Author Topic: Tutorial Keribang: Elemen Dan Prinsip Seni!  (Read 17766 times)

keribang

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 629
    • View Profile
    • http://www.artwanted.com/YakupRafee
Elemen Dan Prinsip Seni!
« Reply #20 on: April 15, 2005, 11:51:25 AM »
Kita sambung lagi sedikit berkenaan dengan prinsip seni pula. Kat atas aku dah huraikan serba sedikit asas atau elemen yg biasanya ada dalam sesebuah karya dan yg seterusnya aku akan huraikan beberapa prinsip yg boleh wujud hasil dari gabungan atau kesan dari sesuatu elemen tersebut.

Prinsip seni ialah resipi yg penting dlm menjadikan sesebuah karya itu berkualiti atau tidak. Sekiranya karya tersebut ada semua elemen seperti garisan, value dan lain-lain tu tapi jika tak pandai mengolahnya dgn cara yg sesuai, hasil tersebut mungkin tidak memuaskan. Komposisi yang baik ialah prinsip menggabungkan elemen2 seni utk mewujudkan satu perletakan subjek atau objek yang estetik agar hasil akhir akan menjadi yg terbaik.

Antara prinsip seni ialah:

1)   Center of Interest/ Focal Point/Titik Tumpuan – ini adalah kawasan di mana akan menarik perhatian pada pandangan yang pertama pada komposisi keseluruhan karya. Boleh juga dikatakan sbg ‘first read’ dlm olahan tersebut dan perkara yg lain dikatakan sebagai ‘second read’ dan yg seterusnya. Kawasan ini adalah yg paling penting berbanding dgn objek atau elemen lain dlm komposisi tersebut. Ianya boleh diwujudkan dengan adanya kontras dari segi value/nilai, warna yg panas dan ceria serta perletakan dalam format lukisan tersebut. Mungkin ada yg dah biasa mendengar berkenaan ‘the rule of third’dan kebiasaannya subjek utama dlm lukisan tersebut hendaklah di letakkan 1/3 dari kompisisi keseluruhan agar ianya lebih menarik dan tidak boring.

2)   Balance/keseimbangan – satu perasaan kesamaan secara visual dari segi rupa, bentuk nilai, warna dll. Keseimbangan ini boleh dihasilkan secara simetrikal atau asimetrikal. Biasanya, objek, nilai, warna texture, rupa dan bentuk boleh digunakanuntuk mewujudkan keseimbangan dlm komposisi ini.

3)   Harmoni – satu perasaan yg timbul hasil dr membawa keseluruhan komposisi menjadi satu  sebagai satu unit. Sebagai contoh, sekiranya dlm lukisan itu kita hanya menggunakan garisan yg beralum dan berbentuk organik, penggunaan garisan berbentuk geometric akan menyebabkan karya tersebut hilang keharmoniannya secara keseluruhan. Harmoni ini sering dikaitkan bersama dengan unity/kesatuan. Kalau ada unity dlm sesebuah karya, maka harmoni juga akan wujud.

4)   Kontras- terdapat perubahan terutama dari segi nilai yg akan mewujudkan kesan perbezaan yang ketara dalam komposisi.Kontras menunjukkan perbezaan antara rupa dan boleh digunakan sbg background utk membawa objek keluar atau kedepan dlm sesuatu karya. Atau dgn kata lain, ianya juga boleh digunakan utk mewujudkan ‘area of emphasis’.

5)   Movement/pergerakan- ianya adalah ‘visual flow’ atau aliran visual dlm sesuatu komposisi. Ianya wujud secara visual dan boleh dilihat melalui cadangan pergerakan yg terhasil dr perletakan objek ke objek atau susunan elemen.pergerakan ini boleh diwujudkan melalui perbezaan corak nilai seperti meletakkan nilai terang dan gelap pada satu arah susunatur sehingga membawa pandangan kita sama-sama bergerak melalui keseluruhan komposisi.

6)   Rhythm/irama- irama ini berkait rapat dengan pergerakan, Ianya seperti tarian yg ada alunan objek dan bergerak seolah2 seperti irama muzik. Ianya wujud selalunya hasil dari pengulangan elemen yg sama dan beralun

7)   Variety/kepelbagaian- wujud hasil dari kepelbagaian elemen dlm sesuatu komposisi. Kesan dri kepelbagaian ini mungkin akan mewujudkan kontras atau ROJAK.

Terdapat banyak lagi prinsip2 yg lain seperti repeatition/pengulangan, pattern/ corak dan lain-lain, namun yg aku senaraikan kt atas tu adalah yg biasa dilihat dan digunakan dlm sesebuah karya. Ok cukup dulu... pasni aku bukak pada sebarang soalan dan insyaallah aku cuba jawab setakat yg termampu. kalau ada yg nak kongsi idea dan ilmu pun dipersilakan.

