Author Topic: Tutorial EnSalim: Digital Comic Coloring  (Read 16866 times)

madstone

  • Ultra Member
  • *****
  • Posts: 7971
  • Penorrent Berjaya
    • View Profile
Tutorial: Digital Comic Coloring
« Reply #40 on: May 24, 2005, 05:33:46 PM »
ko patot tambah tatoo skit amy
gothic lebey skit
pastu tambah subang 4,5 bijik

wahaha  :lol:  

ensalim

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 631
    • View Profile
    • http://www.huiyo.net
Tutorial: Digital Comic Coloring
« Reply #41 on: May 26, 2005, 05:51:12 PM »
Mewarna lineart

Salam Bahagia,

Ok, biasanya lineart untuk komik adalah warna hitam.
Filling color atau tukar color line art boleh juga menjadikan artwork
itu menarik...So sini aku coba tunjukkan cemana nak
fill color ke dalam lineart hitam tu...

Aku rasa ramai yang dah tau..Tapi ada gak yang belum tau lg tu...
Kita telah sedia maklum color boleh difill kalo ada selection.
Macam mana kita nak buat selection pada lineart? Pakai magic wand-boleh gak
tapi tak proper & tah menyeluruh dan bersepadu...

Ada apa dengan Channel?

Ya, di sinilah kita terpakse menggunakan khidmat ‘channel’ untuk menjayakan
rancangan mengaler lineart kita ni....Let’s go!




1. Copy....paste
     Select all dan ‘copy’ layer lineart Daria (1) pastu pergi ke pallette ‘Channel’,
     buat satu channel baru (automatik dinamakan alpha 1) dan ‘paste’(2)
     


2. Load Selection
     Atas channel ‘alpha 1’ invert image (mac: cmd+I/ win: ctrl+I kot?)
    so ia jadi negative image gitu...(1) Pastu, go back to palette ‘Layer ,
    buat satu layer baru, then kat Pshop menu bar, go to ‘select’,
    pastu choose ‘load selection’ (2) Klik Ok kat pop up box (3).
    Perhatikan: channel alpha 1 adalah channel kita paste tadi...



3. Fill color
     Bila dah load selection kita akan dpt lihat selection lineart image Daria tadi (1)
     Fill color dark brown (2)  Color adalah flexible-aku guna dark brown sebab
     outline muka  adalah major. Turn off layer lineart ‘Daria’ yang asal (outline hitam)



4. Fill color part by part
     Ok deselect selection tadi...pada layer yang sama, buat free lasso selection
     kat area rambut...(1) Ok ni tricky skit :



    Klick kat image thumbnail kat palette layer tadi & hold..dalam masa yang
    sama press key cmd & control (win-???) pastu nanti keluar box (2),
    select ‘Intersect Transparency Mask’ dan kita dpt lihat dia select area rambut
    denngan jayanya...Fill color rambut dengan hitam (aku pakai airbrush untuk smooth gradient)



5. Fill color part by part lagi
   Selesai rambut, fill color kening, bulu mata, iris dgn hitam..then merah kat
     lips dan sebagainya...Walha! dah siap pon...sonong jo tu...

   Cobalah hari ini, nescaya tiada lagi gunung yang lebih tinggi untuk digapai,
   tiada lurah yang lebih dalam, tiada lautan yang tidak berpenghujung
   Semoga korang dicucuri kejayaan tanpa sempadan, bak air sungei yang bertali arus
   Ewahhhs!

  Sekian, soalan boleh la diajukan..kalo ada cara lain lebih mujarab habaq mai sini no...

  ensalim
  May 2005

 
 

kromosom

  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 4457
  • tabularasa
    • View Profile
    • tabularasa
Tutorial: Digital Comic Coloring
« Reply #42 on: May 26, 2005, 06:23:32 PM »
chayalah en. salim, tutorial yg baguih.salute

amykamen555

  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 4460
  • Perjuangan Seni Vintage Maseh Belom Selesai
    • View Profile
    • Henshin!
Tutorial: Digital Comic Coloring
« Reply #43 on: May 26, 2005, 09:50:05 PM »
ilmu yg tak pnah aku blaja sepanjang penglibatan dlm digital coloring.... huhuhu.. thanx salim!

