Author Topic: Cumi Dan Ciki  (Read 3255 times)

WAVE RIDER

  • Mods
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 6523
    • View Profile
Cumi Dan Ciki
« on: November 10, 2005, 03:16:27 PM »
Long before TV3 ada Alam Ria Coti Sekolah... dan RTM ada Sudut Kanak2 dengan kempen Air kepala Muda (thanks to Sanusi Junid, Mneteri Penerangan that time..) menjadi Superman yg kuat lepas minum ramuan ADUM APALEK... dan long before ALong ada Siti Sifir 1 campor satu.. duaaa... berlaguuu..

... There was this show- puppet dengan segala bende, pengisian yang appeal budak2 zaman tue.. alternatif kepada budak2 yg lambat sket nak tangkap apa2 yang dihidangkan oleh SESAME STREET... dean yang lebih penting.. our own show.. ouw own way untuk membentuk minda..dan kreativiti kanak2.. mengenal dan mengasah kemahiran membaca, mengira dan menulis  dengan cara yg kreatif..

Di radio mungkin ada rancangan APA ITU?.. DJ duo aku da lupa.. Tengku nazriah ke(?) Kak Yong dengan Abang Hasbol (ke?) Sapa2 leh correct me aa..  

AKu just copy + paste yg berikutnya untuk korang.. sayang xde image... dr online.. tatau aa UTusan edisi cetakan kat Malaysia.. mcm yg korang have.

AKu rasa ZOy di Utusan pun selalu melokes watak nie.. dengan Wazata dlm majalah Utusan.. tak ingat sama ada URTV ke atau sebarang majalah Utusan zaman tue..

Quote
WAZATA ZAIN popular kerana Cumi & Ciki
Oleh: KHADIJAH IBRAHIM

MASIH ingat lagi dengan Cumi & Ciki, sebuah program kanak-kanak yang menggunakan boneka (puppet) sebagai watak utama? Pada waktu itu rancangan Cumi & Ciki yang disiarkan di RTM sekitar tahun 80-an, sering dinantikan oleh golongan kanak-kanak.

Orang yang bertanggungjawab mempopularkan nama Cumi & Ciki adalah Wazata Zain. Kebolehannya mengendalikan boneka atau anak patung itu sambil mengeluarkan suara mewakili Cumi & Ciki tanpa menggerakkan bibirnya, amat dikagumi penonton.

Cumi merupakan boneka kupu-kupu dan Ciki pula adalah seekor monyet. Selain itu watak sampingan lain untuk program ini ialah Bad (Badak) yang dilakonkan oleh Nasir Rahman dan Cik Tam (gagak), menggunakan suara Allahyarham Rosdi Yusoff.

Wazata, 66, ketika ditemu bual baru-baru ini berkata, mengeluarkan suara tanpa menggerakkan bibir hanya boleh dilakukan dalam tempoh setengah jam sahaja pada satu masa.

Jelasnya, suara Cumi & Ciki adalah suara yang dikeluarkan daripada perut.

"Kalau lebih lama bertutur menggunakan suara daripada perut, seseorang akan merasa penat. Nak keluarkan suara begitu memang penat. Perut mesti dikeraskan. Untuk mendapatkan kemahiran begitu, saya perlu menjalani latihan menjerit dalam air. Memang perit tapi berbaloi,'' katanya yang menimba pengalaman sebagai ventriloquist daripada Profesor Hyes Sydney, di George Street, Australia pada tahun 1980.

Ventriloquist adalah individu atau penghibur yang berkebolehan mengeluarkan pelbagai suara tanpa

mengerakkan bibir.

Kata Wazata, kursus yang diikutinya di Australia itu adalah atas tajaan biasiswa Colombo Plan yang diberikan kepada pelajar-pelajar pelbagai negara. Hasilnya, Wazata berkebolehan menuturkan tujuh suara berbeza tanpa mengerakkan bibir.

Sebelum mendapat kepercayaan mengendalikan rancangan Cumi & Ciki, Wazata atau dipanggil Waja di kalangan ahli keluarga berkata, dia mula tampil sebagai penghibur melalui pertandingan Bakat TV, 1973.

Pernah bertugas sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Tiram Buruh, Kelang, Wazata merupakan antara guru yang suka melawak.

"Ada di antara guru-guru kata kalau sudah suka berlawak, kenapa tidak sertai Bakat TV. Terasa diri dicabar, saya pun cuba dan tak sangka menang.

