Memandangkan aku perasan gamer kat sini macam ramai la jugak. So aku bukakla ruangan ni untuk korang berjual beli benda-benda berkaitan game macam mana yg ada kat lowyat.net. Manalah tau kan, korang ada benda-benda aksesori game ke, cd game ke, konsol ke yg korang dah malas nak tgk, maka korang iklankanlah kat sini.
Korang letakkan benda yg korang nak jual tu pada reply thread ni, dan aku akan letakkan di entry pertama untuk pastikan semua orang tak miss benda tu. Kalau Jual beli dah abis, korang bgtaula dan status barang tersebut juga akan aku update.
So, format posting adalah begini:
-----------------------------------------------
[WTB] -
Want To Buy-UNTUK REQUEST PENCARIAN KONSOL/GAME/AKSESORIGunakan ni untuk iklankan korang tgh cari konsol/game/aksesori ni
Letakkan juga Range Bajet dan macam ne pembelian nak dibuat

Contoh entry:
[WTB]
Game Ninja Gaiden Sigma (PS3)
Bajet: 100 ke bawah
Cara Pembelian: COD (Cash On Delivery) sahaja --------------------------------------------------------------------
[WTS] -
Want To Sell-UNTUK IKLANKAN PENJUALAN KONSOL/GAME/AKSESORI korangGunakan ni untuk iklankan korang tgh nak jual konsol/game/aksesori ni. Letakkan harga jualan, condition barang, brp lama dlm tangan korang, warranty ada lagi ke tak, cara penjualan.
Contoh entry:
[WTS]
Game Ninja Gaiden Sigma (PS3)
Harga jual: RM 85
Condition: Macam baru, lengkap dengan cover + manual
Usia: 3 bulan
Warranty: tiada
Cara penjualan: Pos (tambah RM5) boleh COD (Cash On Delivery) pun boleh--------------------------------------------------------------------
[WTT]-
Want To Trade-Nak bertukar-tukat item suka sama sukaNi lebih kepada bertukar-tukar item yang sama taraf atau sekufu. Kalau kurang sikit biasanya kena top-up la. Letakkan Nama barang yang nak ditukar, barang apa yg korang ada serta lokasi penukaran. Contoh:
[WTT]
item dalam tangan: Controller PS3 Dual Shock 3
item untuk ditukar: Controller XBOX 360
Cara penukaran: Strictly Face to Face
Tambahan: bergantung pada kondisi barang yang nak ditukar---------------------------------------------------------------------
Lepas tu seelok-eloknya urusan nego dilakukan melalui pm supaya tidak menyesakkan thread ini. Kalau rasa2 tak yakin dgn orang yg jual barang tu, tanya2 la kat sini dulu sapa si penjual tu. Kalau tak pernah kenal, better elakkan.
So, selamat berjual beli. ^_^
p/s: untuk memudahkan orang tgk apa benda yg dijual/direquest, maka aku sbg mod kat sini
akan delete dari semasa ke semasa reply2 yg tak berkaitan dgn jual beli. Bukan ape, korang gak yg senang nak carik nanti apa nak beli ke jual ke. ^_^ Lps tu,
tuan punya section urusniaga masing2 tu harap dapat edit status barangan kalau benda tu dah diperolehi/dijual/ditukar atau kata mudah transaksi berjaya. Kalau dah taknak jual pun bgtau. ^_^
*Disclaimer: Sebarang jual beli adalah atas tanggung jawab sendiri. So pastikan korang kenal/percaya la dengan sapa korang berurusan tu. Kalau kena kapor duit tu dengan orang yang korang tak kenal, Pergh tidak akan bertanggungjawab.