Author Topic: Post Mortem : Kenapa komik/majalah kecundang?  (Read 29313 times)

madhatter

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 588
    • View Profile
Post Mortem : Kenapa komik/majalah kecundang?
« Reply #40 on: December 12, 2003, 09:21:10 PM »
Mock, reaction aku dipengaruhi oleh muka kuning yg ko letak tu. Tapi ye la, nie internet so aku tak nampak tgn ko.. apa yg ko gesture pun aku tatau haha! Bukan apa, kalo statement yg sikit cam tu pun org dah kata racist, maknanya mahathir ngan anwar tu bapak racist ler kot. Ok, tarik handbrake!

C-fu, aku ingat ko nie jenis trend-setter..bukan ke? Bukannya takder langsung budak sekolah yg baca komik, tapi aku rasa kalo di compare, ramai lagi budak ipt yg baca dari budak sekolah. Tu je.

Survey nie should cover satu Malaysia la. Zaman internet nie, semuanya senang. Mau tak mau jer. Utara aku leh cover. Tapi kalo ada yg nak tolong lagi bagus. Carik le peminat komik Sabah Sarawak sorang mintak tolong.

Pada aku survey nie r both for humanity and business. Tapi utk aku lebih pada business ler kot. Sbb kita target nak jual komik kita. Mungkin Rio, Ubder dan sapa2 jer yg nak kuarkan komik, kita share le info nie.

Setakat nie benda yg aku boleh fikirkan :

1) Range harga
2) Size komik/majalah
3) And I have to go with genre

Agent, those r all what we're trying to solve bro. Sapa takmau salam ngan Rio? Makan tak basuh tgn ke?
\"No reason to get excited, the thief he kindly spoke.\"

New song 'Javairia' is out, check it out here :
http://www.i-bands.net/audiovault/bands/72/music.php

rio

  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 2004
  • animangoStudio
    • View Profile
    • rio's artscape
Post Mortem : Kenapa komik/majalah kecundang?
« Reply #41 on: December 12, 2003, 10:40:15 PM »
agent, madhatter... kuburkanlah aje kisah tu, akupun tak mahu ia berpanjangan!

aku nak berkongsi plak pasal publisher yg tak cukup pengalaman dan tak buat research tapi nak gak buat komik/maj.kartun! takyah cakaplah sapa...
yg diorang tahu mungkin cuma ujang boleh cetak sampai dekat 100K naskah dan terjual lebih 50% drp jumlah cetak tu. satu lagi pasal diorang akan dapat pulangan selepas 3 bulan, collection untuk first issue! sorang distributor cakap, diorang jumpanya dan nak print 1st issue majalah diorang 10K, distributor tu cakap 1st issue try la print 5K dulu, diorang cakap balik kalo ujang boleh print 100K, takkan 10K tak boleh jual. distributor tu terdiam, dlm hati lantaklah... bukan duit dia yg support kos print.
sampai bulan keempat jumlah collection sampai dan semua terduduk, jualan tak sampai 1K (atau 10% dari jumlah cetakan)... publisher tu dah takde modal nak teruskan majalah tu pasal harapkan collection 1st issue untuk buat modal pusingan keluarkan issue seterusnya! distributor plak terasa rugi bagi 20% advance dan tak sampai hati nak mintak balik baki advance untuk jumlah yg tak terjual tadi! dan pasal tulah kebanyakan majalah cuma boleh bertahan 3 bulan/keluaran aje!

point kat sini, takde pengalamanpun takpe tapi kena buat research dan BELAJAR (dari apa sumber sekalipun!)!!!
rasanya pasal takde researchlah yg buat pengisian majalah tu macam ketinggalan 10 tahun kebelakang, walaupun lukisan cantik, cover okey! dan pasal tak belajarlah diorang nak bandingkan majalah diorang dengan ujang!
:: The Art of Exchanging Saliva is Trust! ::
http://riorashid.blogspot.com

rio

  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 2004
  • animangoStudio
    • View Profile
    • rio's artscape
Post Mortem : Kenapa komik/majalah kecundang?
« Reply #42 on: December 12, 2003, 10:59:25 PM »
malas tekan editlah, sesaja nak tambah jumlah post! :P

satu lagi, kena pikir apa yang org/pembeli nak, jangan fikir apa yang kita nak...
kalo ko minat gile metal, buat cover majalah letak pic slipknot! utopia plak letak cover westlife...
korang agak mana satu majoriti pembaca (mungkin bukan korang) akan beli?

