Home › Forums › Research And Developement › Adakah tangga gaji bagi Designer di Malaysia memadai?
bagi aku la……depent atas individu tu…kalau gaji 1400…..buat la cara 1400…mcm abe mistik cakap….melainkan ada lebihan job(freelance)…
kalau ikut gaji,10 ribu pun tak cukup…
kalau gaji 1400 nak ambik kete…ambik la…..lepas tu risiko tanggung sindri la….
aku sokong kata chayrot! berpijak dibumi yg nyata. gaji 3k skalipun, kalau nafsu mengalahkan org gaji 10k, mampus smpai bila pun tkkan cukup duit. hehehhe
dulu, masa aku keje designer utk sebuah kampeni advertising, aku kenal sorang brade.
komited sungguh dia (dia masuk lepas aku). waktu break, dia bungkus makan kat opis, abis je makan terus sambung keje.
setiap hari dia mcm tu, sampai budak2 lain pulaukan dia sebab kata dia kaki ampu.
panggil keje hari ahad pun dia no prob, ot pun tak kisah, mintak tolong angkut barang masuk lori pun dia boleh lari kejap.
pendek kata dia menyusahkan kitorg la sebab buat kitorang ni nampak malas kat opis. baru masuk 2 bulan gaji dia dah naik. lagi la budak2 berbulu..
aku tanya dia, buat apa susah2 kerja sungguh2. dia ckp, dia suka bidang ni, dan dia suka bos appreciate keje2 dia. so, soal gaji (agak ciput la jugak utk hidup kat tgh bandar) nombor dua. then aku faham, rezeki tu bukan setakat duit, tapi bila kita buat benda yg kita suka, orang bagi duit pulak… kau rasa seolah2 kau tak kerja. aku doakan dia sukses, dia deserve hidup mewah sebagai designer….
so, point aku, walaupun gaji kau tak semewah keje org lain, tp bila setiap hari kau enjoy. kau mewah sebenarnya. sebab ramai org lain kat luar yg nampak mewah, tapi sakit jiwa tiap2 hari dgn keje yg dorg terpaksa buat. nak2 plak kalau kau dpt buat side income projek luar. huhuuu
betul tu yon..kawan ko memang semangat sbb gaji masuk on time..kalau lambat skit..aku rasa semangat dia tu dpt bertahan kejap je..ahaha.
tapi aku pernah bersemangat beberapa bulan tanpa gaji…kakakaka!
cari gaji sendri lg best selagi bole
ermm…irihati aku ngan mamat itu
tp kalau dgn attitude bagus mcm itu tp tidak di hargai..maksud nya mmg org kata smpai org lain pun kata kasihan dan baik kerja kat lain..rasenye die tu dah sakit otak..huhhu…atau mmg boss itu nak dera dia..haha..
kadang2 wujudnya juga org yg lurus bendul dan jujur..huhu
kadang2 wujudnya juga org yg lurus bendul dan jujur..huhu
aku tak rasa dia lurus bendul. gila tu mungkin.. sebab dia ada habit berjoget tiba2 dalam opis/ lompat2 sesuka hati. kuku dia panjang seinci lebih siot, siap buat tajam2 mcm kuku hantu. aku rasa dia black metal.
skynet: betul la tu, sbb bos lama aku punctual bab duit dan ot, gaji tak penah lambat, o.t pun berbaloi-baloi. kalau dpt bos mcm taik, sapa2 pun tak bleh bla ye tak. hehehe
chak: aku plak jeles ngan kao
yon ko keje kat ne? nak g ejas keje kat ko gak ar..haha…
*mencari tempat best nak practical utk bulan 5 – 6 2010…huhu
Semenjak grad, sempat dua tahun je duduk dalam bidang grafik / multimedia ni. Masa tu gaji rm1.4k, tapi terpaksa gak guna kancil sebab naik motor dan eksiden. Itupun sebab kerja jadi RA kat universiti, bukan company swasta.
Sekarang kerja syarikat buat sistem. Tangga gajinya sedikit berbeza. Starter bagi fresh grad agak tinggi (RM2.3k). Tapi macam yang enche Mistik cakap, fresh grad ni baru kerja tiga bulan, masing-masing dah sibuk nak beli kereta. Luckily sekarang ada saga blm yang harga dalam rm30k. Mostly budak baru akan ambil saga blm. Tapi batch yang masuk sebelum tu, semua pakat amik Persona la, Gen-2 la.
