Author Topic: Lord Of The Rings - Return of The King  (Read 2594 times)

nizamzakaria

  • Junior Member
  • **
  • Posts: 405
    • View Profile
    • http://dresanala.cjb.net/
Lord Of The Rings - Return of The King
« on: December 19, 2003, 11:50:52 AM »
Akhirnya, dapat juga saya tonton siri ketiga karya klasik J.J.R. Tolkien yang kini sedang ditayangkan di pawagam, Lorf of the Rings: The Return of the King. Dalam siri yang terakhir ini, dapatlah kita dapat melihat kesudahan kepada perjalanan Frodo Baggins (Elijah Woods) menjelajah ke Mordor untuk memusnahkan Ring of Power. Dalam siri ketiga ini, sutradara Peter Jackson meletakkan segala-gala yang termampu olehnya untuk membuat sebuah filem yang hebat. Maka dihidangkan kepada kita adegan-adegan yang mengagumkan. Dalam siri ketiga ini, kita akan dibawa masuk ke dalam sebuah gua yang dipenuhi dengan tentera hantu yang mengingatkan kita kepada watak-watak dalam Pirates of the Caribbean; Kota Minas Tirith yang gah dengan gabungan seni bina Byzantine dan Mont-St-Michel yang sebelum ini hanya mampu wujud dalam lukisan-lukisan berunsur fantasi; bala tentera Sauron yang menggerunkan, dan labah-labah gergasi, Shelob yang mampu membuat labah-labah Aragog dari Siri Harry Potter nampak seperti seekor anak labah-labah yang jinak. The Return of the King adalah sebuah persembahan yang pastinya akan membuatkan penontonnya tertumpu pada layar perak hampir pada setiap masa agar tidak terlepas menyaksikan adegan demi adegan yang penuh dengan aksi yang hebat (lebih-lebih lagi adegan perang di Pelennor Fields yang tampak lebih hebat dari adegan perang di Helms Deep). The Return of the King bukan sahaja sebuah filem yang mempunyai jalan cerita yang menarik, ia juga sebuah halwa mata yang cantik untuk kita tonton.  

Seperti yang dijangka, The Return of the King adalah sebuah filem yang telah dibuat untuk menjadi penutup kepada dua buah filem yang terdahulu. Tema, serta plotnya memang tidak banyak berbeza. Pastinya ada adegan perang yang hebat serta perjalanan Frodo yang penuh ke Mount Doom dengan segala kesukaran yang terpaksa dihadapinya. Dalam siri terakhir ini, kita juga akan melihat persahabatan di antara Gimli (John Rhys-Davies) dan Legolas (Orlando Bloom) dengan Aragorn (Viggo Mortensen) semakin kuat. Mereka bertiga akan sentiasa bersama untuk mempertahankan Middle Earth dari dikuasai kuasa jahat Sauron. Dalam The Return of the King, Aragorn anak kepada Arathorn akhirnya terpaksa menerima hakikat bahawa beliau mempunyai sebuah  tanggungjawab yang besar untuk menjadi seorang pemimpin.

Saya rasa, Jackson benar-benar pandai dalam hal menampilkan karakter-karakter yang ada dengan saksama tanpa menepikan mereka sebagai watak picisan. Mungkin beliau mampu melakukannya dalam siri filem LOTR ini kerana sebuah filem memakan masa selama 3 jam. Jadi, sebagai penonton, kita akan terasa dekat kepada watak-watak yang ditampilkan. Watak Eowyn (Miranda Otto) sebagai contoh, kini diketengahkan lagi, sebagai seorang srikandi yang hebat. Perhatikan kisah cinta beliau dengan Aragorn dan rasa sayangnya kepada bapa saudaranya sendiri, Raja Theoden dari Rohan (Bernard Hill). Walaupun wataknya tidaklah begitu besar, kita akan dapat melihat kemampuannya sebagai seorang srikandi yang hebat. Mungkin lebih hebat lagi dari Lara Croft, Charlie's Angles dan Wonder Woman (kata-katanya: "I am no man." Pastinya akan diingati sampai bila-bila).

Saya pasti penonton akan berpuas hati dengan adegan perang dalam filem ini. Saya sendiri, ada kalanya memegang kerusi dengan kuat kerana ketakutan ataupun teruja tatkala menonton. Dari segi tahap keganasan, sememangnya The Return of the King adalah yang paling ganas di antara siri-siri LOTR yang sebelumnya.

