Author Topic: Unit Sales & Pemasaran Komik M lemah dan mengecewakan  (Read 22715 times)

azharmaa

  • Ultra Member
  • *****
  • Posts: 5576
  • Sokonglah Komik Malaysia
    • View Profile
    • http://azharsketch.blogspot.com/
Unit Sales & Pemasaran Komik M lemah dan mengecewakan
« on: October 20, 2010, 01:16:13 PM »
di petik dari:
http://azharsketch.blogspot.com/2010/10/unit-sales-pemasaran-komik-m-lemah.html

di jemput kita bincang dan menghangatkan forum ini...

ini komen jujur saya lagi ikhlas buat KomikM dan persada Komik tempatan amnya. melalui perhatian saya lebih 2 tahun ke atas KomikM.
Juga betapa saya mengambil berat akan KomikM ini.

Buat pihak sales.. KomikM..sudah hampir 50 tajuk..tetapi tidak semua berada di rak-rak komik... ini menyukarkan peminat komik dan potensi pembeli tahu akan kewujudan Komik-KOmik M... Komik adalah satu target market/readers yang besar satu budaya 'pop culture' yang menjamin pulangan tinggi..di Malaysia hampir 1 juta peminat komik ( tidak kira peminat komikbarat, Jepun mahupun HK)... untuk mempromosi dan menarik perhatian mereka ( Peminat Komik)... SEMUA KomikM WAJIB ADA DI RAK KOMIK seperti Barisan komik2 keluaran Gempak Starz @ Gala Unggul Resources... sudah 2 tahun saya perhatikan ..komik saya Liga Pendekar sudah di 2nd Print tapi sukar untuk menjumpainya di kedai-kedai yakni mengedar produk PTS ( MPH Popular & Mynews)... saya berharap KomikM ada unit sales dan promosinya sendiri..dan distrubition yg kuat sekiranya ingin memajukan Komik M...isi, kandungan dan tajuk sudah ada 'kelas' tersendiri sama hebat dengan komik luar... tapi apa guna komik hebat sekirnya orang tidak tahu dan sukar mendapatinya di pasaran..

saya berharap pihak pengurusaan dan sales memberi PERHATIAN AKAN MASALAH INI... ATAU PIHAK SALE@PTS TAK BUAT KERJA.


terima kaseh.
until tday..YEAHHH we keep on trying (*bak kata Queen)..."tak yah Cakap jer...BElaSAh JERRRR!!"
azharsketch.blogspot.com
http://urbancomics.blogspot.com/

yondaime_kazekage

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1935
  • paradox govern our lives. f#$@*& paradox!!
    • View Profile
Re: Unit Sales & Pemasaran Komik M lemah dan mengecewakan
« Reply #1 on: October 20, 2010, 01:30:36 PM »
ini betul.
kat MPH buku2 PTS slalu di double standardkan
susunan pun tak efektif (tak pamerkan cover) sedangkan buku2 penerbit lain susun secara tunjuk cover
letak lebih terbelakang dari komik2 lain
oh well.. nak kena bodek MPH dulu kot?
kat POPULAR (kuching)  aku sampai x jumpa produk PTS. entah mana2 dia selit

eh, apa aku mengarut ni, aku nak gi makan nasik tadi
walk away. u need to do that sometimes..

mat3w

  • Junior Member
  • **
  • Posts: 196
    • View Profile
Re: Unit Sales & Pemasaran Komik M lemah dan mengecewakan
« Reply #2 on: October 20, 2010, 02:05:48 PM »
Eloknya komik-M sediakan rak tersendiri letak semua komik2nya macam Gempak buat...
Letak sampai ke pelusuk kedai2 buku di tepi jalan...

ICeSoul

  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 4668
  • Imagineer
    • View Profile
    • ICeSoul web
Re: Unit Sales & Pemasaran Komik M lemah dan mengecewakan
« Reply #3 on: October 20, 2010, 02:24:30 PM »
hmm untuk kata sa-orang itu tak buat kerja amat berat...

azharmaa

  • Ultra Member
  • *****
  • Posts: 5576
  • Sokonglah Komik Malaysia
    • View Profile
    • http://azharsketch.blogspot.com/
Re: Unit Sales & Pemasaran Komik M lemah dan mengecewakan
« Reply #4 on: October 20, 2010, 02:35:04 PM »
hmm untuk kata sa-orang itu tak buat kerja amat berat...

