Author Topic: kota yang hilang...  (Read 13106 times)

riznam

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1612
  • aura ku keluar dari tangan...
    • View Profile
kota yang hilang...
« on: November 01, 2007, 01:17:12 PM »
Saintis masih kaji tempat tinggalan arkeologi ‘bandar sains’ berdasarkan kepada cerita Plato



GAMBARAN ibu kota Atlantis yang dibina di tengah pulau seperti
diceritakan Plato.
SELEPAS terdiam sejenak, Plato memulakan ceritanya. Antara cebisan kisah seperti diceritakan ahli falsafah Greek sekitar abad ke-350 itu berbunyi lebih kurang begini:

Terdapat sebuah pulau besar yang hebat di Lautan Atlantik, ribuan tahun sebelum zaman kelahirannya dan pulau itu dinamakan Pulau Atlas atau ‘Atlantis’.

Pulau itu sungguh hebat dan sudah mencapai kemuncak sains dan teknologi (walaupun ketika itu sudah ribuan tahun berlalu daripada sekarang)!

Aspek sains dan teknologi terlalu maju sehingga dikatakan terdapat kapal udara bagi mengangkut tentera, terbang tanpa menggunakan minyak. Saintisnya berjaya mencipta aloi misteri yang bercahaya dan amat keras.

Kemajuan sains juga sehingga penyelidik Atlantis pandai melakukan kacukan haiwan dan tumbuhan selain mempunyai alat komunikasi seperti sidang televideo yang jauh lebih hebat daripada teknologi yang dicipta abad ini.

Setiap ilmu dan ciptaan teknologi yang dimiliki saintis negara itu akan dikongsi bersama seluruh warga Atlantis untuk membolehkan kemajuan dipertingkatkan.

Atlantis (kononnya) kurniaan tuhan kepada dewa laut, Neptune yang memiliki lima pasang anak kembar dan setiap seorang diberikan kawasan tertentu untuk ditadbir.

Keluasannya 600 darab 400 kilometer persegi dan memiliki ladang luas (seluas Oklohama, Amerika syarikat) sehingga mampu menampung makanan 15 juta hingga 30 juta penduduk. Tenteranya saja seramai 1.6 juta orang.

Negara itu disinari matahari terik sepanjang tahun. Selain tanaman seperti pisang, nanas dan kelapa sebagai tanaman utama, rantau Atlantis dipenuhi bijih timah dan emas.

Bandar rayanya indah sekali, terusan besar dibina menghubungkan bandar dengan

lautan bagi memudahkan kapal belayar terus ke bulatan air; jambatan merintangi bulatan pula dikelilingi taman indah, pokok subur dan puluhan air pancuran berkilauan.

Ibu kotanya dibina di tengah pulau dengan bangunan mewah disusun harmoni menghasilkan seni landskap memukau. Bangunan disusun berselang seli dengan batu bata hitam, putih dan merah. Bangunan mewah dihias pancuran air panas dan sejuk selain dewan makan dan dinding konkrit dibuat daripada batu bata berharga.

Dalam Atlantis ada istana, tempat ibadat, pelabuhan, sistem perairan canggih, universiti, makmal dan bangunan akademik yang menjadi pusat kajian sains dan kemanusiaan.

Begitu lama Atlantis hidup gah dengan kemewahan dan kemajuan pembangunan serta tamadun sehingga menyebabkan penduduknya mula takbur dan melakukan dosa.

Akhirnya, lantaran dosa dan sikap penduduknya, kemajuan teknologi dan kehebatan Atlantis yang dicapai sebegitu lama akhirnya musnah dalam tempoh semalaman.

Atlantis akhirnya tenggelam ke dasar laut akibat hukuman yang dinatijahkan menerusi letupan gunung sucinya iaitu Atlas.

Demikianlah antara cedukan maklumat hasil keterangan Plato mengenai tamadun Atlantis yang kini terus menjadi misteri di kalangan pengkaji profesional sehinggalah kepada rakyat biasa di seluruh dunia.

Pengkaji terus mencari di manakah sebenarnya lokasi Atlantis pada bulatan Bumi sebelum ia tenggelam. Pelbagai maklumat geografi hasil kisah Plato seperti dicatat dalam ‘Timaeus and Critias’ terus dikaji dan dirujuk silang dengan topografi ketika ini.

