Author Topic: Tutorial Keribang: Elemen Dan Prinsip Seni!  (Read 17765 times)

keribang

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 629
    • View Profile
    • http://www.artwanted.com/YakupRafee
Tutorial Keribang: Elemen Dan Prinsip Seni!
« on: April 14, 2005, 11:01:17 AM »
Ok , seperti yang aku janjikan aku cuba bagi sedikit input berkenaan apa yang perlu
kita atau sesiapa yang ingin menceburkan diri dlm bidang seni visual ni tahu sebelum
memulakan sesebuah karya atau design. Benda ni sebenarnya dah lama dan
sepatutnya kita tahu, mungkin aku cuma huraikan semula supaya kita sama2 sedar
bahawa apa yg kita buat tu perlu ada aturan dan prinsip yang perlu diikuti. Namun
kadang2 aturan dan prinsip ni pun kita boleh langgar gak… tapi bergantung pada
kefahaman kita dlm mendalami elemen dan prinsip seni tersebut.

Sebelum memulakan sesebuah rekabentuk atau karya, perlu diketahui beberapa
perkara asas iaitu elemen dan prinsip seni. Perkara ni selalu diabaikan atau dilupakan
oleh kita sebelum memulakan sesuatu karya. Dulu masa aku sekolah pun aku tak
pernah fikir hal nih, main lukis jek.

Selalu org keliru antara apa yg dikatakan sbg elemen dan apa yg dikatakan sbg
prinsip. Nanti aku huraikan satu persatu…… buat masa ni yg perlu difahami ialah
elemen seni ialah elemen asas yg membentuk sesebuah karya seni seperti garisan,
nilai dan warna manakala prinsip pula ialah gabungan dua atau lebih elemen seni
tersebut untuk membentuk satu prinsip yg baru seperti harmoni ,kontras atau
ryhtm/irama.

Ramai org sukar membezakan antara elemen dan prinsip tapi konsepnya mudah
sahaja, elemen ni adalah benda yg paling asas manakala prinsip pula ialah hasil
yg diperolehi hasil tindakbalas gabungan elemen seni itu tadi.

Di sini aku akan cuba huraikan sedikit demi sedikit…. Mungkin mengambil masa
sedikit tetapi insyaAllah aku cuba huraikan seringkas dan sebaik mungkin.
Mungkin juga ambil masa nak terangkan semua, so sabar la yek!

Mengapa perlu seseorang memahami elemen dan prinsip seni ini dahulu
sebelum berkarya?

Bagi seseorang yg sudah ada bakat seni dalam dirinya, tidak sukar bagi dirinya
untuk meniru sebarang objek atau lukisan org lain tetapi jika kita lihat hasilnya
tak semestinya boleh kitakan baik walaupun  agak serupa. Perkara ini selalu kita l
ihat pada pelajar-pelajar sekolah yang pandai melukis tetapi kurang pemahaman
terhadap kepentingan dan penggunaan asas elemen dan prinsip seni tadi. Apa
yang membezakan antara lukisan yang ‘baik’ dengan lukisan yang ‘terbaik’ ialah
kefahaman dan kepandaian menggunakan elemen dan prinsip seni.

Bagi seseorang yang tidak ada bakat melukis tetapi berminat dlm seni, kefahaman
dalam perkara ini dapat menjadikan seseorang itu kritikal dalam pemikiran dan
dapat melihat kekurangan serta kelebihan sesuatu karya. So, orang ni boleh
menjadi pengkritik yang baik.

Kesimpulannya, sekiranya digabungkan kefahaman terhadap elemen dan prinsip
seni ini dengan bakat serta kebolehan melukis, insyaAllah karya yang dihasilkan itu
lebih bermutu dan boleh dikategorikan sebagai professional.