Utk yg seterusnya nanti aku akan cuba sentuh bagaimana peranan formalistik ni penting dlm menentukan karya yg baik. Wassalam... :D
 

ensalim

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 631
    • View Profile
    • http://www.huiyo.net
Elemen Dan Prinsip Seni!
« Reply #21 on: April 15, 2005, 12:23:56 PM »
Askum, lama tak dengo cerita...Acai apa buat sekarang...Ari tu ada call aku pastu senyap
je la pulak...Menarik gak kuliah principal & element of design ngkoa nih..tapi
aku ingat ngko kena letak gambar laa..nak bg lg clear  B)  

keribang

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 629
    • View Profile
    • http://www.artwanted.com/YakupRafee
Elemen Dan Prinsip Seni!
« Reply #22 on: April 15, 2005, 02:27:31 PM »
Wsalam ensalim,
Acai ada ngan aku ni haaa...bilik dia berdepan ngan bilik aku jek. Dia tgh bz sikit sebab kena setup utk course baru..nak bukak course new media ngan animation lak kt unimas nih. Bz giler mamat tu...hehehe! :D  Pasal gambar tu... insyaAllah pasni aku selitkan jugak bila aku nak huraikan lebih panjang lebar berkenaan ngan elemen dan prinsip nih. Kalau ko ada apa2 input jgn segan2 join sekali... aku sorang x boleh gak nak bagi semua! :lol:  

bohrtaag

  • Moderator
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 2453
    • View Profile
    • http://www.adifitri.com
Elemen Dan Prinsip Seni!
« Reply #23 on: April 15, 2005, 11:39:21 PM »
kalau x silap aku ada lg satu prinsip: "depth".
tapi aku x sure la dia tergolong katne; wether dia sbenarnya gabungan beberapa prinsip lain ke; ke mmg bukan prinsip langsung?
boleh tolong? thnx.

thirtynine

  • Moderator
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 4440
  • ...hidup jangan tersadung kaca-kaca manis...
    • View Profile
    • http://luzrafikr.deviantart.com/gallery/
Elemen Dan Prinsip Seni!
« Reply #24 on: April 17, 2005, 01:25:10 PM »
'depth' kalau tak silap aku dalam huraian elemen RUANG / SPACE...

sebab apabila ada wujudnya 3 level pandangan iaitu pandangan depan, pandangan tengah dan pandangan belakang,

ia juga akan wujud bila ader perbandingan tone warna pada subject matter yang membezakan kedudukannya tersebut, dan

ia juga boleh dilihat apabila terdapat kepelbagaian saiz pada subject matter bagi membina ruang kedudukan yang berbeza,

tolong betulkan cikgu Keri kalau salah...

stingray_flyz

  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 3172
    • View Profile
    • PENYULAM MIMPI
Elemen Dan Prinsip Seni!
« Reply #25 on: April 17, 2005, 04:07:47 PM »



Untuk mendapatkan elemen yang otai Keribang sebutkan di atas jom kita tengok hasiltangan Kromosom...minta maaf Krom letak imej tanpa kebenaran, deh.

 

keribang

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 629
    • View Profile
    • http://www.artwanted.com/YakupRafee
Elemen Dan Prinsip Seni!
« Reply #26 on: April 18, 2005, 08:45:41 AM »
Bohtarrg...
apa yg 39 terangkan tu betul. Depth/kedalaman tu wujud hasil dari ruang/space. Aku terlupa nak masukkan ruang sbg satu elemen penting. By the way, huraian 39 tu dah tepat la tu... x yah la aku nak huraikan lagi! :lol:  :D  

bohrtaag

  • Moderator
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 2453
    • View Profile
    • http://www.adifitri.com
Elemen Dan Prinsip Seni!
« Reply #27 on: April 19, 2005, 02:12:24 AM »
+ 39 & keribang: ok, thnx! :) next question:
salah tak kalau aku ertikan "ruang" sbg: "bhg pd komposisi/lukisan yg tidak dilukis"?
contoh mcm Mike Mignola kan, kan dia byk pakai ruang2 kosong dlm panel dia?
maksud aku, "ruang yg tidak berlukis" as opposed to "persepsi kewujudan ruang 3D". atau ada term lain yg digunakan utk apa yg aku sebutkan tu?