Harapan untuk menjumpai kesan tamadun Atlantis tidak pernah padam kerana sesiapa yang berjaya menemui arkeologi tinggalan benua itu digambarkan akan menjadi individu atau pihak ‘paling berkuasa’ di muka Bumi!

Ini disebabkan Atlantis digambarkan memiliki teknologi canggih termasuk keupayaan ketenteraan yang melebihi kemampuan teknologi dicapai manusia abad ini. Ia memang menakjubkan tambahan pula jika dilihat kecanggihan itu dicapai lebih 11,000 tahun lalu!

Keterangan Plato menyebabkan ramai berfikir dua kali kerana sebelum ini, mereka menyangka sains dan teknologi baru saja berkembang sekitar 1,000 tahun lalu. Mana mungkin 11,000 tahun lalu sudah ada dunia futuristik yang lebih hebat daripada sekarang?

Tetapi jika benar dunia Atlantis yang amat maju itu wujud, maka penemuan tinggalan arkeologi tamadun itu bakal menyingkap pelbagai rahsia sains dan teknologi yang masih belum dicapai manusia ketika ini seterusnya mampu memberi kuasa pengetahuan yang hebat kepada sesiapa yang menemuinya!

Justeru, pengkaji berlainan bangsa daripada seluruh dunia terus-menerus meneliti rekod dialog Plato mengenai tamadun yang dikatakan lebih awal daripada tamadun Mesir, Babylon Mesopotamia, Inca dan Greek itu selain meneliti keadaan geografi Bumi kini.

Antara meraka adalah Pakar Kejuruteraan Nuklear Brazil, Arysio Nunes dos Santos, yang mendapati latar tempat cerita Plato menyamai kawasan Nusantara khususnya Indonesia.

Pelbagai hasil kajian yang ditemuinya menolak teori lain yang mengatakan Atlantis terletak di kawasan Mediterranean, Andalusia, Antartika, Caribbean dan pelbagai tempat lagi.

Antara hujah lelaki itu, gunung berapi yang menenggelamkan Atlantis dirujuk sebagai satu kawasan yang paling kerap mengalami gempa bumi dan memiliki banyak gunung berapi aktif iaitu di Nusantara.

Mengenai suhu pula, Plato menegaskan bahawa penduduk Atlantis hidup dalam iklim tropika dengan pisang sebagai salah satu tanaman. Penduduk Atlantis dikatakan menanam tanaman dua kali setahun dan ia dikaitkan tanaman padi, gandum atau barli yang banyak ditemui di kawasan Timur Jauh.

Mengenai jumlah penduduk pula, Santos menegaskan Plato merujuk kepada sejumlah besar penduduk yang secara langsung menafikan dakwaan Atlantik di Eropah, Asia Utara dan Utara Amerika sebagai Atlantis kerana kawasan berkenaan ketika itu masih berais.

Kenyataan Plato bahawa Atlantis menghasilkan banyak bijih timah dan emas juga selaras dengan galian yang banyak terdapat di Asia Tenggara iaitu bijih timah dan emas sehingga pernah digelar ‘Semenanjung Emas’, ‘Gunung Emas’ dan ‘Bukit Besi Putih’.

Atlantis juga dikatakan disinari panas sepanjang tahun yang dikaitkan sebagai iklim tropika di kawasan berhampiran garisan Khatulistiwa.

Selain itu, terdapat umat Islam yang mengaitkan tenggelamnya Atlantis disebabkan peristiwa banjir besar Nabi Nuh AS.

Sejak wujudnya cerita Plato itu, misteri Atlantis terus menerus dikaji dan difantasi. Teori yang pelik turut kedengaran seperti kota Atlantis kini masih wujud di dasar laut dengan penduduknya menjadi ikan duyung.

Golongan skeptikal menamatkan misteri itu dengan babak yang mungkin seperti berikut - selepas selesai menceritakan mengenai kota Atlantis itu, Plato menghembuskan nafasnya dengan dada yang lapang. Dia berpuas hati dengan cerita hebatnya mengenai Atlantis.

