Author Topic: Sejarah Bola Sepak  (Read 13138 times)

kred

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1205
    • View Profile
    • http://www.kred.com
Sejarah Bola Sepak
« on: January 03, 2006, 03:25:57 PM »
aku bagi citer sejarah bola la ek??? tau ka korg bola berasal dari china??

The Essential History of Soccer
 From Bill Hutchison,

This is Soccer!
There is documentary evidence that a a game or skill building exercise, involving kicking a ball into a small net, was used by the Chinese military during the Han Dynasty - around the 2nd and 3rd centuries BC.
Earlier evidence - of a field marked out to play a ball-kicking game has been found at Kyoto, in Japan.

Both the Greeks and ancient Romans played a soccer-type game which resembled modern soccer - although in this early version, teams could consist of up to 27 players!

It is impossible to say accurately where and when soccer started - but it is reasonable to assume that some type of ball game - from which the organised sport we know today developed - has been played somewhere on the planet for over 3000 years.

Britain is the undisputed birthplace of modern soccer/association football. Scotland and England being co-founders of the organised game.

Football - as soccer is called in Britain - was a popular sport of the masses from the 8th century onwards.

But the game at that time was a war game!

There is a story which places the first football game in the east of England - where the locals played 'football' with the severed head of a Danish Prince they had defeated in battle!

In medieval times, towns and villages played against rival towns and villages - and kicking, punching, biting and gouging were allowed.

The object of the game was to move the ball to an agreed spot which had been marked out before play commenced.

Hundreds of people took part and games could last all day.

So violent did these matches become that many attempts were made by the authorities to ban soccer.

In England, King Edward III passed laws in 1331 to try and suppress football. In Scotland, King James 1, in 1424, proclaimed in Parliament, "That na man play at the Fute-ball" (No man shall play football/soccer).

Good Queen Bess, Queen Elizabeth 1 of England, had a law passed which provided for soccer players to be " jailed for a week, and obliged to do penance in church."

But no law could stop the game in Britain.

It was too popular.

In 1815, the famous English School, Eton College, established a set of rules which other schools, colleges and Universities began to use. Later, these were standardised and a version, known as the Cambridge Rules, was adopted by most of England's Universities and Colleges in 1848.

But now, football was divided into two separate camps. Some colleges and schools preferred to follow rules drawn up by Rugby School - rules which permitted tripping, shin-kicking and carrying the ball - all forbidden by the Cambridge rules.

On 26 October 1863, eleven London clubs and schools sent their representatives to a meeting in the Freemason's Tavern to establish a single set of fundamental rules to govern the matches played amongst them.

This meeting created The Football Association.

The supporters of the Rugby School rules walked out - and On 8 December 1863, Association Football and Rugby Football finally split.

In 1869 The Football Association included in their rules a provision which forbade any handling of the ball - so establishing the foundation on which the modern game stands.

Football or Soccer? - In the 1880's, Oxford University students used slang which involved adding an "er" to the end of words they had deliberately shortened.
"Rugger," was slang for Rugby Football. A student, named Charles Wreford Brown, was asked if he liked to play rugger.

'No soccer!' Was his witty reply.

He had shortened asSOCiation (football) and added "er."

The term was coined!

Wreford Brown went on to play international football, (oops!) soccer, for England!

In 1888, William McGregor - a Scot and director of Aston Villa club persuaded 12 clubs to agree to a regular home and away fixture list - so creating the English Football League.

The 12 founding clubs were:

Accrington (Old Reds)
Aston Villa
Blackburn Rovers
Bolton Wanderers
Burnley
Derby County
Everton
Notts County
Preston North End
Stoke City
West Bromwich Albion
Wolverhampton Wanderers

The first league match kicked off on 8th.

September 1888.
Jack Gordon, playing for Preston North End scored the first ever league goal.

