Show Posts

This section allows you to view all posts made by this member. Note that you can only see posts made in areas you currently have access to.


Topics - adzakael

Pages: [1] 2 3 ... 13
1
Uptown @ Pergh! / 'Ceritalah' Exhibition Forum,23 Feb 2013, Publika
« on: February 19, 2013, 11:20:28 PM »
23 February 2013
2.00pm-4.00pm
Black Box MAP @ Publika,Solaris Dutamas

In conjunction with 'Ape Cerita' Exhibition, 'Ceritalah' will be a forum of expressing ideas and thoughts.In the spirit of freedom of speech,the audience will have the chance to discuss the arts and philosophy presented by the speakers and to address their views,concerns and feedback while having the privilege on learning their visions and hope for the future.

The speakers will be:
-Bibichun
-Snozze and
-Shieko

Guest speaker
-Alifstyle

This event is open to public.Free entry.

https://www.facebook.com/events/424546570964876/

2
Salam.

Pada 16 Feb 2013 hingga 23 Feb 2013 akan dilangsungkan pameran "Ape Cerita" di Black Box MAP Publika,Solaris Dutamas.Pada hari pertama, pameran akan dibuka dari jam 7.00pm.

Aku ada collaborate dgn salah seorang artis kat situ. Jadi,sila datang meriahkan pameran.

Maklumat lebih lanjut,sila lawati page facebook ini

https://www.facebook.com/events/447435388660657/

3
Uptown @ Pergh! / Kolej Yayasan Melaka
« on: December 17, 2012, 07:30:51 AM »
aku nak hantar adik aku ke ICYM (International College of Yayasan Melaka)
aku nak letak dia buat animasi

boleh sape2 citer sikit benda2 psl ICYM ni
perkara2 yg tak ditulis dlm prospektus
since aku lecturer jugak,aku nak tau benda2 mcm failure rate,student demographic,management/faculty relationship etc

mekasihhhhh  :D

4
Uptown @ Pergh! / Iklan Tak Rasmi Jawatan Pensyarah Grafik Design
« on: March 21, 2012, 10:22:02 PM »
sebab tak rasmi aku tak letak kat job vacancy tu

sesape yg rasa nak jadi pensyarah grafik design
sila2 la kontek aku
kat tempat aku keje ni akan ade jawatan dibuka sbb lecturernye sorang mau berenti (baru kawin daa)

minimum kena ade Bachelor Degree
kalu ade undergrad Master pun okay
ade pengalaman lagi syiok

gaji terang2 aku cakap kecik berbanding dgn kolej2 popular tanahair
tapi keje mmg relax,gerenti ade time utk buat freelancing (jgn risau,opis tak kacau punye,takde mintak percentage macam satu institusi pengajian tinggi tu)

area Taman Melawati.
so,disbbkan jawatan tak dibuka lagi,ni kirenye permohonan ikut kabel dalaman.
kirenye ikut kroni la ni :D

jadi sila2 kan la ye,jgn malu jgn segan

5
Uptown @ Pergh! / Kartunis Fatah (Lagak A.Mamud) Terlantar Sakit
« on: October 03, 2011, 07:32:25 PM »
pada hari Ahad semalam
Wak Jenal dan rakan2 (termasuk Rambut dan Azman Yusof)
telah pergi melawat kartunis Fatah yg dikhabarkan sedang sakit di Paka,Kemaman.

Sampai disana,mereka bertemu Fatah dan juga Manan Ngah (komposer terkenal tanahair),adik kpd kartunis Fatah.

Gambar menunjukkan keadaan terkini Fatah (berbaju pagoda putih duduk dikerusi).Seingat aku, dia sedang menghidap sejenis penyakit saraf sekian lama dan menurutnya, ia makin menular selepas raya tahun lepas akibat terjatuh.