Pastu komplen gaji rendah sangat
byk bende bersangkut paut. kalau memang perlu pakai kereta, redha jelah. cari tambahan part time job.
sian budak malaya, gaji designer structure yang risk amat tinggi pun tak berapa tinggi. padahal kalo failed kerugian makan juta-juta. jadik kes jambatan runtuh pasal designer tak kompeten (@ takde design pun?) kat perak tu memang bole jadik. just wait akan ada byk lagi kes pasal ni merata2 malaya.
oh ye, bidang design ni kalau takat dapat design tapi takleh communicate n adapt dgn latest trend n technology, memang makan pasir la mung. aku amat jeles dgn gaji dokter.
eh. off topic ke? hehe
tahun nih dan tahun depan ekonomi masih sembab,
korang yang masih ada kerja agak lucky juga la.
multimedia related, ada kebarangkalian makin teruk tahun depan.
dan apatah lagi projek gomen sudah mula stop next year untuk bebende camnih. duit dah takde.
so prepare for the worst everyone!
ermm..ingatkan baru nak pulih….so mendatar aje la ekonomi nya…
melainkan gov benar2 cerdik nak lift or boost economy…
*kembali kepada negara pertanian lg senang…haha…
kembali ke negra pertanian ek…nanti korang designer sme nk kerja ape lak. sbb kita negara industrial la ade wujud byk peluang pekerjaan untuk designer2.
untuk pengetahuan ko. US economy masih dalam category stagnant.
dan dah dengar kan?
Ekonomi UK masih teruk sekarang.
And the worse… it's still in recession!
member2 yang kerja gomen pun dah start merungut. Tahun depan xde peruntukan. Ironinya, peruntukan tahun ni kena habiskan juga.
nanti ada la yg jadi designer tp balik umah ptg2 tanam pokok kecil2an..weekend g jual kat pasar tani…then harga wedding photography makin murah coz ramai juga yg celah masuk..huhu…
*we create a life that we cant really live on because we left the old life that was meant to be our real life…kot?
orangdiam2, peruntukan tu apa?
orangdiam2, peruntukan tu apa?
peruntukan tu utk org level2 atas kantau. hehehe
mmg kena abiskan, kalau tak abis, taun depan dorg potong, tak dpt dah byk tu..
Post bro Bebilis dah lengkap dah rasanya.
Selalunya standard gaji fresh grad (degree) rm1.6k utk first 6 months probation. kalo kerja bagus/perangai bagus akan naik 2.5k utk 12bulan berikutnya. seterusnya kena ikut review kerja annually. Kalo kerja/perangai cam haram boleh blah serta merta setelah 6 bulan.
Aku kesal bertemu ramai org berbakat besar tp struggle dlm industri atas sbb attitude/malas/etc. Macam Mystic ckp. Ramai jugak fresh grad yg tak tau apa2 bila di interview end up dgn kerja yg takde kaitan dgn jurusan yg diambil. Aku tak tau camne diorg bole grad.
Bukak company sendiri mesti ada alasan kukuh. Kalo niat nak bukak company sendiri just sbb tak puashati dgn gaji, baik lupakan.
Bisnes dlm industri kreatif/entertainment cabaran dia tersgtla besar. Skill & bakat yang dahsyat belum tentu dapat menjamin company stabil. Kena faham market btol2. Paling bagus masa kerja dibawah org lain, jgn takat kerja makan gaji je… byk benda bole belajar utk bekalan masa depan. kata org.. sambil menyelam minum air. kutip ilmu, kumpul network etc.
renung2kan dan selamat bekerja…
Hmmm..sampai sekarang pun aku masih pakai Kancil yang aku usung ke hulu dan ke hilir sampai ke Laman Seni.
Second hand pulak tu. Nasib baik dah abih bayor hehe…
Seorang bakal graduan bertanya kepada saya beberapa soalan yang dititipkan terus ke laman rangkaian sosial facebook;
“Nak tanya sikit, berapa biasanya bayaran (upah) animator untuk (tugasan) satu scene?”
“Berapakah basic (gaji) 3D animator sekarang utk fresh (graduan) dan kurang terlatih?”
“Berapa pula charge scenes (ekstra?) setelah ditolak scenes wajib buat dlm sebulan itu?”
* soalan-soalan diatas di copy-paste terus ke sini dengan sedikit modifikasi pada ayat agar lebih jelas maksud persoalannya.
Sehingga sekarang saya masih memikirkan jawapan yang harus diberi.
Saya mengulas lanjut mengenai persoalan ini di blog saya >> http://otekkekatak.blogspot.com/
hehe..aduh..padahal bole je kate terus aku yg bg tanyaan gitu.. huhu yup sy la graduan itu
sbnrnya duk reiki2 brapa basic asas utk semua itu coz tgh rancang2 nak buat satu team company…
Sangat best entry blog dikau wahai inchek bebilis….ada mase aku nak duduk berborak lagi dgn dikau di mana2 restoran mamak atau tidak mamak…sgt ilmiah di dlm huha2….
