Kindly, please visit our sponsors to keep this site alive.

Author Topic: kenapa?  (Read 3496 times)

ubder

  • Mods
  • Senior Member
  • *
  • *
  • Posts: 3070
    • View Profile
Re: kenapa?
« Reply #40 on: August 18, 2009, 01:36:01 PM »
Crying freeman tu lebih untuk adult... ada bab2 ehem ehem jugak... storyline dia pun biasa jer, tapi untuk masa tu storytelling dia agak menarik...  dia build up mood dalam cerita, slow and steady... not the best laa tapi masih berjaya popular dalam komik mainstream jepun. Adaptasi filem kira OK laa... masa tu aku layan anime dia..

Yoshihiro tatsumi tu dah kira dekat2 underground/alternatif dah....
one

"Tuez-les tous; Dieu reconnaitra les siens."
("Kill them all; for the Lord knoweth them that are His.")
-Albigensian Crusade

 Igitur qui desiderat pacem, praeparet bellum...
- Publius Flavius Vegetius Renatus

sureya

  • Junior Member
  • **
  • Posts: 238
    • View Profile
Re: kenapa?
« Reply #41 on: August 18, 2009, 07:19:33 PM »
kenapa karya tak menyengat?
bukan pasal censorship la, ako berani jamin.
bagi ruang pengkarya bebas dgn seratus peratus, *bukan bebas dari segi censorship daa..
publisher/owner/penaja komik tu, bijak sgt olah cerita org lain.
suruh buang tu, buang ni.. adjust tu, adjust ni. adjust sampai 50x
diorg ni nak hasilkan karya yg ikut citarasa dorg, bukan pembaca..
mmg lah citarasa pengkarya belum tentu citarasa pembaca, tp mereka lebih peka dgn keinginan pembaca...


bukan sebab censorship...? ha... ha... org yg pernah terbitkan komik mesti pernah rasa penangan dari benda ni... elok2 siap lukis komik lepas tu kena ubah atau X lepas terus sebab KDN X bagi...

kadang2 2 org atasan bukan suka2 aje suruh pelukis ubah tp terpaksa suruh ubah sebab dah melanggar "garis2 panduan" yg ditetapkan kerajaan... Xkan diorg nak biarkan majalah atau komik diorg kena banned pasal ni...

sebab apa komik luar khasnya manga popular...? sebab jalan citernya extreme... i'm not saying that i support the porn & violent stuff in it... cuma censorship kat malaysia ni kadang2 melampau... sampai benda2 yg kecik2 pun X lepas...

& admit it la... komik yg terlalu "baik" boring la...
« Last Edit: August 18, 2009, 07:21:34 PM by sureya »

PhoenixByte

  • Moderator
  • Ultra Member
  • *
  • *
  • Posts: 6649
  • Bounty Hunter
    • View Profile
Re: kenapa?
« Reply #42 on: August 18, 2009, 07:37:44 PM »
ko anta kat mana tu sureya sampai kena censor byk sangat..nak gak aku tgk karya censor ko tu :)

THE COURAGE TO SPEAK, MUST BE MATCHED BY THE WISDOM TO LISTEN

yondaime_kazekage

  • Pro Membership
  • Full Member
  • *
  • Posts: 1639
  • paradox govern our lives. f#$@*& paradox!!
    • View Profile
Re: kenapa?
« Reply #43 on: August 18, 2009, 09:40:59 PM »
ntahla sureya, kenkadang aku rasa kao over-react la. point kao pun blur.. apa lagi nak dikata.
buat la apa kao nak buat..
oh ye! cuba kau lukis kartun kambing tak pakai baju! mesti takde modal org nak censor? kan?
kalao dorg censor gak bolehla kao upah karpal singh saman kerajaan malaysia..
Freedom, baby... is never having to say you're sorry. - JM

pen kelabu

  • Junior Member
  • **
  • Posts: 130
    • View Profile
Re: kenapa?
« Reply #44 on: August 18, 2009, 10:55:23 PM »
emmm..gua rasa la kan..kalo dpikir dari positif site la..benda2 tu bleh jd 1 challenge gak bg artis komik kita untuk lebih kreatif..kalo kita dapat create satu komik yg menarik tanpa ada unsur2 yg dilarang pas2 berjaya pulak..bukankah itu satu kemenangan..hehehe..gua rasa jer la..maklumlah gua budak baru..xtau sgt psl industri komik tempatan ni..err..scene komik malaysia dah boleh dipggl industri ker?