+ stingray: boleh hurainkan elemen2 yg ada dlm lukisan2 Krom tu?

keribang

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 629
    • View Profile
    • http://www.artwanted.com/YakupRafee
Elemen Dan Prinsip Seni!
« Reply #28 on: April 19, 2005, 08:15:08 AM »
bohrtaag...
Hmmm, sepatutnya itu la yg patut dilihat oleh setiap pelukis atau pengkarya dalam menghasilkan artwork. Kita harus bijak memanipulasikan setiap elemen yg ada untuk menghasilkan sesuatu prinsip. Dalam konteks ruang ni, ianya memang berkait rapat dengan komposisi, malah aku sendiri selalu menggunakan ruang yg kosong sebagai sebahagian dari komposisi. Tak semestinyakita mesti memenuhkan setiap ruang yg ada untuk menghasilkan kerja yang baik. 'Rule of Third'tu pun sebenarnya mengajar bahawa subjek matter perlu ada di satu pertiga dari keseluruhan ruang dan baki dua pertiga tu mungkin boleh dibiarkan kosong.
Sama jugak bila kita melihat elemen yang lain seperti garisan atau warna, kita perlu bijak memainkan elemen tersebut untuk mewujudkan prinsip yg kita mahu seperti harmoni atau kontras. So kita perlu paham apa yg kita mahu dlm lukisan tersebut sebelum kita boleh menggunaka elemen tertentu dlm menghasilkan prinsip yg kita mahu. :D

p/s- ruang yg dimaksudkan di sini ialah perletakan antara subjek matter dengan subjek sekitar. Yang penting jgn letak subjek utama di tengah2 komposisi atau terlalu hampir dengan boundary line sehingga menimbulkan tangency. Kalau perlu kadang2 kita perlu bijak utk crop subjek matter dalam menghasilkan komposisi yang sesuai dan menarik. :lol:  

stingray_flyz

  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 3172
    • View Profile
    • PENYULAM MIMPI
Elemen Dan Prinsip Seni!
« Reply #29 on: April 19, 2005, 09:47:51 AM »
bohrtaag:
ehem...rasa2 keribang dah specify elemen2 tersebut...artwork Kromosom merupakan satu contoh dimana pelukis telah berjaya menggunakan ruang/space dengan komposisi serta dapat mengimbangkan subjek yang dilukis dengan warna latar.

p/s: kalau salah tolong perbetulkan...
« Last Edit: April 19, 2005, 09:48:56 AM by stingray_flyz »

thirtynine

  • Moderator
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 4440
  • ...hidup jangan tersadung kaca-kaca manis...
    • View Profile
    • http://luzrafikr.deviantart.com/gallery/
Elemen Dan Prinsip Seni!
« Reply #30 on: April 19, 2005, 11:00:43 AM »
bila bercakap ttg 'ruang', maka secara tak langsung 'keseimbangan' juga terlibat dalam penghasilan karya tersebut,

ruang yang kosong bukan sekadar kekosongan semata2 tetapi ia boleh mengimbangi sesebuah karya sama dalam 'Symmetrical (Formal) Balance' atau 'Asymmetrical (Informal) Balance ',

kalau salah tolong tegur.... masih belajar... :>  

Leydi (R)

  • Mods
  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 2100
    • View Profile
    • http://
Elemen Dan Prinsip Seni!
« Reply #31 on: April 19, 2005, 11:32:14 AM »
Waaa..telopong aku baca korang punya nota.. :o 39, nanti aku potostet aa..
Aku kalu depth dlm photography tu senang skit paham banding lukisan ni..
Ada contoh gambar tapi segan le plak nak post.. ;)  

darkkiller

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1904
    • View Profile
    • http://www.zanphotodesign.com
Elemen Dan Prinsip Seni!
« Reply #32 on: April 20, 2005, 12:12:28 AM »
errkkk...banyaknye bende yang aku tak tahu...makin rasa bodo plak..teruskan2 :o

Anak murid:Cikgu leydi R- Apa kata cikgu plak buat satu tread untuk Photography..bleh gak saya belajar free..thanks CIKGU :lol:

Cikgu Leydi: B_L_H .......hehhehe :lol:

5 huruf pilihan
(a,e,i,o,u)
 
zanphotodesign.fotopages.com

Leydi (R)

  • Mods
  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 2100
    • View Profile
    • http://
Elemen Dan Prinsip Seni!
« Reply #33 on: April 20, 2005, 05:43:34 PM »
Darkkiller : Aku pilih vokal  e  dan  a... B e L a H ! Bole belah!  :lol: hwehwehweh ..aku tak reti sgt  la poto-poto nih!
Contoh Depth of field dlm photography mcm gambar ni laa kut..