Uploaded with ImageShack.us



Uploaded with ImageShack.us

6
Uptown @ Pergh! / Eksperimen Jimat Minyak bersama El Cipan
« on: December 14, 2010, 10:25:53 PM »
baru2 ni kenaikan petrol telah mengakibatkan ramai org makin botak kepala
pening sbb duit makin susut nak tampung duit petrol
masing2 mula menyuarakan pendapt mengenai situasi sekarang
bermacam2 dan berjenis2 pendapat jugak la

jadi aku piki
"Mesti ada cara nak handle perkara macam ni"
jadi aku tanya pakcik google cara2 yg bole aku pakai
aku bole pakai utk menjimatkan penggunaan minyak

setelah berpuluh2 sesi bersama pakcik google dan uncle wikipedia
serta abg akak forum2 lain
aku dgn penuh keyakinan diri memulakan Eksperimen Jimat Minyak bersama El Cipan

sebelum eksperimen dimulakan
aku analisa balik penggunaan petrol aku
aku sentiasa isi tank El Cipan dua kali seminggu (6 hari)
setiap isian adelah 28.6 liter (bersamaan RM50 @ RM1.75 per liter)
total 57.2 liter,tahan utk 595.2km bersamaan 99.2km perjalanan sehari
bermaksud 10.4km per liter atau 9.6 liter per km

tak cukup efisien tu

jadi
aku breakdown 4 perkara/langkah utk menjimatkan petrol aku

1. cara pemanduan
2. aerodinamik
3. mekanikal
4. elektrikal/elektronikal

jadi utk langkah pertama
aku ubah gaya pemanduan aku dulu

aku perasan
aku bnyk merempit sepanjang aku drive pegi keje
aku keja macam2 keter,dari Proton Wira modified ke Suzuki Swift sampai la ke Mazda RX-8 dan Mercedes V8
jadi adegan2 rempitan ni mmg bnyk pakai petrol...blom kire aku merempit harian kat playground feveret aku
jd aku amik keputusan utk kurangkan merempit
bwk keter secara rilek,tak perlu agresif

lps tu
aku belajar satu teknik pemanduan yg dikenali sbg 'pulse and glide'
bermaksud
pulse=aku tekan minyak sampai ke satu thp lebih 20km/j dr ape yg aku nak
glide=kemudian aku free gear ke neutral,biar enjin rev kat 1000rpm dan kawal kereta semasa ia bergerak menggunakan momentum
teknik ni bole digunakan di jln lurus dan juga semasa naik bukit,dimana masa nak sampai ke kaki bukit kita pulse dan kita glide masa nak naik bukit
tp man man jugak la,jgn la sampai keter tu gelungsur blakang balik

teknik feveret aku adelah
biarkan kereta turun bukit dlm gear neutral
selalu jugak bile El Cipan turun bukit bole capai lebih 100km/j
tanpa tekan minyak dgn gear free,rev 1000rpm

setelah aku test teknik ni dlm masa seminggu
aku mendapati bhw fuel consumption aku berubah
dimana dgn 19.7 liter,aku boleh cover 248km
bersamaan 12.6km/l atau 7.9 liter per km
satu penjimatan yg signifikan
dimana dulu aku spend RM100 setiap minggu (atau RM102.96 utk nilai sekarang)
kini aku bole spend dlm RM72 seminggu utk jarak yg sama
dgn hanya teknik pulse and glide serta penggunaan graviti aku bole jimat RM30.96 seminggu atau RM123.84 sebulan atau RM1486 setahun.

tapi kena ingat,ni consumption aku utk pengguna highway tegar
highway2 pun,sll jugak jam dr Damansara ke Subang...kalu aku balik petang2
tp kalu aku balik mlm2 camne?
hmmmmm

esok
aku akan mulakan langkah ke 2 iaitu aerodinamik
aku dgn brader workshop kolej akan bekerjasama buat front splitter utk El Cipan
nantikan report terbaru utk anda semua.... 

7
Uptown @ Pergh! / Apehal????
« on: November 25, 2010, 12:53:08 AM »
<a href="http://www.youtube.com/v/68gnQr5719k" target="_blank" class="new_win">http://www.youtube.com/v/68gnQr5719k</a>

ini video student aku tunjuk td
die bilang benda ni jd kat Kepong

aku terus macam apehal???
buli budak kecik ramai2
muka ganas tp telur takde

ni video salah sorang lps kena tangkap dgn org situ http://www.facebook.com/video/video.php?v=167770659922403&oid=121766611168619&comments&ref=mf

http://www.facebook.com/profile.php?id=100000733112613&v=wall facebook budak yg kena buli

http://www.facebook.com/album.php?profile=1&id=100000534563926 facebook salah sorang pembuli,siap posing dgn parang woooo

apekena dgn diorng ni?


