Pergh Forum

Learning Arena And Multimedia => Tutorials, Help-mes and How-tos! => Member's Tutorial => Topic started by: ensalim on May 17, 2005, 02:29:52 PM

Title: Tutorial EnSalim: Digital Comic Coloring
Post by: ensalim on May 17, 2005, 02:29:52 PM
Aku dah lama dah nak buat tutorial step by step comic coloring ni...tapi baru sekarang ni
nampaknya hasrat tu tercapai, Alhamdulilah. Sebelum ni, ada beberapa ahli pergh pernah tanya cemana
aku color beberapa work yang aku post kat sini . So aku harap tutorial ni mampu menjawab soalan tu...
Sila la baca & praktis la apa yang aku tunjuk kat bawah ni...(sakit kepala jugak nak susun tutorial ni - sejak minggu lepas)

Tutorial di bawah ni adalah dibuat dengan Adobe Photoshop 6, dan aku guna Macintosh. So segala shortcuts
adalah mengikut keyboard Mac. Keyboard PC jugak lebih kurang sama shortcuts dia, tapi aku tak sure key mana,
korang cuba la figure out dulu..Untuk tutorial ni, aku consider korang semua dah familiar dengan pshop...
Di bawah ditunjukkan cara nak merender muka, yang mana aku rasa agak tricky sikit...
Lebih mujarab jika dipraktis di kala tenang atau time tak banyak keje... :D

Direction: Download lineart step 1, kemudian klik & download ‘actual size’ file.
Ketika coloring dalam photoshop, bukak file sebelah menyebelah supaya senang nak refer & pick color...
Selamat coba mencoba...(Sori la, agak menjela benor tutorial ni - practically tak la sepanjang ini)

(http://www.geocities.com/salimdawam/tutone.txt)

1. Download Lineart
     Sila download lineart DARIA tanpa mengubah saiz dan dpi.
     Open file dengan photoshop (command+o). Make sure image dalam mode RGB

(http://www.geocities.com/salimdawam/retuttwo.txt)
actual size (http://www.geocities.com/salimdawam/tuttwo.txt)

2. Layer Setting
     Set layer saperti ditunjukkan di atas, letakkan nama ‘daria’ pada layer 1
     dan setkan ‘multiply’, buat 1 lagi layer transparent di bawahnya, namakan ‘flat’
     dan setkan ‘normal’
     Buat lasso selection
     Pada layer ‘flat’, buat lasso selection. Hold ‘option’ key dan buat selection mengikut
     bentuk muka, rambut, anak mata dan bibir...

(http://www.geocities.com/salimdawam/retutthree.txt)
actual size (http://www.geocities.com/salimdawam/tutthree.txt)

3. Fill flat colors (flattening)
     Pada layer ‘flat,’ fill flat color pada muka, rambut, anak mata & bibir.
     Shortcut ‘fill color’ ialah option+delete.
     Sila pick color muka, rambut, bibir & mata  daripada gambar di atas dengan tool ‘eyedropper’

(http://www.geocities.com/salimdawam/retutfour.txt)
actual size (http://www.geocities.com/salimdawam/tutfour.txt)

4. Airbush tool- brush setting
     Pilih airbrush tool pada toolbox dan buat brush setting saperti di atas..
     Set brush pressure pada 30%,
     brush diameter pada 175%,
     Hardness pada 0%
     Spacing pada 25%

(http://www.geocities.com/salimdawam/retutfive.txt)
actual size (http://www.geocities.com/salimdawam/tutfive.txt)

5. Start Airbrushing
    Aku buat guide circle warna hijau tu menunjukkan size brush. Dengan ‘magic wand’ select area pada    
    muka. Sila pick ‘foreground color’ kat toolbox tu.Spray pada dahi dgn kadar 3x klik (1), perhatikan  
    kedudukan brush yg mana off sikit dari selection.Then, spray pada tengah muka dengan kadar 3x klik (2).
    Ok done. Senang kan?

(http://www.geocities.com/salimdawam/retutsix.txt)
actual size (http://www.geocities.com/salimdawam/tutsix.txt)

6. Shading dahi
     Buat lasso selection pada dahi.Then, sila pick color pada toolbox. Shade pada bahagian bawah dahi    
     mengikut pergerakan yang ditunjukkan pada kelajuan 3cm sesaat (agak2 la) .Perhatikan kedudukan    
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: ensalim on May 17, 2005, 02:34:48 PM
(http://www.geocities.com/salimdawam/retutseven.txt)
actual size (http://www.geocities.com/salimdawam/tutseven.txt)

7. Shading area mata pipi dan dagu
     Buat lasso selection saperti di atas.Then, set brush diameter 80% (shortcut: tekan bekali2 key ‘[‘)
     Then pick color pada toolbox. Shade pada lasso selection area mengikut pergerakan diatas, pada kelajuan  
     3cm sesaat (agak2 la) Perhatikan kedudukan brush. Set brush diameter 40% (shortcut: tekan bekali2 key ‘[‘)
     dan shade bawah hidung pada kadar 2 kali klik..Perhatikan kedudukan brush.

