Kindly, please visit our sponsors to keep this site alive.

Author Topic: rangka ceritaku lari gagah berani  (Read 612 times)

Mockingbird

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1146
    • View Profile
    • http://amirhafizi.blogspot.com/
rangka ceritaku lari gagah berani
« on: November 25, 2002, 02:00:12 PM »
OK, memandangkan Botak dah nak buat prototype (kemungkinan besar pakai yang dia tengah lukis tu je, kalau ada modifikasi pun sesikit je kot? tatau la nanti)untuk Apa Gunanya 45, aku nak meluangkan masa lapang ni, sementara menunggu lukisan tu siap, dan juga sebagai relaksasi dari duk fikir camana nak pertajamkan cerita 45 tu, aku nak tulis dulu beberapa idea untuk cerita/komik yang aku ada sebelum aku lupa.


1. cerita jiwang  :roll: (cerita jiwang pertama aku!)

-ada seorang mamat(dikenali sebagai hero, seorang yang agak hodoh, sama ada gemuk, muka buruk, atau apa2 saja), jalan2 pastuh nampak seorang perempuan. Perempuan tu tengah tunggu lampu nak melintas jalan. hero tak kenal pun. dia terus berangan, pegi melancong dengan perempuan tu la, (scene romantic yang matang la sikit. tanak la nari2 keliling bukit)bla bla bla.

-pastuh lampu bertukar, dan perempuan tu hilang kat tengah orang ramai. takkan jumpa lagi dah.

-hero kita pergi kedai majalah pulak. pastu ternampak gambar seorang minah ni kat cover majalah tu (mungkin Jessica Alba atau Natalie Portman atau Ryoko Hirosue). dia sekali lagi berangan-angan penuh romantis, macam tadi, mungkin sampai ada anak.

-pastu hero kena marah pasal baca tapi tak beli dek mamak jual majalah. jadi habis lah angan2 dia kali tu.

-okeh, dia pergi satu tempat(dalam otak aku Central Park, kat Nu York). Nampak lagi sorang perempuan. DEia mula berangan2, termasuk satu imej dia letak kepala kat riba perempuan tu.

-tiba2, khayalan dia tersangkut pasal ada seorang cuba nak attack perempuan tu. Mungkin nak rompak, mungkin nak rogol, mungkin bapak dia suruh balik rumah. aku pun tak tau. Tapi, si hero ni, dengan penuh keikhlasan, pergi untuk tolong. Last2, hero kita kena tikam dan mati.

-cuma sebelum dia mati tu, perempuan tu ribakan kepala dia. bukan pasal jiwang, tapi pasal nak stabilkan kepala. kat situ, hero kita berangan untuk kali terakhir.                    
Fabricati diem, punc

Mockingbird

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1146
    • View Profile
    • http://amirhafizi.blogspot.com/
rangka ceritaku lari gagah berani
« Reply #1 on: November 25, 2002, 02:14:30 PM »
aku ada ingat nak buat satu siri komik penyiasatan, cuma aku fikir tak boleh sebenarnya kalau bahasa Melayu dan setting kat malaysia.

Baru2 ni, aku mula fikir, kalau buat saja cerita penyiasatan seperti penyiasatan orang putih, tapi gunakan latarbelakang corny macam Malaysia dan Pak Guard, memang boleh jalan punya! Kira jalan cerita dah ada kat komik tu, lawak tak perlu buat sebab semua orang dengan seriusnya melakonkan watak memasing, walaupun nampak canggung.

Mesti buat cerita dan muka semua orang serius...tapi hakikatnya diorang Jaga je.

Ceritanya:

-mengisahkan kes-kes yang disiasat oleh dua orang Jaga (semuanya pembunuhan kejam/jenayah berat yang corny, cam Austin Powers, tapi gelap cam Batman), menurut perspektif tulisan seorang daripada Jaga ni. Jaga yang menulis ni adalah Jaga yang muda, kira macam rookie, dan dia ikut Jaga yang tua. Semua Jaga berperut buncit, terutamanya dua ekor ni.

-kes pertama melibatkan serial killing yang berlaku kat tempat diorang jaga(mungkin U kot?). semua mangsa dibunuh dengan mesin rumput. Jadi, semua pemesin rumput dan mereka yang berada di tempat kejadian dipanggil untuk siasatan.

-antara suspect ialah seorang pemesin rumput separuh terencat, sekumpulan pelajar yang diragui kenapa berada kat situ, seorang pensyarah, seorang penduduk berhampiran, dan seorang lelaki misteri.