8
Animation, Visual Effects & Motion Graphics / Short Film Adzakael
« on: November 14, 2010, 01:52:01 PM »
<a href="http://www.facebook.com/v/10150317214415650" target="_blank" class="new_win">http://www.facebook.com/v/10150317214415650</a>
<a href="http://www.facebook.com/v/10150317206425650" target="_blank" class="new_win">http://www.facebook.com/v/10150317206425650</a>

dua short film aku buat utk ID department kolej aku keje
menang no. 3 ngan no. 2 smalam masa event 5Belas 2010 kat Taylors

9
Uptown @ Pergh! / Datuk Sosilawati Dibakar?
« on: September 12, 2010, 08:07:20 AM »
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0912&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
Quote
Sosilawati dibunuh, tujuh ditahan

Oleh ANGELINA SINYANG
pengarang@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 11 Sept. – Misteri kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lagi lelaki sejak 30 Ogos lalu, hampir terungkai dengan tertangkapnya tujuh suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut.

Difahamkan, seorang daripada suspek yang ditahan merupakan peguam bergelar Datuk berusia 40-an yang dinamakan polis sebagai suspek paling dikehendaki dalam kes kehilangan usahawan wanita terbabit bersama tiga yang lain.

Hasil soal siasat ke atas suspek, polis mendapat maklumat bahawa kesemua mangsa sudah dibunuh dan dibakar manakala abu mayat mereka dibuang ke dalam laut di Pantai Morib, Selangor.

manakala di RTM,aku tgk td polis masih lg x nk kluarkan ape2 kenyataan sampai forensik siapkn keje

tp
mmg masak la sape2 yg terlibat....


10
3Ds, Graphic Designs And Multimedia / Suka-Suki Cinema 4D
« on: August 31, 2010, 11:58:01 PM »
suka-suka aje aku godek2 ini Cinema 4D
skit nye lama aku x pakai,ade kat dlm komputer sesaje
last2 aku buat benda alah ni



tak abih modeling lagi
tayar tu pon aku rembat yg free punye
cume aku tgh pening
psl texturing body keter tu
camne nk bg die nmpk lg convincing?

11
Movies, Musics, Anime And TV Series. / FRINGE di ntv7
« on: August 30, 2010, 06:42:49 AM »
sebuah lg karya JJ Abrams

Mengisahkan divisyen Fringe dlm FBI,dimana tugas anggotanya adalah utk merakamkan kehidupan orang...eh silap silap...itu ayat movie lain.



Ia mengisahkan divisyen Fringe yg berdepan dgn misteri yg digelar The Pattern,dimana terdapat pola kejadian2 aneh yg berlaku disekitar Amerika.Pola kejadian ini dikaitkan dgn  sebuah kompeni bernama Massive Dynamic dan juga terrorist yg digelar Zerstörung durch Fortschritte der Technologie atau singkatnya ZFT.

Skarang dah masuk musim ke-2,Fringe bole ditonton pada jam 8.30 mlm di NTV7 setiap Ahad.



12
Activities @ Pergh / Pergh!!! Go Kart #2
« on: August 02, 2010, 01:09:27 PM »
Pergh! dtg lagi dgn aktiviti go kart nyaaaaa

marila dtg bermain go kart bersama2

tempat: Go Kart Stadium Shah Alam
tarikh: Ahad 8 Agustus 2010
masa: selepas asar 5.00pm
bayaran: RM35 utk 10 minit + RM50 refundable deposit (melainkan kalu ko jahanamkan go kart diorng :P)
pakaian: seluar panjang,kasut (sneakers plg afdal)....dan jgn lupa sarungkan baju sekali,kami tak mau tgk perut anda yg ' seksi' itu terdedah  :emph: :emph:

bawak sekali: towel,seluar kecik spare,seluar panjang spare,juga makanan utk selepas main go kart (sbb mmg akan gerenti lapar punye)

contact Mistik utk keterangan lanjut :D


13
Sketch @ Conteng / Aku Berani...Berani Aku...
« on: June 02, 2010, 12:59:42 AM »
Op jgn salah sangka dgn itu tajuk
cume lirik dr lagu NurNilam Sari
dan ini adelah sketches yg diinspirasi
dr lagu tersebut





lama jugak la aku x tunjuk artwerk kat sini...