Kepuasan Plato menghasilkan karya termasyhur itu mungkin sama saja seperti dirasai Steven Spielberg selepas sutradara Amerika Syarikat itu selesai mengarahkan filem fiksyen terhebatnya iaitu ‘ET’.

copy teks from http://ntbn.wordpress.com/2007/02/19/misteri-atlantis-kota-yang-hilang/

sapa lagi ader info..kasi tahu aku minat topik ni di bincangkan tq,,
« Last Edit: November 01, 2007, 05:00:37 PM by riznam »

mysticmind

  • Administrator
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 10737
  • 神秘的な心
    • View Profile
    • Nizam Mystic Ahamad
Re: kota yang hilang...
« Reply #1 on: November 01, 2007, 02:21:00 PM »
kalau copy and paste.. SILA KREDITKAN SOURCE ASAL.. tq
Visit : + Blog + Twitter + FB

ICeSoul

  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 4668
  • Imagineer
    • View Profile
    • ICeSoul web
Re: kota yang hilang...
« Reply #2 on: November 01, 2007, 06:22:29 PM »
kota gelangi pun kota yang hilang gak...apsal takde org kecoh? hehehe

riznam

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1612
  • aura ku keluar dari tangan...
    • View Profile
Re: kota yang hilang...
« Reply #3 on: November 02, 2007, 11:08:32 AM »
kota gelagi..tak tahu napa takde yang berminat nai mencari dan buat kajian tentangnyer...aku rasa kalau ade badan swasta...dan kerajaan yang sanggup melabur...nak mencari menda gini...tentu banyak kota yang di katakan hilang..dah di jumpai...dan majadi atifek dan simbul negara...macam piramid kat mesir....apockalip kat amerika..maslah nyer semua tak sanggup menaggup kerugian..yang ade dan rajin mencari menda gini pemburu harta karun....ya karun...

*Qarun adalah orang dilaknati Allah SWT...Telah di mati tertanam dengan harta nyer sekali....

riznam

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1612
  • aura ku keluar dari tangan...
    • View Profile
Re: kota yang hilang...
« Reply #4 on: November 02, 2007, 11:12:48 AM »
Antara meraka adalah Pakar Kejuruteraan Nuklear Brazil, Arysio Nunes dos Santos, yang mendapati latar tempat cerita Plato menyamai kawasan Nusantara khususnya Indonesia.

Pelbagai hasil kajian yang ditemuinya menolak teori lain yang mengatakan Atlantis terletak di kawasan Mediterranean, Andalusia, Antartika, Caribbean dan pelbagai tempat lagi.

Antara hujah lelaki itu, gunung berapi yang menenggelamkan Atlantis dirujuk sebagai satu kawasan yang paling kerap mengalami gempa bumi dan memiliki banyak gunung berapi aktif iaitu di Nusantara.

Mengenai suhu pula, Plato menegaskan bahawa penduduk Atlantis hidup dalam iklim tropika dengan pisang sebagai salah satu tanaman. Penduduk Atlantis dikatakan menanam tanaman dua kali setahun dan ia dikaitkan tanaman padi, gandum atau barli yang banyak ditemui di kawasan Timur Jauh.

Mengenai jumlah penduduk pula, Santos menegaskan Plato merujuk kepada sejumlah besar penduduk yang secara langsung menafikan dakwaan Atlantik di Eropah, Asia Utara dan Utara Amerika sebagai Atlantis kerana kawasan berkenaan ketika itu masih berais.

Kenyataan Plato bahawa Atlantis menghasilkan banyak bijih timah dan emas juga selaras dengan galian yang banyak terdapat di Asia Tenggara iaitu bijih timah dan emas sehingga pernah digelar ‘Semenanjung Emas’, ‘Gunung Emas’ dan ‘Bukit Besi Putih’.