(http://www.geocities.com/salimdawam/retuteig.txt)
actual size (http://www.geocities.com/salimdawam/tuteig.txt)

8. Airbrush area pipi dan dagu
     Buat lasso selection saperti di atas.Then, set brush diameter 70% (shortcut: tekan bekali2 key ‘[‘)
     Then pick color pada toolbox. Spray pada lasso selection area pada kadar 2 kali klik.  
      Perhatikan kedudukan brush. Set brush diameter 50% dan spray bahagian dagu pada kadar 2 kali klik.
      Perhatikan kedudukan brush. Sekarang, engkau dah bolae nampak form muka...    


(http://www.geocities.com/salimdawam/retutnine.txt)
actual size (http://www.geocities.com/salimdawam/tutnine.txt)

    9. Airbrush area pipi kanan & kiri
     Buat lasso selection pada pipi kiri & kanan .Then, set brush diameter 60% (shortcut: tekan bekali2    
     key ‘[‘ atau ‘]’ untuk besarkan atau kecikkan) Then pick color pada toolbox. Spray pada lasso
     selection area pada kadar 2 kali klik. Perhatikan kedudukan brush. Set brush diameter 50% dan  
     spray bahagian dagu pada kadar 2 kali klik. Perhatikan kedudukan brush. Sekarang, engkau dah
     boleh nampak form muka...    
 
(http://www.geocities.com/salimdawam/retutten.txt)
actual size (http://www.geocities.com/salimdawam/tutten.txt)

10. Airbrush lips
     Buat lasso selection macam di atas .Then, set brush diameter 30% (shortcut: tekan bekali2    
     key ‘[‘ atau ‘]’ untuk besarkan atau kecikkan) Then pick color pada toolbox. Spray pada lasso
     selection area pada kadar 2 kali klik. Perhatikan kedudukan brush.  

(http://www.geocities.com/salimdawam/retuteleven.txt)
actual size (http://www.geocities.com/salimdawam/tuteleven.txt)

11. Airbrush rambut
     Select area rambut dengan tool ‘magic wand’ .Then, set brush diameter 60% (shortcut: tekan  
     bekali2 key ‘[‘ atau ‘]’ untuk besarkan atau kecikkan) Then pick color pada toolbox. Spray pada  
     selection area pada kadar 3 kali klik. Perhatikan kedudukan brush.  Sekarang, engkau dah
     boleh nampak lagi jelas form muka Daria ni..orait, engkorang memang best...

(http://www.geocities.com/salimdawam/retuttwelve.txt)
actual size (http://www.geocities.com/salimdawam/tuttwelve.txt)

12. Airbrush highlights
     Buat lasso selection pada area rambut, batang hidung dan bibir (atau dahi jika mahu)
     Set brush diameter 150% pada rambut, 60% untuk hidung dan 30% untuk bibir.
     Spray rambt mengikut pergerakan brush. Perhatikan kedudukan brush.
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: ensalim on May 17, 2005, 02:37:40 PM
13. Airbrush extras
     Buat lasso selection saperti datas, Set brush diameter 100%. Spray pada kadar 2x klik.
     Perhatikan kedudukan brush. Tada...dah siap dah...Huiyo..cepat betul..Tahniah engkorang
     dah berjaya...

(http://www.geocities.com/salimdawam/tutfourth.txt)

14. Final touch-up & 2 light sources
     Ok apabila segalanya dah ok anda boleh la decide nak tambah shading atau
     play  with beberapa light sources. Daria dirender dengan 2 light sources.Cuba la
     buat beberapa kali supaya ngko faham step2 dia. Nanti ngkorang akan lebih faham dan akan
     macam tau-tau je macam mana nak render seterusnya...

The Masters
Nama-nama seperti Brian Haberlin (founder) & Liquid! adalah perintis terawal teknik ni..nama-nama
lain yang sinonim dengan comic coloring stail ni adalah seperti Justin Ponsor, Guy Major, Matt Milla
Richard Isanove, Dave Kemp, dan beberapa lagi..

Comic books
Brian Haberlin- Spawn, Witchblade, Black Widow dll.. Liquid! -BattleChaser, Uncanny X-men, Eve-Proto Mecha dll..
Justin Ponsor, Matt milla, - Danger Girl & dll.. Richard Isanove-Inhumans (bersama Jae Lee). Sebenarnya banyak work
diorang ni, sila check internet..wakka

Interviews

Sila baca interview2 untuk mengetahui sejarah & mendapat semangat juang yang tertinggi untuk buat coloring ni..

Brian Haberlin interview (http://newsarama.com/forums/showthread.php?s=&threadid=6938)
Liquid!(Aron Lusen) (http://www.wizarduniverse.com/magazines/wizard/WZ20030827-color_aron.cfm)
Richard Isanove interview (http://emsh.calarts.edu/gallery/Richard_Isanove/The%20DrawingBoard%20-%20Interview%20wth%20Richard%20Isanove.htm)
Justin Ponsor interview (http://www.comicon.com/cgi-bin/ultimatebb.cgi?ubb=print_topic;f=36;t=003674)

websites
Liquid!graphics (http://www.go-liquid.com/content/main.htm)
Haberlin Studios (http://www.haberlin.com/)
avalon studios (http://www.avaloncomics.com/)