KOMAsutra

  • Junior Member
  • **
  • Posts: 358
    • View Profile
Tutorial: Digital Comic Coloring
« Reply #44 on: May 27, 2005, 08:46:55 AM »
tima kaseh abg halim eh silap, inche' salim...

ensalim

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 631
    • View Profile
    • http://www.huiyo.net
Tutorial: Digital Comic Coloring
« Reply #45 on: May 27, 2005, 12:36:55 PM »
Terima kasih2 & sama-sama2.

Sebenonya 'channel' dlm photoshop ni banyak gak kegunaannya..
Kita buleh 'simpan' selection untuk load balik pada bila2 masa...
Masa photoshop sebelum ada 'layer'...(sebelum version Pshop 3)
peranan channel ni agak penting gak...tapi still
channel ada kelebihan2.

Kita jugak buleh view image kat channel dalam RGB atau cmyk kalo kita
'on' channel tu, mungkin digunakan sebagai guide untuk sketch etc..

Coba la eksperiment dgn channel ni...
Cuba test try setting2 dia tu...

B)  

Leydi (R)

  • Mods
  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 2100
    • View Profile
    • http://
Tutorial: Digital Comic Coloring
« Reply #46 on: May 27, 2005, 05:01:30 PM »
..Sesungguhnya aku rasa terharu dgn apa yg telah terjadi di sini! Sob! sob! :(
Kau seorang yg sungguh jujur lagi  berbudi pekerti mulia , Ensaleem..
Kau lah teruna budiman terakhir sekitar seksyen 7,poskod 40000 shah alam.
Kau umpama lilin yg menerangi kegelapan jalan2 di kampung yg tiada bekalan letrik.
Aku bangga dgn jasa bakti yg kau curahkan itu Ohh...[size=8]sambil teresak-esak di bahu takara. sob! sob![/size]

tarakucha

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1782
    • View Profile
    • http://www.tarakucha.com
Tutorial: Digital Comic Coloring
« Reply #47 on: May 27, 2005, 05:49:28 PM »
dah la stroke ala-ala frank cho! superb!

tak baca abes lg yg pasal cenel tu. restecpa!

ensalim

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 631
    • View Profile
    • http://www.huiyo.net
Tutorial: Digital Comic Coloring
« Reply #48 on: June 02, 2005, 12:10:55 PM »

WIZARD BEST OF BASIC TRAINING #1: HOW TO DRAW

Hola, amigos...

Engkau orang pernah jumpak tak buku ni? Ni bukan le buku 100% tutorial untuk coloring, tapi
ada jugak section tutorial colouring (color theory, understanding form dsb) oleh liquid!
Aku rasa buku ni baguih untuk kita memilikinya, sebagai artist lebih2 lagi yang berkobar-kobar
nak lukis komik. Buku ni bukan sekadar tutorial cemana nak lukis, tapi ada dinyatakan tips melukis,
tools, cemana nak buat storyline, coloring dsb, pendek kata procedure nak buat komik la...
Kat hampir setiap page ada quote drp artist atau writer, baguih untuk dibaca dan direnongi...

Member aku beli hari tu kat Kinokuniya KLCC. Harga RM102.27. Kalau tidak kelihatan
di rak-rak kinokuniya, tanya kat kaunter..diorang ada stok (39 dah survey- dia marah2 sebab Kino tak display kat rak :lol:)
Ada 256 pages. Trade paper back. Baru release Mac/April.

Buku # 2 tatau la bila release..