sebab tulah yusof h & prof madya lebih rela buat filem bodoh, fmc lebih rela buat lagu felda dari kumpulan2 's', publisher picisan lebih rela buat majalah cover ranjang...
kadang2 kena korbankan maruah & mentaliti demi bisnes, selagi selera majoriti tak ikut kehendak kita!

tapi kita boleh tengok arus perubahannya, contohnya dlm dunia muzik... dah kurang dah sambutan kpd lagu2 lembik eddy hamid, budak feldapun dah pandai jamming lagu "abang zaidi"  -  okeylah sikit dari "rindu serindunya" tu! kita buat researchlah pulak apa yang pembaca minat dalam prospek KOMIK, yg penting kena ada usaha untuk alihkan minat majoriti. skang aku gembira dgn budak2 kebanyakkannya dah tak tgk sgt majalah lawak semata... diorang nakkan cerita panjang, dlm satu cerita tu ada macam2 elemen spt cintan, aksi, adventure & termasuk jugak lawak! bukan tak suka kat majalah lawak tapi nakkan revolusi dlm dunia komik m'sia, tak boring ke dah berpuluh tahun majalah kartun/komik kita dengan konsep camtu!
« Last Edit: December 12, 2003, 11:32:38 PM by rio »
:: The Art of Exchanging Saliva is Trust! ::
http://riorashid.blogspot.com

Mockingbird

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1149
    • View Profile
    • http://amirhafizi.blogspot.com/
Post Mortem : Kenapa komik/majalah kecundang?
« Reply #43 on: December 13, 2003, 01:42:48 AM »
Quote
Quote
Aiyo.

Payah la ini macam, kalau nak buat majalah yang commercially succesful. Tapi memandangkan korang nak buat kajian pasal humanity, dan bukannya business, maka teruskanlah, walaupun aku fikir kedua2 benda tu berkait rapat.

Business and money is part of the whole picture.

Aku taknak terlibat, pasal aku fikir kita dah terlalu lama letak fokus pasal humanity sampai memang unprepared sangat bila sampai business.

mock, aku cakap benda ni pasal in response to CFU's comments, bukan taking UC's approach in general. bila seorang architect trained to 'make humans live in a better place', money was never the concern. architects are trained as trendsetters, shaper of society... not the other way around. akitek bukan pelacur yg boleh disuruh buat macam2 oleh client dia. that's why UC took a rather radical approach, pasal they believe that they could bring another group of people to read comics as well.

business man will always say 'follow the trend'. architects will always say 'let's set the trend'. artis trained in general like fine arts, graphic designers also have more or less the same understanding. so bila UC nak try utk ubah minda pembaca, habis semuorang tempelak diorang.

...later on, semuorang complain pasal pembaca kat malaysia tak matang.
First, untuk madhatter, aku dah parking dah ni. Muka kuning tu untuk sikap yang aku katakan, bukan untuk orang. Secara terus terangnya, aku bila baca post, aku baca body je, jarang nak tgk nama org sebelah. Kalau tgk pun, boleh mix-up. So jangan ambik personal la. Aku jarang attack personal, kecuali sorang budak tu, yang memang aku suka attack, pasal menyerangnya secara peribadi memang satu hobi yang best. (NOTE: Bukan kau. It's not about you, ok?)

Baik, berbalik kepada "pelacuran" seni dan business. Aku tak nafikan, banyak businessmen, terutama investors, suka ikut trend (look at the dotcom burst), tapi bukan semua(look at the rise of the information age). Kalau semua businessmen cakap: follow the trend, maka takdelah produk baru, takdelah packaging baru ke, hapa ke.

Aku faham apa yang kau katakan, dan aku tertarik pada quote to "make humans live in a better place". Nah, inilah intentionnya, dan aku rasa boleh dipakai untuk artis2 komik jugak. Cuma, HOW do you go about doing it?

Contoh: Tengok (sesetengah) orang Afrika miskin, so, nak bagi diorang kaya melalui business, dan business yang agak lumayan katakanlah buat website. SO, bagi dia komputer sorang sebijik. Masalahnya: takde plag letrik kat sesetengah kawasan, pastu tak reti nak pakai (ini untuk org2 Afrika yang mundur. Bukan org2 Afrika yang maju. Contoh semata. Orang2 Afrika kat sini jangan offended plak.)