Moga sukses,
kalo da jadi, cuba-cuba la  pos la kat sini..
Sekian, ensalim
May 2005
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: amykamen555 on May 17, 2005, 02:41:33 PM
bagus la ko buat tutorial nie salim.... bertambah lagi knowledge dan teknik coloring... kalau di ikut2kan... lain org, lain teknik coloring dia.... ada yg pakai airbush teknik, ada yg pakai brush yg biasa(menggunakan teknik overlaping)... mcm2 ada lah... skali lagi tahniah untuk salim sebab berusaha untuk tutorial nie...apa lagi guys... grab yer mouse/tablet and get in the business!!!  :lol:  
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: takara on May 17, 2005, 02:55:34 PM
huuu, tengkiu2 sebab kongsi kat sini.
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: ALYRIDURA on May 17, 2005, 03:16:01 PM
tqx en salim di atas perkongsian ilmu ni...
mmg ade sikit perbezaanla cara atau teknik tu bergantung kepada individu tu sendiri..
tapi yang penting.. matlamat yang sama.

walaupun en.salim tak lampirkan layer yang berlainan utk setiap langkah
(sebab dia dah YAKIN...)
bagi mereka yang baru nak tau atau amatur... ini cara yang agak bahaya
sebab kalau berlaku kesilapan... alamatnye kaler la semula.

mungkin en.salim ade teknik yang lain lagi.
meh tengok perkembangan thread ni...
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: ensalim on May 17, 2005, 03:40:56 PM
Betul jugak cakap alydura tu...buat atas satu layer agak bahaya...takut tesilap
mungkin boleh buat beberapa layer..

layer bawah sekali flat color
layer kedua untuk airbrush rendering

Korang baca la Richard Isanove punya interview tu, dia ada bagi sikit tips
yang aku rasa ada banyak jugak information...

Aly: Engko bole bagi la tips sket kot..tambah2 le mana yang patut.. :D  
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: adijin on May 17, 2005, 03:57:38 PM
Tahniah sebab buat tutorial ni. Usaha yg bagus!
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: ALYRIDURA on May 17, 2005, 04:06:30 PM
insyaallah...
nanti aku cuba luangkan masa untuk tips ni..
sekrang ni bz maa...
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: kromosom on May 17, 2005, 04:08:26 PM
chayalh enche salim, selalunya se-layer ni taiko1 je yang buat ahahahhah...
simple & praktikal. lepas ni boleh la post yg da ikut step by step. aku nye kalering lain skek , nanti aku choba kaler atas objek yang sama

syabbas
 
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: thirtynine on May 17, 2005, 04:26:04 PM
jom kongsi ilmu mengaler masing2... setiap org lain caranya, tapi yang baru nak belajar tuh pandai2 la ikut yang mana mudah difahami...  aku tak serajin ensalim la nak bikin tutorial mengaler nih... tapi insyaAllah akan diusahakan kendian hari...
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: kromosom on May 17, 2005, 05:12:45 PM
nak dload actuial size kat manae aaaa???
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: ensalim on May 17, 2005, 05:33:28 PM
Lineart yang didisplay kat step 1 tu, itu la actual sizenya. kecik aje..72dpi
'actual size' cuma ada kat step2 seterusnya..sebab kalau display agak makan ruang...
Er..itu ke maksud soalan engkoa tu...?
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: saripol on May 17, 2005, 05:35:19 PM
uuu aku pon nak kaler lah.. harap² boleh siap sebab kecik jer ehehehe
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: kromosom on May 17, 2005, 05:41:37 PM
oicee, aku ingat ada yang hi resolution punya, okeh, yang tu pon boleh la, tapi esok lusa tulat la baru ngadap
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: bohrtaag on May 17, 2005, 08:03:57 PM
cayalah 'salim!! :pergh:
tutorial yg sangat berguna!!

(http://www.geocities.com/skratchdisk/ibo.txt):[size=8](hm..apsal keyboard aku x de butang 'command' eh? camner nak kaler ni?) [/size]  :manga:  
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: saripol on May 17, 2005, 11:06:37 PM
(http://www.akarumbi.com/albums/DigitalColoring/ensalim.jpg)

sesungguhnya sudah lama aku tak buat kije sampai siap.. tapi arini siap plak hahahaha
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: bohrtaag on May 18, 2005, 12:42:19 AM
fuh, 1st time siyot ngaler camni..! berejam jugak nak melayan
(http://www.geocities.com/skratchdisk/ibo.txt):[size=8](harap2nya pasal 1st time la, huhu..)[/size]
mintak krit, cikgu! ok ke ah? apa kurangnya?  :unsure:

(http://uk.geocities.com/bohrtaag/daria1.txt)
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: kromosom on May 18, 2005, 12:17:24 PM
(http://www.kerawang.com/albums/klp/ensalim_color.jpg)
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: takara on May 18, 2005, 01:23:42 PM
waa... dah ada percobaan nampaknya.
huii krom, glowingnyer tongkat sakti pawang rimau tu.
 :sengih:

 
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: Izam01 on May 18, 2005, 02:36:20 PM
balik nanti aku nak cuba....
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: ensalim on May 18, 2005, 03:35:28 PM
Huih, cepatnya korang reply...bagus2..
Saripol, hm satu style kalering, lighting & form bole nampak...ok..  
Botak, waha...da ampir da ni...mungkin kena shade sikit tang idung dia tu..
Krom, ok ni...aikk..mata da ijau? takpa..takpa

 B)

