Cis, aku kentutpun berpada-pada jugak. Aku pegi loyat bawak duit dua ribu ringgit, pastu suruh dia buatkan aku satu pc pakai duit tu (tanpa monitor ngan DVD, itu boleh kopak dari komputer lama). Tergezut gak dapat GF9800GT ngan 4 gig ram. Kalau aku tau, aku bagi bajet seribu seteng je.

Aku cadangkan baca
guide dia yang out-of-date dan juga
FAQ out-of-date terlebih dahulu (walaupun beberapa maklumat di situ dah tak boleh pakai) jikalau anda ingin berjinak dengan industri penternakan emu ni. Lagipun belum sampai tahap perfect emulation lagi (belum versi 1.0), jadi banyak game yang tak jalan, atau ada glitch, lembap dan sebagainya.
Basic dia, aku rasala:
1) Install PCSX2
2) Dump BIOS dari PS2. Kalau tak tau camner, cari dalam 2 link di atas. Kalau anda takde PS2, GOOGLE IS YOUR FRIEND. Campakkan file-file tersebut di dalam folder BIOS.
3) Pilih
Config->Configuration. Ini kalau nak cerita sampai habis dalam ni boleh buat apa, boleh buat satu esei. Jadi bermain-main dengan setting dahulu.
4)
Config->configuration->Graphics ada dua plugin yang boleh dipilih. Start off dengan GSDX. Kalau tu tak ngam, tukar lagi satu, atau kacau configuration.
4) Kalau setakat nak test je, dekat
Config->configuration->Cdvdrom Pilih CDVDnull. ini akan memaksa emulator boot up masuk BIOS ps2.
5) Lagi nak test tambahan, tukar kepada CDVD plugin yang betul dan pilih drive DVD anda. Masukkan DVD PS2 ke dalam dan pilih
File->Run CD/DVD.
6) Kalau game dapat main, run Nero atau mana-mana program cetak rompak DVD

untuk buat image/ISO dari disk. Kalau anda dah memang kaki daunlod aje, x payah la menyusahkan diri dengan step ini ye. Pastu CDVD plugin tu tukar kepada
Linuz ISO. Seperti biasa, configure dulu. Pastu
File->Run CD/DVD. Wow, dah lagi laju.
7) Key yang banyak digunakan: ESC (utk keluar ke menu semula), F1 (savestate), F3 (loadstate) dan F2 (pilih savestate mana).
8) Belajar dari kesilapan. Configuration banyak giler, belajar yang mana perlu disentuh, dan mana tidak perlu dipedulikan (for now).
9) Nak lagi sedap, sama ada beli convertor gamepad PS2->USB, atau beli je gamepad Dualshock cokia kat kedai komputer, harga lebey kurang RM20-40.
Ok, nak posto lagi shots.