Lakonan para pelakon agak baik, walaupun sukar untuk saya mengatakan bahawa lakonan mereka begitu baik sehingga layak memenangi Oscar untuk lakonan. Cukup memadailah untuk saya katakan bahawa kesemua pelakon berjaya membawa watak-watak yang telah diberikan kepada mereka. Sukar untuk kita memikirkan pelakon lain untuk membawa watak Gandalf, (Ian McKellen) sebagai contoh, dan Mortensen sebagai Aragorn sememangnya layak membawa watak yang diberikan kepadanya.

Sayang sekali untuk siri ketiga ini, watak Legolas dan Gimli tidak dikembangkan sangat. Watak Sauron pula, langsung tak ada! Dan perkara ini membuatkan saya sedikit kecewa.

Seperkara yang dapat saya perhatikan dalam filem ini (dan yang sebelumnya) adalah pendekatan Jackson yang tidak berminat untuk memasukkan implikasi agama (baca: Kristian) ke dalam filemnya ini. Jadi, interpretasi perang salib (seperti mana yang dikatakan oleh sesetengah pembaca LOTR) tidak dapat kita perhatikan dalam filem ini. Walau bagaimanapun, dalam proses mensekularkan karyanya, kita dapat melihat bibit-bibit persamaan di antara karyanya dengan situasi geopolitik yang berlaku pada Perang Dunia Kedua. Perhatikan kepada kemenangan tentera bersekutu dan apa yang telah mereka lakukan untuk menang. Juga kepada keadaan tentera-tentera perang yang pernah berjuang sebagai perwira dan keadaan diri mereka selepas perang tamat. Semua ini seolah-olah dapat dicerminkan dengan baik melalui siri LOTR sebagaimana yang direalisasikan oleh Jackson.

Seperkara yang menarik perhatian saya mengenai filem ini adalah hubungan intim di antara Merry dan Pippin serta Sam dan Frodo. Perhatikan bagaimana rapatnya hubungan mereka. Bolehkah kita menganggap hubungan di antara Sam dan Frodo sebagai satu hubungan homoerotisme? Mungkin Tolkien mempunyai mesej yang lain melalui persahabatan yang rapat di antara Sam dan Frodo, ataupun di antara Pippin dan Merry...

Bahagian akhir filem ini terlalu panjang bagi saya (keseluruhan filem menjangkau 3 jam 20 minit). Terlalu meleret sehingga saya kurang mengerti mengapa ia perlu dilakukan begini (mengapa tidak dibuat sahaja dalam DVD "Extended Version"?). Jackson sebenarnya boleh mengakhiri adegan akhir di Minas Tirith, kerana ianya lebih dramatik; tanpa perlu memasukkan adegan perpisahan yang terlalu melodramatik seperti yang ada sekarang - saya pasti impak filem ini lebih kuat lagi.

Filem ini sememangnya adalah sebuah filem yang hebat. Layak untuk dipertandingkan di Anugerah Oscar dan pastinya akan menggondol beberapa anugerah untuk kecemerlangan filem ini dari segi teknikal. Akan tetapi, saya kurang pasti jika filem ini layak untuk menang anugerah Filem Terbaik..

Rating: 5/5
« Last Edit: December 19, 2003, 10:01:17 PM by nizamzakaria »

laparcute

  • Junior Member
  • **
  • Posts: 373
  • A wife, a mommy, a daughter
    • View Profile
    • http://apapaje.blogspot.com
Lord Of The Rings - Return of The King
« Reply #1 on: December 19, 2003, 12:25:12 PM »
gonna watch this movie on this coming sunday.. btw, bro NZ.. bukan ke Eowyn ni, anak saudara Raja Theoden?  
Come, visit my blog - Apa-Apa Je
My online shop - Books for kids & such

vovin

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 849
    • View Profile
Lord Of The Rings - Return of The King
« Reply #2 on: December 19, 2003, 02:35:40 PM »
Ada tiga thread pasal LOTR so aku pun tak tahu nak post link ni kat mana.

So aku post kat sini aje yek (sebab baru lepas baca bro nizam punya reviu.

http://www.filmrot.com/articles/filmrot_ne...news/004312.php

Satu artikel yang menarik untuk dibaca.


