ooo... terima kasih cikgu!!!
ala cikgu Boh, saya bukan terel pum... Baru je belajar ngan cikgu. Tapi saya ada asas lokesan Kejuruteraan masa sekolah menengah dulu... hehehe...

saya main belasah ikut suka je...
___________________________________________
Baiklah, oleh kerana saya takut kene rotan ngan cikgu Bohrtaag

, saya akan terangkan proses membuat silinder saya yang tak seberapa tu... dengar baik2 ye bucket!
MukadimahAku buat silinder tu dulu. Lepas tu baru duplicate banyak2... Aku guna GIMP sebab takde potosop kat dalam Ubuntu ni.

Setting semua, lebih kurang je macam yang cikgu Boh cakap kat tutorial tu...
Melukis SilinderMula-mula aku ikutla asas macam diterangkan oleh cikgu Boh sebelum ni... buat kotak tu, dengan kecerunan 60 darjah celcius...

lepas tu buat la bulatan kat dalam dia... aku guna
Ellipse Select Tool je kat dalam GIMP ni. Aku tak jumpa round tool kat dalam GIMP, tu pasal aku guna Ellipse Selection Tool. Apa pun, pastikan ko disable Antialias supaya dia tak kuar transparent pixel bila ko Fill nanti. Lepas dah ketik Ellipse tu, ko boleh resize selection tu supaya dia select betul2 bahagian dalam kotak tu dan cecah ke semua tepi.
Lepas tu buleh lah fill kan dalam dia sepenuhnya.
Select sekali lagi, dan resize kecik sikit dari bulatan asal. kendian tekan Delete...

Lepas tu duplicate macam kotak 3D cikgu Bohrtaag tu juga.

Seterusnya, buat garis yang menyambung hujung Ellipse mengikut resepi cikgu Bohrtaag lagi...

dan buang juga la garis belakang tu... serta warnakan sesedap rasa.
Mewarna Gradient SilinderAku pilih 5 nilai warna... Aku letak kat tepi belah kanan tu. Dari atas, paling gelap dan paling terang kat bawah tu...
Oleh kerana aku membayangkan cahaya disuluh dari depan, aku amik warna yang kedua terang, kalerkan bahagian atas silinder yang elips tu. dan kaler je dulu bahagian badannya dengan kaler paling gelap.

lepas tu, select bahagian tengah sikit dan Fill pula dengan kaler kedua gelap... dan lagi...

dan lagi sampai kaler kedua terang (yang sama ngan permukaan atas tu)

Aku tengok macam best jer kaler pixel art bohrtaag yang sebelum ni... so, lepas aku intai-intai aku rasa yang kaler paling terang tu untuk lengkung kat depan ni la...

Seterusnya, untuk mem'blend'kan gradientnya, aku selang-selang warna bersebelahan dengan satu piksel disusun macam papan Dam Haji tu... alah, yang Mat Saleh panggil checkerboard tu la.. tapi dua lapis je sebab silinder ni kecik

Dan aku teruskan usaha murni aku untuk membuat kotak2 kecik tu... (hahaha, copy paste je la... ingat aku rajin sangat ke?)

begitulah adanya silinder buruk tu... dan aku pun menggunakan Hikmat Agent Smith untuk menduplicatekan silinder tu secukup rasa di dalam art yang aku post sebelom ini...
Sekian terima kasih... Semoga berjaya!!
Fakta Sejarah: Ini adalah post aku yang ke 999 hehehehe....