Author Topic: Tutorial Azarimy 07: Layout Komik  (Read 3479 times)

azarimy

  • Administrator
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 6571
  • sabariah's back!
    • View Profile
    • azarimy's sketchstation v3.0
Tutorial Azarimy 07: Layout Komik
« on: August 18, 2006, 08:20:37 PM »
Selamat datang kembali ke Tutorial Azarimy!

Dalam tutorial singkat ini aku akan meninjau satu teknik mudah membikin komik yang aku gunakan untuk membuat novel grafik Matrigal (yang kini dalam 50% pembikinan). Teknik yang aku gunakan adalah mudah dan pantas tanpa mengganggu-gugat fleksibiliti dan perancangan jalan cerita.

Langkah Pertama: Lakaran Panel Komik

Sebelum langkah ni bermula, aku assume kita dah ada skrip dan jalan cerita sedikit sebanyak. Susah nak mula kalau tak ada skrip sebenarnya. Jadi disarankan supaya kita membikin skrip terlebih dahulu sebelum mencuba langkah membuat layout ini.

Aku gunakan perisian CorelDraw untuk membuat layout panel komik dan kemudiannya meletakkan dialog di dalam panel itu. Tujuannya ialah supaya aku dapat membayangkan bagaimana rupa mukasurat itu sebelum aku mula melukis.

Di dalam imej di bawah, kita boleh lihat beberapa objek terletak di tepi mukasurat itu. Di sebelah kanan adalah jenis2 font yang akan digunakan di dalam komik Matrigal, beserta dengan penerangannya sekali. Di sebelah kiri pula ialah rujukan kotak panel, belon dialog serta belon bisik/fikir dalam hati.



[attachment tidak dipindahkan semasa pemindahan server]
« Last Edit: August 18, 2006, 08:22:24 PM by azarimy »

azarimy

  • Administrator
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 6571
  • sabariah's back!
    • View Profile
    • azarimy's sketchstation v3.0
Re: Tutorial Azarimy 07: Layout Komik
« Reply #1 on: August 18, 2006, 08:27:45 PM »
Langkah Kedua: Skrip dan Belon Dialog

Di dalam langkah ini, aku mula masukkan skrip yang telah ditulis sebelumnya. Letak saja skrip itu di mana2, kerana kita boleh aturkan kemudian mengikut kesesuaian imej. Kemudian kita bolehlah mula membuat belon dialog. Aku tidak menggalakkan meletakkan unjuran belon (untuk menunjukkan siapa yang bercakap) pada ketika ini kerana kita belum lukis panel tersebut, kecuali kalau kita benar2 pasti.

Ketika ini, susunatur dialog adalah amat penting. Kita perlu faham belon dialog perlu di baca dari kiri ke kanan, atas ke bawah mengikut prioritinya. Begitu juga dengan panel, yang mana perlu dibaca dari kiri ke kanan, dan kemudian atas ke bawah.

[attachment tidak dipindahkan semasa pemindahan server]

azarimy

  • Administrator
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 6571
  • sabariah's back!
    • View Profile
    • azarimy's sketchstation v3.0
Re: Tutorial Azarimy 07: Layout Komik
« Reply #2 on: August 18, 2006, 08:35:03 PM »
Langkah Ketiga: Merancang Lukisan

Setelah memahami kedudukan belon dialog dan aliran penceritaan, kita boleh mula merancang apa yang hendak dilukis. Aku menggunakan teknik yang mudah dengan memasukkan sedikit penerangan/butiran (description) di dalam setiap panel dengan tulisan warna merah. Aku juga masukkan perkara2 penting yang perlu digarap ke dalam lukisan seperti "memek muka yang marah", "pistol terlepas dari tangan" dan sebagainya.

Kadangkala aku sudah menyiapkan beberapa lukisan lebih awal seperti yang aku lampirkan di sebelah kiri mukasurat. Ketika ini aku perlu memahami bagaimana lukisan yang sedia ada itu akan masuk ke dalam mukasurat yang sedang dibikin ini.

[attachment tidak dipindahkan semasa pemindahan server]

azarimy

  • Administrator
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 6571
  • sabariah's back!
    • View Profile
    • azarimy's sketchstation v3.0
Re: Tutorial Azarimy 07: Layout Komik
« Reply #3 on: August 18, 2006, 08:39:41 PM »
Langkah Keempat: Melukis Panel

Sekarang apabila aku sudah betul-betul faham apa yang perlu ditonjolkan di dalam setiap panel sebagai tambahan kepada apa yang sudah dilukis, aku mula melukis mengikut penerangan setiap panel.