Sorry yek bro nizam, menumpang lalu. (guess wanna share benda nih kat semua orang)

Pasal LOTR ROTK tu, aku rasa macam orang lain la. Memang best gile. Apa yang aku nak tulis dan pun ditulis oleh orang lain. hehe  :p2  
Who, What, When, Where, Why, How....

rio

  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 2004
  • animangoStudio
    • View Profile
    • rio's artscape
Lord Of The Rings - Return of The King
« Reply #3 on: December 19, 2003, 03:15:13 PM »
dpt tengok free semalam kat one utama! tq aoe! ;)

sama cam vovin... semua dah tertulis! mmg great film, kategori specialefx kat oscar dah tentu diorang sapu lagi, best filmpun mungkin!
:: The Art of Exchanging Saliva is Trust! ::
http://riorashid.blogspot.com

mysticmind

  • Administrator
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 10737
  • 神秘的な心
    • View Profile
    • Nizam Mystic Ahamad
Lord Of The Rings - Return of The King
« Reply #4 on: December 19, 2003, 08:58:16 PM »
wah!.. rating 5/5 nizam?
first time ko bagi 5/5 nih!.. mcm tak caye jer.
aiseh.. bile ah aku nak tengok nih...
tak bleh jadi camni :(
Visit : + Blog + Twitter + FB

nizamzakaria

  • Junior Member
  • **
  • Posts: 405
    • View Profile
    • http://dresanala.cjb.net/
Lord Of The Rings - Return of The King
« Reply #5 on: December 19, 2003, 09:59:34 PM »
Haiyohh... anak sedara ker? Isk... betul ler. Eowyn mmg anak sedara Theoden! Aku mati2 hengat anak pompuan dia... Okay thanks! Aku edit tukar info ni.

Ocarina Of Time

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 932
  • 1 UP ++
    • View Profile
Lord Of The Rings - Return of The King
« Reply #6 on: December 19, 2003, 10:36:53 PM »
Quote
wah!.. rating 5/5 nizam?
first time ko bagi 5/5 nih!.. mcm tak caye jer.
aiseh.. bile ah aku nak tengok nih...
tak bleh jadi camni :(
errkk...4th time kalo tak silap...AMelie, Chicago, Master & Commander then barulah ROTK....semuanya NZ kasi 5 star
Dragon Ball Origin ---[ Alangkah Nostalgianya.... ]--- NDS memang Besh!

Matrush

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1245
    • View Profile
Lord Of The Rings - Return of The King
« Reply #7 on: December 19, 2003, 11:43:38 PM »
mula aku nak bagi 5/5 gak, teknik kamera, plot, dialog ok tapi takleh blh bg 4/5 saja sebab tak suka bab aragon dibantu oleh hantu gunung tu. not fair fight la. hehe :lol:  

azarimy

  • Administrator
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 6571
  • sabariah's back!
    • View Profile
    • azarimy's sketchstation v3.0
Lord Of The Rings - Return of The King
« Reply #8 on: December 20, 2003, 12:42:10 AM »
weh matrush,

ko nak rate movie dia ke, or nak rate penulisan tolkien? akekkekekeke....

bohrtaag

  • Moderator
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 2453
    • View Profile
    • http://www.adifitri.com
Lord Of The Rings - Return of The King
« Reply #9 on: December 20, 2003, 12:07:41 PM »
Quote
... Bolehkah kita menganggap hubungan di antara Sam dan Frodo sebagai satu hubungan homoerotisme? Mungkin Tolkien mempunyai mesej yang lain melalui persahabatan yang rapat di antara Sam dan Frodo, ataupun di antara Pippin dan Merry...

....mengakhiri adegan akhir di Minas Tirith, kerana ianya lebih dramatik; tanpa perlu memasukkan adegan perpisahan yang terlalu melodramatik seperti yang ada sekarang - saya pasti impak filem ini lebih kuat lagi.
 
pasal homoerotisme tu, i guess we just see what we wanna see kot. slalu sgt kita mistaken brotherly love ngan homoerotisme. macam org mistaken sex for love..lagi pun: 'midget fags'? eww..! (kalau elf ke orait la sikit :> )"  :lol: haha.. jgn marah ha..

pasal ending tu plak, aku pun rasa kalau abis ngan battle kat minas thirith lg kuat impak dia. tapi aku rasa bab ujung2 tu agak necessary coz it's a big tale, byk bende nk kene resolve. lagi satu agaknya pasal nk tunjukkan that the story has come full circle where a new order is restored and all is well..

