Aku dah lama tak sentuh permainan konsol ni sebenonye, kesnye takde peluang nak sentuh sebab kat umah aku skarang ni takde tv dan konsol itu sendiri. Biasanya aku pegi main kat umah little_zedd je, tengok dia main Guitar Hero, haha. Kehidupan aku kini sungguh membosankan. (T_T)
Tapi~~ tahun ni aku hajat nak angkut PS3 sebijik (masih lagi berhajat). Tapi aku masih tertanya2, adakah berbaloi untuk beli LCD TV 32" semata2 untuk main PS3? Yang aku tau, kita leh main pakai LCD Monitor jugak, tapi kne beli port converter tu. Kalo LCD TV skrg, yang paling memuaskan dari segi kualiti adalah LG (contrast ratio 10,000:1, rege RM2199 kat carrefour). Yang paling murah adalah Samsung, RM1750 leh dapat (aku search kat Lelong.com.my la, tp aku pasti ada kedai leh dapat dengan harga tu).
Yang tak beshnye semua TV yang bersaiz 32" dan ke bawah tak support Full HD (1080p), dan aku tertanya2 jugak la, byk sangat ke perbezaan kualiti kalo TV tu HD Ready dengan Full HD? Pasal TV Full HD tu mmg tak boleh disangkal la kemahalannya kan, so aku tanak la bincang pasal tu, itu out of my pocket-league la. Hihi.
Paling kecik TV LCD 19", Cap GC, RM 1099, diikuti dengan cap Sharp Aquos RM 1399.
*Harga2 di atas berdasarkan pada harga pasaran 21 April 2007