ubder

  • Mods
  • Senior Member
  • *
  • *
  • Posts: 3070
    • View Profile
Re: kenapa?
« Reply #45 on: August 18, 2009, 11:51:53 PM »
Aku rasa pada masa dulu takder laaa giler sensorship pon... kalau tengok gila2, gelihati atau ujang, kandungan dia agak matang jugak... masalah timbul bila penerbitan majalah komik mula promote budaya yang agak terkeluar dari norma budaya tempatan, aku rasa masa tu garispanduan diketatkan, dan eperhatian diberikan kepada majalah2 yang berpengaruh atau punya edaran besar.

Si penerbit pulak kerana nak jaga KDN punya pasal mungkin juga terpaksa sedikit terlebih dalam self-censorship melalui editornya. Nak jaga periuk nasik. Kalau dari awal ada sikit kontrol dalam kandungan takkan sampai jadi begini, tak boleh salahkan KDN.

Ini cuma telahan aku saja yang berada di luar industri. Setiap penerbit ada gaya atau bias dalam self-censorship memasing, dan bukannya unik pada majalah ala manga saja.

Sebagai pembaca, aku menilai satu2 komik bukan saja pada cerita atau lukisan, tapi juga storytelling. Aku rasa Karna dah komen benda ni. DAn aku setuju, walau cerita bangang pun, tetapi storytelling dia bagus, aku masih boleh enjoy baca... Seni dalam komik tu bukan takat lukisan atau perkataan semata, sebaliknya storytelling.... mood cerita, pacing, panelling, penggunaan ruang kosong, shot yang sesuai, ... aku pakai tembak sajaa.... semuanya ada dalam buku "understanding comics"..... nak komen memang senang, bila nak buat tu hai.....

itu sebab komik fevret aku masih lagi "Lone wolf and cub", baca satu episod sahaja dah kira complete. Kalau komik barat tu, citer "Dark Knight" atau "Bones" aku boleh layan... Asterix pun masih lagi enjoy baca... Citer Tin Tin oleh Herge pun OK... Groo the wanderer? Klasik! Komik2 lama The phantom syok jugak... Kalau komik local... Mat Som oleh Lat. Sorry, dah lari topik kot...

one

"Tuez-les tous; Dieu reconnaitra les siens."
("Kill them all; for the Lord knoweth them that are His.")
-Albigensian Crusade

 Igitur qui desiderat pacem, praeparet bellum...
- Publius Flavius Vegetius Renatus

pen kelabu

  • Junior Member
  • **
  • Posts: 130
    • View Profile
Re: kenapa?
« Reply #46 on: August 18, 2009, 11:55:10 PM »
btol2..gua setuju..

mysticmind

  • Administrator
  • Ultra Member
  • *
  • *
  • Posts: 9871
  • Mendelete spam setiap hari...
    • View Profile
    • Nizam Mystic Ahamad
Re: kenapa?
« Reply #47 on: August 19, 2009, 08:47:13 AM »
dah cerita twist ending asik2 bunuh diri sebab frust la.. sebab nak bagi ex-gf/bf keciwa la.
tuh banyak aku tgk ada dalam 1 majalah...
selain tuh gak.. jangan la citer ala2 bleach, atau shaman king ko nak buat.

since it was very the conflict dengan islam sendiri yang patut ko tau silap buatannya boleh jadi syirik. mmg kita paham kalau kita baca cerita is cerita, tapi tak sesuai untuk budak2 yang tak tau. bleh rosak akidahnyer.. SERIUS!.

setahu aku, tak la teruk sangat KDN punya sekatan. Kalau kita nak jugak buat bende/komik yang kearah sekatan tuh, mmg la susah.

soalnya, banyak lagi cerita kearah lain yang bulih dibuat. Banyak!
« Last Edit: August 19, 2009, 08:51:54 AM by mysticmind »
Visit : + Blog + Twitter + FB

riz

  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 2254
  • gile monokrom
    • View Profile
    • i z h a m r i z a l
Re: kenapa?
« Reply #48 on: August 19, 2009, 12:32:20 PM »
apa kata buat webkomik n then buat komik sepertimana yang mau. Nak buat scene bunuh kepala putus terburai perut sambil buat seks dgn 5 bini. konfem KDN xleh nak halang. :D

Kalo nak commercialkan buat sneak peek, nak tgk full, bayar. How's that.

bearing85

  • Pro Membership
  • Full Member
  • *
  • Posts: 1343
  • veni...vedi...vinci
    • View Profile
    • deviant art
Re: kenapa?
« Reply #49 on: August 19, 2009, 12:48:08 PM »
Aku rasa pada masa dulu takder laaa giler sensorship pon... kalau tengok gila2, gelihati atau ujang, kandungan dia agak matang jugak... masalah timbul bila penerbitan majalah komik mula promote budaya yang agak terkeluar dari norma budaya tempatan, aku rasa masa tu garispanduan diketatkan, dan eperhatian diberikan kepada majalah2 yang berpengaruh atau punya edaran besar.

yelah..dlm komik pn duk satu umah brcampur laki pompuan..asal nk pujuk awek je mesti kena peluk2..nk takel nye psl duk tunggu brjam2 dpn umah..cm xde kije buat jer masing2..citer tandori payat g ke bulan lg ok..campak tong gas je bleh hancur meteorit tuh..  :D
Hati Riang;:)

sureya

  • Junior Member
  • **
  • Posts: 238
    • View Profile
Re: kenapa?
« Reply #50 on: August 19, 2009, 05:24:58 PM »
eheh... sebab 2 la aku kata... org yg X pernah menerbitkan komik kat pasaran mmg Xkan tahu macam mana rasanya... komik humor Xpe la... sebab characternya simple & X realistik... bagi yg lukis komik style lain especially yg lukis stail manga & western yg kena ngan benda ni... sebab reka bentuk characternya yang realistik boleh menarik perhatian & menaikkan nafsu nafsi dan semua yg sewaktu dgnnya...

kalu setakat lukis kambing saper nak peduli... tp lain la kalu ada sesetgh manusia 2 yg leh naik stim tgk kambing X pakai baju...

dulu lain skrg lain maa... mmg kartunis dulu ada lebih kebebasan ntuk lukis apa saja... kami generasi baru ni kadang2 naik jeles tgk... org dulu2 boleh lukis apa saja... skrg ni lukis org berkemban pun silap2 boleh kena censor... & bg pelukis mmg menyakitkan hati bila lukisan yg penat2 kita lukis kena touch up sebab X lepas...

aku bukannya nak kata yg kerajaan yg bertanggungjawab ntuk menghalang kartunis kita dr menghasilkan komik yg baik... sheesh... u make it sound like i was trying 2 politicize this issue... cuma nak bagitau cabaran ntuk pelukis era skrg lebih susah berbanding zaman dulu2... sebab skrg lagi banyak sekatan yg dikenakan ke atas media kita... komik pun termasuk gak...

i mean... cuba2 fikirkan benda ni... aku bg contoh la salah 1 benda yg X dibenarkan dlm komik malaysia... scene kissing... ok... boleh paham... it's disturbing 2 some people & mmg ramai pelukis kita mmg X lukis pun... tp Xkan la sampai cium pipi atau dahi pun X boleh gak...?

now... isn't that juz pushing it juz a lil' bit too much...  
« Last Edit: August 19, 2009, 05:27:12 PM by sureya »

PhoenixByte

  • Moderator
  • Ultra Member
  • *
  • *
  • Posts: 6649
  • Bounty Hunter
    • View Profile
Re: kenapa?
« Reply #51 on: August 19, 2009, 06:44:09 PM »
tp Xkan la sampai cium pipi atau dahi pun X boleh gak...?

now... isn't that juz pushing it juz a lil' bit too much... 

scene kissing yg ko maksudkan tu antara mak/bapak ngan anak...or antara pakwe n makwe? :P

scene tu nak kena ada utk apa? tambah feel romantik ke?

THE COURAGE TO SPEAK, MUST BE MATCHED BY THE WISDOM TO LISTEN

orangdiam2

  • Pro Membership
  • Full Member
  • *
  • Posts: 906
    • View Profile
    • researcherlife siries
Re: kenapa?
« Reply #52 on: August 19, 2009, 07:17:11 PM »
Saya berpendapat jika sebuah cerita itu dibrain storm oleh ramai orang sebelum diterjemah ke bentuk komik, tentu dapat menghasilkan sebuah cerita yang menarik. Lebih-lebih lagi jika setiap orang mempunyai latar hidup, pendidikan, minat yang berbeza. Even komik2 yang terkenal pun mempunyai panel penulisnya sendiri yang akan bertugas mengumpulkan bahan bagi merancang jalan cerita seterusnya.

Akui juga, bukan senang untuk bekerjasama dengan orang lain. Pernah juga hendak bekerjasama dengan orang lain, tetapi akhirnya gagal kerana tidak dapat menguruskan masa dengan baik.

- dari orang yang hanya melibatkan diri dengan berkarya di blog.

ubder

  • Mods
  • Senior Member
  • *
  • *
  • Posts: 3070
    • View Profile
Re: kenapa?
« Reply #53 on: August 19, 2009, 09:03:54 PM »
Aku dulu buat komik siap ada putus kepala .... tapi sebab aku penerbitan picisan dan langsung tak berpengaruh, maka terlepaslah dari warning KDN...

mungkin memang kalau genre komik tu pasal relationship, cinta, ala shoujo, sesetengah adigan tu mungkin melibatkan kissing la kot? Mengingatkan aku citer Hongkong Alam Perwira, yang bila ada adigan cium, dia boh panel break kat tempat strategic... Tapi komik alihbahasa GTO tu pulak banyak yang lepas... hehahahaha....  aku tak nafikan lukisan awek dalam citer tu agak menarik, tapi takder la pulak rasa nak makan stimboat...

Aku cma tumpang simpati saja laa pada karyawan2 komik yang memilih genre ini... agaknya itu sebab aku pun dah tak buat komik dah (walaupun memang picisan), terlalu banyak pengaruh Heavy metal dan Quentin Tarantino dalam mencari idea... gerenti tak lulus komik Malaysia PTS... Sebaliknya untuk orang yang cari makan dalam bidang ini, memang frustating la kot... Aku dulu join syok syok sendiri sajaa....

Wat to do? Censorship dalam pembikinan filem tempatan lagi teruk, tapi mood bermusim, kadang2 boley, kadang2 tak boleh.... ada duit semua boleh jadi...

Tapi bila pikir2 , bak kata mister penkelabu, challenging jugak kan, terutama kalau boleh buat komik bertema seks dan ganas melampau dan masih lepas KDN, cuma laku dan tak laku jer tak tau..... Aku terfikir filem Psycho oleh Alfred Hitchcock dan filem the Thing oleh John Carpenter... Tidak pun filem The Fog yang berdasarkan karya Stephen King....

Pendapat orang diam tu pasal brainstorming tu memang perkara yang dah di praktikkan bukan saja oleh penerbit barat, tetapi juga Jepun... diaorang ada sidang editor/ writin team yang trash out citerdan idea, dan saper yang boleh mentrjemahkan idea dengan sebaiknya akan sambung usaha untuk merealisasikan idea tersebut.... diorang tak kedekut idea, sebab percaya dengan teamwork... lagi pun gaji best... untuk special projects, entah berapa kali editor kena negotiate dengan penulis, kadang2 sampai berkelahi... Kalau berkelahi tu pasal internal censorship laa.... Contoh klasik di zaman 80an bila Jim Shooter decide Jean Grey/Phoenix dalam komik Uncanny X-men mesti mati sebab dia dah makan satu planet... Bengang Chris Claremont dan John Byrne.... Tapi ni citer lama, korang mungkin tak tau laa kot...

Zaman tu komik2 US memang giler self-censorship sebab takut kena banned oleh kumpulan ibubapa yng paranoid... nak maki sebut "Hell!" pun tak boleh, tukar jadi "Heck!", citer macam Ghost Rider zaman dulu kira controversial laa... sekarang, nobody gives a damn... Superhero2 MArvel masa dulu2 baik2 belaka sebab tak boleh maki-maki atau berperangai tak senonoh, heroin pun takder seeksi sangat... tapi masuk 90an, semua hormon naik, muscle berketol2 mengalahkan steroid, dan awek2 Heroin membonjol2 costume dia...  Actually aku stop baca komik Marvel masa tu sebab tarak fun dah walaupun lukisan makin lawa dan seksi, sebab storytelling diorang makin sucks dan lukisan selalu distracts cerita....

dah melencong pulak post ala blog aku ni... masuk bab sejarah purba yang mungkin korang tak boleh relate...

Nak kena baca balik citer2 lama heavy metal yang aku donlod.... Sebagai contoh citer seksi melampau/violent laa.. Fevret aku Jean Giraud Mobius, lukisan dia memang lawa, tapi yang membuat dia stand out dibandingkan denga pelukis2 yang boleh lukis lagi lawa, adalah imaginasi dia, bagaimana dia boleh membawa kira immersed dalam dunia citer dia walaupun jalan citer/plot dia merapu nak mampus dan langsung tak masuk akal, benda yang  masih melekat kat otak kepala aku selepas 20 tahun adalah Imaginasi dan storytelling dia, dan bukannya lukisan awek seksi... Salah satu citer dia yang aku anggap terbaik adalah komik Silver Surfer dengan Galactus... Langsung tarak seks dan kurang violent, in fact lukisan dia dalam citer tu agak minimalis... (sayang sekali kat sini tak boleh upload gambar, teringin aku nak tunjuk cover komik tu...)

Sorang lagi pelukis Heavy metal dengan imej seks terlampau adalah Richard Corben, dengan cerita Den, dimana hero dia memang berbogel saja sepanjang citer... penuh dengan hormon terlampau, tapi yang masih aku ingat bukan imej2 bogel, sebaliknya warna2 dunia dan karekter yang ditemui dalam cerita itu....  Bandingkan dengan kaarya Simon Bisley masa dah femes selepas lukis Slaine the Horned God, aku rasa macam terover sampai orang tak ingat  pasal cerita, cuma lukisan saja ... ulang2 tengok cumuih jugak...

Belum lagi masuk bab Milo Manara lagi, sorang yang penuh dengan idea pervert eksual dan lukisan melampau, tetapi yang enjadikan dia otai hebat adalah idea citer dia dan storytelling.... Sebuah cerita dia yang aku suka adalah Man of Paper (kalau tak silap aku laaa), kena rujuk balik arkiv aku, yang lebih menonjolkan tentang sifat2 manusia dibandingkan dengan citer2 pervert cari makan dia yang lebih femes..

Contoh sejarah tersongsang ni sekadar nak illustrate satu perkara saja.... kalau takder censorship pon, storytelling masih penting...

Saja nak memanjangkan thread saja...
one

"Tuez-les tous; Dieu reconnaitra les siens."
("Kill them all; for the Lord knoweth them that are His.")
-Albigensian Crusade

 Igitur qui desiderat pacem, praeparet bellum...
- Publius Flavius Vegetius Renatus

yondaime_kazekage

  • Pro Membership
  • Full Member
  • *
  • Posts: 1639
  • paradox govern our lives. f#$@*& paradox!!
    • View Profile
Re: kenapa?
« Reply #54 on: August 19, 2009, 09:29:12 PM »
sureya, test post kat forum komik ko yg kena sensor tu

Saya berpendapat jika sebuah cerita itu dibrain storm oleh ramai orang sebelum diterjemah ke bentuk komik, tentu dapat menghasilkan sebuah cerita yang menarik.
cik diam yg bijaksana, saya rasa yg mcmni kurang sesuai. too many cook spoil the soup, plus lg dgn artist ego. i think that would lead to disaster. my personal point of view only mah :D

Freedom, baby... is never having to say you're sorry. - JM

orangdiam2

  • Pro Membership
  • Full Member
  • *
  • Posts: 906
    • View Profile
    • researcherlife siries
Re: kenapa?
« Reply #55 on: August 19, 2009, 09:46:16 PM »
enche yon, sebab tu saya kata agak sukar untuk dilaksanakan. Saya pun pernah juga buat begini. Saya melukis dan seorang lagi menulis. tapi tahap pemikiran tak sama serta kurang pandai mencuri masa untuk melukis, akhirnya gagal. Mungkin rakan dalam team itu juga perlu difikir serta diselaraskan.

Ramai orang boleh melukis dengan cantik, tetapi sayang jika idea dan ceritanya..ehem.

ubder

  • Mods
  • Senior Member
  • *
  • *
  • Posts: 3070
    • View Profile
Re: kenapa?
« Reply #56 on: August 19, 2009, 10:01:07 PM »
Teamwork memang boleh, tapi masalah ego dan kemut idea tu yang buat orang Malaysia, terutama Melayu liat... Dalam brainstorming ni tak semesti semua yang terlibat tu orang yg tulis atau lukis komik tu saja, sebaliknya kawan2 yang sama minat, adik beradik, student paksa rela, pakcik jaga, sure boleh bagi feedback... cuma part nak terima kritikan pada idea tu yg sesetengah orang rasa sensitif...(termasuk aku gak), jadi nak senang, carilah kroni yang sekepala tak punya latarbelakang berbeza... past belanja la teh tarik kaaa, KFC kaaa....  lepas brainstorming, pihak yg nak buat komik bolehlah pilih mana2 idea yang berkenan.... penulis novel2 fantasi selalu ada geng brainstormng, tapi last word masih kat penulis, dan orang yang contribute idea tu tak lokek atau demand pon, cuma belanja makan dan catatan terimakasih kat muka depan...

aku takder masalah pun btainstorming, aku paksa student2 aku baca, pastu bagi maklumbalas dan cadangan... komen diorang, idea brilliant, tapi mai tang storytelling tu hampeh abis... tak tau laa kalau bab puji tu nak bodek aku...Feedback anak aku lagi direct, dia cium bau komik tu, pastu cakap... hmmmmm....
one

"Tuez-les tous; Dieu reconnaitra les siens."
("Kill them all; for the Lord knoweth them that are His.")
-Albigensian Crusade

 Igitur qui desiderat pacem, praeparet bellum...
- Publius Flavius Vegetius Renatus

orangdiam2

  • Pro Membership
  • Full Member
  • *
  • Posts: 906
    • View Profile
    • researcherlife siries
Re: kenapa?
« Reply #57 on: August 19, 2009, 10:16:51 PM »
penulis novel2 fantasi selalu ada geng brainstormng, tapi last word masih kat penulis, dan orang yang contribute idea tu tak lokek atau demand pon, cuma belanja makan dan catatan terimakasih kat muka depan...
Bestnya kalau setakat macam tu. Contributor2 saya semasa tulis novel semua nak jadi hero. Jenuh la kalau ada sepuluh orang nak jadi hero. Nak kena buat team macam power rangers la pula :)):

ubder

  • Mods
  • Senior Member
  • *
  • *
  • Posts: 3070
    • View Profile
Re: kenapa?
« Reply #58 on: August 19, 2009, 10:36:10 PM »
nak cari geng ni kena pilih2 gak....terutama geng yang suka baca genre itu, tak semestinya penulis juga...  aku nasib baik sebab 2 anak lelaki aku minat baca novel2 fantasi (Wheel of time tu kira dah khatam entah berapa kali, sampai lusuh buku2 tu), jadi dok tukar2 fikiran pasal idea cerita... dan juga sebab utama mengapa novel aku belum lagi boleh tulis... sistem magik kantoi, terminologi kantoi...itu juga sebab aku tak buat komik dah... aku dah ada geng brainstorming sendiri...  dan diorang pulak rekrut geng2 sekolah yang minat genre sama, dapat indirect feedback... Yang lawaknya novel aku belum lagi start, novel bekas pelukis UMBRA (Nurie) dah masuk 2 buku dah... Maknanya pelukis komik juga sebenarnya boleh reka cerita, antara mau dengan tak mau jer... (Dah lari topik dah)..

Mungkin juga pelukis komik Malaysia patut mencuba2 menulis, cerpen ker, novel ker..... good practice... dapat lagi side income... Pekomik otai macam Mishar, Zainal buang Husin, aku rasa pernah juga tulis novel...
one

"Tuez-les tous; Dieu reconnaitra les siens."
("Kill them all; for the Lord knoweth them that are His.")
-Albigensian Crusade

 Igitur qui desiderat pacem, praeparet bellum...
- Publius Flavius Vegetius Renatus

orangdiam2

  • Pro Membership
  • Full Member
  • *
  • Posts: 906
    • View Profile
    • researcherlife siries
Re: kenapa?
« Reply #59 on: August 19, 2009, 10:51:56 PM »
enche Ubder, start aje menulis tu. Kalau tak nanti tak start-start. Saya dulu nak menulis rasa serba kekuranganla, tak cukup ilmu la, takut orang kutukla, tapi tulis juga. Walaupun lepas buku siap, masih ada lagi terfikir, "arghh.. kenapa aku tulis macam ni. patutnya begini.. bla..bla.." hmm.. boleh cover balik dalam sekuel kot :D

eh..eh.. terlari topik pulaknya.