Kindly, please visit our sponsors to keep this site alive.

Author Topic: Anugerah PeKOMIK ke-2, 2010  (Read 3257 times)

azharmaa

  • Ultra Member
  • *****
  • *
  • Posts: 5200
  • Sokonglah Komik Malaysia
    • View Profile
    • http://azharsketch.blogspot.com/
Anugerah PeKOMIK ke-2, 2010
« on: January 12, 2010, 09:51:10 AM »
maaf atas kelewatan post di sini:

Buat kali ke-dua, demi memartabatkan persada seni komik tanah air dan mengiktiraf penggiat komik Malaysia , PeKOMIK (Persatuan Penggiat Komik Malaysia) telah menganjurkan satu anugerah prestij dalam meletakan seni Komik sebagai satu industri profesionalisme di Malaysia.

Semua individu dan penerbit boleh menghantar penyertaan dan percalonan bagi setiap kategori yang di pertandingkan ( karya yang diterbitkan dari Januari - Disember 2009, sekurang-kurangnya di terbitkan dalam jangka masa 3 bulan sekiranya bersiri)

Kategori- kategori yang di pertandingkan adalah:

1-  Majalah Komik Terbaik (Best Comic Magazine). Sila sertakan tajuk komik dan isu/keluaran berkenaan.

2-  Kartun Satu Muka Terbaik (Best One Page Cartoon). Sila sertakan tajuk komik dan isu/keluaran berkenaan

3- Siri Mini Komik Terbaik (Best Comic Mini Series). Sila sertakan tajuk komik , sinopsis, nama pengkarya dan isu/keluaran berkenaan

4- Siri Komik Kartun Terbaik (Best Cartoon Comic Series). Sila sertakan tajuk komik, sinopsis, nama pengkarya dan isu/keluaran berkenaan

5- Komik Strip SuratKhabar Terbaik (Best Comic Strip in News Paper)
. Sila sertakan tajuk komik, sinopsis, nama pengkarya dan isu/keluaran berkenaan.

6- Anugerah Berus Emas PeKOMIK (Special PeKOMIK Award)

7- Penerbit Terbaik (Best Publisher)

8- Penulis Terbaik (Best Writer): Sila sertakan tajuk komik, sinopsis, nama pengkarya dan isu/keluaran berkenaan.

9-  Lukisan Kulit Muka Terbaik (Best Cover). Sila sertakan tajuk komik dan isu/keluaran berkenaan

10- Ilustrator manual/digital Terbaik (Best Illustrator (manual/digital). Sila sertakan tajuk komik dan isu/keluaran berkenaan.

11-  Pewarna Terbaik (Best Colourist). Sila sertakan tajuk komik dan isu/tarikh/keluaran berkenaan.

12- Komik Amatur terbaik (self-publish/zine/doujin) (Best Amateur Comic Artist). Sila sertakan tajuk komik, sinopsis, nama pengkarya dan isu/keluaran berkenaan.

13- Pelukis komik antarabangsa/Pelukis komik online (International comic artist/online comic artist). Sila sertakan tajuk komik dan isu/tarikh/keluaran berkenaan.

14- Pelukis Komik Terbaik (Best Comic Artist):  Warna atau hitam putih. Sila sertakan tajuk komik dan isu/keluaran berkenaan.

15-   Komik Terbaik (Best Comic). Sila sertakan tajuk komik, sinopsis, nama pengkarya dan isu/keluaran berkenaan.

16-  Komik Baru Terbaik (Best New Comic). Sila sertakan tajuk komik, sinopsis, nama pengkarya dan isu/keluaran berkenaan.

