semalam mak aku call pakai hp adik aku.. tanya raya cine cuti balik ke tak.
aku kata, mungkin kot... lgpun nak wat 100hari arwah ayah pergi. Mak aku tak check plak berapa hb. tapi rasa2 aku 14 hb gak walaupun ada bulan 31 hari, ada blan 30 hari etc.
pastuh send share topup kat enset mak aku RM20.
pc aku masih bangang, tak leh internet, connected tapi tak leh browse. aku search kat cc member aku, ramai gak masalah serupa. betul ah tuh.. dah sampai masa utk potong! potong! potong!. baki tertunggak bayar perlahan2 kot.
Nih survey kat p1wimax, padang jawa ada coverage. kene pi kat sek. 18 ole ole. ada agent dia situ. Ingat amik yang murah sekali dan slow aje - (RM49 : 400kbps : fair usage 5GB).. nak transfer / dload mende2 besar pegi cc member aku jer.. line dia enterprise 4MB. cc dia pun macam cc aku gak. hahaha
keje pagi nih agak sunyi lak dept aku. dept skang kecik. ada kurang 10 orang. Bos dan pengurus ada meeting management review. jadi tinggal la beberapa orang jer.. aku jadi blur (dan malas) plak nak wat pa pe pagi nih. Client call lagi tanya web diorang.. aiseh.. gua mati akal la line umah problem. nak wat keje tak bleh....
Balik nih gua pi sek. 18 P1 wimax... lantak la ape pun.. bak kata kawan gua.
"Walaupun p1wimax nih tak stabil sangat, tapi sekurang2nya aku tak sakit hati buat report, diorang respon cepat. tak cam streamyx, respon lambat, technician datang selepas seminggu! (aku akui itu).".
ini malam, ada pasar malam padang jawa. pekene sup tulang sedap kat pasar malam nih. dan mencari 2,3 helai baju bundle best gak.