(http://www.geocities.com/salimdawam/sydneyori.txt)(http://www.geocities.com/salimdawam/sydney.txt)
Sydney Savage- Scanned dari Danger girl sketchbook

First dulu aku ingat nak pakai lineart J.Scott Campbell untuk tutorial ni..
tp kang banyak sangat guna kang skali dia sue mampos aku (bule sue ke?) So aku lokis le balik sendiri punya...
Color yg aku guna untuk tutorial ni adalah based on Justin Ponsor punya color

Ok, rendering cara ni sebenarnya penggunaan brush diameter kecik adalah minimum...
jd..untuk area yg kecik, kena buat lasso selection yg kecik pastu spray dlm area tu..
Imagine korang guna real airbrush....lasso adalah masking film.. :)

Pasni aku mungkin tunjukkan macam mana nak fill color dalam lineart...
Err..kene tunggu le ye..lek dulu
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: rootless on May 18, 2005, 04:53:58 PM
Ensalim, saya sangat suka dengan tutorial anda. baru lah saya tau bagaimana hendak mengaler muka org dengan betul.. ensalim tak kedekut ilmulah.. ensalim la idola saya buat kali ini. terima kasih.

tapi kalau tak kaler takpekan? takde masa ler...
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: KOMAsutra on May 18, 2005, 05:19:17 PM
boleh hamba tompang bertanya?..
kenapa musti guna RGB bukan CMYK?..
x de problem ker bila nak print out nanti?..
kaler x lari ker?..
tima kaseh..



barula senang nak paham..
tima kaseh inche'.. :D  
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: kromosom on May 18, 2005, 05:46:38 PM
saya cuba ya en. salim

(http://www.kerawang.com/albums/klp/ensalimstawas.jpg)
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: saripol on May 18, 2005, 06:11:24 PM
aku pon nak lasso la liquid! kalau macam nih
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: amirzakirana on May 18, 2005, 06:36:22 PM
ini percubaan dariku, enche selim shady..

(http://img.photobucket.com/albums/v519/amirzakirana/selimsadi.jpg)

 
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: ensalim on May 18, 2005, 07:59:51 PM
Rootless, err.. jgn ckp camtu...terharu ako dibuatnya...tq2
sebenonya bukan ni je cara nak color dlm phshop, banyak lg...tp ini cara yg biasa dipakai ntuk color comic..
Sam mana Sam?...kata nak minum teh tarik lah ape lah..apa ntah...Kirim salam kat dia ekk...

Koma, RGB lebih senang nak control atau adjust color dan ada effect
yg lebih bagus hasilnya dalam RGB kalo dibandingkan dgn CMYK...
Pendek kata ianya berkenaan dengan color la...
Kalo nak output for color separation, just convert to CMYK tapi mesti flatten layers dulu..
Kalo ada sikit kaler lari..bole diadjust balik dlm CMYK..biasanya minimum ajer..dan certain color je-biasanya dark color

Kromosom...cuba jgn ta' coba..tu muka dia kena sirap ke tu? ahaks...lawo B)

Saripols- liquid paper padam segera :D...kaler jgn tak kaler

amer-hmmm..baguih dok ada kot B)

B) Hangpa semua sempoi..keep it sempoi bak kata madstone  :D
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: mysticmind on May 18, 2005, 10:00:47 PM
thanks 4 the tutorial..

aku skang nih kalau bermasa free aku masukkan semua tutorial yang ada disini kat dalam artikel section : pergh.com/artikel

nanti kalu aku rajin aku buh gak aku punya kalering.. ghuhuhu..
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: Leydi (R) on May 19, 2005, 12:35:14 PM
Comel la enSalim nih!! :love:
Aku nak buat gak. Tapi...Kaler photoshop aku dah abisss....hu huuuu :(  
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: madstone on May 19, 2005, 02:05:42 PM
sempoi sempoi
keep it sempoi

[size=8]inche leydi, PM dpt ka?[/size]
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: mysticmind on May 20, 2005, 01:14:31 AM
Quote
Comel la enSalim nih!! :love:
Aku nak buat gak. Tapi...Kaler photoshop aku dah abisss....hu huuuu :(
hua hua..
bleh abih la plak kaler ko yer..

aku punya terlebih stok kaler plak..
siap bleh kaler 3 style..
cuma yang tak cukupnyer.. = rajin tuh takder ..
malas nak kaler rambut.. :D

Nah.. lama x mengaler nih..
tumpul ke berkarat skill ke x tau la...

// sori lebar lebih plak.. malas nak adjust...