Niat ada. Murni lagi. Action ada. Efektif ke tidak? Tercapai ke matlamat? Rugi ke tidak? Matlamat mana yang tercapai, akhirnya?

It's very cool to be righteous about certain things, but what price are we paying? Sama jugak the other way around berkenaan business, ya, but to be rigid on certain concepts could be risky. Again, matlamat atau niat apa yang tercapai pada akhirnya?

Kalau semua follow trend yang ada, semua boleh lingkup. Kalau semua nak buat trend sendiri, pun boleh lingkup jugak.

Kalau taknak fokus pada duit, takpe, cuma pastikan apakah niat yang asal? Kalau setakat nak kembangkan hobi, fine, go ahead, tak kisah kalau tak buat duit lepas berapa issue. Macam UMBRA, Ubder punya niat ialah(bagi aku): saja nak bagi outlet untuk orang lukis komik dan mungkin develop art diorang. Fine, so go ahead, buatlah, dan tak perlu risau pasal sambutan, and subsequently duit pun. Ada sambutan@duit, bagus. Takde sambutan@duit, sudah.

Tapi, kalau betul2 nak buat satu majalah komik, atau komik yang kuat di kalangan pembaca untuk mengayakan hidup diorang, pastu tak puaskan kehendak diorang, dan hasilnya majalah/komik tutup, maka perhatian harus diberikan kepada niat asal dan langkah yang diambil.

Bukan suruh jadi pelacur, tapi there must be something missing somewhere. Were we more focused on ourselves than other people? Did we really listen to the people we were preaching to?

Dalam kes UC, kelemahan yang aku nampak ialah dalam marketing dan distribution. Produk ada, kualiti ada. Promosi? Ada tapi tak berjaya. Kenapa?

Approach yang biasa aku nampak ialah : Buat satu benda, kemudian harap, pujuk atau dalam sesetengah kes, paksa orang suka. Mungkin boleh berjaya mencapai matlamat, tapi aku fikir ada cara lain yang lebih menjamin kebarangkalian kejayaan.

Bagi aku, business yang mungkin berjaya ialah bila kau either fulfill a need atau lebih bagus lagi create a need for certain things.

Boleh apply kat komik. Is there a need for good quality local comics? Can we entice people to read good quality local comics? HOW do you do it?
Fabricati diem, punc

C-Fu

  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 4419
  • Janda Gersang
    • View Profile
    • Who's here!
Post Mortem : Kenapa komik/majalah kecundang?
« Reply #44 on: December 13, 2003, 02:18:07 AM »
Quote
ko ni cfu, ko cakap berapi dari aspek marketing memang macam2 boleh cakap...

try buat la. jangan banyak cakap.

dan arkitek memang tak buat business. kita training on humanity, bukan duit. in praktis baru kita concern pasal business. since they havent gone into practice, nak tempelak macamana pun tak guna. dan nak tau kenapa diorang taknak share reason UC bungkus?

pasal statement macam ni la.
la hai. thread tnaye kenape komik kecundang, ako bagi reason no 1 kecundang. of course cakap senang, pasai tu ako cakap.

kenape ako tak buat? because ako tak jumpe lagi kartunis yang betul2 tau untuk lukis dan present story yang gempak.  ako tak jumpe lagi scriptwriter yang leh baut script utuk komik yang cun gile. kalo scriptwriter drama/ filem dah bejuta dah ako jumpe ngan mak ako. banyak yang ako tengok, either lukih untuk cukup2 makan, or ade attitude yang nampak cam "lembik", takde desire yang tinggi. at least takde sesape yang ako nampak.
kenape ako cakap soh tiru? pasal sume komik lain tiru komik lain la. seperti mana gila2 tiru mad, buk2 gamba separuh bogel tiru mastika. bukan nak bongkak, but bapak ako (dan ako) bace gila2 dari nombor 3 tu, and since bapak ako suke stail reggie lee lukis and story yang die buat dalam komik 1 page die, bapak ako panggil mamat tu pi lukis karikatur untuk bapak ako. ako plan untuk buat macam tu, and kalo UC malu/segan/sombong/marah nak dengar komen2 marketing "senang" macam ni then ako kate rest in peace, 'twas good times and kalo korang tanak bagitau then hopefully u have very good reasons untuk tidak menolong kitorang.