Syarat –syarat  penyertaan adalah:
1)   Karya- karya yg dicalonkan mesti diterbitkan dlm tahun ini (1 januari 2009 – 31 Disember 2009). Di terbit di Malaysia (kecuali kategori Komik Online/Antarabangsa), bagi karya yang lain dari Bahasa Melayu dan Inggeris, perlu sediakan terjemahan.
2)   Warganegara Malaysia.
3)   Karya mestilah 100 peratus asli dan tak mengandungi unsur2 negatif  (ganas keterlaluan, lucah, berunsur perkauman dan politik)
4)   Setiap peserta  hendaklah menghantar tiga naskah majalah/komik/buku/karya yang dicalonkan. Untuk kategori komik strip akhbar, sekurang- kurangnya 30 strip dan sinopsis dalam bentuk bercetak dan softcopy (300dpi, jpeg) Digalakkan memberi lebih kalau mampu.
5)    Bagi penerbit/pengkarya yg dicalonkan karya/komik mereka sebagai finalis di kehendaki menghantar softcopy artwork dalam bentuk jpeg, 300 dpi untuk tujuan montaj, program book dan pameran Anugerah peKOMIK.
6)   Setiap peserta  hendaklah menghantar sinopsis bagi kategori komik terbaik, siri mini komik terbaik, siri komik kartun terbaik, komik strip akhbar terbaik, penulis terbaik, komik amatur terbaik, komik baru terbaik.
7)    Publisher/pekomik(penggiat)/pengkarya boleh menghantar lebih dari satu percalonan untuk setiap kategori. (seelok-eloknya 5 percalonan terbaik).
8)     Trofi dan pengiktiran akan di beri kepada pengkarya/individu yg terlibat bg komik yg di calonkan. ( melain kategori penerbit terbaik, Majalah komik terbaik,)
9)   Setiap percalonan hendaklah disertakan dengan Borang Penyertaan.

Syarat bg kategori komik amatur:
1)   Hasil cerita (skrip) dan karektor-karektor dalam karya hendaklah yang asli. Jika menggunakan karektor yang memang sudah wujud (contoh : Cloud dari Final Fantasy atau Ryo dan Ken dari Street Fighter), ia adalah untuk jenaka dan parody semata-mata.
2)   Komik.karya anda hendaklah diterbitkan sendiri pada tahun ini. Komik atau karya yang diterbit sendiri sebelum Januari 2009 tidak layak.
3)   Komik atau karya tidak boleh megandungi unsur-unsur yang boleh menyinggung perasaan sesetengah pihak seperti adegan lucah,keganasan yang keterlaluan,unsur politik dan perkauman.
4)    Peserta mesti menghantar tiga (3) salinan komik/karya mereka kepada PeKOMIK sama ada di meja (booth) PeKOMIK di Comic Fiesta atau melalui alamat yang tertera di bawah.
5)   Sila sertakan nama , alamat e-mail dan nombor telefon (sama ada telefon bimbit atau rumah).
6)   Bukti pos bukan bukti resit, dan keputusan hakim-hakim adalah muktamad

Pemenang-pemenang akan diumumkan pada Anugerah PeKOMIK yang akan diadakan dari pukul 5 petang pada bulan Mac, 28 haribulan di Dewan Kedah Johor, PWTC.

Sila hantarkan penyertaan ke:
Anugerah PeKOMIK 2010
6, Jln Teres 8/1B
Seksyen 8, 40000 Shah Alam, Selangor.

Penyertaan adalah percuma!Setiap penyertaan dikehendaki menghantar tiga salinan/naskah komik hardcopy dan soft copy (format jpeg,300dpi) untuk tujuan montaj dan pameran.

Tarikh tutup penyertaan 15 Feb 2010.
Keterangan lanjut:
www.pekomik.blogspot.com .  www. anugerahpekomik.blogspot.com
email: pekomikmalaysia@yahoo.com 
Fieza 016 5877980 - Hafidz Mahpar  019 2212569

saya amat menghargai sekiranya warga Pergh dapat memberi percalonan komik mana yang anda rasa layak dicalonkan dan menang.