"Bila menang, saya dipanggil menyertai program Ahmad Daud Show setiap minggu. Setiap minggu saya akan beraksi dengan Lim Goh Poh dan Ayappan. Bertahun jugalah saya dengan program itu sebelum penerbit Hythin Leo panggil saya untuk buat Cumi & Ciki,'' ceritanya.

Wazata bukan sahaja mencipta sejarah menerusi Cumi & Ciki, malah selepas program itu tamat dia meneruskan era kegemilangannya dengan sitkom Hang Setia.

Sitkom berbentuk satira itu sebenarnya menyindir ahli politik secara halus.

Sitkom yang skripnya dihasilkan oleh Wazata yang turut berlakon sebagai Hang Senja, R. Jaafar (Hang Utama), Hamid Gurkha (Hang Setia), Param (Hang Samba) dan Tang Ting itu pernah menjadi bualan di Parlimen.

"Saya di beritahu, pemimpin negara pun gemar menonton Hang Setia sebab dalam sitkom itu saya banyak sindir ahli politik. Mana yang terasa pedas memang terasalah,'' katanya mengimbau program TV tersebut.

Kesibukannya sebagai pegawai di Kementerian Pendidikan ketika itu tidak menghalang Wazata untuk menulis skrip dan berlakon setiap minggu.

"Disebabkan saya ini bertugas sebagai guru dan kemudian di bahagian kementerian, aktiviti seni terbatas. Saya hanya boleh melakukan aktiviti seni pada hujung minggu sahaja,'' katanya yang turut diundang menjadi pengacara pelbagai majlis.

Untuk majlis-majlis begitu Wazata sering ditemani oleh boneka bernama Chot yang dibeli khas daripada Amerika Syarikat.

Kali terakhir Wazata `bermain' dengan boneka adalah pada tahun 1990 sebelum di berangkat ke Mekah menunaikan fardu haji.

Jelasnya, sebelum berangkat ke tanah suci Mekah, dia dinasihati oleh ibunya agar meninggalkan pekerjaan sebagai ventriloquist.

Akur dengan nasihat ibunya, Wazata menyerahkan boneka-boneka kesayangannya kepada Muzium Negara.

"Sebelum saya ke Mekah, saya telah serahkan semua khazanah kepada muzium. Tak tahulah kalau mereka pamerkan atau tidak kerana ia bukan milik saya lagi,'' katanya yang mempunyai tujuh anak lelaki dan 12 orang cucu.


 
« Last Edit: November 10, 2005, 03:27:28 PM by WAVE RIDER »
"Everybody runs.. Fletcher.. everbody runs..."

emio

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 889
  • http://oraet.com/
    • View Profile
    • ORAET!
Cumi Dan Ciki
« Reply #1 on: November 10, 2005, 04:05:29 PM »
:lol:

lohhhh.. rancangan peberet aku 1 family tu masa zaman raibina + cali cikidi dedulu..

aku suke segmen keras tangan bersama abang JO..

kenangan aku pasal pakcik wazata ni ... aku siap2 urut2 buah halkum + usik2 anak tekak..
kira idea aku la masa blum baligh tu nak jadi "ventriloquist".. kohkohkoh :>

seb baek idup lagi sampai la ni.. syukurrrrr...

rupa2 nya ikut citer pak wazata nih ada buat sikit operation kat err.. tekak dia kot.. tak silap aku aaa..

chehhhhhhh tertipu aku  :p2

niwei.. cumi ciki ni mmg best layan masa bebudak dulu aa..
« Last Edit: November 10, 2005, 04:08:28 PM by emio »

PhoenixByte

  • Moderator
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 7419
  • RCW
    • View Profile
Cumi Dan Ciki
« Reply #2 on: November 10, 2005, 04:34:05 PM »
Aku dulu penah anta drawing masa kanak2 aku kat rancangan ni...huhu..tapi tak tersiar.  :lol:

Kan diorg ade segmen utk tunjukkan hasil lukisan budak2 tu. Aku tgk rancangan ni dari zaman tv ade pintu gerbang (yg ade soket aerial kat dinding macam experiment frankenstein tu) sampaila ke zaman tv yg ade 10 je ruang channel. Syiok tu.

Nuppy

  • Mods
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 2138
  • Univers Thin Condensed
    • View Profile
Cumi Dan Ciki
« Reply #3 on: November 10, 2005, 10:09:05 PM »
arghh.. kalau aku tak baca artikel ni aku tak tau pun wazata zain ni ventriloquist rupanya.. ya la masa kecik2 dulu mana la tau yang tu sora dia gak.. thanks for the info wave..