From these beginnings world soccer developed. Today Soccer is played on all five continents.
It is the world's largest spectator sport.
The world cup 2002 was watched by a a cumulative in-home audience of 28.8 billion viewers.
46 million viewers watched the 2002 WC England v Brazil quarter final match. - source FIFA

The English Premier League - widely regarded as the world's best league is telecast weekly to 163 countries attracting an audiece of 550 million. - source TPS

" Fueled by the capture of eight Premier League championships during the past 11 years, England's Manchester United pulled in $289 million in revenue last season.
That figure makes the team worth, we estimate, $1.2 billion and thus the most valuable in soccer.
By comparison, the top American franchise, football's Washington Redskins, is worth but $952." - source Forbes Magazine.
« Last Edit: November 19, 2009, 12:14:39 PM by mysticmind »
perminat bukan penggiat..

mysticmind

  • Administrator
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 10737
  • 神秘的な心
    • View Profile
    • Nizam Mystic Ahamad
S01/2006 Sejarah Bola Sepak
« Reply #1 on: January 03, 2006, 06:07:10 PM »
beretika sikit lenkali.
kalai amik copy paste.. setidak2nya bubuh sumber dia..  
Visit : + Blog + Twitter + FB

madstone

  • Ultra Member
  • *****
  • Posts: 7971
  • Penorrent Berjaya
    • View Profile
S01/2006 Sejarah Bola Sepak
« Reply #2 on: January 03, 2006, 06:32:14 PM »
Kena masukkan dari mana dipetik dan kalau boleh lengkap dgn URL sekali
plus dgn (kalau ada) tarikh artikel itu dikeluarkan...

benda ilmiah ni jgn main copy paste je bang...

kred

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1205
    • View Profile
    • http://www.kred.com
Re: S01/2006 Sejarah Bola Sepak
« Reply #3 on: July 07, 2006, 11:55:37 AM »
loh bukan dapat dari forbes magazine ke? nut
perminat bukan penggiat..

HangPC2

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1358
    • View Profile
Re: S01/2006 Sejarah Bola Sepak
« Reply #4 on: May 16, 2007, 03:10:58 PM »
Posting aku dari Forum Cari


Lahirnya pesta kegilaan dunia


PERMAINAN bola sepak tanpa peraturan dimainkan secara
meluas di Eropah ketika zaman pentengahan.


KONGRES pertama Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) diadakanpada 23 Mei 1904 dan memilih Robert Guerin dari Perancis sebagai Presiden manakala Victor E Schneider (Switzerland) dan Carl AntonWilhelm Hirschmann (Belanda) sebagai Naib Presiden tetapi ia hanyamembabitkan pasukan dari benua Eropah, kecuali England.

Hinggalah beberapa tahun kemudian, keahlian dari luar diterima iaitu Afrika Selatan (1909/1910), Argentina dan Chile (1912) dan Amerika Syarikat (1913) tetapi disebabkan meletusnya Perang Dunia Pertama, ia merencatkan sebarang perancangan Fifa untuk mengadakan kejohanan diantara negara bertaraf antarabangsa.

Apabila Jules Rimet menjadi presiden ketiga pada 1 Mac 1921,perancangan untuk mengadakan kejohanan secara kecil-kecilan mula dirangka dan pada 1928, satu peraturan diluluskan bahawa pemenang kejohanan harus diberi trofi baru dan pengukir Perancis, Abel Lafleur ditugaskan untuk mencipta Piala Dunia yang dikenali Piala Jules Rimet manakala pada 1 Mei 1929, Kongres di Barcelona memilih Uruguay sebagai tuan rumah.



Usaha Rimet dan Fifa akhirnya menjadi kenyataan apabila pentas pertama Piala Dunia dilangsungkan di tiga gelanggang di Montevideo pada 18 Julai 1930 dengan juara Olimpik dua kali, Uruguay yang menjadi tuan rumah pertama muncul juara selepas menewaskan Argentina 4-2 dalam perlawanan akhir.

