Author Topic: Pertandingan Fotografi HPM 2011  (Read 1987 times)

hpm

  • Newbie
  • *
  • Posts: 3
    • View Profile
Pertandingan Fotografi HPM 2011
« on: May 20, 2011, 10:43:54 PM »
:hoye:

Sertailah Pertandingan Fotografi Kepenggunaan sempena Hari Pengguna Malaysia 2011 anjuran FOMCA dengan kerjasama KPDNKK :hoye:


TOPIK


Kategori A: Pelajar
FA1. Sistem pengangkutan awam di Malaysia
FA2. Produk dan perkhidmatan yang mesra alam.

Kategori B: Umum
FB1. Sampah dan rakyat Malaysia.
FB2. Pengiklanan dan makanan.


SYARAT
• Pertandingan terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan pelajar yang di Malaysia.
• Peserta boleh menggunakan kamera digital (sekurang-kurangnya 4.3 megapixel) atau kamera analog (negatif filem)
• Untuk penggunaan kamera analog, negative scan boleh digunakan (sekurang-kurang resolusi 300 dpi). Saiz minimum 2MB.
• Saiz gambar bercetak (print) adalah 8” x 10” in (8R) tanpa bingkai bagi Kategori A dan 12” × 15” (12R) tanpa bingkai bagai Kategori B.


1. Foto perlu dihasilkan secara cetakan tunggal (single print) sahaja. Karya yang dihantar hendaklah yang belum pernah menyertai mana-mana pertandingan fotografi. Pihak menganjur berhak mencetak dan menerbitkan sebarang karya peserta untuk tujuan publisiti atau promosi.

2. Teknik mengambil gambar adalah bebas. Gambar digital “super-imposed” tidak akan diterima. Gambar komposit, gambar helah atau apa sahaja imej digital atau manipulasi juga tidak akan diterima. Hanya tindakan merapikan imej seperti memotong, imbangan cahaja dan warna serta menghalusi dan menajamkan imej sahaja yang dibenarkan.

3. Gambar yang dihantar (print) hendaklah disertakan dengan CD dalam format JPEG atau TIFF atau BITMAP.

4. Borang penyertaan hendaklah dilekatkan di belakang gambar bersama-sama dengan penerangan mengenai gambar (tidak melebihi 20 patah perkataan). Penyertaan tanpa penerangan mengenai gambar tidak akan  diterima.

5. Penerangan mengenai gambar boleh ditulis dalam Bahasa Malaysia atau Inggeris.



HADIAH

Kategori A: Pelajar

Hadiah Pertama                  RM 1,500.00
Hadiah Kedua                     RM 1,000.00
Hadiah Ketiga                     RM 750.00
Hadiah Sagu Hati (x10)        RM 200.00


Kategori B: Umum


Hadiah Pertama                  RM 2,000.00
Hadiah Kedua                     RM 1,500.00
Hadiah Ketiga                     RM 1,000.00
Hadiah Sagu Hati (x10)        RM 200.00


 :pompom:
Maklumat lanjut sila layari www.mypengguna.com :pompom:



« Last Edit: May 20, 2011, 10:48:13 PM by hpm »

Animadigo

  • Newbie
  • *
  • Posts: 1
    • View Profile
Re: Pertandingan Fotografi HPM 2011
« Reply #1 on: January 24, 2015, 01:38:09 PM »

If another chance Help bring this article again.