anyway, it was a great movie. wajib tengok lagi skali nk bagi puas!!

nizamzakaria

  • Junior Member
  • **
  • Posts: 405
    • View Profile
    • http://dresanala.cjb.net/
Lord Of The Rings - Return of The King
« Reply #10 on: December 22, 2003, 09:25:25 AM »
Actually, the homoerotism bit dah lama diperdebatkan sejak dari filem ini belum ada lagi. In fact, masa aku buat reseach pasal benda ni kat Internet, terjumpa satu soalan untuk paper Literature (university level) pasal hubungan Sam dan Frodo. Aku ada baca sebuah artikel yang dah lama aku baca yang tertanya-tanya bagaimana Peter Jackson will deal with this matter (in The Return of the King). And as we see it, he is true to the book.

And homoerotism does not equal to homosexuality. Hense, the question about their intense friendship, and nothing about their sexuality.

A lesser director (especially American directors) will probably scrape off this intense friendship bit alltogether dan akan menampakkan persahabatan Frodo dan Sam ala2 Dumb and Dumber atau mungkin the typical macho crap you usually could find in a Hollywood flick.  

laparcute

  • Junior Member
  • **
  • Posts: 373
  • A wife, a mommy, a daughter
    • View Profile
    • http://apapaje.blogspot.com
Lord Of The Rings - Return of The King
« Reply #11 on: December 22, 2003, 09:27:01 AM »
one thing lar, ending dok tunjuk sume orang, somehow the movie itself lupa nak tunjuk apa yg jadik kat saruman.. right? anyhow, this is what i got from moviemistakes.com

Quote
In the book, Saruman is defeated by Gandalf and expelled from Isengard and goes to the Shire where he takes command and enslaves the hobbits. Merry, Pippin and Sam return to the Shire and organise a rebellion. Saruman leaves, thoroughly defeated, and is killed by Grima Wormtongue. None of this was filmed for the movie.
Come, visit my blog - Apa-Apa Je
My online shop - Books for kids & such

Izam01

  • Pro Membership
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 2906
    • View Profile
    • izam
Lord Of The Rings - Return of The King
« Reply #12 on: December 22, 2003, 10:09:11 AM »
aku nak p tgk lagi...
 

Matrush

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1245
    • View Profile
Lord Of The Rings - Return of The King
« Reply #13 on: December 22, 2003, 11:28:59 AM »
Quote
one thing lar, ending dok tunjuk sume orang, somehow the movie itself lupa nak tunjuk apa yg jadik kat saruman.. right? anyhow, this is what i got from moviemistakes.com

Quote
In the book, Saruman is defeated by Gandalf and expelled from Isengard and goes to the Shire where he takes command and enslaves the hobbits. Merry, Pippin and Sam return to the Shire and organise a rebellion. Saruman leaves, thoroughly defeated, and is killed by Grima Wormtongue. None of this was filmed for the movie.
Inilah baru dipanggil adaptasi film, tak semua plot dlm novel perlu ditunjukan dlm plot film.kadang kala perlu ada perubahan

laparcute

  • Junior Member
  • **
  • Posts: 373
  • A wife, a mommy, a daughter
    • View Profile
    • http://apapaje.blogspot.com
Lord Of The Rings - Return of The King
« Reply #14 on: December 22, 2003, 11:55:23 AM »
but then, saruman kan salah sorang tonggak utama sauron utk bangkit semula.. i dont think his ending should be left out.. tak kesah la.. just hoping, scene tu ada dalam DVD extended version :D
Come, visit my blog - Apa-Apa Je
My online shop - Books for kids & such

vovin

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 849
    • View Profile
Lord Of The Rings - Return of The King
« Reply #15 on: December 22, 2003, 03:42:41 PM »
Masa awal criter Gandalf dah explain yang saruman dah tak de power. So mungkin Pete Jackson nak tunjuk yang saruman dah tak boleh buat apa-apa lagi thus menamatkan karakternya dalam filem. (Dalam filem!)

