Please Like Pergh Page @ Facebook! Here it is --> Pergh @ FB
Xbox 360 dilengkapi cakera keras 120gbMICROSOFT Corp (Microsoft), akan memperkenalkan versi Xbox 360 yang dilengkapi dengan pemacu cakera keras 120 gigabyte (gb), dan sambungan video definisi tinggi sebagai strategi untuk menerokai pasaran lebih luas.Versi Xbox 360 sebelum ini dilengkapi dengan simpanan data bersaiz 20gb tetapi tidak mencukupi untuk menampung data yang besar seperti filem, permainan dan siaran televisyen yang disimpan di dalamnya.Langkah Microsoft meningkatkan saiz simpanan data itu dilihat sebagai strategi syarikat berkenaan untuk menjadikan Xbox 360 sebagai pusat bagi hiburan di rumah. Syarikat berkenaan juga memasukkan perisian Media Center yang membolehkan komputer peribadi bertindak sebagai perakam video digital, pemain muzik dan filem.Pemilik Xbox 360 boleh merangkaikan konsol berkenaan kepada sistem rangkaian komputer di rumah, menyalurkan filem dan muzik serta kandungan daripada Xbox 360 kepada televisyen. Microsoft juga menyediakan sambungan video definisi tinggi HDMI bagi membolehkan penyaluran daripada konsol ke televisyen tanpa menjejaskan gambar atau kualiti suara untuk menghalang aktiviti cetak rompak.Xbox 360 kini menduduki tangga kedua bagi konsol permainan video di belakang Wii produk keluaran Nintendo Co bagi Januari dan Februari ini, mengikut tinjauan yang dilakukan kumpulan NPD. Xbox 360 mengalahkan PlayStation 3 keluaran Sony yang menduduki tangga ketiga di Amerika Syarikat.Berita Harian