Pergh Forum

Learning Arena And Multimedia => Tutorials, Help-mes and How-tos! => Member's Tutorial => Topic started by: azarimy on March 08, 2003, 03:20:11 AM

Title: Tutorial azarimy 03: Asas Pensel
Post by: azarimy on March 08, 2003, 03:20:11 AM
ok... ni secara umum penggunaan pensil yang paling asas sekali, especially bagi yang baru belajar guna pensil untuk melukis, dan bukannya menulis. this tutorial adalah salah satu dari siri nota kuliah yang aku sediakan untuk student aku yang... err... agak slow sikit kerana tak berapa mahir baca buku teks in english.

so aku gunakan bahasa paling sempoi supaya bebudak ni paham. aku ada terasa nak guna bahasa ala gempak (yang dulu)... tapi nanti ada orang maki aku pulak hahhahahahaha.....

(http://www.geocities.com/azarimy/tutorial/pensil.txt)

dibuka untuk soalan....                    
Title: Tutorial azarimy 03: pencil basics
Post by: agent on March 08, 2003, 05:52:02 PM
Ha baguih2 Cik Aza..dah lama tak nampak org post "topik menurukn ilmu"
Korang tau tak..Kalau ilmu yg kita ajar tu di praktis (utk kebaikn)
maka yg mengajar itu akn dapat pahle dgn setiap ... err aku sendiri tatau nk samb ayat ni pulak! ???
OKlah..aku pn dh lama x turunkn ilmu..korang bg la pil2 perangsang sikit..
Baru ada semngat nk buat.,.                    
Title: Tutorial azarimy 03: pencil basics
Post by: Izam01 on March 10, 2003, 10:08:06 AM
Aza:

Boleh tak hang bubuh tutorial hang ni kat dlm bahagian tutorial... jadi senang aku nak follow up, kot2 ada yg baru...
Title: Tutorial azarimy 03: pencil basics
Post by: agent on March 10, 2003, 10:33:46 AM
CIss..kau takara..sungguh terangsang lutut aku...                    
Title: Tutorial azarimy 03: pencil basics
Post by: azarimy on March 10, 2003, 10:43:35 AM
boleh... insyallah. nanti aku mintak tolong mystic.

mystic... oooo abang mystic... hehheheheh... ada permintaang dari ahli pergh mung....

sedikit tips... kalau korang dah biasa lukis komik, satu benda yang kurang diadaptasikan dalam komik ialah penggunaan profile line. profile lines ni penting dalam melukis komik, kerana ia membezakan kedudukan objek dalam 3d plane. kalau kita tengok contoh di atas, profile line ni bersifat menentukan bentuk 3d sesuatu objek. ini membolehkan pembaca membezakan yang mana satu objek, mana satu background dan sebagainya.

ini penting, lebih2 lagi kalau lukisan korang tu hitam putih tanpa shadow dan sebagainya. meh aku bagi contoh....

(http://eisu.net/new-colleen-s.jpg)
hakmilik imej : eisu, eisu.net (digunakan sebagai contoh)

kalau kita tengok kat imej ni, kita akan perasan bahawa terdapat profile line yang ketara pada silhoutte karakter tu. line profile yang lebih tebal itu sisi luar objek, seperti tangan, rambut, bentuk kepala, badan dan sebagainya; dan bukannya pada objek di atas satu plane seperti butang, ribbon, bijik mata dan sebagainya.

satu lagi contoh:
(http://www.geocities.com/rusty_bones2001/joyride02.txt)
hakmilik imej: mafia, rustybones2001

dalam imej ni pun kita boleh nampak dengan ketara penggunaan profile line dalam menentukan silhoutte. kita dapat perhatikan line tebal digunakan sebagai profile line bagi membuatkan bentuk tubuh menjadi lebih ketara dan dapat dibezakan dengan latar belakang.

lagi contoh:

(http://www.geocities.com/azarimy/story/danis.txt)
hakmilik imej : azarimy, azarimy's sketchstation

kat sini, pensel hitam putih aje. tapi profile line memperjelaskan outline badan, menimbulkan objek dari latar belakang.

ini adalah contoh yang baik dari segi before and after...

before:
(http://www.geocities.com/skratchdisk/ipg00.txt)
hakmilik imej: bohrtaag, imperialgarage

after:
(http://www.geocities.com/skratchdisk/ipg00a.txt)
hakmilik imej: bohrtaag, imperialgarage

nampak tak beza sebelum dan selepas letak profile lines? haaaa.... do practice. ini adalah teknik yang patut diamalkan oleh would be artitsts. nanti aku try carik contoh lagi...

**imej yang digunakan adalah tanpa kebenaran dari pemilik, tetapi digunakan sebagai contoh dalam pembelajaran yang bertujuan untuk perkongsian bersama...