Selepas ni nanti aku akan huraikan pulak apa yg dikategorikan sbg elemen dan
prinsip seni. Wassalam :D

p/s- cuba tanya diri kita, setiap kali melukis, berapa kali kita berfikir sebelum memulakan garisan?
adakah kita fikirkan komposisi, jenis garisan, nilai, bentuk, rupa, keseimbangan dan yg lain2 sebelum
memeulakan lukisan tersebut.... kalau rasa tak pernah fikirkan hal2 tu semua, masih jauh perjalanan anda!!!
[/b]
« Last Edit: August 20, 2006, 09:49:54 PM by azarimy »

ubder

  • Moderator
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 3233
    • View Profile
Elemen Dan Prinsip Seni!
« Reply #1 on: April 14, 2005, 11:08:28 AM »
thanks cikgu....sebagai sorang yang buta seni, ini adalah tutorial yang bermakna bagi aku....

bagian p/s tu memang terkena aku... lukis langsung tak pikir, pakai balun jer..... malas pikir kot.....

harap dapat sambung, setakat boleh...
one

"Tuez-les tous; Dieu reconnaitra les siens."
("Kill them all; for the Lord knoweth them that are His.")
-Albigensian Crusade

 Igitur qui desiderat pacem, praeparet bellum...
- Publius Flavius Vegetius Renatus

thirtynine

  • Moderator
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 4440
  • ...hidup jangan tersadung kaca-kaca manis...
    • View Profile
    • http://luzrafikr.deviantart.com/gallery/
Elemen Dan Prinsip Seni!
« Reply #2 on: April 14, 2005, 11:23:03 AM »
yes... Formalistik dalam karya amat penting... aku pun masih menginginkan ilmu seni... lagi banyak belajar lagi banyak yang tak tahu.... lagi cikgu...

 B)  

ALYRIDURA

  • Moderator
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 4861
  • rajin+dedikasi+cekal = radikal
    • View Profile
    • komikajif
Elemen Dan Prinsip Seni!
« Reply #3 on: April 14, 2005, 12:09:46 PM »
hmm.. bagus ni.. sediakan buku nota semua!.. rasa cam duduk kat dalam bilik kuliah je..

kromosom

  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 4457
  • tabularasa
    • View Profile
    • tabularasa
Elemen Dan Prinsip Seni!
« Reply #4 on: April 14, 2005, 12:20:08 PM »
hmmm...ni bukan rasa mcm kuliah,mmg dah nota kuliah ni,
chayalah, dapat ilmu free ni

keribang

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 629
    • View Profile
    • http://www.artwanted.com/YakupRafee
Elemen Dan Prinsip Seni!
« Reply #5 on: April 14, 2005, 01:37:12 PM »
Macam kuliah la pulak aku bagi nih... btw, cakap 39 tu betul... istilah lain bagi elemen
dan prinsip seni ni ialah formalistik. So jgn keliru antara elemen dan prinsip ngan formalistik.
Sama jek kedua2 benda tu. Ok kita teruskan kuliah... :D


Sebelum aku huraikan lebih lanjut berkenaan dengan elemen dan prinsip, izinkan aku
bercerita serba sedikit berkenaan dengan komposisi. Kenapa aku perlu cerita bab
komposisi ni ialah kerana ia tidak terletak dalam elemen atau prinsip tetapi komposisi
ialah susuatur elemen menggunakan prinsip-prinsip dalam rekabentuk.
Prinsip dalam seni membantu kita menyusun atau ‘organize’ elemen seni supaya ianya
dapat menarik perhatian . Ini boleh juga dikatakan sebagai bagaimana untuk mendapatkan
impak visual/ visual impact!

Di dalam apa kerja seni sekalipun, terdapat satu proses pemikiran bagaimana susunatur/
komposisi  elemen seni dilakukan. Artis atau pengkarya yang bekerja dengan prinsip komposisi
yg baik biasanya akan menghasilkan karya seni yang lebih menarik dan ianya dapat menonjolkan
irama dan pergerakan dalam karya tersebut. Focal point/center of interest atau titik tumpuan
bagi karya itu pula akan lebih bertenaga dan tumpuan pemerhati terhadap karya tersebut akan
lebih kuat dengan bantuan komposisi yang sesuai. Pemahaman yang baik dalam komposisi
adalah kunci dalam menghasilkan karya yang baik. Dan pemahaman asas elemen seni seperti
yang aku huraikan kat bawah ni akan membantu pemahaman dalam komposisi ini dengan
lebih baik …insyaAllah!!