Atlantis juga dikatakan disinari panas sepanjang tahun yang dikaitkan sebagai iklim tropika di kawasan berhampiran garisan Khatulistiwa.
Selain itu, terdapat umat Islam yang mengaitkan tenggelamnya Atlantis disebabkan peristiwa banjir besar Nabi Nuh AS.


aku tertarik gan info ni...tul ker..ada kat kawasan sumatera...
« Last Edit: November 02, 2007, 11:14:43 AM by riznam »

PhoenixByte

  • Moderator
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 7419
  • RCW
    • View Profile
Re: kota yang hilang...
« Reply #5 on: November 02, 2007, 05:17:40 PM »
Mane source asal ko ni Riznam? Website ke buku?
BTW, dalam Quran ada tak dinyatakan kisah Atlantis ni?

adzakael

  • Mods
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 3060
  • Boтум Cэпaратум
    • View Profile
    • http://www.adzakael.com
Re: kota yang hilang...
« Reply #6 on: November 02, 2007, 10:22:50 PM »
die ade letak source la PB
ko kena bace artikel tu sampai abis

dlm Al Quran ade sebut psl Sodom je
Atlantis nggak adaaa

                        иаи Таворищ, соединяйтесь!
               
 What Man is a Man Who Does Not Make The World Better?
P 1:48,G 1:5, P menang,150000th post,i made that one

HangPC2

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1348
    • View Profile
Re: kota yang hilang...
« Reply #7 on: November 03, 2007, 02:44:31 PM »
die ade letak source la PB
ko kena bace artikel tu sampai abis

dlm Al Quran ade sebut psl Sodom je
Atlantis nggak adaaa

dekat Laut Mati

PhoenixByte

  • Moderator
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 7419
  • RCW
    • View Profile
Re: kota yang hilang...
« Reply #8 on: November 03, 2007, 07:03:32 PM »
die ade letak source la PB
ko kena bace artikel tu sampai abis

dlm Al Quran ade sebut psl Sodom je
Atlantis nggak adaaa
Aku tak perasan yg dia edit baru tu, b4 that takde..aku baca latest entry dia jek masa aku tanya tu Adzakael ^_^ Sori..

riznam

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1612
  • aura ku keluar dari tangan...
    • View Profile
Re: kota yang hilang...
« Reply #9 on: November 04, 2007, 01:39:00 PM »
kat laut mati tu...tu golongan atau kaum nabi lut kan ...
yang mempunyai kemahiran menebuk gunung dan bukit...
dan mereka merupakan pengukir batu yang terbaik...
sama ker apa yang di ceritakan oleh plato sbgi atlantis yg hilang tu...

sapa tahu plato tu sapa...adakah dia hidup sezaman gan nabi yang lain...

shiori_LA

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1098
  • hmm......dah maleh nak lukis
    • View Profile
Re: kota yang hilang...
« Reply #10 on: November 06, 2007, 09:36:04 AM »
 :) ada gak info kat wikipedia.....

http://en.wikipedia.org/wiki/Atlantis
senyum sokmo


shiori_LA

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1098
  • hmm......dah maleh nak lukis
    • View Profile
Re: kota yang hilang...
« Reply #11 on: November 06, 2007, 09:39:15 AM »
The Story of Atlantis

    Over 11,000 years ago there existed an island nation located in the middle of the Atlantic ocean populated by a noble and powerful race. The people of this land possessed great wealth thanks to the natural resources found throughout their island. The island was a center for trade and commerce. The rulers of this land held sway over the people and land of their own island and well into Europe and Africa.

    This was the island of Atlantis.

    Atlantis was the domain of Poseidon, god of the sea. When Poseidon fell in love with a mortal woman, Cleito, he created a dwelling at the top of a hill near the middle of the island and surrounded the dwelling with rings of water and land to protect her.

    Cleito gave birth to five sets of twin boys who became the first rulers of Atlantis. The island was divided among the brothers with the eldest, Atlas, first King of Atlantis, being given control over the central hill and surrounding areas.

    At the top of the central hill, a temple was built to honor Poseidon which housed a giant gold statue of Poseidon riding a chariot pulled by winged horses. It was here that the rulers of Atlantis would come to discuss laws, pass judgments, and pay tribute to Poseidon..

    To facilitate travel and trade, a water canal was cut through of the rings of land and water running south for 5.5 miles (~9 km) to the sea.

    The city of Atlantis sat just outside the outer ring of water and spread across the plain covering a circle of 11 miles (1.7 km). This was a densely populated area where the majority of the population lived.

    Beyond the city lay a fertile plain 330 miles (530 km) long and 110 miles (190 km) wide surrounded by another canal used to collect water from the rivers and streams of the mountains. The climate was such that two harvests were possible each year. One in the winter fed by the rains and one in the summer fed by irrigation from the canal.