15
Uptown @ Pergh! / Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, Mangkat
« on: January 23, 2010, 12:49:24 AM »
Quote
Sultan Iskandar raja yang tegas, adil

KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail yang mangkat hari ini pada usia 77 tahun, adalah seorang raja yang tegas tetapi adil dan sentiasa mahukan yang terbaik bagi rakyat, menjadikan negeri Johor sebagai antara negeri termaju di negara ini.

Baginda yang dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981, mangkat pada 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri selepas dimasukkan ke hospital itu hari ini kerana gering.

Baginda meninggalkan Sultanah Johor, Sultanah Zanariah serta dua putera dan lapan puteri iaitu Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail, Tunku Puteri Johor Tunku Hajah Kamariah, Tunku Besar Tunku Zabedah Aminah, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah, Tunku Hajah Mariam Zahrah, Tunku Norani, Tunku Maimunah Ismailiah, Tunku Bendahara Johor Tunku Abdul Majid Idris Ismail, Paduka Puteri Tunku Muna Najiah dan Tunku Aminah Kalsom Masera Marian Zahirah.

Semasa pemerintahan baginda, Sultan Iskandar dikasihi pelbagai lapisan rakyat negeri Johor atas bimbingan dan perhatian berterusan baginda terhadap segala naungannya.

Baginda bukan sahaja bijak dalam hal keagamaan dan pemerintahan tetapi juga dalam pelbagai bidang lain seperti ketenteraan, sukan dan perniagaan.

Baginda sering bertitah mengingatkan rakyatnya agar sentiasa hidup bermuafakat, bersatu padu dan bekerja bersungguh-sungguh bagi menjamin kebahagiaan negeri Johor.

Sultan Iskandar dianugerahkan ijazah Doktor Kehormat Undang-undang oleh The National University of Singapore (NUS) pada 12 April 2007 sebagai mengiktiraf peranan baginda dalam kemajuan dan kemakmuran negeri itu serta sumbangan baginda terhadap hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura.

Dalam menjaga hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura, baginda sering menjemput pemimpin Singapura ke Istana Bukit Serene di Johor Baharu semasa sambutan Hari Raya.

Sultan Iskandar, yang dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong kelapan pada 26 April 1984 hingga 25 April 1989, diputerakan di Istana Semayam, Johor Baharu pada 8 April 1932 adalah putera sulung kepada Almarhum Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim.

Menggemari permainan polo, papan layar, golf dan memburu, baginda adalah juruterbang bertauliah dan pernah mendapat latihan asas ketenteraan dalam Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor.

Baginda adalah Panglima Askar Timbalan Setia Negeri Johor yang diasaskan dan ditubuhkan oleh moyang baginda, Almarhum Sultan Abu Bakar pada tahun 1885.

Minat baginda dalam bidang ketenteraan jelas dilihat daripada perwatakan baginda yang sentiasa segak beruniform tentera dan ketegasan baginda dalam soal disiplin.

Sultan Iskandar pernah menyertai batalion kedua Askar Wataniah di Johor Baharu pada 1960 dan berkhidmat dengan Pasukan Simpanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebagai pegawai dan dilantik sebagai Kolonel Yang Dipertua Rejimen Gerak Khas.

Sebagai Ketua Agama Negeri, baginda sentiasa mengadakan hubungan erat dengan Majlis Agama Negeri atau pentadbiran jabatan berkenaan untuk mengikuti perkembangan dan masalah agama. Baginda sendiri turut menyampaikan khutbah Jumaat di masjid sekitar Johor.

Di arena sukan, baginda terkenal sebagai peminat dan ahli sukan dalam pelbagai acara yang mencabar seperti golf, tenis, tinju, luncur layar, ski air, menyelam, berenang, payung terjun, lumba kereta dan menunggang motosikal berkuasa tinggi.

