Assalamualaikum,
Alaf21 (anak syarikat Kump. Karangkraf Sdn Bhd) penerbit novel tersohor, buat julung2 kalinya
akan mengorak langkah setapak lagi dengan menerbitkan novel grafik. Sesungguhnya tujuan
Alaf21 ini menerbitkan novel grafik adalah semata2 untuk memeriahkan lagi dunia komik tanahair.
Di samping itu dapat memberi peluang yang lebih luas kepada penggiat2 komik di Malaysia
untuk menerbitkan hasil kerja mereka.
3 buah novel grafik akan mula dijual pada Pesta Buku Antarabangsa KL 2010 nanti.
InsyaAllah jika tiada aral melintang anda semua akan dijemput untuk sama2 memeriahkan
majlis pelancaran novel grafik ini yang akan berlangsung pada Pesta Buku itu nanti.
Sudah pasti dengan diskaun harga yang hebat dan cenderahati stok terhad.
Sebarang pertanyaan bolehlah terus hubungi apai - 51013322.
Email -
fadzli@karangkraf.com.my