bukan utk mengagungkan Ayah Pin tapi nak bongkar segala keTIDAK BETULan Ayah Pin
korang boleh check blog ni Ayah Pin Blogspot
dlm blog ni byk dibongkarkan cerita2 dan gambar2
Dan mungkin boley bincang ttg betapa banyaknya ajaran sesat kat Malaysia ni
yg berselindung disebalik kumpulan tarikat pun ada
yg berselindung disebalik perkampungan pun ada
boley la kita kongsi bersama
aku pernah lalui pengalaman member baik aku kena ilmu sesat sampai skrg tatau apa citer
sampai 1 family dia kena lepas minum air
so, aku terfikir gak for sure Ayah Pin ada kasik pengikut dia minum air, jadi mcm org bodoh
kalau fikirkan kebanyakkannya org2 tua yg ada pendidikan agama
tak kan tak tahu bahtera Nabi Noh tu besar
sdgkan Ayah Pin dakwa perahu kat perkampungan langit dia tu bahtera Nabi Noh
punya la kecik, 2 org je boleh naik
mcm mana pengikut yg lain nak naik
kalau Ayah Pin naik, nak pilih sapa naik dgn dia?
aku cuak gak asal la kerajaan masih berlembut dgn org yang camgini
dah lama giler dah kumpulan Ayah Pin wujud
kalau geng2 PAS buat kecoh skit, sure dah lama kena ISA [no offence to UMNO or Barisan party]
korang ada rahsia tak kenapa kerajaan tak tahan dia awal-awal?
jom share!
kenapa kerajaan tak tahan ayah pin?hmm..ko tak baca paper nie…
1) ayah pin tak menghasut orang2 lain murtad..(oleh itu dia tak berhak didakwa)
2) dia tak suruh orang tukar agama (tanpa kerelaan)
3) dia tak membuat kekacauan
blaa…blaaa..
tapi dia dikenakan hukuman rm3000, pasal membuat singgahsana dan objek2 besar yg mengganggu atau menggunakan tanah yg bukan milik dia…dalam erti kata lain (menceroboh)…
yang nyata..
ayah pin = BUKAN seorang yang bodoh..
biasa laaa tue.. ada la bende2 yg bersangkutan dengan mat2 bond kesayangan kerajaan ke apa…
pada aku… tiba2 je Ayah Pin lepas masjid dan rumah kat ganu tue dirobohkan org gomen.. apesal?
serius ke x serius nak banteras.. tgk laa apa exftive baru pas post td…
aku rasa lak…
maybe, just maybe cerita ayah pin ni “dipanjangkan” sementara menunggu isu2 “hangat” dalam negara cool down..
korang tau sendiri isu apa.. aku yg kat ostolia pun tau
mcm cerita wag the dog la pulak 😆
aku rasa aku dah banyak sangat layan alex jones le.. hehehe 😆
ayah pin = BUKAN seorang yang bodoh..
haha ye la tu kot, super pandai
ini petikan dari wawancara eksklusif bersama ayah pin yg disiarkan dalam majalah i keluaran ogos
apa pendidikan ayah pin?
saya tiada pendidikan di dunia, tiada siapa guru saya, tiada siapa mengajar saya, saya belajar di langit terus.
baca wawancara selanjutnya dalam majalah i. komik mahal2 boleh beli, takkan majalah rm4.90 takleh beli kot
edited: -tutop molot-
salam…
siot aku nampak muka mus may kat blog tu…
Ayah Pin mungkin tak pernah pergi sekolah
tp itu tak bermaksud die tak pandai
it doesn't take one to go to school to be clever
but in school one's knowledge get wider and their mind's sharper
my point is
never underestimate someone
just because he is illiterate.
come on la
tak pegi sekolah pon
bole summon duit juta2 dr follower die
for sure die pandai bercakap dan persuade org.
malam tadi followers ayah pin ni siap hantar memo kat suhakam lagi, mintak protection daripada pihak berkuasa, supaya jangan tangkap diorang..perghh…memang diorang ni terer aaahhhh…bukan calang2 orang wooo…
presiden suhakam pun aku tengok nak menjawab soalan wartawan pun macam takot2 je…silap cakap, dia pulak kena cop follower ayah pin..gilerr..
