Author Topic: Busana Melayu  (Read 6572 times)

HangPC2

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1366
    • View Profile
Busana Melayu
« on: February 13, 2012, 06:40:57 PM »
Kecopong Melayu '' Cha-Da '' (Mahkota Tinggi)




















Tanjak, Tengkolok, Destar












Pada tahun 750 Masihi, Sang Jaya Bangsa atau Sang Rama Dhamjaya – Maharaja Srivijaya yang berpusat di Palembang, Sumatera telah menyerang kerajaan Langkasuka di bawah pemerintahan Raja Maha Bangsa. Pada tahun 775 Masihi, Srivijaya telah berjaya menakluk Langkasuka dan seluruh tanah jajahannya.

Kemasukan pengaruh budaya Melayu Srivijaya dari Sumatera (termasuklah tengkolok, tanjak dan destar) dipercayai bermula pada tahun 775 Masihi. Walau bagaimanapun, pengaruh budaya Melayu Langkasuka (termasuklah kecopong) tetap kekal dominan.

Penggunaan tengkolok, tanjak dan destar secara meluas di Semenanjung Tanah Melayu dipercayai hanya bermula apabila Seri Teri Buana ditabalkan sebagai pemerintah bagi tiga buah kerajaan - Palembang-Jambi (Srivijaya-Melayu), Bintan dan Singapura Tua.

Dari segi kedudukan geografi, Kepulauan Bintan dan Kepulauan Singapura adalah sebahagian daripada Semenanjung Tanah Melayu. Ini bermakna, kemasukan tengkolok, tanjak dan destar bermula dari arah selatan menuju ke utara Semenanjung.

Serangan Majapahit ke atas tiga buah kerajaan tersebut telah memaksa pemerintah terakhirnya - Parameswara melarikan diri ke utara lalu mendirikan Kesultanan Melaka. Di bawah pengaruh empayar Melaka inilah, penggunaan tengkolok, tanjak dan destar telah berkembang ke semua negeri jajahan dan naungannya.

Sultan-sultan Melaka dan Johor-Riau-Lingga-Pahang telah menabalkan putera-putera mereka sebagai raja atau sultan di negeri Perak, Jeram (Selangor), Johor, Terengganu dan Pahang.

Ada juga di kalangan para pembesar Melaka dan Johor-Riau-Lingga-Pahang yang dilantik sebagai wakil raja di wilayah jajahan seperti Kelang (Selangor) dan Muar (Johor).

Sultan Mahmud Syah (Kedah) telah pergi ke Melaka untuk bertemu dengan Sultan Mahmud Syah (Melaka) demi memohon nobat. Dari sinilah bermulanya sejarah tengkolok, tanjak dan destar di negeri Kedah.

Sejarah tengkolok, tanjak dan destar di negeri Kelantan bermula apabila Sultan Melaka menakluk negeri Serendah (Seri Indah) Sekebun Bunga di bawah pemerintahan Sultan Gombak.

Dari Kelantan, pemakaian tengkolok, tanjak dan destar masuk ke Patani apabila Patani diperintah oleh anak-anak raja dari dinasti Kelantan I dan dinasti Kelantan II.

Pada zaman Kerajaan Persekutuan Patani Besar, penggunaaan tengkolok, tanjak dan destar telah berkembang ke negeri Singgora (Songkhla, Phatthalung dan Satun) serta Ligor (Nakhon Si Thammarat).

Di bawah pengaruh empayar Kedah pula, penggunaaan tengkolok, tanjak dan destar telah berkembang ke Sendawa (Sadao), Setul (Satun), Terang (Trang), Ayer Kelubi (Krabi), Kuala Punga (Phang Nga), Pulau Bukit (Koh Phuket) dan Rundung (Ranong) di selatan Thailand serta Tenang Sari (Tenasserim) di selatan Myanmar



Credit : En Ijad Ajmir






HangPC2

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1366
    • View Profile
Re: Busana Melayu
« Reply #1 on: April 21, 2012, 04:32:01 PM »
Busana Cik Siti Wan Kembang





Busana Puteri Perak





Baju Kurung Berdagang Luar





Baju Kebaya Labuh





Baju Kebaya Sulam







Sources : http://kualalumpurcity.olx.com.my/users/faz2281





HangPC2

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1366
    • View Profile
Re: Busana Melayu
« Reply #2 on: April 18, 2013, 05:38:21 PM »
Adruja Wijayamala Singa atas kuda Perang.Gaya Wayang Kulit Klasik Kelantan.








Sources : https://www.facebook.com/dani.warguide




HangPC2

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1366
    • View Profile
Re: Busana Melayu
« Reply #3 on: May 31, 2013, 10:24:43 AM »
Kot Zaman Silam




Oleh Siti Salmiah A Hamid


Seindah rangkap pantun, begitulah indahnya sepersalinan songket lelaki sewaktu penulis melihat tempahan yang sedang disiapkan oleh dua anak muda di Toko Saudagar Tekua, di Kajang, Selangor, baru-baru ini.


Mohd Faizee Azwar Md Ariffin, 27, dan Allahyarham Shahrul Fadzly Mohd Zainal, 25, tidak sukar menyulam jari bersama benang dan jarum untuk menyiapkan tempahan diterima, malah semuanya pasti menarik mata yang memandang.