btw komen2 tu bukan komen ako (je), tu collective comment2 dari ramai orang yang ako jumpe, yang ako tunjuk komik UC (dll) and mintak diorang bagitau ape yang diorang nampak. and mind you, these few guys bukan "diorang" yang leh jumpe kat tepi2 jalan nye.

btw #2, ako bukan trend-setter. ako tak rase pon camtu time ako kat skolah rendah dulu, pasal time tu family ako miskin ke tahap maksima so nak beli pensel ekstra pon pikir 2 3 kali. so kitorang dulu bace komik2 budak lain yang slalu beli buku HK nih, tak salah ako buku tony wong yang femes gile tu, ala yang ade 3 orang hero tu sorang naga ape tah. yang sampai beratus2 isu tuuuu
Kuala Lumpur Drumline Corps in the houseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
http://www.facebook.com/group.php?gid=21309697169

madhatter

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 588
    • View Profile
Post Mortem : Kenapa komik/majalah kecundang?
« Reply #45 on: December 13, 2003, 08:40:56 AM »
Aisey Mock aku terlambat ler... aku post latest komen aku semalam, ingat pagi nie nak edit dan buang first part tu sblm ko baca, tapi ko dah reply pun. Thank God its not about me!  :D Camana nak create a need for high quality comic?

Aku pun betul2 nak dengar dari UC sendiri apa problem diorg. Kalau tengok cara negatif, mungkin nampak cam kita nak carik kesalahan diorg, well memang pun ler supaya org yg seterusnya tak buat kesilapan yg sama. Tapi takkan nak paksa lak kan. Mana tahu kalau diorg tiba2 jer decide nak berenti sbb masing2 dpt kerja yg lebih baik, takkan nak cakap diorg buat decision yg salah. Apasal promosi UC tak berjaya?

Kalo muzik kita ada lagu jiwang, then komik kita ada lawak bangang. Dan aku rasa kita dah cukup lama dah dihidangkan ngan lawak bangang nie. Agaknya org dah bosan kot dan mungkin boleh beralih ke sesuatu yg baru sekrg.

Imho patutnya survey nie difokuskan pada pembeli/peminat majalah/komik yg sedia ada sbb kita nak tahu apa yg diorg betul2 nak pada komik tempatan. Kalau bab politik bolehlah buat survey atas general public, tapi bab komik takkan nak pegi tanya mamak mee ngan apek sayur? Mungkin kita boleh ambik 2 golongan, hardcore fans ngan average reader. Let say kalo kita nampak ada mamat yg pegang buku How to draw manga, kita approach dia. Then kalo nampak ada typical minah bertudung yg pegang Ujang, kita approach dia. The more experienced guy is for quality, the average girl is for quantity. Cth jer nie. If we can get diff level of reader, better still. Then mungkin kita boleh reserved xtra questionnaire utk general public yg relevan cam cikgu sekolah, mamak kedai buku ker etc etc.

Aku respect org yg dulu miskin pas tu jadik kaya!  
\"No reason to get excited, the thief he kindly spoke.\"

New song 'Javairia' is out, check it out here :
http://www.i-bands.net/audiovault/bands/72/music.php

azarimy

  • Administrator
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 6571
  • sabariah's back!
    • View Profile
    • azarimy's sketchstation v3.0
Post Mortem : Kenapa komik/majalah kecundang?
« Reply #46 on: December 13, 2003, 08:47:24 AM »
so,

survey ni nak dibuat berskopkan pembaca komik sedia ada, atau society in general? lain wooo approach dia nanti. feedback pun berbeza. dan aku rasa lagi banyak 'contaminated data' nanti. but then again, probably it's the best way to get results.