Baginda adalah seorang juruterbang helikopter dan pesawat ringan yang dikagumi.

Sultan Iskandar yang turut gemar berburu, sering menasihatkan rakyat negerinya agar menceburi sukan menembak kerana baginda percaya sukan itu akan muncul sebagai sukan utama di masa hadapan.

Ketika merasmikan Kejohanan Menembak Sultan Iskandar Challenge Trophy 1997, baginda bertitah sukan itu bukan lagi menjadi aktiviti yang dikhususkan kepada golongan berada tetapi terbuka kepada semua golongan kerana yuran dikenakan oleh kelab menembak adalah kecil.

Hasrat baginda itu kini menjadi kenyataan kerana Malaysia mula muncul sebagai antara negara yang mempunyai penembak terbaik di peringkat antarabangsa.

Sehingga kini, Persatuan Penembak Clay Target Johor (JCTSA) terus menganjurkan pertandingan menembak Piala Sultan Iskandar, yang membabitkan penembak tempatan dan luar negara, sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Iskandar.

Selain sukan menembak, baginda turut memberikan sokongan kepada sektor pelancongan dengan seringkali mencemar duli menghadiri Festival Layang-layang Antarabangsa di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang yang menjadi venue tetap acara itu.

Titah baginda, penganjuran agenda bertaraf antarabangsa merangkumi acara sukan, rekreasi serta temasya layang-layang dapat memberikan imej antarabangsa kepada Johor dan Malaysia.

Sultan Iskandar menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Baharu sebelum melanjutkan pelajaran di English College (sekarang Maktab Sultan Abu Bakar) di Johor Baharu dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Trinity Grammar School, Australia pada usia 16 tahun sebelum ke Devon Technical College, England lima tahun kemudian.

Setelah menamatkan pengajian pada 25 Januari 1956, baginda pulang ke Johor pada 1956 dan terus berkhidmat sebagai pegawai tadbir dalam Perkhidmatan Awam Negeri Johor sehingga 1959.

Sultan Iskandar dilantik Tengku Mahkota Johor pada 8 Mei 1959 berikutan kemangkatan nenda baginda, Almarhum Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar di London.

Pada Disember 1966, baginda dilantik Raja Muda Johor oleh ayahanda baginda dan turut menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan menubuhkan beberapa syarikat seperti Mados Enterprises dan Mados-Cito-Daiken.

Pada 10 Mei 1981, baginda dilantik Pemangku Raja pada 11 Mei 1981, selepas Sultan Ismail gering dan dimasyhurkan sebagai Sultan Johor keempat dalam sejarah Johor moden. - Bernama
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Mutakhir/20100123000953/Article/index_html

16
http://ondscene.my/2010/01/17/rumusan-ikon/

Quote
Hunbungan baik saya dengan pegawai dan kakitangan Bahagian Penguatkuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia, telah membawa saya membongkar secara eksklusif banyak kes.

Ketika menerima maklumat mengenai kes ini, saya andaikan mungkin ia adalah kes membabitkan pihak ketiga, dan bukannya seperti nama yang tertera.

Akhirnya, kira-kira jam 11 pagi tadi, operasi dimulakan, targetnya, ialah sebuah rumah di Taman Berlian, Gombak.

Operasi diketuai Timbalan Pengarah Penguatkuasanya, Hj Wan hamid Hj Wan Ibrahim.
Ia mengenai satu maklumat dari orang awam produk ’Penawar Sendi Tulang’ – yang ujian makmal positif bahan racun steroid jenis dexamethasone.

Masalahnya, produk ini menggunakan nama seorang kanak-kanak yang digelar ikon kerana kepintarannya di dalam matematik dan amat terkenal di seluruh negara.

Ketika tiba di lokasi, kanak-kanak terbabit dan kedua-dua ibu bapanya tiada- mereka ke Kota Kinabalu difahamkan melakukan promosi produk keluaran mereka.

Dipendekkan cerita, kami ditunjukkan sebuah rumah yang terletak di hadapan rumah kanak-kanak terbabit – sebuah rumah teres dua tingkat yang akhirnya didapati dijadikan sebagai kilang pengeluaran.

Penemuan ini tidak dijangka kerana mulanya dijangkakan hanyalah sebagai stor.