    Surrounding the plain to the north were mountains which soared to the skies. Villages, lakes, rivers, and meadows dotted the mountains.

    Besides the harvests, the island provided all kinds of herbs, fruits, and nuts. An abundance of animals, including elephants, roamed the island.

    For generations the Atlanteans lived simple, virtuous lives. But slowly they began to change. Greed and power began to corrupt them. When Zeus saw the immorality of the Atlanteans he gathered the other gods to determine a suitable punishment.

    Soon, in one violent surge it was gone. The island of Atlantis, its people, and its memory were swallowed by the sea.

    This is a summary of the story told by Plato around 360 BC in his dialogues Timaeus and Critias. These writings of Plato are the only specific known references to Atlantis. They have prompted controversy and debate for over two thousand years.

dari sumber : http://www.activemind.com/Mysterious/Topics/Atlantis/story.html
senyum sokmo


HangPC2

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1348
    • View Profile
Re: kota yang hilang...
« Reply #12 on: November 06, 2007, 01:07:34 PM »
Selain dari Atlantis Banyak Kota Orang Melayu yang hilang....


http://www.naim-firdausi.blogspot.com/

riznam

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1612
  • aura ku keluar dari tangan...
    • View Profile
Re: kota yang hilang...
« Reply #13 on: November 06, 2007, 08:56:18 PM »
adakah tiggalan kota ni adalah tinggalan kerajaan yang besar.atau hanya sebuah kerajaan yang kecil...
aku tertarik dengan tinggalan kota yang adakat gunung jerai..tu..
http://www.naim-firdausi.blogspot.com/

HangPC2

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1348
    • View Profile
Re: kota yang hilang...
« Reply #14 on: November 07, 2007, 01:07:52 PM »
adakah tiggalan kota ni adalah tinggalan kerajaan yang besar.atau hanya sebuah kerajaan yang kecil...
aku tertarik dengan tinggalan kota yang adakat gunung jerai..tu..
http://www.naim-firdausi.blogspot.com/

Kalau Kota yang dekat Gunung Berapi tak silap aku kat Indonesia ada satu kaum yang duduk kat pulau tuh dah pupus , bahasa diorang serupa macam bahasa orang khmer di indochina...

Vulpine Ninja

  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 2020
  • Back... but not really.
    • View Profile
    • WTF
Re: kota yang hilang...
« Reply #15 on: November 09, 2007, 02:49:08 AM »
Atlantis nak disamakan dgn kaum nabi Lut?

boleh jugak jadi teori hmm.

Diorg kan dah jumpe satu kota kat dasar Laut Mati. They say situ la di mana dunia mereka 'diterbalikkan'.

[/align]

riznam

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1612
  • aura ku keluar dari tangan...
    • View Profile
Re: kota yang hilang...
« Reply #16 on: November 09, 2007, 12:51:38 PM »
kajian..ahli akeologi malaysia..pencarian tapak kota gelaggi/Kota Purba Linggui
ni juga sebuah kota yang hilang...
http://gelanggi.blogdrive.com/

riznam

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1612
  • aura ku keluar dari tangan...
    • View Profile
Re: kota yang hilang...
« Reply #17 on: November 09, 2007, 02:22:24 PM »
untuk penambahan saje...link untuk mesium negeri serawak..berkaitan atifek dan cari gali..di sarawak..
http://www.museum.sarawak.gov.my/bmver/arkeologi.htm

di perak...
http://www.perak.gov.my/bm/modules.php?name=Content&pa=showpage&pid=115&page=2

Artifak baru ditemui di Sungai Muda
ALOR STAR 23 Mei – Pakar arkeologi dan kaji sejarah Jabatan Muzium dan Antikuiti menemui lagi bukti sejarah peninggalan zaman sebelum kedatangan Islam ke Kedah di Sungai Mas, Kuala Muda.

Menteri Besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sehubungan itu, pihaknya bersetuju menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi meneliti kawasan sekitar tapak penemuan khazanah sejarah silam itu yang dipercayai membuktikan kewujudan kota purba di kawasan tersebut.

Katanya, jawatankuasa khas itu akan diketuai Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Koperasi, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Datuk Khalidah Adibah Ayob.