Sekarang aku senaraikan beberapa perkara atau jenis dalam elemen seni. Seperti yang aku
jelaskan sebelum ni, elemen seni ialah perkara asas yang membentuk sesebuah karya seni.
Ok, antara yang dikatakan sebagai elemen seni ialah:

1.   Garisan- kita semua tahu apa itu garisan tapi jarang yang benar2 faham
penggunaan garisan. Garisan merupakan sebarang tanda di atas permukaan yang
membentuk rupa atau ‘outline’. Ianya boleh membentuk jalinan/texture dan mempunyai
nilai tebal atau halus. Jenis-jenis garisan termasuk actual, implied, vertical, horizontal,
diagonal dan contour lines. Tebal dan halus sesuatu garisan biasanya boleh mempengaruhi
lukisan kita samada dari segi ruang (jauh dan dekat), saiz,  titik tumpuan (focal point) dan lain-lain.

2.   Texture/hira/jalinan- Pemahaman terhadap texture ni penting kerana setiap
objek mempunyai nilai texturenya yg tersendiri samada halus atau kasar. Texture ni boleh
dikatakan sebagai kualiti sesuatu permukaan samada dari segi tactile(boleh dirasa dengan deria)
atau visual (hanya boleh dinilai melalui penglihatan).

3.   Warna- nama lain bagi warna dalam istilah seni ialah hue dan ia mempunyai
3 ciri utama iaitu, chroma, intensity dan value. Dalam catan atau apa2 lukisan
berwarna, kefahaman teori warna dan kepandaian menyesuaikan keadaan dalam menggunakan
warna adalah yg paling penting untuk mewujudkan mood agar lukisan kelihatan natural dan hidup.
Dalam masa yang sama, kita juga perlu memahami berkenaan dengan color temperature/suhu.
Kalau nak cerita bab warna ni, sampai sudah pun x habis. Mungkin aku akan buat satu tutorial
berkenaan dengan warna je di masa depan.

4.   Shape/rupa- shape ialah garisan 2 dimensi tanpa bentuk dan ketebalan.
Ia bersifat flat/rata dan boleh dikategorikan kepada geometric dan organic. Biasanya pelajar
selalu keliru antara shape dan form.

5.   Form/bentuk- form ialah objek 3 dimensi yang mempunyai ruang/volume
dan ketebalan. Ia ialah ilusi terhadap efek 3D dan diimplikasikan berbantukan cahaya dan
teknik bayangan.

6.   Value/nilai- nilai merupakan istilah yang digunakan dalam mengukur terang
gelap dalam sesuatu rekabentuk. Ianya merupakan kontras antara hitam dan putih dan semua
ton yg berada di antaranya. Nilai boleh diaplikasikan pada warna dan juga pada warna hitam
dan putih. Perbezaan yang jelas/ketara antara sesuatu nilai pula dikatakan sebagai kontras.

7.   Saiz- merujuk kepada variasi dlm kadarbanding antara objek, garisan atau rupa.
Sesetengah bahan rujukan juga menyenaraikan kadarbanding/proportion/scale juga salah
satu dari elemen dlm seni.

Elemen seni yang aku senaraikan kat atas tu adalah sebahagian dari elemen seni yang biasa digunakan apabila kita nak menghasilkan sesuatu karya. Tetapi, kita mungkin dpt lihat banyak lagi contoh elemen seni yang boleh disenaraikan kalau merujuk kepada bahan rujukan yg lain. Perkara ini juga biasanya dirujuk apabila kita hendak menilai atau mengkritik sesuatu karya. Sebagai contoh, dlm sesebuah lukisan kita biasa dengar lukisan ni garisan yang digunakan tidak sesuai dengan ketebalan atau nilai warna yang digunakan terlalu kontras. So, elemen seni boleh dijadikan sebagai panduan dalam mengkritik. Tetapi adalah lebih baik sekiranya artis atau pelukis itu sendiri peka dengan elemen seni ini sebelum memulakan karya agar karya yg dihasilkan adalah lebih baik.