Whoo..betul la adzakael…ayoh ping ni klu jadi sales person maunyer bawak keuntungan kpd syarikat bumiputera…haha…
Tp mmg ramai gak yang tak abis blaja jadi sales person tp leh dpt income ribu² sebulan..
sori ek off topic la pulak
p/s teringat aku lagu megadeth “Secret Place” mmg patut jadi lagu kebangsaan Kerajaan Langit :sengih:
hahha.. ntah ape nak jadi ngan pengikut ayah pin..
banyak dah baca petikan pasal orang tua tu..
kerajaan langit? huh..!
gile baso teko tu..minum sampai mati pun tak abis :p2
Pada penghujung wawancara, Rosli dengan perlahan menanyakan kami, “Off The Edge ini, banyak orang Melayu baca tak?â€
“Ade jugak. Campur-campur le.â€
“Oh,†angguk Rosli. Dia kelihatan bimbang.
haha…takut gak si lee space ni… :sengih: :sengih: :sengih:
kenapa nak argue lg dgn kesesatan ayah pin ni lg
terang2 dakwa jd nabi, sedangkan tiada nabi lg selepas muhammad s.a.w penutup segala nabi.
dari muslim hanya dgn dakwaan nya tu akan tergelincir akidah dia..
dan bole membahayakan muslims lain.
kita tahukan hukum org yg murtad dlm islam.
akhir2 ni ramai yg memperbaharui agama, padahal islam dah sempurna pd waktu muhammad s.a.w…
sapa kita nak renew islam..apa ingat Tuhan tak bole nampak apa akan berlaku akhir zaman ni…ingat Tuhan tak modern?
talking 2 myself,
ayah pin ni kan dah buat permohonan nak keluar daripada islam?
tapi aku tak tau status kes tu macam mana..
i guess sebab itu la yang dia kena penjara tahun 90-an dulu tu…sebab menghina islam..
dah terang2 la dia ni nak jadi murtad..aiseh…peliknye…
lagi pelik bila dia ni jawab soalan orang pasal keterpesongan kumpulan dia tu dengan selambe rooooccckkk je…hangin jek dengar statement..
kalau aku sharp-shutter dah lama kepala Ayah Pin tembus… :love:
sharp-shooter lah!
sharp-shutter tu mcm kamera la pulak.. setakat nak ambik gambar, makin suka org tua tu thirtynine
silap tulis… kantoi… 😆
sniper la yerrrr….
kenapa nak argue lg dgn kesesatan ayah pin ni lg
terang2 dakwa jd nabi, sedangkan tiada nabi lg selepas muhammad s.a.w penutup segala nabi
oops silap tu, dlm wawancara tu dia cakap,
“Saya penyelamat manusia. Guru lain, guru mengajar ilmu. Nabi dan Rasul menghimpunkan umat manusia. Saya menyelesaikan masalah manusia dunia akhirat. Saya lain, saya bukan nabi dan saya bukan rasul.”
kalau dia mengaku dia nabi atau rasul, mmg dah kena tangkap dah mcm kes lg satu tu.
ayah pin = BUKAN seorang yang bodoh..
haha ye la tu kot, super pandai
ini petikan dari wawancara eksklusif bersama ayah pin yg disiarkan dalam majalah i keluaran ogos
apa pendidikan ayah pin?
saya tiada pendidikan di dunia, tiada siapa guru saya, tiada siapa mengajar saya, saya belajar di langit terus.baca wawancara selanjutnya dalam majalah i. komik mahal2 boleh beli, takkan majalah rm4.90 takleh beli kot
Crowpunk.. ko masih naive.. sorry to say..
ko kene faham antara BODOH, cerdik, bijak pandai
atau BERPELAJARAN (Tinggi?)
Ayah pin nih mmg bukan bodoh. dan dia nak sampai taraf tuh (bukan taraf ngaku tuhan.. tapi taraf mempengaruhi manusia) ..
Ko ingat senang2 ke nak pengaruh orang?
korang ingat senang ke nak bleh arah orang2.. hatta yang err.. belajar?
Dan juga ingat senang ke nak fight undang2?.
betul dia ada lawyer sendiri. bih tuh ingat senang ke dia nak control lowyer tuh kan?.. walaupun dengan duit.. lowyer pun nak duit.. tapi eii.. senang cakap bukan senang la..
orang2 bodoh atau “sekadar berpelajaran” pun tak bleh lawan dia.. no wonder la banyak pihak mati akal dengan dia..
aku rasa.. kalau kita2 nih pun pergi.. silap abih.. serius.. habih terpengaruh.. (korang laa.. aku kuat minda hehe
)
itu belum kira bijak dia bleh kontrol 4 bini..
dalam hal tuh juga.. kalau korang perhati, hasil kerja binaan cam teko etc tuh.. dan bangunan2 juga.. aku rasa yang buat tuh pun bukan calang2 tukang..
tanya Kromosom.. senang ke nak bina shape camtuh?.. kalau dalam dia mampat.. tak heran sangat.. siap dalam ada meeting room lagi.. siap ada outlet air lagi..
siap tiles lagi tuh.. Susah wooo nak buat formworks shape2 camtuh.. kalau tukang pakar = bayar mahal?..
Hermmph.. tak laaa sampai aku kagum kat dia..
tapi bagi aku dia mmg bukan orang yang bodoh.
