Personally aku prefer, biar mati anak, jgn mati Islam dlm hidup kita, tanpa Islam, tanpa tuhan, wajar lagi ke kita mengambil dan mnggunakan nilmat-nikmat dan kurniaanNya. Dgn agama, anak dan keluarga Insya Allah boleh dididik.
hehehehehehe...
PB yang ini aku paling setuju, just nak menambah sikit aje... boleh tak !? Kire boleh je la ye ?
Ironinya kenapa pepatah tua berbunyi "
Biar mati anak, jangan mati adat" adalah bagi menunjukkan peri pentingnya adat itu dijaga dan dipatuhi oleh kita. Namun begitu, apabila kita berbicara mengenai adat melayu maka kita akan melihat sekelian banyak ajaran serta sunnah sunnah agama yang diasimilasikan didalam adat kita.
Sebagai contoh, adat bercukur bagi bayi yang baru lahir. Ini sebenarnya adalah satu sunnah nabi, namun begitu dalam masyarakat kita ia telah menjadi suatu tradisi dan adat yang diterimapakai oleh semua. Begitu juga adat mengadakan kenduri bagi sesebuah perkahwinan. Islam menganjurkan kita memberi makan kepada masyarakat sekeliling kita bagi tujuan untuk menghebahkan perkahwinan tersebut, manakala masyarakat melayu menjadikannya sebagai satu adat yang mesti dipatuhi. Begitu juga dengan berzanji dan marhaban, dalam islam, tidak ada amalan yang berkaitan dengan berzanji atau marhaban, tetapi kita telah memasukkan tradisi kaum arab itu di dalam tradisi masyarakat kepulauan alam melayu ini.
Cukup jika kita lihat di dalam kehidupan kita sehari hari. Berjemaah ke surau dan masjid pada waktu maghrib dan isyak sememangnya menjadi tradisi dan kelaziman di mana mana kawasan penempatan masyarakat melayu di negara ini. Dan islam sememangnya menggalakkan penganutnya bersolat secara berjemaah di masjid atau di rumah. Bukankah ini adalah satu adat !? dan ia juga menjadi satu tuntutan agama. Itu belom lagi kita lihat adat menguruskan jenazah serta tuntutan agama islam.
Tidak dinafikan bahawa adat yang dibuat oleh orang orang tua kita kadang kala menyimpang daripada ajaran agama seperti melenggang perut (perempuan mengandung), mandi bunga/ mandi Bulan Safar, bersanding, memberi semahan dan lain lain. Namun begitu, dengan kemajuan teknologi serta perkembangan pendidikan dalam masyarakat kini, hari ini kita lihat sebahagian adat adat yang agak bercanggahan dengan agama islam sudah tidak lagi diamalkan dan ada antara telah diharamkan oleh masyarakat setempat.
Okey, itu adalah kupasan mengenai adat dan islam (persamaan dan percanggahan antara keduanya) sekarang kita bincang pula mengenai peranan adat dan institusi sesebuah keluarga. Seperti pendapat yang telah diberikan oleh rerakan diatas. Adat ini memainkan peranan yang sangat besar dalam sesebuah keluarga, kerana ia melibatkan maruah setiap ahli dalam keluarga tersebut. Pepatah tua ada berbunyi 'kerana kerbau seekor membawa lumpur, habis semuanya terpalit'.
Masyarakat melayu tua amat mementingkan soal maruah dan kehormatannya. Hingga keluarnya sabda orang orang tua yang berbunyi 'biar putih tulang, jangan putih mata'. Betapa tinggi keegoan dan kesombongan mereka yang menciptakan pepatah tersebut, namun begitu tidak dinafikan terdapatnya unsur unsur menaikkan semangat dalam pepatah tersebut.
Jika nyawa sendiri pun tidak lagi dihargai demi mempertahankan ketuanan dan maruahnya apatah lagi untuk mengorbankan anak. Adalah lebih mudah lagi bagi mereka mereka ini.
Sedikit penambahan mengenai peranan adat itu dalam kehidupan masyarakat kepulauan alam melayu. Selain ia digunapakai dalam kehidupan sehari hari, ia juga adalah lambang kewujudan dan perbezaan masyarakat melayu itu dengan masyarakat lain (Cina, India dll). Tanpa adat dan budayanya, maka hilanglah identiti melayu itu sendiri. Seperti yang sedang berlaku sekarang di dalam masyarakat melayu kita.
wassalam....