Ada foreground - tudung ijau blur.......middleground - Siti ( Focal point - sharp)......background - takara N da geng - blur

Edit :
p/s> Ini adalah gambar hiasan semata mata. Tidak ada kena mengena dgn dunia gossip tanahair.
« Last Edit: April 22, 2005, 04:11:36 PM by Leydi (R) »

bohrtaag

  • Moderator
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 2453
    • View Profile
    • http://www.adifitri.com
Elemen Dan Prinsip Seni!
« Reply #34 on: April 20, 2005, 11:51:19 PM »
er...ok, got it! (aku buat paham2 sendiri je le :D). <inner bohrtaag: mentang2 ada siti, terus buat2 paham!>  :p2
aku tanya dari segi terminologi sbenarnya. so term "ruang" boleh merujuk kepada dua2:
"kekosongan dlm komposisi";
dan/atau
"persepsi spatial melalui layering foreground - mid - background"?

bukan apa, mana tau kut2 dlm fine arts ada term yg lg tepat/spesifik utk membezakan dua bende ni. slama ni "ruang" dlm composition 2D, aku tau gitu2 je. dlm architecture ruang/space macam2 ada: antaranya 'empirical-' (yg boleh diukur) & 'phenomenological-' (yang dirasai) dan dlm discourse, kalu x identify "ruang" yg mana satu kita maksudkan, kacau jugak jadinya... tp kalu nk citre pjg2 kat sini, x relevan ah..! :sengih:
so, kalu x kritikal sgt, x pe ah, saja nk tau.

+ stingray: mmg la keribang dah specify elemen2 tu. ekceli apa yg aku maksudkan, boleh tak point out macamana elemen2 tu wujud/digunakan dlm keje2 Krom tu sampai membuatkan work tu jd bagus. mungkin org lain yg x biasa akan x tau apa yg nak diperhatikan.
« Last Edit: January 21, 2009, 10:02:21 AM by bohrtaag »

bohrtaag

  • Moderator
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 2453
    • View Profile
    • http://www.adifitri.com
Elemen Dan Prinsip Seni!
« Reply #35 on: June 07, 2005, 08:50:38 PM »
er..apsal senyap plak thread ni?  <_<  <_<  <_<  

DinJerr

  • Moderator
  • Full Member
  • *
  • Posts: 1205
  • Buri. Hamachi.
    • View Profile
    • Hikayat Ikan Mampus (H.I.M.)
Elemen Dan Prinsip Seni!
« Reply #36 on: June 08, 2005, 12:55:50 AM »
itu maknanya semua orang faham (ikut cakap lecturer aku la dulu).
Nanti kalau ada soalan cepumas, depa pos la tu.

siput

  • Junior Member
  • **
  • Posts: 262
    • View Profile
    • http://www.ditour.com
Elemen Dan Prinsip Seni!
« Reply #37 on: June 10, 2005, 03:23:37 PM »
back to school le kite...
keribang jangan lupa selitkan sekali dengan sejarah seni kalau ada masa, masa kat ITM dulu sempat ler aku belajar dari en Zul.... asik kena suluh jer pasai ngantok kat foyer tu... tapi bila belajar kat Nz laks, cikgu aku dari MIT tu sudah citer bahaus ler, poet modrian ler, constructivism ler ... baru ler celik mato aku... itu pun kantoi gak .. tapi bagus untuk artist yang memerlukan style, kalo rajin lagi... letak ler contoh sekali dan ada pengkritiknya... lagi bernas

aku ada jumpa buku Art History nih di PAGE ONE di Lot10, tapi mahal giler masa tu.... (tawon 2003)

rasanya art school tpt ko x banyak citer pasai  sejarah seni islam macam uITM - agak je
siput seduz

icescoba87

  • Newbie
  • *
  • Posts: 1
    • View Profile
Re: Tutorial Keribang: Elemen Dan Prinsip Seni!
« Reply #38 on: January 21, 2009, 12:21:49 AM »
leh tlg sy tk saya nak cari pasal komposisi ni...

d4z

  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 3933
  • Black Sun
    • View Profile
    • profile design ambe...
Re: Tutorial Keribang: Elemen Dan Prinsip Seni!
« Reply #39 on: February 28, 2009, 08:26:55 AM »
ehs..gile g korek tread taun 2005! haha.. da 4thn..hihi

komposisi yg mcmaner tu? kena faham subjek asas nye dulu, ape focus nye.. ada mcm2 komposisi...tp yg utamanya yg sama2 balance kiri kanan dan satu lg yg unbalance...

*heh..teringat time ajar principal n element kat bdk2 aku dulu tu...huhuh rindu lak jd lecturer...




visit my online Design Profile at http://www.coroflot.com/riderx
my design+life related blog at http://riderxdesign.blogspot.com/