Biarpun terhenti akibat Perang Dunia Kedua, Rimet berusaha keras disepanjang 33 tahun tugasnya sebagai Presiden dan impiannya menjadi kenyataan apabila Perancis menjadi tuan rumah kali ketiga dan menjelang Piala Dunia Kelima di Switzerland pada 1954 dan ketika Rimet mencecah usia 80 tahun, Fifa mempunyai 85 ahli gabungan dari seluruh negara.

Malah sikap diplomasi Rimet juga memastikan empat persatuan baru dari United Kingdom, menjadi ahli Fifa pada 1946.

Rimet yang dilantik Presiden Kehormat pertama Fifa, meninggal dunia setahun kemudian dan Rodolphe William Seeldrayers pada 1958, Fifa memutuskan kejohanan itu diadakan secara berselang-seli di benua Eropah dan Amerika Selatan.



 Operasi Fifa banyak dikawal selia Ernst B Thommen yang bertindak sebagai Penganjur Jawatankuasa Pertandingan bagi Piala Dunia 1954, 1958dan 1962 sebelum Sir Stanley Rous dilantik sebagai Presiden Fifa keenam.

Antara sumbangan Rous ialah menggalakkan keahlian baru dan penyiaran secara meluas kejohanan Piala Dunia sambil mengutip keuntungan daripadanya.

Pada 1974, Fifa dan bola sepak dunia memasuki era baru apabila Dr Joao Havelange yang dilantik sebagai presiden pada 11 Jun 1974 ketikakongres kali ke-39, menganggap bola sepak bukan igauan pemain untuk menjulang piala saja, tetapi ia harus berkembang lebih luas secara teknikal.

Havelange menubuhkan ibu pejabat tetap Fifa dengan hanya 12 petugas dan mengubah institusi itu daripada sebuah pertubuhan berorientasikan pentadbiran di Zurich kepada sebuah badan yang dinamik dan membawa keuntungan besar dengan pelbagai idea baru hingga kini, Fifa mempunyai lima bangunan berasingan dan lebih 120 kakitangan.

Hari ini, Piala Dunia menjadi saat paling dinantikan di seluruh dunia dengan jumlah keseluruhan penonton lebih 40 bilion dan apabila Piala Dunia edisi ke-17 membuka tirainya di Jerman 2006, seluruh pergerakandunia akan sekali lagi terhenti untuk menyaksikan 32 pasukan terbaik beraksi mengejar penghormatan tertinggi untuk negara masing-masing,sama seperti semangat pemain yang beraksi di Uruguay, 76 tahun lalu.

FAKTA

# Piala Dunia Pertama 1930 diadakan di Uruguay juga bersempena hari kemerdekaan kali ke-100 negara itu.

# Piala Dunia pertama hanya disertai 13 negara apabila sebahagian besar negara Eropah membuat keputusan menarik diri kerana tempoh perjalanan menggunakan kapal yang memakan masa untuk sampai di Montevideo.

# Kapal bernama Conte Verde yang berlepas dari pelabuhan Villefrance-Sur-Mer pada 21 Jun 1930 yang membawa pemain pasukan Belgium, Perancis, Yugoslavia dan Romania tiba di Rio de Janeiro pada29 Jun untuk mengambil pemain Brazil sebelum tiba di Montevideo pada 4Julai.

# Perlawanan akhir diadakan Stadium Centenerio yang memuatkan 100,000penonton dan Uruguay yang muncul juara diberi cuti khas kebangsaan pada 31 Julai.

# Pemain Amerika Syarikat, Bertram Patenaude menjadi pemain pertama menjaringkan hatrik di Piala Dunia (17 Julai 1930 menentang Paraguay) walaupun nama pemain Argentina dan penjaring terbanyak dengan 8 gol di Piala Dunia 1930, Guillermo Stabile direkodkan apabila membuat hatrik ketika menentang Mexico dua hari kemudian.

Tahukah Anda?

Piala Jules Rimet kini menjadi milik Brazil selepas menjuarai saingan sebanyak tiga kali selepas Mexico 1970 dan Fifa meluluskan sebuah trofi baru pada 1974 yang direka cipta artis Itali, Silvio Gazzaniga daripada 53 permohonan yang diterima.