Fahami bahawa komik Matrigal ini telah aku rancang ceritanya lebih awal. Ini membolehkan aku melukis sebarang panel yang aku suka pada bila-bila masa tanpa perlu melukis secara linear seperti kebiasaannya. Seperti contoh gambar di bawah, di atas sebuah kertas A4, aku lukis pelbagai scene tanpa mengikut aturan panel. Ini memberikan fleksibiliti kepada aku untuk bekerja. Tambahan pula, melukis di atas A4 adalah lebih mudah dari melukis di atas A3. Tak lupa juga, aku sebenarnya tak suka melukis dengan kongkongan kotak2 panel. Aku lebih suka melukis tanpa batasan, dan kemudian scan dan crop agar lebih kemas.

[attachment tidak dipindahkan semasa pemindahan server]

azarimy

  • Administrator
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 6571
  • sabariah's back!
    • View Profile
    • azarimy's sketchstation v3.0
Re: Tutorial Azarimy 07: Layout Komik
« Reply #4 on: August 18, 2006, 08:43:41 PM »
Langkah Kelima: Memasukkan Lukisan ke dalam Panel

Ini adalah antara teknik yang leceh tapi perlu dilakukan. Oleh kerana aku lukis setiap panel di atas kertas tanpa sebarang kongkongan panel, aku perlu crop/cantas serta mengolah saiznya supaya boleh dimuatkan ke dalam panel2 yang telah dirancang lebih dahulu. Ini boleh menyebabkan beberapa butiran penting di dalam lukisan itu tidak dapat dilihat, tetapi itu bukan isu besar pada aku. Aku boleh saja menggunakan semula lukisan tersebut di dalam panel yang lain sambil menonjolkan butiran yang sebelum ini tidak dapat dilihat.

Seterusnya aku terus muatkan lukisan-lukisan lain ke dalam mukasurat itu.

[attachment tidak dipindahkan semasa pemindahan server]

azarimy

  • Administrator
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 6571
  • sabariah's back!
    • View Profile
    • azarimy's sketchstation v3.0
Re: Tutorial Azarimy 07: Layout Komik
« Reply #5 on: August 18, 2006, 08:47:16 PM »
Langkah Keenam: Kemasan dan Pengolahan Akhir

Di peringkat ini, kita boleh lihat bahawa semua lukisan telah dimuatkan ke dalam ruang2 yang sepatutnya (kecuali panel akhir yang tak sempat aku lukis). Belon-belon dialog disusun agar lebih sesuai kedudukannya. Perhatikan juga panel pertama yang telah aku pecahkan kepada beberapa panel yang lebih kecil. Tujuannya adalah untuk memberikan aliran yang lebih jelas agar tidak mengelirukan pembaca. Ia juga penting bagi memastikan pembaca faham apa yang cuba disampaikan: "Nor dan Alice cuba mencari matrigal dengan bertanya kepada seluruh penduduk Bandar Parsas sehingga akhirnya seorang lelaki memberitahu mereka agar bertemu Bratog".

[attachment tidak dipindahkan semasa pemindahan server]

azarimy

  • Administrator
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 6571
  • sabariah's back!
    • View Profile
    • azarimy's sketchstation v3.0
Re: Tutorial Azarimy 07: Layout Komik
« Reply #6 on: August 18, 2006, 08:49:29 PM »
Kesimpulan

Membuat layout panel, dialog dan lukisan adalah satu langkah penting di dalam pembikinan sebuah komik. Terutama sekali apabila ia melibatkan skrip dan jalan cerita yang panjang. Komik bukan sekadar mempamerkan lukisan2 cantik. Disiplin membuat susunatur setiap mukasurat adalah perlu bagi memastikan ia memperkuatkan jalan cerita, memudahkan pembaca menikmati cerita tersebut, serta menonjolkan kematangan dan profesionalisme kita sebagai komikus.

Nak tahu lebih lanjut mengenai Matrigal? Baca di sini.

Selamat Mencuba!
« Last Edit: August 18, 2006, 08:57:59 PM by azarimy »