tengok target market laa..... kalo remaja tu, awal lagi nak develop apa-apa fetish pelik2..... yang biasa-biasa tu ada laa....
(dah lari topik nie weh, mai masuk bidang psikologi seksual pulak, mengalah Ismail Tambi...)lebih pada common sense la kot...
masa aku kecik2 dulu (sekolah rendah), komik2 yang sebenarnya menarik minat aku membaca adalah komik yang tidak membawa tema berbaur seksual (Zaman cover khuzae tu zaman lepas aku), seperti bambino, bujal, seridewi/guntur, anak rusa nani, komik2 utusan pelajar..... kalo ada elemen2 bau2 seks atau terlalu dewasa macam Si mega pebendatah, atau anarkali tu memang turn off nak baca .....
on the other hand, bila aku dah remaja dan tukar suara, barulah aku tertarik kat komik2 seperti Savage Sword of Conan dan Vampirella tu.... curiosity kot..... tapi masih boleh appreciate komik2 yang lebih sedate seperti Tin Tin, dan karya2 Lat..... Satu benda pasal majalah gila2 yang bagus adalah dia boleh bikin isu dan mood semasa relevan kepada pembaca.
Aku ingat lagi zaman Universiti dimana antara banyak2 karya moebius yang aku paling suka adalah cerita Silver surfer lawan GAlactus yang di bikin dengan Stan Lee dimana lukisan2 moebius dalam tu sesuai untuk tatapan semua peringkat Usia.....Jadi tak semestinya perlu terlalu open/dewasa/illustratif untuk tarik perhatian.... yang penting adakah idea cerita itu menarik.... tapi itu la, kalo guna contoh komik luar/barat sebagai perbandingan agak susah juga sebab context sosiobudaya yang berbeza..... namun kita perlu ingat zaman Comics code Authority (CCA) di US boleh di anggap zaman yang amat konservatif bagi masyarakat barat di mana nak maki pon tak boleh, hell boleh jadi heck.... In fact nak bikin komik pasal isu dadah (Kisah HArry Osborn kawan spider-man yang ketagih) dah kira mencabar CCA....
Apakah selera kita sebagai pembikin komik sama dengan selera pembaca sasaran?
meh pekena kopi secawannn..