[attachment tidak dipindahkan semasa pemindahan server]
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: madstone on May 20, 2005, 09:14:00 AM
mistik,
mcm biasa tgk je color camgini
kat mana yer? (buat-buat tatau)

hmmmmmm.... :rolleyes:  
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: ALYRIDURA on May 20, 2005, 10:25:20 AM
aii..en mistik..takkan kaler muke je kot..
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: takara on May 20, 2005, 10:49:32 AM
ha ah, aku pun pnah tengok, kat buku resepi mana ntah.
nanti aku naik Shah Alam aku nak patahkan jari kelingking kau mistik.
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: Leydi (R) on May 20, 2005, 02:38:52 PM
Sejak bila lak takara berminat beli buku resepi nih? Dah makin hampir ke? :unsure: mmm..jun..july..ogos..september..
[size=8]Balik dari weekend nih cite kat aku ye apa yg uztad tu cite baaeek punya! [/size]

Bagus gak ensaleeem buh satu karektor , pastu kita tunjuk  style kaler memasing. :)

Aku dah cakap...kaler pc aku dah kering nih. Mana nak cariikk aaa???
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: mysticmind on May 21, 2005, 12:50:27 AM
benci tul la aku..
henciii henci siut..
hampeh korang. jangan laa..
jangan laa patahkan jari kelingking aku..
aku ada 4 jer jari kelingking..  hilang 1, tak stabil laa jadinya nanti.. :D

eh biasa tengok ker?
kat mana?
aiseh .. macam laa aku x pernah kaler2 nih kan..  :>

// tengah study = coloring OVER / ABOVE the lineart nih..
susah siut...  
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: stingray_flyz on May 21, 2005, 03:09:54 PM
gihahaaha..kalering yang sempoi dan mantap

 
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: ensalim on May 24, 2005, 02:59:14 PM
Wuihyo..mistikmyne si tukang pancong siap buat 3 version tuhh...powerh ah!
Europe version tu cam ada Liquid! skit...ngamcai
(err..mungkin tengkuk europe version tu kena ejas skit supaya tak african european sgt kot :D )

Err isok la kot aku pos cemana nak fill color lineart (alamak dah seminggu dah ropanya)..
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: amykamen555 on May 24, 2005, 04:28:59 PM
org sibuk mewarna.. aku pun mulalah nak menyibuk.... version gothic.... ajaran sesat nie... hehehehe
(http://www.geocities.com/amykamen555/Dariagothic.jpg)
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: madstone on May 24, 2005, 05:33:46 PM
ko patot tambah tatoo skit amy
gothic lebey skit
pastu tambah subang 4,5 bijik

wahaha  :lol:  
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: ensalim on May 26, 2005, 05:51:12 PM
Mewarna lineart

Salam Bahagia,

Ok, biasanya lineart untuk komik adalah warna hitam.
Filling color atau tukar color line art boleh juga menjadikan artwork
itu menarik...So sini aku coba tunjukkan cemana nak
fill color ke dalam lineart hitam tu...

Aku rasa ramai yang dah tau..Tapi ada gak yang belum tau lg tu...
Kita telah sedia maklum color boleh difill kalo ada selection.
Macam mana kita nak buat selection pada lineart? Pakai magic wand-boleh gak
tapi tak proper & tah menyeluruh dan bersepadu...

Ada apa dengan Channel?

Ya, di sinilah kita terpakse menggunakan khidmat ‘channel’ untuk menjayakan
rancangan mengaler lineart kita ni....Let’s go!


(http://www.geocities.com/ensalim2005/fillone.txt)

1. Copy....paste
     Select all dan ‘copy’ layer lineart Daria (1) pastu pergi ke pallette ‘Channel’,
     buat satu channel baru (automatik dinamakan alpha 1) dan ‘paste’(2)
     
(http://www.geocities.com/ensalim2005/filltwo.txt)

2. Load Selection
     Atas channel ‘alpha 1’ invert image (mac: cmd+I/ win: ctrl+I kot?)
    so ia jadi negative image gitu...(1) Pastu, go back to palette ‘Layer ,
    buat satu layer baru, then kat Pshop menu bar, go to ‘select’,
    pastu choose ‘load selection’ (2) Klik Ok kat pop up box (3).
    Perhatikan: channel alpha 1 adalah channel kita paste tadi...

(http://www.geocities.com/ensalim2005/fillthree.txt)

3. Fill color
     Bila dah load selection kita akan dpt lihat selection lineart image Daria tadi (1)
     Fill color dark brown (2)  Color adalah flexible-aku guna dark brown sebab
     outline muka  adalah major. Turn off layer lineart ‘Daria’ yang asal (outline hitam)

(http://www.geocities.com/ensalim2005/fillfour.txt)

4. Fill color part by part
     Ok deselect selection tadi...pada layer yang sama, buat free lasso selection
     kat area rambut...(1) Ok ni tricky skit :

(http://www.geocities.com/ensalim2005/fillfive.txt)

    Klick kat image thumbnail kat palette layer tadi & hold..dalam masa yang
    sama press key cmd & control (win-???) pastu nanti keluar box (2),
    select ‘Intersect Transparency Mask’ dan kita dpt lihat dia select area rambut
    denngan jayanya...Fill color rambut dengan hitam (aku pakai airbrush untuk smooth gradient)

(http://www.geocities.com/ensalim2005/fillsix.txt)

5. Fill color part by part lagi
   Selesai rambut, fill color kening, bulu mata, iris dgn hitam..then merah kat
     lips dan sebagainya...Walha! dah siap pon...sonong jo tu...

   Cobalah hari ini, nescaya tiada lagi gunung yang lebih tinggi untuk digapai,
   tiada lurah yang lebih dalam, tiada lautan yang tidak berpenghujung
   Semoga korang dicucuri kejayaan tanpa sempadan, bak air sungei yang bertali arus
   Ewahhhs!