Dua sahabat itu meneroka seni pembuatan baju tekua sejak lima tahun lalu, selepas mendapati pakaian songket tradisional Melayu kini semakin hari semakin dilupakan, bahkan ramai di kalangan generasi baru sudah tidak mengenalinya.

Kecenderungan mereka berdua bermula sewaktu singgah di sebuah kedai jahit yang diuruskan warga Pakistan.



Melihat orang terbabit menjahit dan menghasilkan sebuah tanjak, membuatkan mereka tercabar dan berasa malu kerana pakaian tradisional Melayu itu dihasilkan oleh rakyat asing.


“Dari situ, kami mula menimba pengalaman untuk membuat tanjak serta mendalami ilmu dengan beberapa orang yang mahir dalam menghasilkan pakaian tradisional Melayu lelaki dan perempuan.

“Alhamdulillah, hasilnya boleh dibanggakan apabila usaha kami mendapat sokongan keluarga dan rakan, malah berjaya menarik perhatian pelancong asing sewaktu kami melakukan demonstrasi busana Melayu,” kata Mohd Faizee Azwar.

Menurutnya, pelbagai suka dan duka dilalui mereka berdua, malah ada yang melemparkan tohmahan dan menganggap mereka melakukan kerja gila.

Namun katanya, melalui aktivis busana Melayu yang berjaya menarik penyertaan daripada pelbagai persatuan dan kumpulan memberikan semangat dan harapan untuk mereka memperjuangkan pakaian tradisional Melayu itu.

“ Menerusi aktivis ini, kami berpeluang menyedarkan generasi muda agar berani menampilkan diri dan memperkenalkan kembali pakaian tradisional Melayu melalui pelbagai aktiviti.

“ Kami juga memulakan revolusi memakai tradisional warisan Melayu sewaktu ke Suria KLCC dan Bukit Bintang. Bayangkan, bagaimana pandangan masyarakat sewaktu 38 aktivis ini memakai pakaian berkenaan dari Stesen KL Sentral, seterusnya Suria KLCC dan Bukit Bintang.

“ Malah, kami turut ke muzium serta beberapa negeri seperti Johor, Melaka dan Kelantan. Kemuncaknya pada 2012, aktiviti ini berjaya menghimpunkan peminat pakaian tradisional daripada pelbagai generasi di Ladang Alam Warisan, Negeri Sembilan, ” katanya.

Pemakaian baju tekua dianggap antara pakaian rasmi kalangan pembesar istana dan panglima Melayu. Malah, dalam Sulatus Salatin menyatakan ia dipakai 10 pembesar Melaka, antaranya Temenggong, Laksamana, Syahbandar dan Bentara.

Barangkali masih ramai tidak mengetahui baju tekua. Ia boleh diumpamakan baju kot di zaman dulu, diperbuat daripada kain songket dan dipakai bersama tengkolok, baju kutang, seluar mengan, sampin serta bengkung. Boleh juga dipakai tanpa bengkung dan sampin.

Perkataan tekua dikatakan berasal daripada kata ‘ takwa ’ yang terbit selepas pedagang Arab melihat masyarakat Melayu memakai pakaian labuh seperti jubah. Perkataan itu mencerminkan pemakainya berbangsa Melayu dan memenuhi tuntutan agama iaitu menutup aurat.

Sementara itu, Shahrul Fadzly berkata, pakaian tradisional lelaki ada pelbagai jenis dan namanya yang tersendiri.

“ Masyarakat mungkin mengenali baju layang dan baju sikap yang digunakan sewaktu majlis perkahwinan atau majlis bersilat.

“ Baju tekua diperbuat daripada kain songket yang direka lebih singkat dengan rupa kaki baju hanya separas atau berada atas lantai agar si pemakai tidak duduk di atas pakaian itu.

“ Panjang lengannya pula adalah sejengkal daripada pergelangan tangan, manakala potongan di tengah baju berukuran sebesar tapak tangan si pemakai dan diikat dengan kancing di bahagian dada, ” katanya.

Memakai tekua tidak lengkap tanpa seluar mengan yang direka mengikut adat dan suku sama ada Melayu, Bugis ataupun Minang.

Rekaan seluar mengan pula biasanya labuh hingga sejengkal dari buku lali. Rekaannya juga unik kerana mempunyai tepak di bahagian kelangkang bagi memudahkan pergerakan aktif golongan lelaki.

Tanjak pula perlu dilipat teliti sehingga lima tingkat, mencontohi lima lilitan serban dipakai oleh orang Arab.

Selepas memahami semua jenis dan keperluan, tidak hairanlah bagi Toko Saudagar Tekua menghasilkan persalinan pakaian tradisional lelaki yang lengkap dari tanjak, baju tekua, baju dalam sehinggalah seluar mengan.

Meskipun satu ketika dulu ia dipakai dalam majlis rasmi, adat istiadat dan kebesaran diraja, pemakaian busana Melayu ini boleh diberi nafas baru dan disesuaikan dengan peredaran zaman.

Sehingga kini, toko berkenaan menerima sambutan menggalakkan, malah mendapat tempahan dari pelbagai pihak termasuk dari luar negara seperti Singapura, Brunei, Belanda, Jordan dan Scotland.

Harganya pula tidaklah mahal, contohnya bagi sepasang pakaian tradisional lelaki berharga RM450, manakala tanjak dari RM100 hingga RM150, bergantung kepada reka bentuk dan pilihan pengguna.



- Harian Metro -