sila senaraikan percalonan anda di sini atau di blog pekomik:
http://anugerahpekomik.blogspot.com/

sekian terima kasih.
until tday..YEAHHH we keep on trying (*bak kata Queen)..."tak yah Cakap jer...BElaSAh JERRRR!!"
azharsketch.blogspot.com
http://urbancomics.blogspot.com/

orangdiam2

  • Pro Membership
  • Full Member
  • *
  • Posts: 906
    • View Profile
    • researcherlife siries
Re: Anugerah PeKOMIK ke-2, 2010
« Reply #1 on: January 12, 2010, 03:13:11 PM »
Maaf tuan presiden, saya mahu mencelah sedikit. Bagi mengelakkan kontrovesi seperti tahun lepas, lebih baik penganjur tidak menyertai pertandingan. Dibimbangi jika penganjur memenangi sebarang anugerah, akan menimbulkan kontrovesi sekali lagi. Ini pendapat saya la.

mysticmind

  • Administrator
  • Ultra Member
  • *
  • *
  • Posts: 9871
  • Mendelete spam setiap hari...
    • View Profile
    • Nizam Mystic Ahamad
Re: Anugerah PeKOMIK ke-2, 2010
« Reply #2 on: January 12, 2010, 04:18:42 PM »
Saya setuju,
Panel dan AJK Pekomik tidak boleh masuk pertandingan. Untuk mengelakkan khilaf.

tak dapat feedback lg dari Cedric ubah DNS. :D
Visit : + Blog + Twitter + FB

bebilis

  • Premium Membership
  • Full Member
  • *
  • *
  • Posts: 541
    • View Profile
    • OTEKKEKATAK
Re: Anugerah PeKOMIK ke-2, 2010
« Reply #3 on: January 12, 2010, 05:20:01 PM »
tade kontroversi, mana meriah beb.. hehehe



mysticmind

  • Administrator
  • Ultra Member
  • *
  • *
  • Posts: 9871
  • Mendelete spam setiap hari...
    • View Profile
    • Nizam Mystic Ahamad
Re: Anugerah PeKOMIK ke-2, 2010
« Reply #4 on: January 12, 2010, 05:25:56 PM »
kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi.! :D

tapi yang 1st tuh, walau apa pun halnya. aku sokong sangat ujud kontroversi. baru la alert! :D :)):
Visit : + Blog + Twitter + FB

azharmaa

  • Ultra Member
  • *****
  • *
  • Posts: 5200
  • Sokonglah Komik Malaysia
    • View Profile
    • http://azharsketch.blogspot.com/
Re: Anugerah PeKOMIK ke-2, 2010
« Reply #5 on: January 13, 2010, 10:25:08 AM »
PeKOMIK aka penganjur terdiri dari penggiat komik itu sendiri.

untuk maklumat semua..panel/AJK bagi Anugerah peKOMIK adalah individu yg tak terlibat/di calonkan dalam anugerah Pekomik.

saya hanya Presiden PeKOMIK dan menganjurkan anugerah ini..tapi tidak terlibat dalam /sebagai AJK bagi Anugerah peKOMIK.

penyertaan Liga pendekar karya saya adalah dari pihak penerbit bukan saya yang mencalon diri saya.

ini adalah kenyataan dan realiti.

panel AJK bagi Anugerah PeKOMIK tidak terlibat atau dicalonkan, dan mereka adalah profesional.

dan dalam persada komik ini tidak besar mana. kalu bukan penggiat komik yang menjalank PeKOMIK..siapa?

maaf tidak mahu sesiapa tersinggung, move on..untuk Anugerah kedua ini.

kontroversi atau tidak..perjuangan memartabatkan komik Malaysia harus di teruskan jua..
walaupun terbatu-batuk..terkial-kial,,terlambat terkurang dan bermacam2 ter lagi.

semua sokongan dan bantuan amat dihargai oleh pihak PeKOMIK
until tday..YEAHHH we keep on trying (*bak kata Queen)..."tak yah Cakap jer...BElaSAh JERRRR!!"
azharsketch.blogspot.com
http://urbancomics.blogspot.com/

bearing85

  • Pro Membership
  • Full Member
  • *
  • Posts: 1343
  • veni...vedi...vinci
    • View Profile
    • deviant art
Re: Anugerah PeKOMIK ke-2, 2010
« Reply #6 on: January 13, 2010, 11:03:14 AM »
sapot Mr azhar..cool n steady.. :)
Hati Riang;:)