 

madhatter

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 588
    • View Profile
Post Mortem : Kenapa komik/majalah kecundang?
« Reply #47 on: December 14, 2003, 11:21:17 PM »
apa maksud ko ngan 'contaminated data'?
\"No reason to get excited, the thief he kindly spoke.\"

New song 'Javairia' is out, check it out here :
http://www.i-bands.net/audiovault/bands/72/music.php

C-Fu

  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 4419
  • Janda Gersang
    • View Profile
    • Who's here!
Post Mortem : Kenapa komik/majalah kecundang?
« Reply #48 on: December 16, 2003, 01:25:29 AM »
probably data2 yang bile diambil kira nanti takleh dapat keputusan yang konkrit kot
Kuala Lumpur Drumline Corps in the houseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
http://www.facebook.com/group.php?gid=21309697169

azarimy

  • Administrator
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 6571
  • sabariah's back!
    • View Profile
    • azarimy's sketchstation v3.0
Post Mortem : Kenapa komik/majalah kecundang?
« Reply #49 on: December 16, 2003, 01:45:04 AM »
betul CFU.

contoh contaminated data, dan reason kenapa kita takleh pakai antaranya ialah:

i. "kenapa orang lebih sukakan abdullah badawi berbanding mahathir?"
explaination: soalan ni dikira sebagai 'leading', yang mana memberi impression kepada responden bahawa orang memang sukakan pak lah berbanding mahathir. jadi ini akan mempengaruhi keputusan jawapan responden tersebut. sekiranya dia bersetuju, maka dia akan jawab dengan baik. kalau dia tak setuju, mungkin akan membuatkan jawapan menjadi emosional. ini dipanggil contaminated data.

cara mengatasi:
"siapakah yg lebih anda gemari? dan kenapa?
a. paklah                         b. mahathir

ii. "mengapakah orang menggemari gempak?"
explaination: ni pun sama aaa dengan contoh di atas, tapi konteks berbeza.

iii. sekiranya skop kita adalah society in general, maka kita takboleh mengemukakan soalan seperti "apakah yang menyebabkan industri komik malaysia kurang menyerlah?", or "ape pendapat anda tentang kejayaan milx menembusi pasaran antarabangsa?". ini kerana bukan semuorang tau malaysia ADA industri komik, dan orang lagilah tak tau siapa milx, melainkan peminat komik malaysia. peminat komik hongkong/jepun/US pun belum tentu kenal dia lagi.



aku masih membaca camana nak dapatkan kombinasi soalan yg terbaik. kalau settle nanti, aku post kat sini, dan kita nilai sama2 sesuai ke idak. alang2 nak buat survey, baik buat survey yang SEMUA orang boleh pakai, tak kira laa rio dan komikroniqnya ke, ubder dengan umbranye ke, alyridura dengan ROCKnye ke... or even mr botak dan gempaknye.

DinJerr

  • Moderator
  • Full Member
  • *
  • Posts: 1205
  • Buri. Hamachi.
    • View Profile
    • Hikayat Ikan Mampus (H.I.M.)
Post Mortem : Kenapa komik/majalah kecundang?
« Reply #50 on: December 17, 2003, 02:47:18 AM »
Wow, byk betul penerangan. best baca thread ni.

Aku rasa sebab UC x byk terjual di kedai2 adalah krn pelanggan mereka adalah fans dan bknnya orang awam. Dan kandungan UC juga lebih di-tailor-kan kepada fans shj. IMHO, takde satu komik pun dlm UC yang anda boleh pick-up pada bila2 masa dan berkata "Oh, cerita ni mcm best... teringin nak baca first episod dia" lalu pegi cari back-issue UC, atau berusaha membeli UC seterusnya. Aku faham diaorang nak memberi komik alternatif kpd penggemar seni komik tanahair, tapi kalau lari sgt2 dari konsep2 mainstream, mcm mana nak hook org2 biasa utk beli komik mereka?  Dan kebanyakan cerita2 dlm UC terlalu abstrak, susah difahami/diikuti. The exceptions mungkin adalah cerita2 one-shots, dan manga2 spt yg Eisu/Mafia buat. I x ckp ni pasal aku geng Maao, heck, I hang out with the UC guys loadsa times. Tapi kalau komik tak graspable, ramai ke nak baca?

Mungkin ada org kata wujudnya komik mcm Maxx tu bukti cerita2 pelik tu boleh jual. Tapi tu komik US, dia jual kat FAN-base dia, yang sama besar dgn MARKET kita. Boleh la cari makan. Kalau kita cater kat FAN asal kita shj... susah la. Tak teringin ke convert org2 non-alternative komik readers utk berjinak2 dgn komik alternatif?