*kate nak datang lepak shah alam..bila ni???
ok da baca dr blog otek, yup sy mmg tahu bidang ini sgt2 mencabar dan lebih2 lg ia adalah usaha sendiri utk maju kan diri. namun sbnrnya yg sy mahukan adalah jawapan brapakah basic utk sekian2 perkara itu kerna utk survey market skrg brapakah payment asas, dan ini sy lakukan utk seorang rakan sy yg bercadang utk buat satu team animasi serta dia mahu tahu berapakah modal utama perlu ada utk jalankan syarikat ini hinggalah ada finishing product or marketing stuff.
sy hargai ayat2 jujur dan motivasi dari otek, yup sy masih mentah dan ingin lagi belajar selok belok. apa yg di ajar di ipt tidaklah sama dgn 1st hand exp dlm bisnes atau bidang kerja. sy juga dah lihat pro n cons akan bisnes ini dan tau la juga sedikit ape itu good n bad management in art n design biz.
sy just mahu satu perkiraan asas di ini kerana ada beberapa kompeni yg rakan2 sy berkerja rata2 berlainan cara bayaran nya, ada yg ikut scenes tp basic gaji rendah, ada yg basic tinggi dan tak brapa jelas akan OT or scene tambahannya. which is better? kalau kompeni yg consist of rakan2 sudah pasti tahu perit pedih masing2 mencari duit dan jikalau org atasan itu juga rakan2 sudah pasti semuanya berkongsi perit yg sama meredah alam bisnes ini. namun jikalau orang2 atasan itu merupakan pemodal dan bukan lah tahap rakan2, lain pula pemikiran staff2 bawahan nya. this goes lah hingga bermcm2 masalah jikalau staff semakin ramai dan bentuk management yg bagaimanakah sesuai.
kadang2 aku tertanya2 mcmana big company yg kat malaysia mcm les opek dan lain2 yg punyai staff yg ramai lebih 50org bole manage dan control production line. yup mmg di dalam itu ada ramai org2 kuat yg memastikan n push production agak ikut dateline dan juga planning team yg membuatkan semua orang senang dgn kerja masing2 dan ada peluang utk improve diri masign2 dlm skill dan pengalaman.
yap dan sy juga faham the only way to gain more passion + having alot of money while doing it is by being self employed dan design management. biasalah dari seorang designer sudah pasti suatu hari mahu menjadi art director or boss. its typical, melainkan seseorang itu senang mjadi craftsmen dlm skill tersendiri dan terus kekal dgn jawatan bawahan itu shj (namun sudah pasti juga di bebani tugas sebagai ketua dan pelatih). namun tak semua nya indah, ada juga org2 yg masih tidak ada rezeki utk gaji yg lebih tinggi dan lebih2 lg utk berada dlm satu environment yg bole improve skill dan attitude.
kat sini bg aku ada 3 jenis graduan, satu yg focusnya berkerja pada peringkat awal ini utk timba pengalaman dan ilmu2 baru alam kerja asalkan kompeni itu bagus dan dia sanggup bergaji biasa shj. kedua ada yg quite balance antara gaji dan timba skill yg sepadan. dan ketiga adalah graduan yg menuju semata2 utk gaji yg selamat dan tidak kesah akan self improving dlm kerja. benarlah lagi elok kita redah alam kerja ini utk kedua2 nya yakni gaji yg sepadan dan juga bole tingkatkan skill (passion), namun ada juga yg tidak sebegitu dan kurang cerdiknya utk ada dlm keadaan begitu. thats why pemikiran org kerja makan gaji vs kerja sendiri mmg berlainan.
terimakasih utk enche otek coz berikan the rest of explanation dan nasihat dlm blog dia. ape2 pun its hard to be a boss and puaskan hati semua orang, we human are really hard to pleased.
“kadang2 aku tertanya2 mcmana big company yg kat malaysia mcm les opek dan lain2 yg punyai staff yg ramai lebih 50org bole manage dan control production line. yup mmg di dalam itu ada ramai org2 kuat yg memastikan n push production agak ikut dateline dan juga planning team yg membuatkan semua orang senang dgn kerja masing2 dan ada peluang utk improve diri masign2 dlm skill dan pengalaman.”
^^ yer ker???
“kadang2 aku tertanya2 mcmana big company yg kat malaysia mcm les opek dan lain2 yg punyai staff yg ramai lebih 50org bole manage dan control production line. yup mmg di dalam itu ada ramai org2 kuat yg memastikan n push production agak ikut dateline dan juga planning team yg membuatkan semua orang senang dgn kerja masing2 dan ada peluang utk improve diri masign2 dlm skill dan pengalaman.”