Ok, cukup untuk elemen seni... nanti kalau aku rajin lagi, aku akan huraikan pulak apa yang dimaksudkan dengan prinsip seni dan pengaruh elemen dan prinsip seni ni dalam penghasilan sesebuah karya. wassalam!  :)

 

Leydi (R)

  • Mods
  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 2100
    • View Profile
    • http://
Elemen Dan Prinsip Seni!
« Reply #6 on: April 14, 2005, 02:03:01 PM »
Tima kasih cikgu!!  :)  

keribang

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 629
    • View Profile
    • http://www.artwanted.com/YakupRafee
Elemen Dan Prinsip Seni!
« Reply #7 on: April 14, 2005, 02:28:11 PM »
Leydi,
Kalau ko nak tambah apa2 kat sini, jgn malu2...jgn segan2! Ko pun otai gak dlm hal nih. Boring la aku sorang jek yg bagi input...ko tambah la apa yg patut! :D  

amykamen555

  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 4460
  • Perjuangan Seni Vintage Maseh Belom Selesai
    • View Profile
    • Henshin!
Elemen Dan Prinsip Seni!
« Reply #8 on: April 14, 2005, 02:37:58 PM »
dah lama aku tak recall benda2 camnie... yelah, blaja benda2 nie pun cuma 2 sem jer kat itm.. paham mmg la paham, paham sendiri jer la... nak bg input kat org takut ajaran sesat pulak... nasib baik ada otai keribang... :)

thirtynine

  • Moderator
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 4440
  • ...hidup jangan tersadung kaca-kaca manis...
    • View Profile
    • http://luzrafikr.deviantart.com/gallery/
Elemen Dan Prinsip Seni!
« Reply #9 on: April 14, 2005, 02:52:50 PM »
wah!... sepatutnya lebih ramai lagi ahli pergh mai masuk sini mai...

-selain tuh dalam interpretasi atau menilai karya seni, ia melibatkan "Form and Content"

Form = Formalistik, Content = Kandungan/ Makna (Ada sesetengah memanggilnya 'Bentuk dan Makna' dalam bahasa melayu)..

betul ker cikgu Keri... :sengih:  kalau salah tolong betulkan..

keribang

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 629
    • View Profile
    • http://www.artwanted.com/YakupRafee
Elemen Dan Prinsip Seni!
« Reply #10 on: April 14, 2005, 03:18:23 PM »
39, mmg betul la tu.. yg aku bagi nih cuma dalam bentuk luaran atau formalistik.... kalau nak citer bab content tu plak, kena bukak satu lagi thread baru berkenaan bab tu jek... hehehe, nanti pening la plak kepala nak pikir bab isi ni nanti. Ringkasnya, dalam content nih, kita perlu menghurai berdasarkan kepada persoalan 'kenapa'/why? Dan kita boleh kupas berdasarkan kepada environment/external dahulu dan seterusnya menilai interpretasi diri sebelum menilai secara lebih dalam atau secara psikologi. InsyaAllah, kalau ada kelapangan kita akan sama2 cuba kupas satu persatu... :D

p/s- kadang2 kita nih terlalu taksub dengan content sampai mengabaikan formalistik. Sebaik2nya biar la ianya bergerak seiring.. karya yang mempunyai formalistik yg baik biasanya masih boleh diterima oleh masyarakat umum, at least sebagai satu lukisan tetapi karya yg hanya menekankan kepada content, selalunya hanya org tertentu shj yg boleh menilainya. So fikir la samada korang nak buat karya syok sendiri atau utk masyarakat!

stingray_flyz

  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 3172
    • View Profile
    • PENYULAM MIMPI
Elemen Dan Prinsip Seni!
« Reply #11 on: April 14, 2005, 04:04:10 PM »
kawan pon nak ikut kuliah ni,
nak refresh balik....
 :lol: tq terima kasih daun keladi
       

thirtynine

  • Moderator
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 4440
  • ...hidup jangan tersadung kaca-kaca manis...
    • View Profile
    • http://luzrafikr.deviantart.com/gallery/
Elemen Dan Prinsip Seni!
« Reply #12 on: April 14, 2005, 04:38:08 PM »
yub betul keribang... kadang2 pemilihan 'subject matter' juga perlu dititik-beratkan sebab ia melibatkan Form & Content itu sendiri secara tidak langsung,

kalau salah pilih 'subject matter' yang kurang menepati dgn masyarakat, maka akibatnya boleh tgk sendiri penerimaannya terhadap sesetengah pengkarya,

ambil contoh: en Jailani Abu Hassan (idola aku.. hehe)-  beliau merakam 'subject matter' yang berkaitan dgn enviroment kemelayuan yang mempunyai nilai dan estetika yang tersendiri, lalu diolah mengikut Form & Content melalui adaptasi ideanya sendiri. (sori la kalau lari tajuk... hehe)