-banyak detailnya, tapi ending dia adalah pembunuh bersiri tu adalah pensyarah tu, yang mana bapaknya dulu adalah pemotong rumput. Oleh sebab dihina di luar, dan juga perebutan kuasa dalam dunia mesin rumput bawah tanah, rumahtangganya jahanam, membuatkan pensyarah tu selalu kena pukul. dia sedih tengok ayahnya jadi cam sial, jadi bila dia besar, dia cari balik orang2 yang terlibat nak jahanam kan bapak dia dulu, dan bunuh diorang pakai mesin rumput. amacam, corny tak?

-pastu sepatutnya ada banyak kes lain, tapi setakat ni, satu je yang aku ada.                    
Fabricati diem, punc

vovin

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 849
    • View Profile
rangka ceritaku lari gagah berani
« Reply #2 on: November 25, 2002, 02:46:36 PM »
Hmm...Idea untuk episod lain- Ada kilang berdekatan U jadi tempat simpan senjata untuk pengganas, diorang cuba membongkarkan kes ni bila rakan sejaga diorang kat kilang tu tetiba hilang (kes dah tahu rahsia org jahat), Episod lain-Jaga-jaga ni membongkar misteri bilik bawah tanah kat kawasan U tu. Bilik yang menyimpan banyak rahsia, terutamanya dikalangan pensyarah Over senior!  ;)                    
Who, What, When, Where, Why, How....

Mockingbird

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1146
    • View Profile
    • http://amirhafizi.blogspot.com/
rangka ceritaku lari gagah berani
« Reply #3 on: November 25, 2002, 03:05:50 PM »
Ranjang Sepanjang Jalang sesuai untuk Ujang atau APO? kot? ceritanya semuka saja:

Ada seorang jalang, pastu ada seorang mamat ukur jalang tu, dan kemudiannya buat satu katil(ranjang)  sepanjang ukuran(tinggi) Jalang tuh.                    
Fabricati diem, punc

TheAuthority

  • Junior Member
  • **
  • Posts: 24
    • View Profile
rangka ceritaku lari gagah berani
« Reply #4 on: December 16, 2002, 11:22:14 AM »
Mock! Bila ko cite kat aku tentang idea ko pasal jaga ni haritu, aku takdela terbayang jauh mana dia leh pegi. I mean masa ko cite kat luar forum ni la. Ternyata kekadang tu some things are better said in writing. Now I'm seeing it from a whole new angle. So it's 2 pak guard + the night + corny characters + corny cases + dark humour (kan?) + kilang yang diorang jaga (kiranya, ni macam batcave diorang la)....+ benda2 lain yang boleh ditambah (perlu diskusi ni).

Apsal otak ko bergeliga sangat? Penuh ngan creative juices. Agghh...kejiwangan merosak minda.                    
\"The greater part of what is taught in schools and universities...does not seem to be the most proper preparation for employment\" --- Adam Smith, Wealth of Nations.

Mockingbird

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1146
    • View Profile
    • http://amirhafizi.blogspot.com/
rangka ceritaku lari gagah berani
« Reply #5 on: December 18, 2002, 01:34:42 PM »
Kau puji banyak mana pun tak guna, Authority. Idea macam ni sesapa aje boleh pitch. Tapi kalau takde sapa yang nak komikkan, benda ni cuma ada dalam kepala hotak aku jelah.                    
Fabricati diem, punc

Mockingbird

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1146
    • View Profile
    • http://amirhafizi.blogspot.com/
rangka ceritaku lari gagah berani
« Reply #6 on: December 18, 2002, 02:58:52 PM »
Quote
Hmm...Idea untuk episod lain- Ada kilang berdekatan U jadi tempat simpan senjata untuk pengganas, diorang cuba membongkarkan kes ni bila rakan sejaga diorang kat kilang tu tetiba hilang (kes dah tahu rahsia org jahat), Episod lain-Jaga-jaga ni membongkar misteri bilik bawah tanah kat kawasan U tu. Bilik yang menyimpan banyak rahsia, terutamanya dikalangan pensyarah Over senior!  ;)


hehehe. Yang ni boleh pakai ni. Masalahnya sekarang ialah nak menetapkan mood untuk atmosfera itu (untuk seluruh siri ini).                    
Fabricati diem, punc

Mockingbird

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1146
    • View Profile
    • http://amirhafizi.blogspot.com/
rangka ceritaku lari gagah berani
« Reply #7 on: December 19, 2002, 11:54:31 PM »
Oh ya, satu lagi ialah satu komik bertajuk "Ah, nantilah"

ceritanya? ah, nantilah aku post.                    
Fabricati diem, punc

Aji

  • Junior Member
  • **
  • Posts: 63
    • View Profile
rangka ceritaku lari gagah berani
« Reply #8 on: January 17, 2003, 02:58:21 AM »
tak nak buat macam Ghos in the Shell? penyiasatan gak...                    
Ekhhhhhh!