Tetapi trofi Piala Dunia yang diperbuat daripada emas padu 18 karat setinggi 36 sentimeter dan berat 6175 gram dan menjadi rebutan ketikaini, kekal milik Fifa dengan juara dibenarkan menyimpannya hinggalahtiba ke kejohanan baru dan Fifa menggantikannya dengan replika yangbersalut emas.

Sejak 1930, hanya tujuh pasukan berbeza pernah menjulang Piala Dunia di sepanjang 16 kejohanan yang dilangsungkan.

Naib Presiden Fifa, Dr Ottorino Barassi, pernah menyembunyikan piala itu dalam kotak kasut di bawah katilnya sepanjang Perang Dunia Kedua.

Pada 1966, piala ini hilang ketika dipamerkan menjelang Piala Dunia di England dan hanya dijumpai tertanam di bawah sebatang pokok oleh seekor anjing bernama Pickles.

Ia sekali lagi hilang di Rio de Janeiro pada 1983 dan dikatakan dileburkan oleh pencuri. Brazil yang dibenarkan menyimpan terus trofiitu kerana kejayaan muncul juara tiga kali, menggantikannya dengan trofi replika.

Bola sepak muncul dalam semua tamadun manusia

Terdapat bukti bola sepak digunakan untuk meningkatkan kemahiran askar Dinasti Han di sekitar abad kedua dan tiga Sebelum Masehi dan bukti yang sama juga ditulis dalam sejarah penduduk Jepun di Kyoto yang menendang bola di kawasan padang.


PERMAINAN bola sepak
Jepun, 'kemari'
dipercayai berasal
dari China 1,400
tahun dulu.


Dalam sejarah Greek dan Rome purba, sejenis permainan yang hampir sama dengan bola sepak juga ada tertulis dengan sesebuah pasukan mengandungi sehingga 27 pemain. Jadi sukar untuk meneka secara tepat bilakah bolasepak bermula tetapi ia wujud dalam tamadun manusia sejak 3000 tahun lampau.

Britain diakui sebagai tempat lahirnya bola sepak moden di mana ia kali pertama dimainkan di Timur England dengan penduduk tempatan menendang kepala seorang Putera Denmark yang dipancung selepas dikalahkan dalam satu peperangan.

Selepas itu, penduduk pekan di England berlawan sesama sendiri dengan peraturan permainan ialah menendang bola ke satu tempat yang sudah ditentukan dan ia disertai sehingga beratus-ratus orang dan berlangsung sehari suntuk dan ia sering kali bertukar menjadi ganas sehingga pihak berkuasa mengharamkan permainan itu.

Di England, King Edward III meluluskan undang-undang mengharamkan permainan itu pada 1331, sama juga dengan King James 1 di Scotland pada 1424 manakala Ratu Elizabeth 1 meluluskan undang-undang penjara seminggu atau kerja amal di gereja kepada sesiapa yang bermain itu.

Tetapi ia sungguh popular dan pada 1815, Kolej Eton memperkenalkan undang-undang permainan itu kepada kolej dan universiti lain sebelum ia diselaraskan dan dikenali sebagai Peraturan Cambridge pada 1848.

Biarpun ada yang menentang peraturan itu dan berpegang kepada peraturan lama sehingga wujudnya permainan ragbi, 11 kelab dan kolej mengadakan mesyuarat di Freemason Tavern dan bersetuju dengan peraturan yang diterima pakai semua pada 26 Oktober 1963 manakala mereka yang berpegang dengan gaya permainan lama memperkenalkan undang-undang permainan ragbi pada 8 Disember 1963.

Pada 1869, pakatan bola sepak di Freemason Tavern memperkenalkan undang-undang mengharamkan penggunaan tangan, sekali gus meletakkan asas bagi permainan bola sepak moden kini.