  Sekian, soalan boleh la diajukan..kalo ada cara lain lebih mujarab habaq mai sini no...

  ensalim
  May 2005

 
 
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: kromosom on May 26, 2005, 06:23:32 PM
chayalah en. salim, tutorial yg baguih.salute
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: amykamen555 on May 26, 2005, 09:50:05 PM
ilmu yg tak pnah aku blaja sepanjang penglibatan dlm digital coloring.... huhuhu.. thanx salim!
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: KOMAsutra on May 27, 2005, 08:46:55 AM
tima kaseh abg halim eh silap, inche' salim...
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: ensalim on May 27, 2005, 12:36:55 PM
Terima kasih2 & sama-sama2.

Sebenonya 'channel' dlm photoshop ni banyak gak kegunaannya..
Kita buleh 'simpan' selection untuk load balik pada bila2 masa...
Masa photoshop sebelum ada 'layer'...(sebelum version Pshop 3)
peranan channel ni agak penting gak...tapi still
channel ada kelebihan2.

Kita jugak buleh view image kat channel dalam RGB atau cmyk kalo kita
'on' channel tu, mungkin digunakan sebagai guide untuk sketch etc..

Coba la eksperiment dgn channel ni...
Cuba test try setting2 dia tu...

B)  
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: Leydi (R) on May 27, 2005, 05:01:30 PM
..Sesungguhnya aku rasa terharu dgn apa yg telah terjadi di sini! Sob! sob! :(
Kau seorang yg sungguh jujur lagi  berbudi pekerti mulia , Ensaleem..
Kau lah teruna budiman terakhir sekitar seksyen 7,poskod 40000 shah alam.
Kau umpama lilin yg menerangi kegelapan jalan2 di kampung yg tiada bekalan letrik.
Aku bangga dgn jasa bakti yg kau curahkan itu Ohh...[size=8]sambil teresak-esak di bahu takara. sob! sob![/size]
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: tarakucha on May 27, 2005, 05:49:28 PM
dah la stroke ala-ala frank cho! superb!

tak baca abes lg yg pasal cenel tu. restecpa!
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: ensalim on June 02, 2005, 12:10:55 PM
(http://www.geocities.com/ensalim2005/wizard.txt)
WIZARD BEST OF BASIC TRAINING #1: HOW TO DRAW

Hola, amigos...

Engkau orang pernah jumpak tak buku ni? Ni bukan le buku 100% tutorial untuk coloring, tapi
ada jugak section tutorial colouring (color theory, understanding form dsb) oleh liquid!
Aku rasa buku ni baguih untuk kita memilikinya, sebagai artist lebih2 lagi yang berkobar-kobar
nak lukis komik. Buku ni bukan sekadar tutorial cemana nak lukis, tapi ada dinyatakan tips melukis,
tools, cemana nak buat storyline, coloring dsb, pendek kata procedure nak buat komik la...
Kat hampir setiap page ada quote drp artist atau writer, baguih untuk dibaca dan direnongi...

Member aku beli hari tu kat Kinokuniya KLCC. Harga RM102.27. Kalau tidak kelihatan
di rak-rak kinokuniya, tanya kat kaunter..diorang ada stok (39 dah survey- dia marah2 sebab Kino tak display kat rak :lol:)
Ada 256 pages. Trade paper back. Baru release Mac/April.

Buku # 2 tatau la bila release..

Ia adalalah kompilasi tutorial dari Mag Wizard setiap bulan...Antara authornya-   Jim Lee, Michael Turner, George Pérez, Joe Kubert, Adam Hughes, Greg Land, Frank Cho, Joe Linsner, Greg Horn, Walt Simonson, Doug Mahnke, Darick Robertson, Gary Frank, Sean Chen, Dale Keown, Bart Sears, Pat Lee, Art Adams, Jim Califiore, Phil Jimenez, Matt Haley, Tom Raney, Kevin Maguire and banyak lagik...

klik >Maklumat Lanjut Buku (http://store.yahoo.com/wizarduniverse/jan052345z.html)

Sekian.  
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: madstone on June 03, 2005, 09:18:10 AM
interesting book u got there my fren
musti beli

sempoi aaahh
thx for the info
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: amykamen555 on June 03, 2005, 12:44:46 PM
dah tngok dah hari tu.. 39 bawak masa lepak ngan dia kat sect.7 aritu... hehehhe... best! baik sambar... (artbook sketches DAWN aku bila nak sampai pun tatau la.. dah pre order dah.. huhuhuhu)
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: adijin on June 03, 2005, 04:29:53 PM
Ooooohhhh Wizard dah collect rupanya tips&tutorial diorang  B)  Aku suka ruangan tu, tak sure Wizard sekarang ni masih ada ruangan tu (dah lama tak beli).
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: bohrtaag on June 14, 2005, 02:56:11 PM
chup..!
ni aku ada try mengaler lineart kromosom*.
mintak sape2 komen/krit, plis?
aku kaler ni dlm masa 1.75 hari** (tolak makan, tido, lepak minum & naruto)

(http://uk.geocities.com/bohrtaag/coloursample02.txt)

[size=8]
* lineart yg disediakan utk mintak keje sbg junior colourist kat tempat dia.
** cam slow kan? tu yg rasa x pantas 'tuk mintak keje colourist tu..! Y_Y
[/size]
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: ALYRIDURA on June 14, 2005, 05:33:25 PM
waahh usaha yang bagus ni botak, walaupun warnanye kurang menyerlah
kat sini kesilapan ko cume pada mood tu je dari sudut lain tak berape pelik sangat.

