Show Posts

This section allows you to view all posts made by this member. Note that you can only see posts made in areas you currently have access to.


Topics - Hariszzz

Pages: [1]
1
Vacancy And Freelance / Freelance 3d animator wanted!
« on: August 24, 2009, 04:05:56 AM »
Salam sejahtera warga pergh sekelian.
Selamat berpuasa kepada yg muslim…

Sykt kami sedang mengusahakan sebuah projek animasi 3d yang ditaja sepenuhnya oleh kerajaan.

Beberapa orang animator yang berpengalaman dan power artwerknya diperlukan untuk membantu menjayakan projek ini.

Jawatan yang ditawarkan: senior 3d animator
Taraf jawatan: sambilan.
Komitmen kerja: Weekdays kena spend masa utk buat animation job yg telah ditugaskan. Anda juga perlu datang ke syarikat kami setiap hari Sabtu. Kadang2 hari ahad juga.
bayaran: dalam bentuk elaun RM1200++ sebulan

berminat? Sanggup?
Kepada sesiapa yang berminat nak buat extra income dengan menyertai dan melaksanakan rutin komitmen di atas boleh la memohon. Anda sangat2 dicadangkan supaya memohon secara berkumpulan. Jumlah maksima ahli kumpulan ialah 3 orang sahaja. Anda/kumpulan anda perlu membuat ‘persediaan’ untuk menghadiri hari temuduga.

Persediaan itu ialah:
Anda/kumpulan anda perlu menyiapkan sebuah slot animasi 3d dengan running time 1 minit (minimum) Slot animasi ini perlu menggunakan sumber yang kami sediakan iaitu- Sketch rekaan karektor. amik kat sini:


Anda perlu menafsirkan sketch karektor ini ke dalam bentuk slot animasi 3d. buat karektor ni berjalan. kreativiti yg kami nak tengok ialah 3d model karektor tu, angle, motion, sfx n sewaktu dgnnya la. WAJIB: masukkan caption kat ruang dasar screen (subtitle area)- character: Nursirna. created by norman harizan

Slot animasi mestilah dihantar kepada kami melalui email pada 15 September 2009.
Camna pun kalau tak siap takpe- kami nak tengok progress je dulu. Kalo siap korang bole beraya dgn rilek… Hanya mereka yang menghantar slot animasi yang menggunakan sumber kami sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga dan berpeluang menyertai projek kami. Slot perlu disiapkan sepenuhnya sehari sebelum hari temuduga.

Temuduga akan diadakan selapas cuti raya. Masa dan tempat akan diberitahu kemudian. Projek yg bakal anda join ni akan bermula tahun depan.

Sebagai langkah awal hantarkan resume ringkas anda ke battlecraftgalaxy@gmail.com
Pertanyaan boleh diajukan di thread ni atau hantar ke email di atas.

allrite thaz all :)
terima kasih

2
Sketch @ Conteng / ZZZZZzzzzzz.......
« on: May 08, 2008, 09:48:39 AM »
my fellow perghians,

actually aku banyak habiskan masa aku dgn buat cerita n praktis menyusun n mempersembahkan cerita yg aku cipta tu... ringkasnyer: berangan.

drawing ni aku kureng praktis sket... sbab aku pk in future nak tulis cerita je pastu suruh korang yg muda mudi ni lukiskan... tapi oleh kerana aku ni baru dlm seni komik so kena buat semua sendiri dulu... so kena praktis lukis gak.

aku ni suka wat karektor design, tapi nak mengkomikkan cerita aku terpaksalah aku wat produk design, landscap design, architecture design etc design. cuma... sebab belajar x tinggi so design pun hampeh! ...

seumur hidup aku Jarang jarang aku wat fan art... stail aku... aku nengok karektor ciptaan orang aku nak cipta aku punya version... kira cam karektor redesign gak la...
tapi x masuk battle lak... awal2 join pergh dulu aku join gak crb tu tapi lama2 xsempat ooo... manyak mender nak wat... life is short.

so... to Presiden of pekomik yg nak dah lama ugut nak nengok kejer aku... ni la dia the best of me... pd aku most yg akan dipersembahkan dlm topik aku ni is hasil kerjer aku yg dihasilkan dgn tekun sekali... most of it takes hours to finish... cuma dlm pergh.com level yg layak utk karyaku hanyalah... skectch/conteng...

well... thats me... i just restart my life, converting my hobby into my brand new career... n... there is no turning back! :((:

so... wakey! wakey!

aku draw... korang komen...

3
Research And Developement / Preview : Teknologi Larangan Hariszzz
« on: March 05, 2008, 12:50:46 PM »
Salam… Dengan ini saya persembahkan kpd Perghians semua preview novel grafik yang sedang saya usahakan.