Ia adalalah kompilasi tutorial dari Mag Wizard setiap bulan...Antara authornya-   Jim Lee, Michael Turner, George Pérez, Joe Kubert, Adam Hughes, Greg Land, Frank Cho, Joe Linsner, Greg Horn, Walt Simonson, Doug Mahnke, Darick Robertson, Gary Frank, Sean Chen, Dale Keown, Bart Sears, Pat Lee, Art Adams, Jim Califiore, Phil Jimenez, Matt Haley, Tom Raney, Kevin Maguire and banyak lagik...

klik >Maklumat Lanjut Buku

Sekian.  

madstone

  • Ultra Member
  • *****
  • Posts: 7971
  • Penorrent Berjaya
    • View Profile
Tutorial: Digital Comic Coloring
« Reply #49 on: June 03, 2005, 09:18:10 AM »
interesting book u got there my fren
musti beli

sempoi aaahh
thx for the info

amykamen555

  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 4460
  • Perjuangan Seni Vintage Maseh Belom Selesai
    • View Profile
    • Henshin!
Tutorial: Digital Comic Coloring
« Reply #50 on: June 03, 2005, 12:44:46 PM »
dah tngok dah hari tu.. 39 bawak masa lepak ngan dia kat sect.7 aritu... hehehhe... best! baik sambar... (artbook sketches DAWN aku bila nak sampai pun tatau la.. dah pre order dah.. huhuhuhu)

adijin

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 746
  • Berusahalah!
    • View Profile
    • http://www.aadisalman.com/
Tutorial: Digital Comic Coloring
« Reply #51 on: June 03, 2005, 04:29:53 PM »
Ooooohhhh Wizard dah collect rupanya tips&tutorial diorang  B)  Aku suka ruangan tu, tak sure Wizard sekarang ni masih ada ruangan tu (dah lama tak beli).

bohrtaag

  • Moderator
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 2453
    • View Profile
    • http://www.adifitri.com
Tutorial: Digital Comic Coloring
« Reply #52 on: June 14, 2005, 02:56:11 PM »
chup..!
ni aku ada try mengaler lineart kromosom*.
mintak sape2 komen/krit, plis?
aku kaler ni dlm masa 1.75 hari** (tolak makan, tido, lepak minum & naruto)



[size=8]
* lineart yg disediakan utk mintak keje sbg junior colourist kat tempat dia.
** cam slow kan? tu yg rasa x pantas 'tuk mintak keje colourist tu..! Y_Y
[/size]

ALYRIDURA

  • Moderator
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 4861
  • rajin+dedikasi+cekal = radikal
    • View Profile
    • komikajif
Tutorial: Digital Comic Coloring
« Reply #53 on: June 14, 2005, 05:33:25 PM »
waahh usaha yang bagus ni botak, walaupun warnanye kurang menyerlah
kat sini kesilapan ko cume pada mood tu je dari sudut lain tak berape pelik sangat.

komen aku

- apa yang ketara ialah, cam power ranger
- kenapa? sebabnye, kepelbagaian warna ko takde.
- rambut purple baju pun sama..
- rambut kuning baju kuning sama
- warna seluar pompuan tu takde beza ngan baju mamat yg berdarah mulutnye.
- shadow pada watak ko dah berjaya tackle tapi lighting tak tepat.

totally kalering ni kurang berkesan dalam menimbulkan mood untuk aksi ni.
boleh polish lagi bagi cun ni.. cume tukar pemilihan kaler la kot

bohrtaag

  • Moderator
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 2453
    • View Profile
    • http://www.adifitri.com
Tutorial: Digital Comic Coloring
« Reply #54 on: June 15, 2005, 02:55:17 PM »
yup! aku akui colour selection aku kureng. might be better wif practice, hopefully?

psl baju-rambut kaler sama, sbenarnya sengaja, konon nk kasi controlled/stylised palette.
tp kalau ko dah cakap camtu, mungkin execution/cara aku buat x betul.

boleh tolong jelaskan lagi pasal "menimbulkan mood" dlm kalering x ajiff? kalau x keberatan la...

thnx so much! aku praktis lagi..!