Ye, rumah ini adalah kilang – dengan beberapa orang termasuk kanak-kanak membuat pembungkusan.

Beribu-ribu botol plastik kosong, beribu-ribu botol produk yang telah siap dibungkus dan bahan mentah serta kawasan kecil yang menjadi ‘makmal’ memasukkan pil-pil ke dalam botol.

Apabila ditanya kepada salah seorang pekerja, mereka mengakui, produk ‘Penawar Sendi Tulang’ diimport dari luar negara yang telah siap dibotolkan, dan mereka hanya menampal label dan sudah boleh dijual.

Itu sahaja. Begitu mudah.

Ubat yang telah diuji positif dexamethasone ini pula tidak didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan.

Semua terkedu kerana betapa mudah berniaga, lebih-lebih lagi ikon kanak-kanak terbabit telah dijadikan ‘jaminan’ keberkesanannya.

2,095 botol ubat ini dirampas.

Dan, rampasan tidak terhenti di situ, malah penemuan berikutnya amat-amat memeranjatkan…

Betapa ubat/ubat tradisional yang didakwa sebagai  ‘rumusan’ kanak-kanak terbabit, sebenarnya tidak wujud.

6 produk terbabit yang dijual kepada tiga set setiap satu mengandungi 2 botol berlainan, bukanlah ramuan yang dirumus oleh ikon terbabit.

Yang ada ialah, ubat homoepathy yang diimport dari Pakistan.

Pil-pil berwarna kuning ini kemudian diisikan ke dalam botol-botol kecil , yang mana, beberapa jenis darinya, sebenarnya adalah diisi dengan ubat yang sama dari botol yang diimpot itu.

Tetapi ia dijual seolah-olah ia adalah ubat yang berlainan antara satu botol dengan botol yang lain.

Harganya berbeza setiap kotak yang mengandungi 2 botol ubat – RM40, RM60 dan RM170 sekotak.

Yang pasti , semua ubat-ubat ini tidak pernah didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan, malah kandungan ubat ini juga tidak diketahui apakah isinya, di mana ujian makmal akan dilakukan kemudian untuk mengetahuinya.

Di manakah dakwaan , bahawa ubat-ubatan ini adalah rumusan ikon kanak-kanak itu, dan apakah bezanya kepada pembeli jika sebenarnya, pil di dalam botol A, adalah sama dengan pil di dalam botol C dan botol E.

Mudah, amat-amat mudah untuk berniaga…

Dan semua produk mempunyai logo halal seolah-olah logo Halal Jakim, sedangkan tiada sebarang permohonan dibuat sebelum ini.

Sejumlah 12,554 botol produk pelbagai jenis itu dirampas.

Rampasan bernilai kira-kira RM600,000 dan siasatan dilakukan di bawah Akta Jualan Dadah 1952.

———————————————————————————–

Dengan promosi yang begitu hebat sejak kebelakangan ini, ubat ini mendapat sambutan yang amat-amat menggalakkan.

Sasaran utama ialah ibu-bapa yang – mahu anak mereka menjadi cerdik dan genius seperti ikon tersebut, dan sebagai penawar stress.

Pelbagai janji ditawarkan jika memakan ubat dari Pakistan ini.

Khusus untuk mereka yang : lemah daya ingatan, degil,pelupa, kurang semangat,kurang tumpuan, pemalu, tekanan/stress, masalah jiwa/mental.

Malah ia lengkap dengan pantang larang sekali…

———————————————————————————————–

Sekarang, terpulang kepada anda atau anak anda samada untuk meneruskan memakan ubat Pakistan ini, atau bagaimana?

Entry ini tiada niat untuk menjatuhkan sesiapa apalagi untuk memburukkan . Ia sebagai tanggungjawab sosial saya kepada anda dengan izin Allah kerana memberi ruang kepada saya untuk mendedahkan sesuatu berpandukan fakta dan siasatan.