setelah berkali-kali di tegur..kata-kata berat pedas lagi panas di perlukan,,,
until tday..YEAHHH we keep on trying (*bak kata Queen)..."tak yah Cakap jer...BElaSAh JERRRR!!"
azharsketch.blogspot.com
http://urbancomics.blogspot.com/

Skynet

  • Moderator
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 4601
    • View Profile
    • http://www.firdausradzi.com
Re: Unit Sales & Pemasaran Komik M lemah dan mengecewakan
« Reply #5 on: October 20, 2010, 02:38:04 PM »
saya baca pun terasa kepedasannya apatah lagi kalau sy terlibat sama..fuh..panas telinga. :D

harap2 teguran camni dibalas dengan kerja yg lebih efisien bukn dengan melenting. :)


tarakucha

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1782
    • View Profile
    • http://www.tarakucha.com
Re: Unit Sales & Pemasaran Komik M lemah dan mengecewakan
« Reply #6 on: October 20, 2010, 02:53:22 PM »
erk..kat facebook merata jugak aku tengok Azhar post benda ni..awat Azhar? Hahah..ok apa...COMiX21 lagi la tak nampak kat kedai..oops..hehee.  ;)

JaymanJohn

  • Moderator
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 5910
  • Cube taip :jayman: ...hahaha
    • View Profile
    • http://jaymanjohn.deviantart.com
Re: Unit Sales & Pemasaran Komik M lemah dan mengecewakan
« Reply #7 on: October 20, 2010, 03:52:27 PM »
tak puas hati la, penat2 lukis keluar idea brainstorm suma2 last-last macam jual komik kat CF, tang situuuu je dia pusing.. tak keluar mana..

kalau aku kena, aku pong bengangs hehe. promosi takda, geng2 yang kita kenal ja beli.. yang tak tau akan terus tak tau..

must break the cycle..

azharmaa

  • Ultra Member
  • *****
  • Posts: 5576
  • Sokonglah Komik Malaysia
    • View Profile
    • http://azharsketch.blogspot.com/
Re: Unit Sales & Pemasaran Komik M lemah dan mengecewakan
« Reply #8 on: October 20, 2010, 04:53:53 PM »
ni namanya ..viral attack utk pihak sales PTS..
agar Komik M ada unit/departmnt...salesnya sendiri...
agak pihak sales mengambil tindakan tegas akan masalah dan aduan ini.

Komik biz bukan sekadar publish komik aje..
pemasaran, pengedaran & promosi penting agar masyarakat tahu akan kewujudannya..

ini berdasarkan pengalaman... sekiranya komik ini tidak di ketahui ramai... boleh 'effect' sales...
sales teruk bermakna sesuatu produk itu tidak buleh jual..
jika tiada jualan... membolehkan produk ini di berhentikan pengeluarannya...
sales teruk/penutupan sesuatu produksi ada dua sebab:
1- memang produk itu teruk..tidak boleh di jual..
2- tidak ada bajet dan pemasaran/pengedaran/promosi yang lemah dan teruk.

ini berdasarkan pengalaman..bukan emosi.

saya nak sangat Komik M ini antara penerbitan komik tempatan yang maju dan besar...selain Gempakstarz, MOY, Karangkaraf & CESB.
until tday..YEAHHH we keep on trying (*bak kata Queen)..."tak yah Cakap jer...BElaSAh JERRRR!!"
azharsketch.blogspot.com
http://urbancomics.blogspot.com/

JaymanJohn

  • Moderator
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 5910
  • Cube taip :jayman: ...hahaha
    • View Profile
    • http://jaymanjohn.deviantart.com
Re: Unit Sales & Pemasaran Komik M lemah dan mengecewakan
« Reply #9 on: October 20, 2010, 05:48:20 PM »
hehe buat survey la, apa pendapat anda tentang komik M

pastu rata2 tulis/tanda promosi kurang..

pastu handover.



erk.

mysticmind

  • Administrator
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 10738
  • 神秘的な心
    • View Profile
    • Nizam Mystic Ahamad
Re: Unit Sales & Pemasaran Komik M lemah dan mengecewakan
« Reply #10 on: October 20, 2010, 05:57:37 PM »
errr.. berdasarkan yang aku baca, diorang tak dan duit pusingan nak reprint terlalu banyak yang habis stok. ini tidak hanya komik M tapi semua buku2 lain gak. selain masalah hutang tertunggak pihak2 berkaitan yang menyukarkan diorang nak increase stock volume.

so bile kurang stok, maka ada tempat ada, ada tempat takde.

aku rasa, pts dah kene start bukak kilang cetak sendiri juga bermula dengan skala medium. :D tapi sudah tentu bukan hal yg mudah.
Visit : + Blog + Twitter + FB

aimurban

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1864
  • ibn ahmad
    • View Profile
Re: Unit Sales & Pemasaran Komik M lemah dan mengecewakan
« Reply #11 on: October 20, 2010, 08:08:55 PM »
Argh! Isu ini barangkali boleh membantutkan cita2 aku untuk menjadi seorang pelukis komik bila sudah besar nanti..
"The sacred month is for the sacred month, and for violations is legal retribution. So whoever has assaulted you, then assault him in the same way that he has assaulted you. And fear Allah and know that Allah is with those who fear Him." (Al Quran, Surah Al-Baqarah 2:194)

PhoenixByte

  • Moderator
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 7420
  • RCW
    • View Profile
Re: Unit Sales & Pemasaran Komik M lemah dan mengecewakan
« Reply #12 on: October 20, 2010, 08:20:29 PM »
ek..takde ke? tiap2 kali aku pegi tempat aku biasa selak2 majalah ade je komik M. (Biasanya mmg kat MPH dgn popular je la aku nampak pun)

taktaula mungkin aku pegi sebagai penyelak sahaja dan bukan sebagai pengkarya komik tu sendiri yg nak tgk komik dia ada ke tak. :D

errr komik M dgn novel/buku pts tak sama geng ke? sbb aku tgk mph dgn popular selalu je penuh dgn buku2 pts ni. (ulang sekali lagi, aku tgk sebagai orang luar pts yg pukul rata je asal nampak nama pts n novel pts dan bukan satu2 title tu aku cek ade ke tak)

mysticmind

  • Administrator
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 10738
  • 神秘的な心
    • View Profile
    • Nizam Mystic Ahamad
Re: Unit Sales & Pemasaran Komik M lemah dan mengecewakan
« Reply #13 on: October 20, 2010, 08:29:09 PM »
aku tak tau la..
tapi aku pegi popular book store kat SACC Mall shah alam, memang sesungguhnya sangat mengecewakan aku. memang takde situ kot.

Visit : + Blog + Twitter + FB

f-one-r

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 822
  • aim to be the greatest comic artist..!
    • View Profile
    • My Deviantart
Re: Unit Sales & Pemasaran Komik M lemah dan mengecewakan
« Reply #14 on: October 20, 2010, 09:27:50 PM »
Inche PB, memang kadang2 ada juga nampak komik2 komik-m kat kedai.. Tapi masalahnya sekadar 3-4 judul je (itu pun dah dikira banyak sebenarnya), nak dicompare ngan judul2 komik-m yang dah nak(atau sudah) cecah 50 judul.. Berpuluh2 baki judul yang lain tu mana pergi?

novel2 PTS yang lain mmg cepat dan sentiasa ada kat rak2 kedai buku pasal pasaran novel PTS mmg laku berbanding Komik-M. Demand untuk novel pun lebih banyak dari komik walaupun novel lebih mahal. Komik-M ada kualiti, pelukis2nya pun hebat (selain saya), cuma mungkin kurang aktif dalam mempromosi selain di pergh.com dan fanpage Komik-M tu sendiri.
Seorang Lelaki Yang Akan Mengubah Dunia.

aimurban

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1864
  • ibn ahmad
    • View Profile
Re: Unit Sales & Pemasaran Komik M lemah dan mengecewakan
« Reply #15 on: October 20, 2010, 09:45:53 PM »
..pasaran novel PTS mmg laku berbanding Komik-M.

Jika benar bagai dikata, itu la dia kata kuncinya..
"The sacred month is for the sacred month, and for violations is legal retribution. So whoever has assaulted you, then assault him in the same way that he has assaulted you. And fear Allah and know that Allah is with those who fear Him." (Al Quran, Surah Al-Baqarah 2:194)

PhoenixByte

  • Moderator
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 7420
  • RCW
    • View Profile
Re: Unit Sales & Pemasaran Komik M lemah dan mengecewakan
« Reply #16 on: October 21, 2010, 01:51:55 AM »
aim mmg kadangkala simple n clean jawapannya :D

mysticmind

  • Administrator
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 10738
  • 神秘的な心
    • View Profile
    • Nizam Mystic Ahamad
Re: Unit Sales & Pemasaran Komik M lemah dan mengecewakan
« Reply #17 on: October 21, 2010, 06:52:28 AM »
Inche PB, memang kadang2 ada juga nampak komik2 komik-m kat kedai.. Tapi masalahnya sekadar 3-4 judul je (itu pun dah dikira banyak sebenarnya), nak dicompare ngan judul2 komik-m yang dah nak(atau sudah) cecah 50 judul.. Berpuluh2 baki judul yang lain tu mana pergi?

novel2 PTS yang lain mmg cepat dan sentiasa ada kat rak2 kedai buku pasal pasaran novel PTS mmg laku berbanding Komik-M. Demand untuk novel pun lebih banyak dari komik walaupun novel lebih mahal. Komik-M ada kualiti, pelukis2nya pun hebat (selain saya), cuma mungkin kurang aktif dalam mempromosi selain di pergh.com dan fanpage Komik-M tu sendiri.

saya tak rasa semata2 kerana promosi. bahkan dalam harian metro pun pernah diiklankan komik M. Dalam baca@LRT pun diwar-warkan jugak.

perlu difahami agak, pasaran komik dah besar, tapi belum cukup luas seperti pasaran novel. Pembaca novel sangat setia dan ketagihan, berbanding pembaca komik. Jika diperhatikan puan Ainon sendiri sangat giat mempromosi komik sebagai method pembelajaran untuk melawan persepsi komik sebagai hiburan dan untuk kanak2 sebaliknya lebih dari itu.

Soal promo di FB itu, saya sukalah memberitahu pada saya ia adalah sasaran yang tepat. Peminat komik M pun adalah remaja yang tentunya banyak guna FB. Dan peminat fanpages komik M pun sudah ribuan. Bukan mudah nak capai banyak tuh sebenarnya.

Tapi itulah, saya juga rasa memang sukar nak dapatkan komik M. Saya (pada waktu skang) bukan orang yang selalu mencari kedai buku, tapi jika terlalu depannya saya akan masuk, dan mencari apa2 yang saya mahu. Tapi memang dah beberapa kali masuk keluar pun susah nak jumpa komik M yang barangkali sudah habis - seperti saya bertanya di SACC Mall, tapi takdak 1 pun stok komik m time tu di rak.

Visit : + Blog + Twitter + FB

kromosom

  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 4457
  • tabularasa
    • View Profile
    • tabularasa
Re: Unit Sales & Pemasaran Komik M lemah dan mengecewakan
« Reply #18 on: October 21, 2010, 08:35:51 AM »
ko pms ke?

azharmaa

  • Ultra Member
  • *****
  • Posts: 5576
  • Sokonglah Komik Malaysia
    • View Profile
    • http://azharsketch.blogspot.com/
Re: Unit Sales & Pemasaran Komik M lemah dan mengecewakan
« Reply #19 on: October 21, 2010, 08:46:48 AM »
ya..

di sini saya ingin ulangi..pemasalahannya:

Kenapa kesemua 50tajuk KomikM kini tidak berada di wakil kedai pengedar produk PTS yakni:MPH,Mynews,Popular dan beberapa kedai lain. dan ianya tidak di letakkan di rak-rak komik yang sepatutnya.

saya akui ada penjelasan dar Pn Ainon dan PTS akan masalah kenapa buku pts tidak ada di kedai seperti yg di letakkan di FB dan website PTS.

yang perlu di tekankan..avaibality kesemua tajuk KomikM di rak komik..di mana rak komik.. ada target audience/marketnya terendiri...

peminat komik akan dtg tgk rak komik..tgk belek..kemudian beli atau tidak...seterusnya beransur...
target market ini tidak akan cari komik di bahagian novel atau kanak2 ( melainkan peminat komik ini juga minat akan bacaan kanak-kanak dan novel PTS)..

ini permasalahannya.

fokusnya kesemua tajuk komik M..bukan novel2 PTS
until tday..YEAHHH we keep on trying (*bak kata Queen)..."tak yah Cakap jer...BElaSAh JERRRR!!"
azharsketch.blogspot.com
http://urbancomics.blogspot.com/