To quote a dialogue btwn a fan during a Maao 'tour' with the gang:
"Bila korang nak publish komik betul?"
"Bila ada market."
Till then, aku harap komik2 cam Umbra dpt memupuk org ramai mencuba sesuatu yg baru.

gornex

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1137
    • View Profile
    • lookout by sinachzawawi
Post Mortem : Kenapa komik/majalah kecundang?
« Reply #51 on: December 18, 2003, 02:20:05 AM »
yup, aku sokong dinjerr.. tapi kiter still taktau sebab utama uc kecundang.. tapi mmg tak dinafikan uc hanye ntuk fan dia saja.. org awam susah nak amik.. pasal may be betul terlalu abstrak.. tapi aku ingat luh uc leh ubah minda pembaca kiter tapi masih jugak gagal.. may be diorg leh cuba lagih.. dan lagih..........

yongumix tanak try mainstream ker? aku raser fan base dia kuat gak..off topic jap :D  
lihat apa yang dikata
jangan lihat siapa yang berkata

"we talk too much, love too little, lie too often.."

madhatter

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 588
    • View Profile
Post Mortem : Kenapa komik/majalah kecundang?
« Reply #52 on: January 15, 2004, 08:28:23 PM »
Aku nak nyelit sikit kat sini... aku malas nak bukak topik baru. Aku nak tanya especially kat Rio or Ubder or Aly, apa langkah2 yg yg aku perlu buat kalau nak terbit magazine? Actually aku nak tanya berapa kena bayar kat kdn tu (apply lesen or sumthin)? Then apa yg diorg nak? content magazine, type magazine sumer tu kena citer ker? Aku tau bunyik cam kerja shortcut tapi since korang dah experience buat apa nak buang masa kan.


OOoooo.. ok ok, aku dah jumpak kat satu thread yg hairi bukak.. Rio dah explained.  :rolleyes:  
« Last Edit: January 16, 2004, 01:01:21 PM by madhatter »
\"No reason to get excited, the thief he kindly spoke.\"

New song 'Javairia' is out, check it out here :
http://www.i-bands.net/audiovault/bands/72/music.php

rio

  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 2004
  • animangoStudio
    • View Profile
    • rio's artscape
Post Mortem : Kenapa komik/majalah kecundang?
« Reply #53 on: January 16, 2004, 10:11:15 PM »
ok mad, kat situ aku cuma terangkan pasal harga kdn... kat sini aku tambah sikit camana cara nak buat mock-up, terutamanya mock-up komik supaya tak jadik masalah bila org kdn baca & nak luluskan!

u/p buat masa ni kdn mmg dah stop keluarkan kdn untuk komik translation, sama macam majalah hiburan dan majalah/digest misteri. tapi untuk kdn komik karya tempatan mmg takde masalah lagi dan mmg diorang support (aku ada sembang dgn salah sorang pegawai kdn ari tu), terkejut gak masa taugeh daftar kdn komiknya dulu sebulan lebih je dah diluluskan permitnya, biasanya paling cepat 3 bulan!

1. jangan masukkan komik @ illustrasi komik hk/jepun/etc dlm mock-up tu... ataupun yang ko lukis sendiri tapi menyerupai lukisan import. nak senang letak je kartun2 dlm ujang/gg tapi tajuk kartunnya ubahlah, jgn letak "lawak antarabangsa" jugak... satu lagi paging yang ada tulis ujang/gg tu padamlah!

2. jangan ada artikel/komik dalam bahasa inggeris atau apa2pun bahasa selain bm!

3. jgn letak komik yg ada pompuan seksi, bunuh2, hina kerajaan ataupun apa2 yg negatif. begitu gak dgn artikel. kalo boleh masukkan banyak2 pasal pendidikan/moral/agama!

4. tulisan mashead kat cover tak payahlah design grafik gileb*b*... pakai je tulisan yang senang nak baca, pakai font impact semua huruf besar misalnya! kalo boleh kat cover tu selitlah sikit blurb macam "100% BUATAN MALAYSIA" ke... "KARYA MALAYSIA KE ANTARABANGSA" ke... biarlah nampak bodo skit... bukan kita nak jualpun mock-up tu! ilustrasi coverpun kenalah berhemah jugak!!!