kakyoin

  • Junior Member
  • **
  • Posts: 327
  • En Garde!
    • View Profile
Re: Anugerah PeKOMIK ke-2, 2010
« Reply #7 on: January 16, 2010, 04:14:49 PM »
Takpe bro Azhar...aku sentiasa menyokong ko.Aku tahu ko punya sengsara dan kepenatan nak wujudkan komuniti komik ni.Nampaknya aku takle masuk lagi pasal akunye komik tak publish lagi lol ...... :)
Underground Ronin

chiharu

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 744
  • neko ~nyaa...
    • View Profile
Re: Anugerah PeKOMIK ke-2, 2010
« Reply #8 on: January 24, 2010, 03:28:34 PM »
dan dalam persada komik ini tidak besar mana. kalu bukan penggiat komik yang menjalank PeKOMIK..siapa?

stuju 101% ngan enchek Azhar.

kali ni biar lebih banyak penyertaan..

_(^!^)|    \(^!^)\    |(^!^)|    /(^!^)/    |(^!^)_    <(^o^)>    \(^!^)/

feeqry

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 669
  • Melukis Komik Adalah Kerja Kami
    • View Profile
    • Dunia Feeqry
Re: Anugerah PeKOMIK ke-2, 2010
« Reply #9 on: January 24, 2010, 03:39:33 PM »
tak sempat nak join...komik kitorg kuar 8hb jan..huhu.. :-<

pac

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1846
  • rockers juga manusia
    • View Profile
Re: Anugerah PeKOMIK ke-2, 2010
« Reply #10 on: January 25, 2010, 03:07:52 PM »
sori azhar,sbab tak dapat menghadirkan diri pade 23/1/2010 utk miting pkomik itu hari.
Nak inform kat ko pon aku dah terlambat.

Aku harap dapat tengok minit mesyuarat miting utk sabtu berkenaan,trime kaseh.



hati dan jiwa kita bersatu atas nama SENI

Al-jOnOs

  • Junior Member
  • **
  • *
  • Posts: 118
  • Aku belum kaya, tapi aku tidak miskin...
    • View Profile
Re: Anugerah PeKOMIK ke-2, 2010
« Reply #11 on: January 26, 2010, 10:32:46 AM »
Quote
Maaf tuan presiden, saya mahu mencelah sedikit. Bagi mengelakkan kontrovesi seperti tahun lepas, lebih baik penganjur tidak menyertai pertandingan. Dibimbangi jika penganjur memenangi sebarang anugerah, akan menimbulkan kontrovesi sekali lagi. Ini pendapat saya la.


Apabila di Malaysia ini cukup banyak karya komik diterbitkan dalam setahun, boleh dikenakan syarat sedemikian. Buat masa ini, biarlah usaha kecil mewujudkan anugerah ini menjadi dorongan kepada penerbitan baru dari pelbagai penerbitan bagi memperbanyakkan ruang berkarya untuk pengkarya.

Apa yang membimbangkan, bila syarat sedemikian diwujudkan, maka tidak ramai pengkarya mahu menjadi antara yang terlibat dengan penganjuran. Bila tidak ada yang mahu terlibat dengan penganjuran (kerana tak dapat sertai pencalonan), bimbang anugerah ini tidak mampu diteruskan kecuali ada pihak-pihak tertentu (bukan Pekomik) yang berkewangan mahu mengambil alih penganjurannya.

Ini kerana, antara yang terlibat dengan penganjuran adalah mereka yang aktif menghasilkan komik-komik terbaru setiap tahun.