komen aku

- apa yang ketara ialah, cam power ranger
- kenapa? sebabnye, kepelbagaian warna ko takde.
- rambut purple baju pun sama..
- rambut kuning baju kuning sama
- warna seluar pompuan tu takde beza ngan baju mamat yg berdarah mulutnye.
- shadow pada watak ko dah berjaya tackle tapi lighting tak tepat.

totally kalering ni kurang berkesan dalam menimbulkan mood untuk aksi ni.
boleh polish lagi bagi cun ni.. cume tukar pemilihan kaler la kot
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: bohrtaag on June 15, 2005, 02:55:17 PM
yup! aku akui colour selection aku kureng. might be better wif practice, hopefully?

psl baju-rambut kaler sama, sbenarnya sengaja, konon nk kasi controlled/stylised palette.
tp kalau ko dah cakap camtu, mungkin execution/cara aku buat x betul.

boleh tolong jelaskan lagi pasal "menimbulkan mood" dlm kalering x ajiff? kalau x keberatan la...

thnx so much! aku praktis lagi..!
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: ALYRIDURA on June 15, 2005, 05:10:56 PM
kalau dipraktikkan selalu akan lebih baik hasilnye...
ape yg penting faham mane nak letak shadow ngan lighting.. tu pun dah cukup.

mood tu selalunye bermula dari awal2 lagi langkah kita memilih warna untuk setiap watak dan background
klau di awal kita dah set, nak waktu macam tertentu, sma ada siang, panas, mendung, hujan, malam atau sebagainye.. atau suasana yg lebih dramatik lagi... elemen2 camni yg kita kena ambik berat lebih awal sebelum kita nak kaler. dah ade konsep kaler, baru kita buat final kalering... bila dan ade planning yg kukuh, barula hasilnye puas hati.

1 lagi kelemahan pada kalering yg ko present ni ialah masalah ruang
ruang memainkan peranan penting.. walaupun macam mane keadaan drawing tu, ruang tetap ade.
sama adajauh atau dekat... itu kaleris boleh merealisasikannye

mungkin ko boleh gelapkan lagi watak yg dekat dah cerahkan objek yg lebih jauh...
cubala...dan tengok hasilnye..
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: ensalim on June 15, 2005, 06:34:43 PM
Gaya ke arah pro dah ada..B) oyeh!
Aku rasa overall tak teruk sangat coloring ko ni Bohrtaag, flesh color tu nampak bertepatan...
Aku rasa kurangkan skit shade black kat flesh, elok pakai dark  brown..

Kaler biru yg sama value jugak nampak dominan...kalo ko raasa nak color blue jugak
kat baju ke bground ke...cuba main dengan value coluor biru tu sendiri (biru ke arah hijau atau
biru ke arah magenta ke, atau biru yg desaturated ke atau...macam macam la..)
Lain2 aku rasa... softkan skit gradient dari tone gelap ke cerah...(cuba pakai brush besar)
atau pakai gradient tool tu ajer pun buleh..

Cam Alydura kata la, set lightting, satu atau dua light source..sebab cara kita merender
nanti adalah effect dari lighting yg kita setkan...past boh la sikit bounced light kat muka atau
mana mana perlu sikit2, depending on ambience...

Senang cerita ko ambik satu komik dangergirl ke...spiderman Marvelknights ke...apa-apa
la...Ko cari mana colorist yang ko rasa kool scheme color dia..pastu ikut color range yg dia pakai...
Kalo nak dpt tepat lg apa color diorang guna, scan je buku komik tu pastu dlam phsop pick je color
pakai ayedropper...

Kalu aku nak color kat photoshop pun aku misti ada buku komik kat tangan..
sebagai guide, dlm masa yang sama kita dapek study & praktice...

InsyaAllah mujarab,
 B)  
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: stingray_flyz on June 16, 2005, 05:59:28 PM
Saja menyelit dan aku nak letak link ini Manga Tutorial Open Canvas (http://www.mangatutorials.com/) dan kat sini ada macam-macam artikel dan boleh membuat Pencetak Anda Tidak Akan Menangis (http://www.mangatutorials.com/tut/guestother/printcomics.htm), sekadar untuk berkongsi bersama.
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: saripol on June 16, 2005, 06:07:25 PM
aku rasa yng terbaik contoh liquid! ialah battle chaser

(http://www.universohq.com/quadrinhos/images/battle_chaser09.jpg)
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: takara on June 17, 2005, 09:14:39 AM
(http://i5.photobucket.com/albums/y157/takarakugaking/today/sampleb.jpg)

kena tepek kat sini eh Krom?
 :o

Komen la yer, encik2 sekalian.
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: kromosom on June 17, 2005, 10:02:07 AM
krit untuk kedua-dua artwerk ya:

1:semua kaler daring-daring ni, pemilihan kaler korang pelik le,kaler menjolok mata.
walaupun komik berlandaskan fantasi, tetapi pemilihan warna perlu dirujuk kepada
persekitaran sebenar.

2:ramai yang masih gagal mengenal pasti kontour dan bentuk permukaan objek. kaleris haruslah
mampu men-3dkan line art yang flat.