5. buat dlm 20-30 page dah la (double sided) ... jangan buat banyak sangat takut banyak la jugak silapnya! buat black&white je... kalo nak buat colourpun kat cover cukuplah!

6. kena kemas & terang semua illustrasi & text kat dlm tu. kalo tampal jgnlah sampai gam meleleh atau kertasnya berkedut-kedat! seeloknya print digital (kat kedai invictus... huuuu promosi nih, persen beb!) coverpun print digital colour!

tulah dulu... mungkin ada sesapa boleh tolong tambah, atau aku sendiri tambah kalo aku ada ingat lagi!

kena tau gak... lepas korang publish kena hantar 7 copy setiap issue kat kdn, kena renew kdn 3 bulan sebelum tamat tempoh, kalo korang anak sedara paklah lain cerita la!
:: The Art of Exchanging Saliva is Trust! ::
http://riorashid.blogspot.com

ubder

  • Moderator
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 3233
    • View Profile
Post Mortem : Kenapa komik/majalah kecundang?
« Reply #54 on: January 17, 2004, 01:43:20 AM »
Rio dah bagi info tu dah memang sangat bagus... aku pun tak terpikir benda2 tu... thanks 4 da tips bro... :)  
one

"Tuez-les tous; Dieu reconnaitra les siens."
("Kill them all; for the Lord knoweth them that are His.")
-Albigensian Crusade

 Igitur qui desiderat pacem, praeparet bellum...
- Publius Flavius Vegetius Renatus

madhatter

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 588
    • View Profile
Post Mortem : Kenapa komik/majalah kecundang?
« Reply #55 on: January 17, 2004, 05:43:51 PM »
ok ok.. aku save dulu.. nanti kalo aku dah baca dan ada yg tak paham, aku tanya lagi.. thx Rio!
\"No reason to get excited, the thief he kindly spoke.\"

New song 'Javairia' is out, check it out here :
http://www.i-bands.net/audiovault/bands/72/music.php

rio

  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 2004
  • animangoStudio
    • View Profile
    • rio's artscape
Post Mortem : Kenapa komik/majalah kecundang?
« Reply #56 on: January 17, 2004, 05:51:32 PM »
tambah sikit lagi... bila korang dah publish 1st issue kena jagalah lagi contentsnya, jgn terus ikut sukati korang je! pasal 1st issue tetiap majalah org kdn mmg check terperinci! mungkin sampai 3rd issue... pastu lantak korang la, cuma jgn keterlaluan!
:: The Art of Exchanging Saliva is Trust! ::
http://riorashid.blogspot.com

JaymanJohn

  • Moderator
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 5910
  • Cube taip :jayman: ...hahaha
    • View Profile
    • http://jaymanjohn.deviantart.com
Post Mortem : Kenapa komik/majalah kecundang?
« Reply #57 on: January 17, 2004, 07:16:14 PM »
waaa.....

....kenape kite tak tau macamane Gempak bleh success ?

back up banyak ?
peraduan hadiah best gile ?
komik (sekarang boleh la) ?
susunan artikel lawa ?
cover bende hot ?
ketebalan komik same ngan majalah hiburan lain ?
same besar ngan mag lain ?

kenape aa ?

edit = kalaula aku tau
« Last Edit: January 17, 2004, 07:17:08 PM by JaymanJohn »

azarimy

  • Administrator
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 6571
  • sabariah's back!
    • View Profile
    • azarimy's sketchstation v3.0
Post Mortem : Kenapa komik/majalah kecundang?
« Reply #58 on: January 17, 2004, 08:19:16 PM »
simple je:

iklan cover kos penerbitan.

that's why u have a hell lot of ads dalam gempak tu...

Mockingbird

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1149
    • View Profile
    • http://amirhafizi.blogspot.com/
Post Mortem : Kenapa komik/majalah kecundang?
« Reply #59 on: January 17, 2004, 10:17:50 PM »
Quote
kalo korang anak sedara paklah lain cerita la!

Salah sorang anak sedara Paklah keje ngan aku sekang. Takdelah senang dia nak dapat apa-apa, pasal segan la, nak pergi ke hulu ke hilir cakap: "Aku anak sedara PM!"

Masalah sama gak dia kena dengan jabatan kerajaan, tang kemalasan mamat2 tu buat keje. Macam orang biasa je.



 
Fabricati diem, punc