 :)

CUBA KLIK SINI
« Last Edit: April 15, 2005, 02:52:41 AM by thirtynine »

silentgecko

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1550
    • View Profile
    • http://www.silentgecko.8m.com
Elemen Dan Prinsip Seni!
« Reply #13 on: April 14, 2005, 05:31:18 PM »
wah... banyak term-term yg aku tak penah dengar... akhirnya berkesempatan jugak aku utk belajar teori art secara betul.......... trima kaseh cikgu keribang....  selama nih belajar secara koboi jer......... ilmu yg sangat berguna... ok chow

http://silentgecko.deviantart.com
Melukis dengan batasan.

madstone

  • Ultra Member
  • *****
  • Posts: 7971
  • Penorrent Berjaya
    • View Profile
Elemen Dan Prinsip Seni!
« Reply #14 on: April 15, 2005, 02:02:24 AM »
ilmu yg cukup-cukup berguna
mekasey enche keribang

keribang

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 629
    • View Profile
    • http://www.artwanted.com/YakupRafee
Elemen Dan Prinsip Seni!
« Reply #15 on: April 15, 2005, 08:18:08 AM »
39, aku dah pergi ke link jailani tu... seronok aku baca tulisan dan komen yg diberi terhadap kerja jailani tu. sebenarnya tu la pandangan dan kritikan oleh sesetengah masyarakat terhadap apa yang sesetengah yg lain anggap sebagai sesuatu yg baik. Tak salah tanggapan mereka terhadap karya Jailani tu tapi bagi aku apa yg penting ialah kepuasan peribadi pengkarya itu sendiri....kalau dirasakan komen mereka tu terlalu extreme, sepatutnya si pengkritik tu la yg memulakan evolusi atau revolusi yg dimaksudkan dlm komen mereka tu.
Bagi aku, dalam konteks pembelajaran dan pengetahuan seni ni, walau di zaman apa pun kita berada sekarang, perkara2 asas seperti elemen dan prinsip seni ni wajib diketahui dan difahami terlebih dahulu sebelum kita nak melangkah lebih jauh. Kalau nak jadi seperti Damien Hirst tu pun, aku percaya dia tetap bermula dari pensil dan kertas. Masalahnya ramai yg terlalu ghairah nak melompat sedangkan merangkak pun belum pandai... :D  

saripol

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 669
    • View Profile
    • http://www.akarumbi.com
Elemen Dan Prinsip Seni!
« Reply #16 on: April 15, 2005, 08:59:39 AM »
maaf tanya saya tak skolah.. sisi/edges masuk bahgian mana yer?

keribang

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 629
    • View Profile
    • http://www.artwanted.com/YakupRafee
Elemen Dan Prinsip Seni!
« Reply #17 on: April 15, 2005, 09:23:39 AM »
Saripol,
edges tu wujud disebabkan oleh adanya garisan/lines. Dalam garisan ni lak sebenarnya ada pecahan lagi spt blur, broken, control, curve, diagonal, freehand, thick, thin dan macam2 lagi la.. aku pun x leh nak ingat semua. Secara ringkasnya, kesan dan jenis garisan yg digunakan tu akan wewujudkan edges yg dikehendaki. So basicly, edges ni bwh elemen. Nanti aku huraikan pulak apa yg dimaksudkan dengan prinsip supaya lebih jelas apa beza antara elemen dan prinsip. Harap terjawab soalan... :D  

adijin

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 746
  • Berusahalah!
    • View Profile
    • http://www.aadisalman.com/
Elemen Dan Prinsip Seni!
« Reply #18 on: April 15, 2005, 10:09:04 AM »
Bro Keribang, usaha yg bagus ni.

Harap ada banyak lagi yg boleh dikongsi  B)  

saripol

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 669
    • View Profile
    • http://www.akarumbi.com
Elemen Dan Prinsip Seni!
« Reply #19 on: April 15, 2005, 11:00:31 AM »
wah terima kasih.. mmg terjawab soklan saya.. teruskan usaha murni ni..