‘‘Pakar arkeologi tempatan percaya bahawa artifak yang ditemui itu memperlihatkan reka bentuk bangunan pra Islam dan cara bahan sejarah itu ditemui seolah-olah membuktikan adanya sebuah kota purba, struktur bangunan dan wujudnya tamadun di kawasan itu.

‘‘Penemuan awal itu cukup untuk meyakinkan kita agar meneliti semula lokasi sekitar Sungai Muda untuk melihat seluas mana lokasi penemuan artifak pra Islam itu yang perlu digazetkan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Penyelidikan arkeologi di Sungai Mas sejak tahun 1980-an menemui artifak termasuk pelapik tiang granit, bahan binaan, batu giling, seramik, kaca, manik dan batu sima iaitu batu yang dipercayai untuk menandai sempadan daerah atau sesuatu kawasan pada zaman silam.

Penemuan itu membuktikan Sungai Mas sebagai penempatan awal sejak zaman pra sejarah dan berfungsi sebagai bandar pelabuhan purba zaman proto sejarah pada tahun 5 hingga 19 Masehi apabila kegemilangan Kota Kuala Muda dan Istana Pulau Tiga sebagai pusat pentadbiran dan perdagangan dimusnahkan oleh Siam.

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.aspy=2007&dt=0524&pub=Utusan_Malaysia&sec=
Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm

« Last Edit: November 09, 2007, 02:35:40 PM by riznam »

riznam

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1612
  • aura ku keluar dari tangan...
    • View Profile
Re: kota yang hilang...
« Reply #18 on: November 09, 2007, 02:42:24 PM »
lapaoran pengkaji akeologi di jepun,..
penemuan kota yang hilang..di dasar laut..ni link..tq
http://www.teknosains.info/2007/09/piramid-jepun-purba-dalam-air.html


kisah kerajaan patani..
http://www.geocities.com/pataniraya1/Hilangsebuahnegaraislam.htm
« Last Edit: November 09, 2007, 02:49:36 PM by riznam »

HangPC2

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1348
    • View Profile
Re: kota yang hilang...
« Reply #19 on: December 13, 2007, 01:38:52 PM »
Lost City of Khmer Empire - Near Tasik Chini -

Lost city of Khmer empire?







The pyramid-like hills near Tasik Chini have sparked interest in the legend of a lost civilisation.



PEKAN: The existence of seven pyramid-like hills near Tasik Chini has again sparked interest in the legend of a lost civilisation in the area that could date back to the 12th century.

While there is no proof that the hills are man-made, there is a possibility that it is part of a lost city or may at least shed some light on the mystery.




It is long believed that the ancient city could only be found in the depths of the lake. This is based on a theory that the area was inundated with water after the fall of the Khmer empire, of which the city was a part of in the 15th century.

Although many people have made claims of a sunken city, little effort has been made to unravel the mystery. Based on pieces of porcelain found in the area, the city could have been built when the Khmer empire was at the height of its power.


The Khmer empire was ruled, between 802 and 1432, by a succession of "god kings" and had its capital in Siem Reap, Cambodia, where the famed Angkor Wat temple complex stands.

According to a villager, the "pyramid" was more evident when one of the unique hills in Padang Kerbau was cleared by a plantation company recently.



"Before this, all the hills looked normal. However, the way they were 'positioned' is not natural and that is quite interesting," said Ahmad Najib Mohd Don of Kampung Melayu, Chini.

Ahmad Najib, 57 and his wife, Pauziyah Abdullah, 49, later drove their pick-up truck to the hills and found that the formations stood in a swampy area.

Although she was born in Kampung Melayu, Pauziyah said she never realised the peculiar shape of the hills as they were covered by vegetation.

"The hills are also inaccessible because of the swampy land which surrounds them."

The new development has excited archaeologist, Professor Datuk Dr Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, who was known for his leading role in the expedition to locate the lost city in 1998.

"There's a possibility as we cannot say for sure its exact location. It can be in the lake or on land," said the senior research fellow at Universiti Kebangsaan Malaysia when contacted.

He said there was no conclusion during the two-week exploration nine years ago as the team had lacked funds.

"We managed to drain a small part of the lake but the compartment walls collapsed when we were about to clear a layer of mud on top of a rocky base."


- Bernama -