Ok la tu. For me, explanation macam tu dah cukup baik dah. Nanti terpaksa lak kita duduk dalam panggung sampai subuh.  :D

Apapun rasanya banyak lagi benda yang boleh kita expect dalam DVD nanti. Tunggu aje la. hehe
Who, What, When, Where, Why, How....

agent

  • Super Moderator
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 4811
    • View Profile
    • OPTIMA INNOVATIONS (M) SDN BHD (605671-H)
Lord Of The Rings - Return of The King
« Reply #16 on: December 22, 2003, 05:45:11 PM »
Ha ini pulak sepatah kata dariku yg br sahaja menontonnya.

1.Sbuah jalan cerita yg bergantung pada keajaiban utk menang.
2.Sebuah filem yg mmpunyai Visual cukup cantik bagaikan di lukis.
3.Saruman kuar dlm DVD je.So kenala beli dvd pulak ( aku kena beli dvd player dulu!!  X-( )
4.Lazimnya sebuah filem akan bertambah best kalau dpt tgk free.Tq en. hey- joe yg belanja aku.  :D
5.Sbuah filem yg tak mungkin ada budak pergh boleh buat :P kui kui kui
6. Baru aku tahu rupa2nya ada burung helang yg boleh bawak frodo terbang.( sepatutnya dia tak perlu jalan kaki )
7. Scene aragon ciumulut dgn arwen tu bestlah....tak la mcm adegan cium dlm matrix tu.   :p2  
8.Aiseh sudah jth hati sama legolas.   :rolleyes: waktu dia menumbangkan gajah gergasi tu.Siap berlunsur lagi.MCm superhero jepun la pulak.
9.Aku rasa yg buat ending cerita ni dramatic sbb musicnya.. akibatnya ramai yg menangis  :(
10.Tak boleh nak kata apa psl CG filem ni.
11.Cite apa pn yg holywood buat misti balik kepada pangkal cinta dan kasih sayang. adakah kerana org2 art berjiwa sentimental?  :lol:

Sekian.

vovin

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 849
    • View Profile
Lord Of The Rings - Return of The King
« Reply #17 on: December 24, 2003, 12:59:18 PM »
Ini adalah artikel yang aku contribute dalam blog Nizam. WARNING: SPOILER AHEAD!!!!


Return Of The King - Satu Ulasan Alternatif dari Vovin.


   Return of The King, sebuah filem yang ditunggu-tunggu oleh ramai peminat filem dan merupakan bahagian terakhir dalam saga sebuah cincin paling berkuasa di dunia. Ketika chat dengan saudara Nizam, saya telah dipelawa untuk membuat reviu mengenai filem besar ini. Saya bersetuju dan menanti masa setelah saya menonton filem tersebut.

   Namun hanya selepas tiga hari filem tersebut ditayangkan saya dapati sudah ada tiga reviu mengenai LOTR: ROTK di laman web Limau Nipis. (Reviu dari saudara Fairul, Spiral dan sudah tentulah dari Nizam sendiri).

   Jadi apa lagi yang perlu saya tulis? Ketiga-tiga reviu tersebut sudah menceritakan tentang kehebatan dan makna filem itu tersendiri. Ketiga-tiga pengulas tersebut sudah membuat kupasan yang cukup lengkap dan saya rasa tidak perlu lagi saya ulangi.

   Namun ada beberapa perkara yang amat ingin saya berkongsi bersama pembaca-pembaca yang lain. Perkara yang mana datang dari pendapat saya, juga datang dari rakan-rakan saya ketika berbual mengenai ROTK dan ada juga ketika berdiskusi dalam beberapa forum di internet.

   Perkara pertama yang ingin saya perkatakan mengenai kesudahan return of The King. "ending"-nya. Pendapat bercampur baur dalam memperkatakan mengenai kesudahan filem kali ini. Ada yang suka dan ada juga yang...so so. Bagi saya, kesudahannya sudah cukup baik, cukup menarik. Jika tidak sempurna 100 peratus pun, saya letak 90 peratus. Kenapa ya?.

   Memang jika dilihat filem tersebut seharusnya tamat ketika Aragorn dimahkotakan menjadi raja, lantas menyanyi (?), bertemu rakan-rakan seperjuangan dan akhir sekali memberi tunduk hormat kepada empat Hobbits tersebut. Kelihatan shot kamera semakin lama semakin jauh sehingga meninggalkan bahagian atas Minas Tirith yang serba meriah itu. Sempurna. Ianyanya memang sempurna jika adegan itu adalah pengakhirannya.