Dan, kini, saya telah tahu, bagaimanakah rumusan ajaib ini sebenarnya ‘diproses’…

Dan juga, senarai panjang sedang menunggu untuk membongkar banyak lagi kes-kes sebegini atau seumpamanya

Ambil nama produk tersebut + nama kanak-kanak ikon yg anda syaki
korang mungkin akan terkejut ape yg sedang berlaku
go figure

17
Uptown @ Pergh! / 1Malaysia F1 Team Beraksi Tahun Depan
« on: September 15, 2009, 07:44:26 PM »
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Mutakhir/20090915182218/Article
Quote
1Malaysia F1 Team sertai Formula Satu tahun depan

PUTRAJAYA: Pasukan Formula Satu negara, 1Malaysia F1 Team, akan menyertai perlumbaan Formula 1 mulai musim depan, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, 1Malaysia F1 Team adalah usahasama antara kerajaan dan pihak swasta.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Mutakhir/20090915173608/Article/index_html
Quote
Lotus kembali beraksi di Formula 1

LONDON: Badan pentadbir Formula 1 hari ini menamakan Lotus sebagai pasukan ke-13 kejohanan tahun depan.

FIA berkata ia turut menerima permohonan pasukan BMW Sauber tetapi disebabkan BMW sudah mengumumkan penarikan sokongan pada 2010, wujud ketidaktentuan berhubung pemilikan pasukan itu.

Namun, BMW Sauber diberikan kedudukan ke-14 yang bermakna ia boleh mengisi sebarang kekosongan pada perlumbaan tahun depan.

Pasukan baru yang akan dikenali sebagai Lotus F1 Team itu adalah usaha sama Kerajaan Malaysia dan konsortium usahawan negara.

Ketua pasukan ialah Tony Fernandes manakala pengarah teknikal ialah Mike Gascoyne yang memiliki pengalaman lebih 20 tahun dalam Formula Satu.

Lotus juga sudah bersetuju dengan perjanjian enjin dengan Cosworthh

Pasukan itu akan pada mulanya ditempatkan di Norfolk, kira-kira 10 batu dari kilang Lotus Cars di Timur England.

Kemudahan reka bentuk, pengeluaran dan pusat teknikal akan dibina di Litar Perlumbaan Antarabangsa Sepang. - Reuters


 :D

so nampaknya akan nampak logo AirAsia,Proton,Lotus dan juga banner 1Malaysia.
harapnye yg jd pemandu utama pun salah seorang harusnya org kita jugak la

18
Research And Developement / [PRE-PROD]ΩMAR oleh Adzakael
« on: March 15, 2009, 12:16:32 PM »
sekian lama aku tak produce komik
akhirnya aku telah memulakan ΩMAR

preview













19
aku dpt dr yahoogroups
Quote
Public Talk on Japanese Anime by Ms. Helen McCarthy

Who is Osamu Tezuka?

Osamu Tezuka is well-known Japanese comic artist who created Astro
Boy and many more titles. This is a talk about the life and work of Osamu
Tezuka, who died 20 years ago, on February 9 1989. Tezuka was only seventeen
years old when he sold his first professional work, and he completed medical
school and qualified as a doctor while working as an artist. His story is
very inspiring, especially for teenagers and parents who are worried about
their teenagers' love of comics and TV.

Ms. Helen McCarthy is a prominent British anime and comic researcher who
received International Manga and Anime Foundation Award in 2006 and has
published numerous books on anime and comics including The Anime
Encyclopaedia: Japanese Animation since 1917, (with Clements, Stone Bridge
Press (Berkeley, CA) 2001)."

Date: 11 February 2009 (Wed), 6:00pm-7:00pm
Venue: Classroom in JFKL office
Capacity: 30 people
Admission: FREE
Registration: Please register via phone call to 03-2284 6228
(8:30am-4:30pm). First come first served basis.

http://www.jfkl.org.my/events/event_body.php?id=175

haaa
sapo nak pegi
daftar cepat2

20
Uptown @ Pergh! / Ini Gitar Sudah Kena Curi
« on: January 15, 2009, 06:41:56 PM »



ini sape/gitar (satar?) sudah dicuri dari tuannya di KFC Wangsa Maju
sapa2 ade nampak atau tau sape2 nak jual gitar ni
atau pegang gitar ni slps 9 januari 2009
pls PM aku details dan info berkaitan
terima kasih

Pages: [1] 2 3 ... 13