^^ yer ker???
aku pun tak rasa camtuh,
sebenarnya takde bende pun ko perlu heran d4z.
lagi besar kompeni, lagi banyak pecahan. sebab tuh la ada HR deparment. kerja dia mengurus dan menjaga disiplin staff. Staf2 yang ramai tuh plak of course ada leader, ada creative director ada head of department etc… Takde mende nak peliknye.
tapi kalau kompeni kecik, mungkin dialah hr, dialah akauntan kira gaji, dialah juga kire kos itu ini.
walaupun kedengaran the bigger the better the bla bla bla…
1 jer orang selalu fail to plan kalau nak bukak kompeni…
Foundation capital tak pernah kira cukup dan betul, selalunya yang dikira adalah modal PEMBUKAAN dan permulaan, tapi tak pernah kire running cost yang selalunya part nih sebabkan tumbang kompeni walaupun usia tak sampai 1 tahun walaupun dalamnya ramai otai.
Sebelum bukak kompeni sendiri kene ada banyak kajian IF / KALAU / BAGAIMANA dan sebagainya. aku paham, ko mungkin membuat perkiraan starting cost company that's also included bayaran gaji seorang staff. Sebenarnya betul tuh, part gaji staff adalah part paling besar dalam belanjawan sesebuah syarikat.
Let say (sme co – kuran 10 orang staff):
purata 1 staff = RM2K per month.
ko pakai 10 staff in total TERMASUK DIRI KO (gaji diri sendiri WAJIB ada). = RM20K permonth!
kita imaginkan termasuk overhead lain seperti office rent dan billing semua dgn bende remeh2 lagi ialah 25K per bulan. (THIS IS OVERHEAD).
so untuk survive… 10 bulan = RM250K
bolehkah dapat balik return project payment over than that? itu baru cover cost… belum untung.. belum balik modal awalan spt hardware, sware dan sebagainya… hardware ADA expired datenya juga!.
Ahh.. bende2 nih staff2 poyo dan orang2 pekerja lazimnya mmg buat tak tahu dan 100%nya tak pernah tahu pun…
It's simple calculation.. but not as simple as that too…
my 2 sen.
hhuuhu..anything to comment on that azim? ko still situ ke?
aku heran sebab aku br ada 1 je pgalaman ngadap production sedemikian and will all that messy management yg aku lihat tempat bekas aku kerja tu itulah aku datang rasa kagum bila tgk sebuah kompeni lain yg dah mampu gain back modal n beroperasi lebih dari 2thn serta produk2 nya dah siap recycle lagi dah. mesti nyumpah2 n pening gile tukang pusher dlm production itu (pada pendapat aku la, maaflah pendapat aku ini terlalu sempit). tp this proven a good n well managed production even in art n design related can be a success and enjoyable place to work (seen from otek's environment and others).
mistic, mcm yg ko bagi simple calculation itu aku faham, modal utama dan modal risiko mmg kena ada. kalau dua2 hangus pun itu mmg adat berniaga n risk tu tetap ada (staff berhenti ke, kena saman ke or opis pecah belah ke). ada sesetengah staff faham keadaan sakit kompeni itu dlm kewangan dan cuba bersama2 harungi, ada juga faham tetapi buat perangai sendiri (yg ni mesti awal2 dah blah if gaji lambat masuk) dan ada yg mmg tanak faham (ini yg biasa buat barah dlm kompeni, if tak puashati better berhenti je awal2).
and again if that group of 20 ppl in a new company semua adakah rakan2 dari awalnya lain la pula ceritanya coz semangat juang bersama2 utk jatuh dan sakit bersama2 itu tinggi. if ada apa2 masing2 akan cuba tolong2 dan make thing works. if tak work2 juga mmg pecah lah…huhuhu…
anyway pengalaman aku mmg tak brapa manis, menyebabkan wujud beberapa trauma dan tanggapan mudah awalan bila melihat if anyone on such company buat mistakes or perangai yg ngade2. bg aku dua2 ada salah nya, tak kira staff production ke, staff HR ke or boss itu sendiri. harap aku takde modal yg cukup je utk buat bisnes yg aku yakin bole income tetap, kalau tak mesti aku jadi diktator dlm kompeni aku sendiri..huhu…(kalau aku keje dlm goverment mesti aku tensen kot? haha..)
* namun dlm diri ku masih ada satu impian taman bunga2 rama2 indah terbang2 di mana bole berkerja di tempat yg well balanced, environment working social yg bagus, dpt gain good skills dan dpt improve career…huhu..doa2 la ada rezeki tempat sebegitu…
kene keluar malaysia kut d4z. merantau.
aku ingin ke China join syarikat automotive sana..huhu..tp modal la pula nak cari utk starting..hummm
*tp aku tgk kat bahagian bandar mcm KL n others selain trganu, byk juga bende positive bab2 kerja ni. mmg beza bg aku cara fikiran org berkerja di sini banding dgn k.trganu…
trganu tgu bangunan runtuh lagi kot?
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia