"Camne korang belajar lukis sampai terer?"

Author Topic: "Camne korang belajar lukis sampai terer?"  (Read 2413 times)

lui_eli

  • Junior Member
  • **
  • Posts: 128
  • love komik >_<
    • View Profile
Re: "Camne korang belajar lukis sampai terer?"
« Reply #40 on: November 17, 2009, 02:46:26 PM »
hai ^^

sesajer nak share pengalaman ni, dulu saya pun kuat melukis gak, tapi heran gak dah bertahun2 melukis masih x nampak ok lagi lukisan tu... Tapi lepas nampak tutorial kat website2 ni, mula lah nak try2 ikut panduan tu... Memang puas hati nampak lukisan kejap jer nampak hasilnya, improve sedikit :D Selain tu, kena creative jugak,  kalau nak creative kenalah rajin2 tengok contoh2 art lain, tiru lukisan dier, n banyakkan usaha (x bleh malas) :D

(cadangan jer, gua x terer melukis gak, tapi minat2 ader lah :D)
"You must learn from the mistakes of others. You can't possibly live long enough to make them all yourself." by Sam Levenson



amykamen555

  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 3289
  • Perjuangan Seni Vintage Maseh Belom Selesai
    • View Profile
    • Henshin!
Re: "Camne korang belajar lukis sampai terer?"
« Reply #41 on: November 18, 2009, 12:51:48 PM »
anggap la melukis tu mcm mkn nasi gak. hari2 korang kene mkn nasi, kalau tk mkn lapar. sama mcm melukis. hari2 praktis, lama kenyang la ko ngn ilmu lukisan tu. bila dh kenyang dan bosan ngn nasi, kadang2 tukar selera western, chinese, indian lak. bila dh boring ngn tahap kekeyangan ilmu lukisan basic, tukar angin, tukar style. kat situ ko akan develop style sendiri.

aku mula melukis umur 4-5. gak.. hidup aku tk mcm bdk2 kecik lain. agak boleh dikalsifikasikan sbgai pelik gak la. aku kejenya dok tngk kartun ngn sketch book besertakan pen drawing pilot DR yg bapak aku belikan aku. lepas tngk kartun, aku terus lukis blk kartun yg aku tngk td. aku cuba imagine blk smpai jadi sebijik. hihihi. sudahnya, arwah nenek aku marah aku. "ko ni tak reti main longkang mcm budak2 lain ek? asyik la ngn kartun, tv, kartun, tv" hahahha.. ada aku kesah? hahahahha. biar apa org kata, keep on doing apa je yg ko rasa ko nk buat. jgn biarkan org lain mempengaruhi minda ko. hahahha.

ShAmdeSamm

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 979
  • masih akan tetap berlari!
    • View Profile
Re: "Camne korang belajar lukis sampai terer?"
« Reply #42 on: November 18, 2009, 06:18:46 PM »
kena sentiasa melukis dan kena bedal.....hehehe
~sEnI ItU GeRbAnG Ke DuNiA FaNTaSi~

bipeds

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1735
  • jangan taip :jayman:, jangan
    • View Profile
    • blogku
Re: "Camne korang belajar lukis sampai terer?"
« Reply #43 on: November 19, 2009, 12:39:21 PM »
dulu, mase gua form 5, gua lukis orang atas meje dalam stor dewan sekolah, gua ingat lukisan gua tu dah punye lawa tahap sejuta hp. tapi bile tahun depannye gua amik result spm, gua jenguk balik lukisan gua yang jadik fosil tu. gua rase pelik, apehal le mase aku lukis bendealah ni aku rase cam dah lawa sangat. sebab mase gua jenguk balik tu, baru gua perasan, lukisan tu sebenarnye bukanlah macam haram, akan tetapi memang haram. tiade yang haram melainkan haram belake.

cube jenguk2 balek lukisan lame2 tu, kalau rase nak koyak2 ludah2 buat lap taik je lukisan lame tu. bermaksud kau dah improve.

ZoOL!

  • Junior Member
  • **
  • Posts: 336
    • View Profile
    • My Online Portfolio
Re: "Camne korang belajar lukis sampai terer?"
« Reply #44 on: January 14, 2010, 04:17:13 AM »
"you can learn alot by copying a great master's masterpiece to perfection. You will discover endless techniques that you could have never imagined" - me

Tujuh

  • Junior Member
  • **
  • Posts: 19
  • ku nanti mu di hujung tangga...
    • View Profile
    • Wira Tunggal Legacy
Re: "Camne korang belajar lukis sampai terer?"
« Reply #45 on: February 03, 2010, 05:58:24 AM »
bagi aku pulak....mula² mesti tiru lukisan org dulu...mula dari situlah bakat aku bercambah...wlu pun x seterror otai kat sini..maklumlah aku masih baru di sini...huhu :*

chiharu

  • Junior Member
  • **
  • Posts: 487
  • mimpi indah disiang hari, kenyataannya...
    • View Profile
Re: "Camne korang belajar lukis sampai terer?"
« Reply #46 on: February 03, 2010, 10:05:29 AM »
"you can learn alot by copying a great master's masterpiece to perfection. You will discover endless techniques that you could have never imagined" - me


Yaaah!!! sangat setuju itu pendapat..

Great master of Roman sculptors also copying from Greek sculpture - that's why they called it "Roman copy".
Many great manga-ka like Nanae Chrono (Peace Maker) also started as doujin artist.
\(^!^)/

sammy514

  • Junior Member
  • **
  • Posts: 256
    • View Profile
    • the artbook of sammy!
Re: "Camne korang belajar lukis sampai terer?"
« Reply #47 on: February 03, 2010, 04:50:36 PM »
Tak kisah pun camner, asalkan continue melukis tiap2 hari, lama2 nnt pandai la...huhu yang penting jgn stop, itu jer...
oh, satu lagi, belek2 la buku anatomi. Cannot stress enough the importance of it.... :)


suka ngan metafora amykamen ni...said everything...

anggap la melukis tu mcm mkn nasi gak. hari2 korang kene mkn nasi, kalau tk mkn lapar. sama mcm melukis. hari2 praktis, lama kenyang la ko ngn ilmu lukisan tu. bila dh kenyang dan bosan ngn nasi, kadang2 tukar selera western, chinese, indian lak. bila dh boring ngn tahap kekeyangan ilmu lukisan basic, tukar angin, tukar style. kat situ ko akan develop style sendiri.

« Last Edit: February 03, 2010, 04:53:10 PM by sammy514 »

myadlan

  • Newbie
  • *
  • Posts: 4
    • View Profile
Re: "Camne korang belajar lukis sampai terer?"
« Reply #48 on: February 18, 2010, 12:17:08 PM »
Salam.

Wah muda lagi bro. Baru 16 tahun. Banyak lagi masa untuk improve. Kena rajin buat sketch jela.
Setuju dengan pendapat yondaime. try cari fokus yang kita minat.

Saya tak reti sangat lukis orang/potret, tapi suka lukis produk / kereta.. tapi kalau nak praktis lukis orang dengan proportion yang betul, study anatomi. Lukis bulat2 untuk saiz kepala, badan, tangan dan kaki.

Kalau dah selalu praktis, boleh jadi proportion punya. Kayuh pelan2 tapi jangan berhenti..
Kreativiti Tanpa Batasan - http://myadlan.tumblr.com

Peppercat

  • Junior Member
  • **
  • Posts: 57
  • Aku nak kerja lukis komik!!
    • View Profile
    • Peppercat Town
Re: "Camne korang belajar lukis sampai terer?"
« Reply #49 on: March 08, 2010, 08:02:59 PM »

Hm..kalau aku masa kecik kecik lagi dah suka menconteng, time tadika cikgu aku gila lukis denosor kat papan hitam soh budak budak lukis balik untuk kelas melukis. After that aku lukis sendiri sendiri benda yang aku suka, n then zaman dragonball tiba aktiviti melukis tiba tiba meletop satu skolah, masa tu aku melukis pon dalam buku skolah (pilih yang line dia kabur kabur, baru sedap nak lukis)

Time tu aku dah buat 3 komik, satu cerita Jaws (pasal aku suka) 2 cerita lawan lawan, dan ketiga tiga buku nih hilang kena curik dek peminjam yang tak reti bagi balik (dasar penyamun). Masa berlalu dan aku mula mengenali pelukis pelukis yang terer merer dan berseni, bermula dengan majalah Rileks yang masa tu memang letop kaw kaw dengan seni lukis ultra hebat (aku anggap majalah Rileks ni sebagai harta karun Negara) pastu Urban Comics yang unbelivable sempoi dan berkualiti dan pada masa yang sama sudah tentu majalah Gempak yang terkenal pon aku kolek pasal masa zaman tu lukisan lukisan hebat banyak dihasilkan.

Semangat membara, aku belajar lagi dan lagi dan lagi, akhirnya Kreko dan Getbackers telah menewaskan aku, membuatkan aku ikut style lukisan Jepun jugak akhirnya, (adeilaa)

Banyak jugak eksperimen yang aku buat, sebagai contoh, cuba try lukis macam Alex Ross (aku tak reti lukis potret, kalau lukis jugak macam haram lah jadinye potret tersebut) try lukis macam Katsuya Terada (pasal ada depth dan feel yang berbeza dalam lukisan dia) dan try lukis paling bapak detail macam Katsuhiro Otomo.

Semua eksperimen aku korang pasti boleh nampak dalam lukisan lama lama aku, skarang stay dengan lukisan simple aje, namun sampai dah masa untuk aku tajamkan lagi skill dengan melukis balik dengan cara lain. Huyeah.
Mengambatte kan diri untuk menjadi pelukis yang lebih baik!

http://tatsumakiswitch.blogspot.com/

shazet

  • Junior Member
  • **
  • Posts: 72
    • View Profile
    • SECONDdashSTREETdotNET
Re: "Camne korang belajar lukis sampai terer?"
« Reply #50 on: March 13, 2010, 08:04:56 AM »
aku tak anggap aku terrer. aku bagi org yang tentukan.

bagi aku, aku bnyk menconteng and selalu ada ketagihan nak menconteng dan melukis.
tangan aku takleh dok diam. asyik nak fikir melukis. jadi aku akan selalu bawa sketchbook kat mana2.