Sebelum korang komen… saya nyatakan sedikit butiran identiti dan pendirian saya utk cerita ni.
-Hampir tiada narator box langsung dlm cerita saya ni… sebab saya xpandai jadi amik peranan jadi tukang cerita atau tok dalang tapi saya biarkan watak2 dalam cerita ini menceritakan apa2 yg biasanya narrator box ceritakan dlm komunikasi sesama mereka. cam movie la.
-Stroke lukisan memang saya pilih gaya freehand (no ruler) dan nampak cam cincai dan cam tarik2 jer… saya memang suka gaya lukisan komik yang nampak cam conteng… gaya ni saya belajar dari persembahan Puppeteer melalui karyanya Evolusi identiti tapi xbole lawan dia la… dia dah pro!
-Gaya bahasa menggunakan gaya bahasa Melayu santai masa kini(stail perbualan semasa la... cam majalah Gempak tu) rasanya gaya camtu lebih selesa dibaca. tu sebab Gempak menang. N saya ikut jejak langkah Komikoo... takde perkataan yg akan diboldkan... BM SPM saya xbest... so bo jer...

tu je kot.

Preview ni pendek tapi banyak cakap. Tak semua scene camni… ada scene yg xde dialog balloon langsung pun. So kejap sarat dgn dialog kejap visual jer… 112 pages tu. Macam2 gaya ada!

Dengan ini… saya berharap semua warga komuniti Pergh.com tak kira saper tampil mengutarakan pandangan… konstruktif ke distruktif ke… saya tetap terima... janji respon. Tu la tujuan saya join komuniti ni… kalo tak... baik saya terus jer… tau2 dah ada kat pasaran!
Preview komik utk korang... preview respon utk saya!

selamat memberi komen…

4
Horreyyy!!!!! New Members... / Welcome to my life...
« on: January 24, 2008, 09:13:00 AM »
Salam,

Selamat datang... aaaa masuk masuk jemput jemput ke thread aku yg tak seberapa ni...

Aku jumpa site ni lebihkuang 1 bulan lepas. thn ni aku dah 30's... wa rugi kann da tua2 baru jumper... baru nak join komuniti... aper bole buat da tua ni baru ada duit sket bole beli pc n set up conection...

kalo la aku jumpa site ni 5-6 tahun lepas ntah2 da tcapai citer2 aku nak jadi pelukis komik amatur... sebab Dasat la komuniti ni. betul2 membina dan menjana jatidiri seorang pelukis.

harapan aku agar site ni terus kekal di 'matrix' ni utk membina n melahirkan anak2 muda yang terer melukis... jangan jd cam aku kurang pendedahan smpai da tua pun tak terer terer lagi... sob... sob!

Oh yes tak yes jugak yesss...

kalo nak tengok hasil karya aku yg tak seberapa tu... jemputla ke thread aku yg 1 lagi kat
>SERIOUS PROJECT AREA>topic: TO STAND ALONE<.

selamat berkenalan semua...


5
Research And Developement / To Stand Alone...
« on: January 22, 2008, 12:43:11 PM »
Salam.

This is my 1st thread n 1st post kt Pergh.com ni…

Aku newbie yg ingin menjoinkan diriku ke dalam komuniti kreatif lagi ultimatik ni…
I guess I am an alien here. xder saper kenal aku kt sini… so tumpang lalu yer...
Dah hampir 30 thn aku idup baru 2 tahun lepas ada internet kt umah baru bulan lepas jumpa site ni. Kueng kueng kueng….
Aper bole buat da tua2 ni baru merasa idup senang sket…

Aku ni tak terkenal dan xterrer... bukan pro, bukan amatur pun…(buah catur je la yg layak kot heee) tapi aku akan menerbitkan komik 'stand alone' karya aku sendiri tak lama lagi. Dengan berbekalkan bakat n research yg giat diasah n dijalankan sejak 4 thn lepas... (minat da lama tapi 4 thn lepas baru serious n berciter2 nak jadi pelukis komik– bakat terpendam la ni...) aku nak terbitkan sendiri then jual komik aku secara kecil2lan jer… janji ada gaji utk diri sendiri.

Mungkin usaha ni cuma jadi batu loncatan utk aku bukak kedai runcit… (kalo tak ke mana) atau kalo dpt bertahan, aku nak komik ni jadi kanvas utk penggiat2 seni komik (yg juga Perghians) berkarya. Aku nak assign penulis, pelukis, pewrna asli, grafik designer n etc. jd semua org bole menyumbang keringat dlm mperjuangkan industri komik tanah air melalui saga cerita yg aku sediakan…

tu pun kalo saga cerita tulisan aku ni best n diterima la kan. Kalo tak best aku mintak otai2 Perghians yg super duper power mower ni bestkan nanti… (tapi mesti mahal kannn… wargh aku akan kumpul duit utk tujuan tu). Buat masa ni almost semuer kejer aku wat sendiri je. Nak minimumkan cost la katakan...

Kerja2 ‘The making’ sedang giat dijalankan… nti da siap aku nak join Pekomik utk dpt bantuan n nasihat2 dlm kejer2 penerbitan etc… bole kan…

Harap usaha solo aku ni dapat restu dari pekomik n support dari Perghians semua.

waiting for respon... (dup dup dup... nervouse mnanti wooo)

Pages: [1]