// dia orang tak nampak? tah.. aku rasa cam ada bilik bawah tanah or tersembunyi jer..
// anyway.. ttg masjid yang dirobohkan kat tgganu tuh takder orang nak cite ke? gambo?
// wawancara = Hantu jelmaan, mayat melekat.. :p2 buewwkkss.. !
penyelamat manusia > kalo nak kira kan pd zaman ni, imam mahdi la…takkan mengaku imam mahdi kot…aku ingat dia dah mereng la..
yg aku dengar dia kata dia nabi utk org melayu..nak menyelamatkan melayu yg semakin lupa la kot… :p2
Satu lagi, secara tak langsung dia dah tunjukkan betapa sistem kita skrg ni mmg tak memihak pada Islam itu sendiri. He's using the system to control the system. Dia tau selok belok sistem dan ape jua backdoor yg dia boleh gune utk selamat dlm sistem tu.
Ape daaa aku ngarut ni.
tapi bagi aku dia mmg bukan orang yang bodoh.
budak kecik pun tau ayah pin bukan bodoh
senang cakap the system has failed..tak gitu Phoenix?but then, guilty or not the verdicts a lie dan dia tau apa nak buat..agaknya la..
huh…aku pun mengarut daa…
aku rasa iklah teh boh tu pinjam cerek ayah pin kot ? :sengih:
d sbbkan kehilangan ayah pin, dah ada orang buat lawak, diorang cakap atm seluruh m'sia tak leh pakai dan slps siasatan polis mereka mendapati ianya disebabkan kehilangan ayah PIN ! :p2
ngarut giler aku
semua orang tgh mengarut pasal ayah pin sekarang ni…
melawak sempena ayah pin la plak..
tapi, aqidah di sepak2 je ngan golongan ni, perlu ambil tindakan segera.
ada harapan kena dakwa ke? dia dah murtad, mau mahkamah sivil campur tangan nanti..
Satu lagi, secara tak langsung dia dah tunjukkan betapa sistem kita skrg ni mmg tak memihak pada Islam itu sendiri. He's using the system to control the system. Dia tau selok belok sistem dan ape jua backdoor yg dia boleh gune utk selamat dlm sistem tu.
Ape daaa aku ngarut ni.
last-last kena libasan maut daripada.. PEJABAT TANAH BESUT …sepandai pandai ko cari lubang.. lagi pandai kerajaan gali lubang kat ko kasi jatuh
menunjukkan kalau kerajaan memang betul-betul nak kenakan ko.. mesti kena punya lah.
glad that ppl take serious about this matter the way it should be taken…
at least some of us do..!.
mistik
nak kontrol org dlm jumlah yg ramai bukan susah
ko pernah dgr org kena pukau bila minom air?
kuat minda mcm mana sekali pun once ko dah minom 'air' tu sure ikut jugak
toksah kata kita kuat ke apa ke
ingat kes 2 org budak pompan murtad dulu tu?
hartina from perak tu
kuat agama tu, belajar agama sampai 4 thanawi
kalau sampai tahap ni dah boley jadi ustazah dah ni, boley mengajar org
tapi terjebak gak, murtad siap saman bapak dia lagi
kalau fikir secara logik, dia tak sayang bapak dia ke?
dia takde perasan kesihan kat mak bapak dia ke?
nak kesihan mcm mana kalau dah minum air pukau tu?
ini lah satu lagi cara nak kontrol minda org
kebykkan kita tatau benda ni wujud
air ni aku sendiri pun tatau air apa
nak kata holy water, aku ada baca holy water is nothing, tah le
mengikut pengalaman aku dlm kes 1 family kwn baik aku kena pukau
air ni la yg aku maksudkan
bukan setakat mak bapak dia kena, adik-adik dia yg kecik pun semua pakat kena
lepas jadi cam tak betul, bela anjing, dgr azan tak boleh, muka jadi hitam legam takdak Nur
mcm-mcm lagi la aku dgr
air ni bukan sebarangan air, nak mengubat pun bukan senang
so, peringatan utk kita semua sablom minum dan makan amalkan baca bismillah
salawat tu jgn tinggal, baca doa makan dan doa selepas makan
insyaALLAH terpelihara!
dlm kes Ayah Pin ni aku sure air dlm telaga kat perkampungan dia tu bukan dtgnya air tu
air ni special takleh letak merata-rata sbb kuasa pukauan air ni mmg tak terjangka
so, hati-hati la
nak bertaubat ke apa ke takyah nak mintak dgn org lain
sendiri mau bikin la…mintak taubat sendiri
takyah mintak tolong syeikh tu syeikh ni pak sayid tu la pak sayid ini la
bullshit semua tu…nak taubat mintak direct dgn Allah la beb!
utk renungan aku dan kita semua
skang ni aku terpukau dgn Scarlett Johansson
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia