Author Topic: Tamar Jalis dan Bercakap Dengan Jin still under copyright?  (Read 2446 times)

imperiex

  • Junior Member
  • **
  • Posts: 139
    • View Profile
Tamar Jalis dan Bercakap Dengan Jin still under copyright?
« on: April 03, 2010, 06:00:20 PM »
ada sesiapa tak yang tahu samada nama Tamar Jalis dan novel Bercakap dengan Jin masih under copyright atau tak? aku ada idea nak expand watak tu untuk sebuah projek, mungkin komik atau novel. tapi kalau tak clear copyright susah pulak. harap boleh bantu.

p/s: adik-adik yg lahir tahun 90-an dan tak kenal Tamar Jalis dan Bercakap dengan Jin, sila google yerr. you missed out on a lot man  >)

edit: OK aku baru je dapat info yang nama Tamar Jalis tu actually berasal dari Hikayat Inderaputera (sebuah hikayat Melayu lama). so takde masalah copyright nama tu, aku boleh pakai sesuka hati :hoye:
« Last Edit: April 03, 2010, 06:07:13 PM by imperiex »
There were two messengers
They had animosity with each other
They were equally powerful in fight
Here are the corpses.
- ancient Javanese verse

Rapper, blogger, writer, storyteller.

aimurban

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1730
  • ibn ahmad
    • View Profile
Re: Tamar Jalis dan Bercakap Dengan Jin still under copyright?
« Reply #1 on: April 03, 2010, 06:39:41 PM »
Oh! Aku pernah menjadi die hard fan siri ni masa skolah rendah dulu! Tiap isu dalam majalah Variasari dinanti dengan penuh debar! Koleksinya pasti disambar! Satu famili layan!
"The sacred month is for the sacred month, and for violations is legal retribution. So whoever has assaulted you, then assault him in the same way that he has assaulted you. And fear Allah and know that Allah is with those who fear Him." (Al Quran, Surah Al-Baqarah 2:194)

chaku

  • Mods
  • Full Member
  • *
  • Posts: 1281
    • View Profile
Re: Tamar Jalis dan Bercakap Dengan Jin still under copyright?
« Reply #2 on: April 04, 2010, 12:47:49 AM »
aku selalu baca...tapi skip2...xde full collection..

ALYRIDURA

  • Moderator
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 4860
  • rajin+dedikasi+cekal = radikal
    • View Profile
    • komikajif
Re: Tamar Jalis dan Bercakap Dengan Jin still under copyright?
« Reply #3 on: April 04, 2010, 01:33:31 AM »
siri bercakap ngan jin ni oleh Tamar Jalis pernah dikomikkan dulu.
aku ade beli, klasik drawing dia..disebabkan itam putih je, aku kalerkan sendiri hahaah xdela semua pages.. scene2 tertentu je...

katon_aqhari

  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 2633
  • Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
    • View Profile
    • My Others links
Re: Tamar Jalis dan Bercakap Dengan Jin still under copyright?
« Reply #4 on: April 04, 2010, 01:51:01 AM »
ajif...bg upload tgk le...nak jamah2...

imperiex

  • Junior Member
  • **
  • Posts: 139
    • View Profile
Re: Tamar Jalis dan Bercakap Dengan Jin still under copyright?
« Reply #5 on: April 04, 2010, 05:43:30 AM »
WHAT A DISAPPOINTMENT

aku godek2 kat internet, rupanya majalah Variasari masih diterbitkan lagi (sekarang edisi April 2010) dan diorang reprint balik cerita BDJ dalam majalah tu. diorang tak publish dalam bentuk buku mcm dolu2 tapi diorang reprint dalam majalah utk suruh orang beli Variasari. schweinehund! nampaknya mcm tak boleh jalan la projek aku ini macam huhuhu
There were two messengers
They had animosity with each other
They were equally powerful in fight
Here are the corpses.
- ancient Javanese verse

Rapper, blogger, writer, storyteller.

PhoenixByte

  • Moderator
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 7419
  • RCW
    • View Profile
Re: Tamar Jalis dan Bercakap Dengan Jin still under copyright?
« Reply #6 on: April 04, 2010, 06:12:41 AM »
ko buat je la citer baru dgn latar story yg sama tp more up to date...takkan takde idea kot bro?

imperiex

  • Junior Member
  • **
  • Posts: 139
    • View Profile
Re: Tamar Jalis dan Bercakap Dengan Jin still under copyright?
« Reply #7 on: April 04, 2010, 11:22:34 AM »
aku ingat nak buat sambungan cerita pasal Tamar Jalis dan datuknya tu, lets say 10 tahun lepas atuk dia mati. masa tu Tamar dah banyak dah dapat ilmu2 ghaib ni dari atuk dia tapi dia malas nak gunakan sebab dia rasa mcm dah tak relevan dengan abad ke-21. so masa tahun 2009 Tamar Jalis ni kerja biasa kat bandar.

pastu tetiba satu tragedi supernatural menimpa family (atau kawan) dia so Tamar kena gunakan ilmu2 ghaib dan pengalaman yg dia dapat dari atuk dia tu utk menyelesaikan masalah tu dan cari manusia (atau makhluk) yg bertanggungjawab. kira macam Hellblazer + Supernatural versi Malaysia la. action horror.

aku ingat cerita ni boleh kasi banyak isu (kalau buat komik) sebab kepercayaan ghaib org melayu masih banyak dan kukuh, so banyak skit material available untuk dipakai. kasi tambah dgn demonology Cina, India, Orang Asli, bumiputera sabah sarawak. kalau buat novel maybe boleh dapat manuscript tebal skit ke.
There were two messengers
They had animosity with each other
They were equally powerful in fight
Here are the corpses.
- ancient Javanese verse

Rapper, blogger, writer, storyteller.

mysticmind

  • Administrator
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 10737
  • 神秘的な心
    • View Profile
    • Nizam Mystic Ahamad
Re: Tamar Jalis dan Bercakap Dengan Jin still under copyright?
« Reply #8 on: April 04, 2010, 11:26:17 AM »
lagi baik buat versi sendiri.
dengan tajuk sendiri contohnya... Bicara jin atau apa2 nama lain.

lebih bebas nak buat cerita. tak terikat.. dan takde masalah sangat kalau nama naik.
Visit : + Blog + Twitter + FB

stingray_flyz

  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 3172
    • View Profile
    • PENYULAM MIMPI
Re: Tamar Jalis dan Bercakap Dengan Jin still under copyright?
« Reply #9 on: April 04, 2010, 12:27:18 PM »
aku setuju dengan pendapat beberapa forumer lain lebih baik tulis cerita, atau kalau nak juga bagi kredit kat allahyarham inspirasi dari tulisan dia..Tamar Jalis masih ada warisnya (isteri)

mat3w

  • Junior Member
  • **
  • Posts: 196
    • View Profile
Re: Tamar Jalis dan Bercakap Dengan Jin still under copyright?
« Reply #10 on: April 04, 2010, 02:10:05 PM »
Sekali pun kalau takde copyright, elok minta izin dulu pihak yang menghasilkan karya ni untuk sambung cerita tu dengan idea baru kau... karya tu titik peluh hati dorang...

Setuju dgn PB. Kalau kau dapat keluarkan cerita baru yang lagi segar, lagi la baik.

Sekarang ni aku tengok ramai karyawan nak cedok cerita2 lama (terutamanya cerita P.Ramlee) pastu buat cerita tu lagi tak best... Alasan dorang buat gitu sebab nak buat tribute utk P.Ramlee kununnya... Kenapa tak nak buat sesuatu yang baru?

P/S: Bila Tamar Jalis meninggal??
« Last Edit: April 04, 2010, 10:38:28 PM by mat3w »

HangPC2

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1325
    • View Profile
Re: Tamar Jalis dan Bercakap Dengan Jin still under copyright?
« Reply #11 on: April 04, 2010, 10:30:29 PM »
Tamar Jalis manusia misteri-Bercakap dengan Jin



Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
lutfi.abdulrahim@kosmo.com.my

A. Jalil Miran yang dikatakan menulis siri Bercakap Dengan Jin, tidur di tepi kubur dan berjanji untuk berkahwin dengan wanita bermuka gajah.




FARIDAH pernah rasa ditindih makhluk halus semasa tidur di bilik hotel orang mati dibunuh.

NOVEL mistik, Bercakap Dengan Jin amat popular di negara ini pada tahun 1980-an. Namun, pengarangnya, Tamar Jalis, masih misteri.

Ada yang mengatakan penulis sebenar sudah berusia lebih 70 tahun dan tinggal di Bruas, Perak tetapi beliau enggan dikenali.

Seorang lagi yang dikaitkan dengan nama Tamar Jalis ialah A. Jalil Miran yang pernah menulis untuk majalah Variasari dan Variapop.

Jalil meninggal dunia pada Oktober tahun lalu kerana sakit jantung pada usia 57 tahun.

Beliau yang juga bekas wartawan tabloid Buletin Rakyat dan Buletin Utama, dikenali dengan cerita seram dan hantu selain sensasi hiburan yang dihasilkannya.

Hotel berhantu

Menurut isteri arwah, Faridah Lah Omar, 46, Jalil bukan sahaja gemar menulis kisah-kisah hantu, malah beliau mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi dengan makhluk alam ghaib itu. Jalil turut memiliki sisi eksentriknya sendiri, kata Faridah.

Pernah arwah mengajak Faridah tidur di sebuah hotel lama di Kuala Lumpur.


Kami jadi seronok dapat tidur di hotel dengan anak-anak. Sebaik sahaja tengah malam, dia keluar sekejap. Apabila balik, dia tanya apa yang saya rasa semasa tidur.

Saya kata seram sejuk dan ada terdengar suara seperti orang menjerit.

Rupa-rupanya bilik hotel itu merupakan tempat orang mati dibunuh. Terus saya tidak menerima ajakan arwah untuk tidur di hotel lagi selepas itu, katanya ketawa.

Faridah yang berasal dari Jeniang, Kedah, berkahwin dengan Jalil selama 21 tahun dan dikurniakan dua orang anak.

Faridah menceritakan, beliau mengenali Jalil semasa membuka kedai makan bersebelahan dengan pejabat syarikat penerbit Variasari iaitu Variapop Group di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur.


Pada mulanya saya tidak berminat untuk mengenalinya walaupun arwah selalu mengurat saya dengan datang makan berkali-kali dalam sehari di kedai makan saya. Dia juga selalu mengutus surat cinta.

Ambil masa setahun juga sebelum saya dapat menerimanya. Itu pun disebabkan kelembutan dan sifat sopan santun arwah, ujar Faridah ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Beliau menyifatkan Jalil seorang yang pendiam dan tidak suka diganggu semasa bekerja sepanjang perkahwinan mereka sejak tahun 1987.

Kadang-kadang seharian dia menghadap komputer sampai tak mandi. Malah jika bilik bersepah dengan buku kerana dia membuat rujukan, arwah melarang saya mengemasnya.

Dia juga suka pulang lewat malam dan hanya akan balik selepas mendapat berita yang dikehendaki, ujarnya.

Wanita bermuka gajah

Bicara Faridah lagi, Jalil mempunyai tabiat yang pelik iaitu gemar tidur di rumah tinggal yang dikatakan berhantu.

Dia ingin rasai sendiri pengalaman terserempak dengan hantu.

Malah jika ada individu mendakwa pernah berjumpa dengan hantu, arwah lantas pergi ke tempat yang dimaksudkan itu.

Bila balik ke rumah, arwah akan berceritalah pada saya yang dia jumpa hantu panjang, pocong, puntianak dan sebagainya.

Itu yang kadang-kadang membuatkan saya sukar tidur malam, ujarnya yang pernah mengalami gangguan tidur semasa mengandungkan anak pertama.

Kata Faridah, ketika itu, beliau terasa seperti ada makhluk yang menindihnya semasa tidur.

Selepas saya membaca ayat-ayat suci al-Quran, ia terus hilang, kata beliau.




BUKTI Jalil pernah menuntut ilmu di Indonesia.


Bercerita mengenai arwah suaminya, Faridah memberitahu, Jalil pernah mendapat gambar seorang wanita yang mukanya mirip rupa gajah. Gambar wanita itu pula belum pernah disiarkan oleh akhbar lain semasa beliau bekerja di Variasari.

Saya tidak ingat wanita itu dari negeri mana tetapi arwah ada berjanji akan mengahwininya jika dia dibenarkan menyiarkan gambar tersebut.

Namun dia tidak jadi berkahwin kerana wanita itu meninggal dunia beberapa hari selepas itu.

Banyak lagi aktiviti pelik arwah termasuk pergi berjumpa bomoh tarik duit dan sering ke Indonesia untuk menuntut ilmu dan mencari ilham.

Kadang-kadang seminggu sekali dia akan ke sana. Dia juga memperoleh ijazah dalam bidang mistik di negara itu, katanya.

Namun, adakah Jalil ialah Tamar Jalis yang sebenar tidak dapat Faridah menjawabnya.

Ini kerana saya berkahwin dengannya selepas siri Bercakap Dengan Jin berakhir dan arwah sendiri tidak pernah mengakui dirinya Tamar Jalis kerana dia sememangnya seorang yang kuat berahsia, ujarnya






- Kosmo -



nasrul-ds3

  • Junior Member
  • **
  • Posts: 64
    • View Profile
Re: Tamar Jalis dan Bercakap Dengan Jin still under copyright?
« Reply #12 on: April 04, 2010, 10:40:04 PM »
dari aku baca novel, mcm cerita sebenar......

dahsyat tahap penulisan arwah ni.

mat3w

  • Junior Member
  • **
  • Posts: 196
    • View Profile
Re: Tamar Jalis dan Bercakap Dengan Jin still under copyright?
« Reply #13 on: April 04, 2010, 10:41:45 PM »
Setahu aku arwah Jalil Miran bukan Tamar Jalis.
Tamar Jalis masih lagi bekerja dengan orang2 di Variasari dulu...

aimurban

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1730
  • ibn ahmad
    • View Profile
Re: Tamar Jalis dan Bercakap Dengan Jin still under copyright?
« Reply #14 on: April 04, 2010, 11:25:11 PM »

Uiii.. aku pun tak pernah ambik tau sape di sebalik nama Tamar Jalis ni. Penulisnya pun semisteri citenya!