« Last Edit: January 26, 2010, 10:36:55 AM by Al-jOnOs »

adijin

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 742
  • Berusahalah!
    • View Profile
    • http://www.aadisalman.com/
Re: Anugerah PeKOMIK ke-2, 2010
« Reply #12 on: January 27, 2010, 08:09:46 AM »
Tuan Presiden,

Kategori No. 10 tu mungkin boleh ubah sikit namanya jadi "Ilustrator Terbaik". Tak perlu letak "manual/digital" tu. Agak redundant. :)

azharmaa

  • Ultra Member
  • *****
  • *
  • Posts: 5200
  • Sokonglah Komik Malaysia
    • View Profile
    • http://azharsketch.blogspot.com/
Re: Anugerah PeKOMIK ke-2, 2010
« Reply #13 on: January 28, 2010, 04:18:57 AM »
ouh..ok gak..

tq
until tday..YEAHHH we keep on trying (*bak kata Queen)..."tak yah Cakap jer...BElaSAh JERRRR!!"
azharsketch.blogspot.com
http://urbancomics.blogspot.com/

sammy514

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 526
    • View Profile
    • the artbook of sammy!
Re: Anugerah PeKOMIK ke-2, 2010
« Reply #14 on: January 28, 2010, 04:35:06 AM »
Uih, ada anugerah?...best2!!! kena pakai tux ke klu nak attend...hihi...j/k

mysticmind

  • Administrator
  • Ultra Member
  • *
  • *
  • Posts: 9871
  • Mendelete spam setiap hari...
    • View Profile
    • Nizam Mystic Ahamad
Re: Anugerah PeKOMIK ke-2, 2010
« Reply #15 on: January 28, 2010, 08:41:39 AM »
ok gak tuh.. pakai tuxedo. kemas sikit, baru nampak pro.
nih semua artisan, komikus datang pakai selebet jer. patut la pelukis di pandang takde class. :)): :guling:

Oh!.. merujuk bakuman manga, event dinner dan party dan sbgnya diorang. semua datang berpakaian kemas dan formal. aku rasa, kita wajib mula 1 hari nanti buat camnih. baru nampak ada level.

B)
Visit : + Blog + Twitter + FB

feeqry

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 669
  • Melukis Komik Adalah Kerja Kami
    • View Profile
    • Dunia Feeqry
Re: Anugerah PeKOMIK ke-2, 2010
« Reply #16 on: January 28, 2010, 09:02:01 AM »
ok gak tuh.. pakai tuxedo. kemas sikit, baru nampak pro.
nih semua artisan, komikus datang pakai selebet jer. patut la pelukis di pandang takde class. :)): :guling:

Oh!.. merujuk bakuman manga, event dinner dan party dan sbgnya diorang. semua datang berpakaian kemas dan formal. aku rasa, kita wajib mula 1 hari nanti buat camnih. baru nampak ada level.

B)

menarik! boleh dipraktikkan, insyaallah.. :D

imperiex

  • Junior Member
  • **
  • Posts: 139
    • View Profile
Re: Anugerah PeKOMIK ke-2, 2010
« Reply #17 on: January 28, 2010, 01:35:36 PM »
mcm Osamu Tezuka. smart apa
There were two messengers
They had animosity with each other
They were equally powerful in fight
Here are the corpses.
- ancient Javanese verse

Rapper, blogger, writer, storyteller.

chiharu

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 744
  • neko ~nyaa...
    • View Profile
Re: Anugerah PeKOMIK ke-2, 2010
« Reply #18 on: January 28, 2010, 05:52:12 PM »
set je la terus masa hari kejadian tu pakaian formal.. kang kata tunggu 1 hari nanti, bila tu agaknya ek? :D
tak mau pakai T-shirt, atau t-shirt berkolar.
tak mau pakai selipar
pakai batik la.. hehehe
_(^!^)|    \(^!^)\    |(^!^)|    /(^!^)/    |(^!^)_    <(^o^)>    \(^!^)/

sammy514

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 526
    • View Profile
    • the artbook of sammy!
Re: Anugerah PeKOMIK ke-2, 2010
« Reply #19 on: January 28, 2010, 06:02:14 PM »
oh...selama ni aku tak tahu pun ada anugerah komik ni...nampak cam menarik nih...
Setuju ngan mistik, klu kita nak org pandang kita macam profesional, kita mesti start
ngan diri kita dulu...baru ngam. Tp sebenarnya, komik artis, illustrator, designer mmg
bidang profesional pun...huhu...

So mari kita pakai baju formal...at  least jgn pakai selipar dah la...huhu

P/s: pakai baju melayu pun orait gak.... :)