ALYRIDURA

  • Moderator
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 4861
  • rajin+dedikasi+cekal = radikal
    • View Profile
    • komikajif
Tutorial: Digital Comic Coloring
« Reply #55 on: June 15, 2005, 05:10:56 PM »
kalau dipraktikkan selalu akan lebih baik hasilnye...
ape yg penting faham mane nak letak shadow ngan lighting.. tu pun dah cukup.

mood tu selalunye bermula dari awal2 lagi langkah kita memilih warna untuk setiap watak dan background
klau di awal kita dah set, nak waktu macam tertentu, sma ada siang, panas, mendung, hujan, malam atau sebagainye.. atau suasana yg lebih dramatik lagi... elemen2 camni yg kita kena ambik berat lebih awal sebelum kita nak kaler. dah ade konsep kaler, baru kita buat final kalering... bila dan ade planning yg kukuh, barula hasilnye puas hati.

1 lagi kelemahan pada kalering yg ko present ni ialah masalah ruang
ruang memainkan peranan penting.. walaupun macam mane keadaan drawing tu, ruang tetap ade.
sama adajauh atau dekat... itu kaleris boleh merealisasikannye

mungkin ko boleh gelapkan lagi watak yg dekat dah cerahkan objek yg lebih jauh...
cubala...dan tengok hasilnye..

ensalim

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 631
    • View Profile
    • http://www.huiyo.net
Tutorial: Digital Comic Coloring
« Reply #56 on: June 15, 2005, 06:34:43 PM »
Gaya ke arah pro dah ada..B) oyeh!
Aku rasa overall tak teruk sangat coloring ko ni Bohrtaag, flesh color tu nampak bertepatan...
Aku rasa kurangkan skit shade black kat flesh, elok pakai dark  brown..

Kaler biru yg sama value jugak nampak dominan...kalo ko raasa nak color blue jugak
kat baju ke bground ke...cuba main dengan value coluor biru tu sendiri (biru ke arah hijau atau
biru ke arah magenta ke, atau biru yg desaturated ke atau...macam macam la..)
Lain2 aku rasa... softkan skit gradient dari tone gelap ke cerah...(cuba pakai brush besar)
atau pakai gradient tool tu ajer pun buleh..

Cam Alydura kata la, set lightting, satu atau dua light source..sebab cara kita merender
nanti adalah effect dari lighting yg kita setkan...past boh la sikit bounced light kat muka atau
mana mana perlu sikit2, depending on ambience...

Senang cerita ko ambik satu komik dangergirl ke...spiderman Marvelknights ke...apa-apa
la...Ko cari mana colorist yang ko rasa kool scheme color dia..pastu ikut color range yg dia pakai...
Kalo nak dpt tepat lg apa color diorang guna, scan je buku komik tu pastu dlam phsop pick je color
pakai ayedropper...

Kalu aku nak color kat photoshop pun aku misti ada buku komik kat tangan..
sebagai guide, dlm masa yang sama kita dapek study & praktice...

InsyaAllah mujarab,
 B)  

stingray_flyz

  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 3172
    • View Profile
    • PENYULAM MIMPI
Tutorial: Digital Comic Coloring
« Reply #57 on: June 16, 2005, 05:59:28 PM »
Saja menyelit dan aku nak letak link ini Manga Tutorial Open Canvas dan kat sini ada macam-macam artikel dan boleh membuat Pencetak Anda Tidak Akan Menangis, sekadar untuk berkongsi bersama.

saripol

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 669
    • View Profile
    • http://www.akarumbi.com
Tutorial: Digital Comic Coloring
« Reply #58 on: June 16, 2005, 06:07:25 PM »
aku rasa yng terbaik contoh liquid! ialah battle chaser


takara

  • Moderator
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 4523
    • View Profile
Tutorial: Digital Comic Coloring
« Reply #59 on: June 17, 2005, 09:14:39 AM »


kena tepek kat sini eh Krom?
 :o

Komen la yer, encik2 sekalian.
we are beautiful fighters