   Tapi sebenarnya ia masih kehilangan sesuatu. Pemain utama Lord of The rings pada asasnya adalah empat Hobbits tersebut. (Terutamanya Frodo). Ingat tak ketika monolog Galadriel ketika permulaan Fellowship of The Ring? Pada akhir dialognya dia menyatakan, sudah tiba masanya Hobbits mengubah nasib dunia?. Jadi masih ada sesuatu yang hilang, sesuatu yang kurang bererti jika Minas Tirith menjadi pilihan untuk menamatkan cerita. Semacam mengabaikan si Hobbit berempat yang telah mengubah nasib dunia Lagipun tidakkah agak cliche jika pengakhirannya sedemikian rupa? Berapa banyakkah filem yang mempunyai pengakhiran sebegitu? Saya pasti agak banyak.

   Jadi Pete Jackson membawa kita ke Shire kembali. Kembali ke tempat dimana ia bermula. Ketika ini empat Hobbit tersebut duduk, memandang antara satu sama lain dan minum, simbolik meraikan kejayaan mereka. Ia boleh berakhir sedemikian rupa. Cukup baik. Tapi...masih...ada kekurangannya.

   Jadi kita di bawa pula ke rumah Bilbo, seterusnya menyusuri jalan sehingga sampai ke pelabuhan di mana kapal menanti membawa mereka pergi. Ketika ini sememangnya saat yang penuh emosi apabila Gandalf terpaksa pergi, berpisah dengan rakan-rakan yang tersayang. Saat lebih pilu lagi apabila Frodo juga terpaksa mengucapkan selamat tinggal. Ketiga-tiga mereka bergilir-gilir memeluk Frodo dalam tangisan. Tak dinafikan adegan itu agak panjang. Sempat juga rakan saya bergurau selepas itu dengan mengatakan "nasib baik tiga orang aje yang perlu Frodo peluk, kalau ada Aragorn, Gimli, Legolas, Eowyn, Eomer, Faramir, Arwen, Elrond dan lain-lain watak kena peluk, sampai subuhlah baru habis).

   Nah, pastinya itulah ending yang paling baik. Tapi kemudiannya kita di bawa pula ke Shire kembali, melihat Sam berjumpa dan memeluk anak-anaknya. Ketika itulah baru perkataan "The End" muncul. Ketika itulah barulah filem tersebut benar-benar berakhir. Ketika kali kedua saya menontonnya, ada segelitir penonton bersuara "Ahhhhh..habis jugak".

   Jadi sebenarnya kita ada empat kebarangkalian untuk penamat sebuah trilogi yang hebat (Jika bukan pun, setaraf dengan trilogi hebat yang lain).

   Kenapa Sam yang menjadi penamatnya? Bukan Frodo? Saya cuba untuk memahami Pete Jackson dan kenapa dia memilih Sam. Bagi saya Sam memang layak menjadi penamat kisah pengembaraan ini. Sam merupakan lambang semangat keperwiraan. Benar Aragorn, Gandalf dan pahlawan-pahlawan lain bersabung nyawa menentang ribuan Orcs, Uruk hai, Nazgul dan lain-lain. Namun kalau tak kerana semangat juang yang ada pada Sam, dia takkan kahwin dengan perempuan idamannya. Dia takkan hidup.  Tidak pada Sam. Dia harus berdepan dengan kemungkinan berselisih dengan tentera Sauron ditengah jalan, Nazgul di udara, ancaman alam sekitar (seperti tasik berhantu ketika Two Towers), ancaman bunuh dan muslihat Gollum, keganasan Shelob, selain terpaksa menjaga Frodo yang sudah kelihatan seperti budak kecil. Lemah dan tak bermaya. Dia melakukannya seorang diri. Tiada siapa yang datang membantunya. Bukankah itu semangat perwira yang sejati?. segala kesusahan yang dilaluinya, wajar sekali Sam dipilih atau dihargai sebagai karakter penutup untuk trilogi ini.

   Kenapa tidak letak sahaja sebagai "extra-features" dalam DVD? Boleh. Tapi sebuah trilogi yang kita harus tunggu tiga tahun untuk menonton sehingga babak terakhirnya, takkan kita nak lihat penutupnya begitu ringkas? Bagi saya penutup Return of The King mewakili keseluruhan trilogi tersebut dan dibawa dengan cukup bermakna sekali.

