Author Topic: Syarat penyertaan Pergh.com CGbattle  (Read 1714 times)

petrakhus

  • Super Moderator
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 4376
  • Penternak kambing digital, DuaCuttyVFX
    • View Profile
Syarat penyertaan Pergh.com CGbattle
« on: June 11, 2008, 11:47:01 AM »
Syarat penyertaan:

id superbar template Pergh CG Battle( sila download)


DOWNLOAD TEMPLATE KAT SINI

Ni rules untuk battle, akan dipost sekali lagi dalam topik battle tu nanti. Sebarang rules tambahan akan diwarnakan..

TEMPLATE PSD BATTLE & KESERAGAMAN PRESENTATION
ni adalah bentuk template preview dalam forum battle. So spt biasa, selepas korang dah habis model dan render. Korang mesti fitkan saiz gambar tu dalam sukatan propotion 640x480. Kalau korang render saiz lebih besar.. spt biasa gak, letak link kat bawah untuk melihat saiz yang lebih besar. Spt maklum, korang perlu tulis sendiri nama dan nombor battle tu pada txt layer yang aku selitkan. font tu verdana je.. kompom pc korang ada.

Aku akan letakkan link PSD file template ni dalam hosting pergh dalam bentuk ZIP file dan korang perlu save dan sumbat artwork korang dalam template ni untuk post dalam pergh. Saiz template preview ni memang ngam 640x480 dibahagian kelabu, tak include super bar bawah.. so boleh tengok full fit artwork tanpa tercrop.

Aku ada jugak cadangan untuk saiz anamorphic 16:9 untuk presentation ni, itu akan kita bikin later.. if tema battle kita dah masuk skop lebih luas.

--
HOSTING
Untuk hosting, buat sementara korang pakai hosting sendiri untuk post. Nanti setiap submission aku akan collect dan savekan saiz besarnya sekali dalam pc aku ( jika tiba tiba hosting percuma yang korang pakai tu down @ acc kene delete) untuk tujuan gallery pergh dan blogsite spt yang dirancang tuh.
--

CAMNA BATTLE NI BERJALAN..
Ok, meh aku stori skit camna battle ni berjalan. Sama je konsep camna Battle Redesign character.. setiap bulan kita akan buat satu battle. Fair untuk semua orang bekerja malahan yang belajar.

Dalam sebulan kita buat, akan ada satu topik SEMENTARA yg akan list tema akan kita battle pada bulan berikutnya. Dalam thread tu gak, akan ada sistem pooling, so undi paling banyak akan jadi tema untuk next battle tuh.

Untuk judgment pulak, kita still menten konsep sama iaitu sistem pooling. So lepas satu battle habis, kita ada satu thread baru yang akan tayang work work dari submission battle tu untuk dinilai oleh semua perghrians melalui sistem undi. undi terbanyak akan jadi pemenang. Habuan pemenang, aku takleh decide lagi.. bukan bebentuk duit.. tapi aku pasti something benefit ada ..sama je benefit dari konsep battle yang diperkenalkan oleh bohrtag dalam redesign character..

Jika perjalanan battle ni semakin ramai submission, mungkin kita akan buat pecahan group. Tapi aku rasa jumlah jenis macam kita tak banyak mana. Cuma mengharapkan muka muka baru yang ingin mencuba.. amat amat digalakkan.

sapa yang tak ikut rules posting, untuk 1st post.. moderator akan tegur betulkan apa yang salah. 3rd time benda yang sama gak tak paham paham cara posting secara automatik post itu akan dihapuskan. ( untuk memudahkan perjalanan battle jadi lancar )

Dalam topik battle, sebarang komen dan crits dan teguran amat digalakan.. boleh juga diselitkan w.i.p.. cerita skit camna korang buat.. apa tools pakai dan sebagainya. takde pun takpe.. sembang mengarut-alasan atau apa jua yang menjerumus ke arah tak best secara automatik akan di delete!.

Tapi dalam topik result sapa pemenang, hanya pooling dibernarkan. topik itu tidak dibernarkan sebarang reply.

CG Battle ini dijalankan untuk aktiviti untuk karyawan animasi 3D & VFX dan penggiat model 3D. Untuk output lebih ke Digital painting korang amat digalakkan memeriahkan lagi Character battle Redesign dalam section Pergh Battle.

sebarang masalah,keraguan, pertanyaan sila p.m aku ya.

cheers
« Last Edit: July 25, 2008, 04:29:33 AM by petrakhus »
.hanya artis biasa.