Perlawanan bola sepak antarabangsa pertama diadakan di antara Scotland menentang England pada 30 November 1872 Padang Kriket Patrick diGlasgow, Scotland manakala kejohanan pertama anjuran Fifa diadakan semasa Sukan Olimpik 1908 di London.


KASUT bola yang digunakan pemain
pada dekad 50an.



« Last Edit: May 16, 2007, 03:25:30 PM by HangPC2 »

HangPC2

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1358
    • View Profile
Re: S01/2006 Sejarah Bola Sepak
« Reply #5 on: May 16, 2007, 03:12:41 PM »
CU JU (Tsu Chu)







Bola Sepak ialah aktiviti tradisional pada zaman purba di China. Pada zaman purba, bola sepak disebut sebagai Cu Ju menurut catatan sejarah,Cu maknanya ialah menendang, Ju maknanya bola. Aktiviti jenis itu sudah mempunyai sejarah yang lama di China. Dikatakan, Raja Huangdi ialah pencipta Cu Ju, beliau pernah melatih askar dengan Cu Ju.

Menurut catatan yang diukir di kulit kura-kura pada Zaman Dinasti Shang, yang lebih 3 ribu tahun yang lalu, pada masa itu telah berada permainan bola sepak yang dipanggil tarian Cu Ju. Buku Shi Ji yang ditulis oleh Si Maqian pun pernah menyifat aktiviti Cu Ju yang berlakudi Lin Zi, negara Qi pada zaman Negara-negara Berperang. Aktiviti Cu Ju pada zaman Dinasti Han berkembang pesat. Raja Liu Bang dalam istananya telah membina sebuah lapangan besar dan disebut sebagai "kota Su".Latihan bola sepak yang dilakukan oleh tentera merupakan kandungan penting yang akan diperiksa oleh raja.

Pada zaman Dinasti Han, aktiviti Cu Ju telah mempunyai lapangan pertandingan Cu Ju yang tetap, di kedua-dua ujung lapangan itu ada bilik Ju, ia sama dengan pintu sekarang; kedua-dua pihak yang bertanding masing-masing disertai 12 orang, memutuskan kemenangan dengan pencetak gol yang lebih banyak, dalam pertandingan pun ada pengadil.

Pada zaman yang lebih awal, bola selalunya dibuat daripada kulit binatang, isinya dipenuhi bulu. Sehingga Dinasti Tang, bola sepak diisikan dengan udara. Ini merupakan kemajuan besar sejarah perkembangan bola sepak. Pertandingan Cu Ju pada Dinasti Tang telah menggunakan pintu dengan jaring. Pada masa itu, pintu terdiri daripada dua batang galah bamboo, separuh atasnya ditali dengan jaring. Dalam pertandingan, kedua-dua pihak masing-masing 6 orang bermain, antaranya 1 orang menjaga gol.

Sehingga zaman Dinasti Song, aktiviti Cu Ju amat disukai orang ramai.Akan tetapi, peraturan pertandingan Dinasti Song berubah, kedua-dua pasukan menendang satu gol. Pintu diletakkan di pusat lapangan pertandingan, dua batang kayu yang setinggi belasan meter dipasangkan jaring, jaring itu ada banyak lubang lebih kurang 35 senimeter yangdisebut sebagai Mata Fengliu. Bola yang melalui lubang itu barulahmendapat gol. Pada Dinasti Song, istana mempunyai pasukan bola sepak,Cu Ju ialah program yang ditunjukkan dalam pelbagai perhimpunan yangmeriah yang diadakan oleh istana kerajaan. Pada masa itu, pertubuhan CuJu rakyat yang dipangkil Qi Yunshe telah ditubuhkan, meraka telah menggubal peraturan pertubuhan itu.

Pada zaman Dinasti Ming dan Qing, Cu Ju selalunya dijadikan pertunjukan orang perseorangan. Pada Dinasti Qing, orang mencampuri menyebak bola dengan ski dan menciptakan aktiviti Cu Ju di atas ais.


« Last Edit: May 16, 2007, 03:16:14 PM by HangPC2 »