   Cukup memperkatakan mengenai penamatnya. (Oh ya, jika secara peribadinya saya merasakan penutup trilogi LOTR jauh lebih hebat dari penutup trilogi Matrix. Ada bantahan?)
   
   Saya juga mahu menyentuh sedikit mengenai tajuk "Return of The King" dan bagaimana Pete Jackson tidak berjaya membawa kredibiliti Aragorn sebagai seorang raja yang bakal memimpin manusia. Kenapa? Saya tak nampak ketokohan Aragorn ditonjolkan sepenuhnya selain dia mewarisi darah Isildur. Aragorn tiada ketika perang dahsyat di Pelennor Fields. Dia tiada untuk memimpin manusia berhadapan dengan ribuan Orcs selain Nazgul dan Fell Beast yang membuat kacau dan Mumakil yang amat ganas itu. Ketika perang di Pelennor Fields itu saya hanya lihat bagaimana Gandalf di dalam istana bertindak sebagai pemimpin dalam mengatur barisan pertahan selain menaikkan semangat tentera Minas Tirith yang serba ketakutan.

   Di sebalik sana, jelas King Theoden merupakan seorang panglima yang amat gagah, berani dan berwibawa sekali. Dia membawa Rohirrim merempuh barisan Orcs dan berhadapan dengan Mumakil. Jadi pada saya Gandalf dan Theoden berpeluang menjadi raja jika mereka mahu (Kecuali Theoden mungkin kerana dia sudah mati). Gandalf sebenarnya senang-senang boleh menuntut tahta kerajaan manusia kerana kredibiliti dia jelas kelihatan. Mujur mungkin hatinya sesuci embun pagi dan tak terfikir untuk menuntut tahta itu?

   Baiklah, Aragorn juga berjasa kerana pergi berhadapan dengan "Army of the Dead". Menakutkan? Tidak kerana dia mempunyai Anduril. Hanya keluarkan Anduril dan halakan pada roh-roh tersebut, mereka pastinya menurut perintahnya. Kerja yang pada saya, Merry pun boleh lakukan jika dia memegang Anduril.

   Benar dia memimpin tentera manusia ke Black Gate. Tapi perang yang dahsyat sebenarnya di Pelennor Fields. Bukan di Black Gate. Dan kata-kata semangatnya langsung tidak memberi kesan. (kelemahan dapat saya lihat disini. Jika dilihat dengan teliti, ketika tentera manusia bergerak keluar dari Minas Tirith menyusuri Pelennor Field, saya tak lihat seekor pun mayat Orcs terbaring. Padang kelihatan agak kosong. Bukankah tentera Orcs yang datang menyerang teralu banyak jumlahnya? Mana pergi? Maaf jika mata saya tak nampak mayat itu disitu).

   Baiklah. Itu sahaja yang dapat saya ulas kali ini. Sememangnya Pete Jackson sekali lagi membawakan satu "masterpiece" dalam dunia perfileman. Saya tidak dapat lari dari mengatakan bahawa trilogi Lord of The Ring jauh, jauh, jauh lebih baik dari trilogi Matrix (saya membuat perbandingan kerana kedua-dua trilogi ini hadir dalam masa yang agak sama). Maaf kepada peminat-peminat The Matrix.

   Semoga di masa-masa hadapan kita akan dipersembahkan dengan trilogi-trilogi yang lebih bermutu lagi. Tapi saya amat pasti trilogi LOTR akan menjadi sebuah filem lagenda yang setaraf dengan trilogi Star Wars (Ep 4,5 dan 6).

   
   
Who, What, When, Where, Why, How....

laparcute

  • Junior Member
  • **
  • Posts: 373
  • A wife, a mommy, a daughter
    • View Profile
    • http://apapaje.blogspot.com
Lord Of The Rings - Return of The King
« Reply #18 on: December 24, 2003, 03:18:27 PM »
gosh, i gotta get those Star Wars DVDs.. :)
« Last Edit: December 24, 2003, 04:22:24 PM by laparcute »
Come, visit my blog - Apa-Apa Je
My online shop - Books for kids & such

Gobi1972

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 965
    • View Profile
Lord Of The Rings - Return of The King
« Reply #19 on: December 29, 2003, 12:41:04 PM »
Disagree ... LOTR is not equal to Star Wars but better.

Star Wars tak sehebat LOTR.  :love:  
I don't want to Carry anyone else's Burden - Squall of FF8.