Bila siri ni popular especially lepas dikumpul jadi novel, bersepah2 novel seram kat market dari writer cam Tok Awang Ngah, Tok Peran dll.. tapi Tamar Jalis & siri Bercakap Dengan Jin tetap maintain #1!

Tapi sayangnya sebab suma koleksi novel2 tu rosak kena air banjir kat kampung 10 tahun lepas.. sekali jahanam dengan berkotak komik Hong Kong! Demn!

Kalau ade reprint baru dengan full set stori pun menarik tu! Ade ke?
"The sacred month is for the sacred month, and for violations is legal retribution. So whoever has assaulted you, then assault him in the same way that he has assaulted you. And fear Allah and know that Allah is with those who fear Him." (Al Quran, Surah Al-Baqarah 2:194)

imperiex

  • Junior Member
  • **
  • Posts: 139
    • View Profile
Re: Tamar Jalis dan Bercakap Dengan Jin still under copyright?
« Reply #15 on: April 05, 2010, 04:28:59 AM »
Setahu aku arwah Jalil Miran bukan Tamar Jalis.
Tamar Jalis masih lagi bekerja dengan orang2 di Variasari dulu...

tapi kalau beliau masih hidup, kenapa takde cerita-cerita baru ye? kenapa Variasari reprint cerita lama yg publish 30 tahun dulu? rasanya kalau tengok enthusiasm peminat2 Tamar Jalis dan BDJ kat sini, Variasari dah melompat dah terbitkan cerita2 baru BDJ.

tima kasih HangPC2 utk berita yang sungguh bernas tu  :41:

tu lah aku setuju dgn encik-encik stingray dan mat3w dan mysticmind. rasa macam nak buat cerita baru tapi konteks cerita BDJ tu sungguh memikat hati untuk dikembangkan.

mungkin untuk cerita action horror aku ni, aku boleh buat watak yg nama je Tamar Jalis tapi takde kena mengena langsung dengan watak penulis cerita BDJ. after all that name is within the public domain because it's used in an ancient epic. tapi penghargaan akan diberikan kepada Tamar Jalis sebenar.

aku pun sama encik aimurban. dulu masa aku kecik berlambak gila buku2 BDJ dan BDS (berkelahi dengan syaitan) kat rumah. pastu mak aku jual sebab dia komplen kena 'ganggu'.  :argh: anyway boleh dapat electronic version (incomplete) kat www.tamarjalis.wordpress.com
There were two messengers
They had animosity with each other
They were equally powerful in fight
Here are the corpses.
- ancient Javanese verse

Rapper, blogger, writer, storyteller.

HangPC2

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1325
    • View Profile

ALYRIDURA

  • Moderator
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 4860
  • rajin+dedikasi+cekal = radikal
    • View Profile
    • komikajif
Re: Tamar Jalis dan Bercakap Dengan Jin still under copyright?
« Reply #17 on: April 05, 2010, 11:34:14 AM »
ajif...bg upload tgk le...nak jamah2...

sorila komiknye ntah kat mana..lama sangat la. dah lebih 10 tahun dulu..aku kaler pun manual kat komik tu gak aku kaler ahhaha

aimurban

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1730
  • ibn ahmad
    • View Profile
Re: Tamar Jalis dan Bercakap Dengan Jin still under copyright?
« Reply #18 on: April 05, 2010, 11:38:15 AM »
Uii.. reprint baru siri yg ke-12, cite2 awal lagi. Mmg direprint untuk dijadikan daya penarik Variasari la skarang. Tapi skarang nak baca mag2 misteri camtu, dah takde selera sangat la.

Tapi dejavu betul la baca perenggan pertama tu! Meremang bulu roma. Ceh!
"The sacred month is for the sacred month, and for violations is legal retribution. So whoever has assaulted you, then assault him in the same way that he has assaulted you. And fear Allah and know that Allah is with those who fear Him." (Al Quran, Surah Al-Baqarah 2:194)

butet

  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 3990
  • Apa yg tersembunyi disebalik Bayag2
    • View Profile
Re: Tamar Jalis dan Bercakap Dengan Jin still under copyright?
« Reply #19 on: April 05, 2010, 11:52:25 AM »
antara penulis novel seram yg aku sgt suka.... tak penah beli novelnya...tapi pinjam member yg taksub ngan cita seram.....

hanya melakar satu garisan di dalam kotak minda utuk diperterjemahkan kepada bahasa nan sastra...lalu diberikan sentuhan irama oleh pemetik gitar hebat utk dikaryakan.... jadi dimana terletak seninya itu.... aku hanya ilusi.