3.shadow casting maseh lagi ragu-ragu, dan sesetengahnya tidak tepat dan ada yang takdak langsung.

4. lipatan masih tidak ditonjolkan dengan sempurna.

semua mende ni basic, jadi kena betulkan basic dulu nih.
mengenai masa untuk menyiapkan masih lagi subjektif, tak siap cepat takpa, sebab bukan ada submit pon.
yang penting kena habiskan masa study kerektor dan cara kalering yang seangkatan.

timakaceh
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: saripol on June 17, 2005, 10:29:55 AM
ha kalau boleh jangan le main pick terus kaler dekat swatches tu..

(http://www.akarumbi.com/articles/swatches.jpg)

kebanyakan kaler kat situ terlalu saturated utk warna semula jadi ataupon warna² kehidupan.. guna le color picker utk dapatkan kaler yng sesuai..

(http://www.akarumbi.com/articles/color-HSB.jpg)
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: kromosom on June 17, 2005, 10:59:24 AM
ni color key aku, nak cuba jugak
15mins on pshop+wacom

(http://www.kerawang.com/albums/fpv2/kalersample.jpg)
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: takara on June 17, 2005, 11:31:57 AM
waahhh thanx krom kerna komen yang berkesan.
kena prektis lagi la nih.

kaler 15mins pom cun, siap grain.
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: bickbong on June 17, 2005, 05:06:18 PM
cam mane kita nak buat grain cam master krom buat??  
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: saripol on June 17, 2005, 06:09:58 PM
oo.. itu noise
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: komika13 on July 07, 2005, 07:08:32 PM
respect kite kepada member2 yang sudi kongsi ilmu...
God bless! :sengih:  
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: yurie612 on July 11, 2005, 11:52:15 AM
very helpfull tutorial!!!thanks!!!! :P  
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: emio on August 30, 2005, 05:41:09 PM
aku try folow tutohria incik salim nih..

tp aku masey gagalll aaa... tgn ku mmg keras sekerasnya..
masalah pencahayaan lagik..  B)

pastu .. bak kata tok gurau ehhh tok guru Aly.. kaler2 pelangi..

(http://img376.imageshack.us/img376/751/toon2raya26yh.th.jpg) (http://img376.imageshack.us/my.php?image=toon2raya26yh.jpg)
saiz busat musti klik aaa... ada ubah suai sket dr yg bwh ni..

(http://img376.imageshack.us/img376/6720/toon26mk.th.jpg) (http://img376.imageshack.us/my.php?image=toon26mk.jpg)


 
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: ensalim on September 01, 2005, 01:07:58 PM
Ish... lama beno tebiar tutorial ni...aku pon tatau apa
yang nak ditutorialkan lagi dah..
mungkin cara nak render baju @ pakaian kot...
tapi tu la...sebenarnya cara nak render dia sama je...
Tapi tengok la mungkin ada skit tips & tricks yang aku
boleh paparkan...

Emio, ok tu...cuma smoothenkan lagi gradient
dia..pakai diameter brush yang lebih besar...
InsyaAllah..

 B)  
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: stingray_flyz on September 01, 2005, 01:33:30 PM
ahaks, lama gak ensalim membiarkan thread ni terbiar. ramai diluar sana tu dok menunggu lesson yang seterusnya.

 
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: ensalim on September 22, 2005, 06:30:39 PM
Hmm...belum ada yang baru lagi nak dipertontonkan..
tapi aku ada jumpak satu link untuk comic color ni,
Baguih dok ada jugak tips & teknik dia...
Cuba tengok Laura Depuy color tu...
& tengok jugak la lelain tu...

COMIC COLOR EXTRAS  (http://www.comiccolors.com/tutorials.html)

 B)  
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: takara on September 23, 2005, 09:47:56 AM
waaa. timer kasih ensalim.
link tutorial yang baguih dok ada.
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: JaymanJohn on September 23, 2005, 04:51:44 PM
YESH !!! TUTORIAL BEST :wub:


sankyu veri muach :D
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: madstone on September 24, 2005, 05:23:19 AM
aiiiiiiiiiiiiii
bila la aku nak reti mengolor digital ni
ada sesapa bley ajar aku tak?
aku byr aaaa...
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: stingray_flyz on October 19, 2005, 11:10:27 AM
kawan pun tak reti mengaler. barangkali untuk mula belaja mengaler boleh menggunakan  software"twisted brush". ada member donload software ni dan kawa nampak kat desktop  Pixarra (http://www.pixarra.com/). kot-kot ada dah kaleris-kaleris pergh yang dah cuba dah. boleh kasik tunjukajar???
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: under_zero13 on October 25, 2005, 09:48:06 PM
ensalim, bagus tutorial ni byk teknik colouring yang aku tak tau lg ni...dgn tutorial ni lg lah m`nambah ilmu aku...mungkin nt bole lah tunjuk teknik yang lain pulak
Title: Tutorial: Digital Comic Coloring
Post by: takara on December 09, 2005, 07:28:02 PM
end
Title: Re: Tutorial EnSalim: Digital Comic Coloring
Post by: ishimaru on May 14, 2008, 10:24:36 AM
Time kasih kasi tutorial mengaler ni...aku akan cube mengaler gak..hehe. bez la dpt skill mengaler ni...time kasih.Pengajaran anda amat dihargai.